Anda di halaman 1dari 3

SOALAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

1.

Apa yang dimaksudkan dengan Pusat Bertauliah (PB)?

Pusat Bertauliah (PB) adalah sesuatu organisasi sama ada sebuah instutut latihan atau syarikat
yang dliluluskan oleh JPK bagi melaksanakan program latihan kemahiran berasaskan NOSS.

2.

Apakah syarat atau kriteria untuk menjadi Pusat Bertauliah?

Rujuk “Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah

Dibawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012” yang boleh dimuat turun dari laman web JPK

3.

Bagaimanakah cara untuk memohon menjadi pusat bertauliah JPK?

Memohon secara online di http://eskm.dsd.gov.my dan menghantar bersama dokumen sokongan


beserta bayaran sebanyak RM1500.00 dalam bentuk bank draf atau money order atas nama
“Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”. Rujuk “Panduan Pelaksanaan dan Syarat
Pentauliahan Pusat BertauliahDibawahSistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012” yang boleh
dimuat turun dari laman web JPK

4.

Apakah kelayakan yang perlu ada pada Pegawai Penilai (PP) di pusat bertauliah?

Mempunyai surat lantikan daripada pusat bertauliah, telah hadir kursus Induksi Pentaulliahan
dengan jayanya, memiliki SKM sekurang-kurangnya 1 tahap lebih tinggi daripada tahap yang
diajar dan memiliki sijil teknik mengajar yang diiktiraf oleh JPK.

5.

Bagaimanakah cara untuk memperbaharui pentauliahan?

Memohon secara online di http://eskm.dsd.gov.my dan menghantar bersama dokumen sokongan


beserta bayaran sebanyak RM200.00 untuk setiap program dalam bentuk bank draf atau money
order atas nama Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran.

6.

Apakah program latihan kemahiran yang boleh ditawarkan oleh Pusat Bertauliah?

Berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan.
Sila rujuk laman web JPK untuk menyemak daftar NOSS.

7.

Setelah mengemukakan permohonan Pusat Bertauliah, berapa lama saya perlu menunggu untuk
mendapatkan keputusan sama ada dilulus atau tidak?
Keputusan boleh diketahui dalam tempoh 3 bulan sekiranya permohonan lengkap dan semua
keperluan seperti dinyatakan dalam panduan dipatuhi.

8.

Siapakah yang layak mengikuti program latihan kemahiran?

Warganegara yang boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam
bidang kursus yang sama. walau bagaimanapun pusat bertauliah boleh menetapkan lain-lain
syarat kepada pelatih mereka.

9.

Berapa lamakah tempoh latihan bagi mengikuti program persijilan Kemahiran Malaysia?

Secara umum, tempoh latihan adalah seperti berikut:

- SKM Tahap 1: 600 jam.

- SKLLM Tahap 2: 600 jam.

- SKM Tahap 3: 1200 jam

- DKM (Tahap 4): 1200 jam

- DLKM (Tahap 5): 1800 jam

10.

Bolehkah bekas tahanan juvana atau sesiapa yang pernah dihukum atas apa-apa kesalahan
jenayah mengikuti program latihan di Pusat Bertauliah?

Boleh. Semua orang boleh mengikuti latihan tanpa mengira bangsa, agama, gender, sejarah
lampau dan sebagainya. Yang utama beliau berminat, memenuhi syarat dan mampu mengikuti
program berkaitan. Untuk makluman, program JPK juga ada ditawarkan di pusat serenti, pusat
pemulihan akhlak malah di penjara.

11.

Bagi permohonan pengeluaran SKM, apakah borang yang digunakan?

Gunakan borang JPK/P3 /T1003.

12.

Bagaimanakah cara untuk memohon lawatan PPL?

Perlu memohon kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran.sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum


tarikh lawatan PPLPemohon perlu menghantar senarai nama pelatih yang bakal diverifikasikan.
Borang berkenaan boleh dimuat turun dari laman web www.dsd.gov.my di bawah pautan muat
turun borang - Borang Senarai Calon Bagi Verifikasi PPL

13.

Berapakah bayaran pendaftaran bagi calon antarabangsa.


RM200 bagi setiap kemahiran dan tahap

14.

Pusat bertauliah saya telah diluluskan untuk menjalankan program kemahiran bagi noss tertentu
tetapi baru 2 bulan ditauliahkan kod noss berubah. Apakah yang perlu dilakukan oleh pusat saya?

Pusat Bertauliah ada dua pilihan:

a. Meneruskan pelaksanaan latihan berasaskan NOSS lama. Namun demikian pastikan tarikh
tamat latihan tidak melangkaui tarikh tamat pentauliahan. Jika ini akan berlaku, kumpulan pelatih
berkenaan perlulah mengikuti program berasaskan NOSS baru dan Pusat Bertauliah wajib
memohon pentauliahan untuk NOSS baru.

b. Sekiranya belum ada calon yang sedang dilatih, PB boleh memohon pentauliahan
menggunakan NOSS baru.

15.

Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kehilangan sijil SKM?

Sekiranya berlaku kehilangan sijil, sila isikan borang JPK/SG/h4 yang boleh diperolehi daripada
laman web JPK dan kemukakan dokumen-dokumen berikut (ASAL) untuk mendapatkan salinan
SKM:

1) Surat Akuan Sumpah - boleh menggunakan BORANG JPK/U/1022 (boleh ambil di kaunter
JPK)

2) Surat Akuan dari Institut/Salinan Sijil/Rekod Penilaian Kumulatif/Portfolio

3) Bayaran RM55.00 bagi setiap satu sijil. dibuat menggunakan bank draf atas nama Ketua
Pengarah Pembangunan Kemahiran.

(Nota: maklumat berkaitan dengan sijil hilang ada diterangkan dalam laman webwww.

Anda mungkin juga menyukai