Anda di halaman 1dari 4

SOALAN LAZIM (FAQ)

PROFESSIONAL ROLLING STOCK MAINTENANCE

Rolling Stock Maintenance (RSM) adalah program ini adalah untuk melatih peserta yang
terpilih bagi menjalani latihan kemahiran yang berkaitan bagi memenuhi keperluan
tenaga kerja di syarikat operator dan vendor keretapi.

Peserta akan menjalani latihan selama 3 bulan yang meliputi latihan teori dan praktikal
berkaitan sistem keretapi di Universiti Kuala Lumpur, Malaysia Italy Design Institute
(UniKL MIDI) selama satu (1) bulan dan syarikat selama dua (2) bulan yang terlibat.

Program Peneraju Skil Plus Professional Rolling Stock Maintenance adalah salah satu
program di bawah skim pembiayaan kemahiran oleh Yayasan Peneraju Pendidikan
Bumiputera (YPPB) bagi meningkatkan dan melatih semula skil vokasional dan teknikal
dengan pensijilan diiktiraf industri rel serta meningkatkan peluang pekerjaan serta
kebolehpekerjaan dalam kalangan pencari kerja tempatan.

1. Apakah objektif untuk program ini?


1.1 Meningkatkan kebolehpasaran peserta dalam bidang teknikal
1.2 Menyediakan latihan kemahiran dan peluang pekerjaan kepada belia
1.3 Mewujudkan daya saing dan keyakinan diri dalam bidang pekerjaan yang
diceburi.

2. Golongan Sasaran
2.1 Belia yang tidak bekerja
2.2 Pekerja yang dibuang kerja
2.3 Graduan TVET

3. Siapakah penaja Program ini?


3.1 Program ini adalah inisiatif kerajaan Malaysia dan ditaja sepenuhnya oleh
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) dan dilaksanakan oleh
Universiti Kuala Lumpur Kampus Cawangan Malaysia Italy Design Institute
(UniKL MIDI).
4. Berapa lamakah tempoh program?
4.1 Tempoh program adalah enam (6) bulan dan pecahan tempoh program
adalah seperti berikut:
a. 1 bulan latihan kompetensi di UniKL.
b. 2 bulan latihan semasa kerja (On Job Training) di industri.
c. 3 bulan penempatan pekerjaan di syarikat.

5. Adakah bayaran dikenakan sepanjang program ini dijalankan?


5.1 Kos latihan adalah dibiayai sepenuhnya oleh YPPB. Peserta cuma perlu
membiayai kos pemeriksaan kesihatan.

6. Adakah elaun sara hidup disediakan sepanjang latihan ini dijalankan?


6.1 Elaun akan disediakan sepanjang tempoh 3 bulan latihan.
Bulan pertama: RM 1,050.00
Bulan kedua : RM 1,050.00 + tambahan elaun dari syarikat.
Bulan kedua : RM 1,050.00 + tambahan elaun dari syarikat.

6.2 Tambahan elaun bermula dari RM500 hingga RM800 pada bulan kedua dan
ketiga dari syarikat yang terlibat dan ianya bergantung kepada syarikat.

7. Adakah terdapat perjanjian yang harus saya tandatangani semasa mengikuti


program ini?

Ya. Terdapat perjanjian diantara pihak penaja program dan peserta.

8. Apa yang berlaku sekiranya saya keluar daripada program sebelum tamat tempoh 6
bulan?

8.1 Sekiranya tiada alasan/sebab yang munasabah, peserta dikira melanggar


perjanjian dan tindakan susulan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam
perjanjian.
9. Adakah saya akan menerima sijil setelah tamat program ini?
9.1 Ya, setelah tamat 3 bulan program, peserta akan menerima sijil seperti
berikut:
1. Certificate of Completion dari UniKL
2. Certificate of Training Completion oleh Pemain Industri.
3. Certificate of Completion oleh Badan Peneraju Industri (Industry Lead Body)

10. Adakah penginapan disediakan sepanjang program dijalankan?

10.1 1 Bulan di UniKL

Tempat penginapan akan disediakan semasa latihan satu bulan di UniKL.

10.2 2 Bulan On Job Training

Manakala tempat penginapan bagi On Job Training selama 2 bulan tidak


disediakan. Peserta dinasihatkan untuk mencari penginapan sendiri dalam
tempoh tersebut kerana peserta akan terus bekerja di syarikat tersebut selepas
tamat on-job training.

11. Adakah saya akan dijamin pekerjaan dengan syarikat?

11.1 Program ini adalah jaminan pekerjaan yang mana peserta yang telah terpilih
untuk menjalani program ini telah dijamin dengan pekerjaan oleh syarikat.
Tetapi syarikat boleh menarik semula tawaran sekiranya peserta mempunyai
masalah disiplin, performance dan ketidakhadiran semasa fasa on-job training.
12. Jenis pekerjaan apa yang boleh saya tawarkan di syarikat itu?

12.1 Setiap peserta ditawarkan jawatan yang berbeza dan ianya bergantung
kepada syarikat. Antara jawatan yang ditawarkan oleh syarikat adalah
seperti juruteknik dan ianya mengikut keperluan jabatan yang akan
ditetapkan oleh syarikat masing-masing.

13. Berapakah gaji yang boleh saya harapkan?

13.1 Minimum gaji kasar (gross salary) adalah dari RM1,800 – RM2,600
sebulan dan gaji asas mengikut kelayakan akademik dan ianya tertakluk
kepada polisi syarikat.

14. Setelah saya BERJAYA menamatkan tempoh penempatan pekerjaan selama


6 bulan, apakah tindakan selanjutnya yang boleh diambil?

14.1 Kami mengesyorkan agar peserta meneruskan pekerjaan dengan syarikat


tersebut untuk mendapatkan lebih pengalaman bekerja serta meningkatkan
kemahiran sehingga kadar kebolehpasaran peserta meningkat.

15. Bagaimana pemilihan untuk kemasukkan ke program ini dilakukan dan adakah
akanterpilih dengan hanya membuat permohonan sahaja?

15.1 Setelah kami menerima permohonan dari peserta, pihak penyedia latihan
akanmenghantar resume/CV tersebut kepada syarikat yang terlibat untuk
tujuan pemilihan. Syarikat akan membuat pemilihan pendek sebelum
meneruskan keproses temuduga.

Pihak penyedia latihan atau syarikat akan menghubungi peserta yang telah
disenarai pendek untuk proses temuduga yang akan dijalankan sama ada
melalui dalam talian (online) atau bersemuka.

Sekiranya peserta lulus temuduga dan dipilih oleh syarikat, peserta boleh
menyertai program ini. Surat tawaran program akan dikeluarkan kepada
peserta yang telah terpilih. Peserta hanya boleh mengikuti program ini
setelahberjaya dipilih oleh syarikat.

Anda mungkin juga menyukai