Anda di halaman 1dari 10

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

KOLEJ KOMUNITI TAWAU


GARIS PANDUAN LATIHAN
INDUSTRI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI


Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

1.0

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI


1.1

PENGENALAN

Latihan Industri merupakan satu kursus penting di dalam kurikulum pengajian di Kolej
Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia. Secara amnya tujuan kursus ini adalah untuk
mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar terutamanya dari aspek aplikasi
pengetahuan yang dipelajari di kolej, perhubungan kemanusiaan dan etika serta amalan
keselamatan di tempat kerja. Pelaksanaan kursus ini memerlukan pelajar ditempatkan di
syarikat atau jabatan kerajaan yang bersesuaian untuk tempoh 1 semester (16 minggu).
Pelajar perlu lulus Latihan Industri ini sebelum layak diperakukan untuk penganugerahan
Sijil Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.

SEM 1
(4 Bulan)

SEM 2

SEM 3

(4 Bulan)

(4 Bulan)

SEM 4
LATIHAN INDUSTRI
(4 Bulan)

Rajah 1 : Carta Alir Struktur Akademik

1.2

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Objektif Latihan Industri adalah untuk membolehkan pelajar:i. Mendapat pendedahan kepada alam pekerjaan sebenar;
ii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran;
iii. Memahami perkaitan di antara pengetahuan yang dipelajari di bilik kuliah
dengan amalan praktik di tempat latihan;
iv. Menghayati semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik dengan pekerja
di tempat latihan;
v. Menghayati sifat jujur, amanah, berdisiplin, dan bertanggungjawab;
vi. Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat latihan;
vii. Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi;

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI


Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

1.3

PROSES LATIHAN INDUSTRI


Proses Latihan Industri pelajar adalah merujuk kepada carta alir berikut :-

Pendaftaran Kursus
Latihan Industri

Mendapatkan Tempat
Latihan

Pengesahan Tempat
Latihan

Mengulang Latihan
Industri

Menjalani Latihan
Industri
TIDAK

Menyempurnakan
Latihan Industri

YA

Penilaian Latihan
Industri

TIDAK

Keputusan Penilaian
Latihan Industri
MK

YA

Anugerah
Sijil Latihan Industri

MK Mengulang Kursus
Rajah 2 : Carta Alir Proses Latihan Industri

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI


Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

1.4
i.

SYARAT-SYARAT LATIHAN INDUSTRI


Syarat Layak Menjalani Latihan Industri;
Pelajar perlu LULUS SEMUA modul samada teknikal ataupun bukan teknikal dan
keperluan wajib program pada sepanjang pengajian.

ii.

Syarat Lulus Latihan Industri;


a.
b.
c.
d.

1.5

Menghadiri Latihan Industri mengikut tempoh yang ditetapkan;


Lulus penilaian Latihan Industri daripada Pensyarah Penilai berdasarkan kriteria
penilaian yang telah ditetapkan
Lulus penilaian Latihan Industri daripada Penyelia Syarikat berdasarkan kriteria
penilaian yang telah ditetapkan.
Melengkapkan Buku Laporan Harian
KRITERIA PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI
Penilaian Latihan Industri dibuat berdasarkan kriteria berikut :Kriteria

Pemberatan

i.
ii.

Penilaian Semasa Lawatan Penyeliaan (Kolej)


Penilaian Pencapaian Pelajar Oleh Syarikat / Firma

30 %
30 %

iii.
iv.

Penilaian Buku Laporan Harian


Kehadiran
Jumlah Markah Keseluruhan

20 %
20 %
100 %

Jumlah markah keseluruhan pelajar berdasarkan kepada kategori berikut :Jumlah Markah
Keseluruhan, %

Gred

Nilai Mata

90 100
80 89

A+
A

4.00
4.00

75 79
70 74
65 69
60 64
55 59

AB+
B
BC+

3.67
3.33
3.00
2.67
2.33

50 54
47 49
44 46
40 43
0 39

C
CD+
D
F

2.00
1.67
1.33
1.00
0.00

Status
Sangat Cemerlang
Cemerlang
Kepujian

Baik

Lulus
Mengulang Kursus

Syarat minima bagi kelulusan Latihan Industri adalah pada Gred D dengan nilai mata
1.00. Pelajar yang tidak mencapai kelulusan minima akan diberi keputusan Mengulang
Kursus (MK) dan dikehendaki mengulang Latihan Industri pada semester berikutnya.
3

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI


Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

1.6

PERATURAN AM LATIHAN INDUSTRI


1.6.1 Pelajar hendaklah memahami dan melaksanakan semua langkah, dan
kehendak yang terkandung di dalam Panduan dan Peraturan Latihan Industri
yang berkaitan dengan pelajar.
1.6.2 Pelajar adalah terikat dengan segala peraturan Kolej Komuniti KPM dan
peraturan di tempat latihan semasa menjalani Latihan Industri.
1.6.3 Pelajar hendaklah menjalani Latihan Industri di tempat latihan yang telah
diluluskan.
1.6.4 Pelajar tidak dibenarkan menukar tempat latihan.
1.6.5 Pelajar hendaklah menjalani Latihan Industri mengikut tempoh yang
ditetapkan.
1.6.6 Pelajar mestilah mematuhi jadual/program Latihan Industri yang telah
ditetapkan oleh tempat latihan.
1.6.7 Pelajar tidak dibenarkan bercuti atau tidak menghadiri Latihan Industri tanpa
kebenaran pihak tempat latihan.
1.6.8 Pelajar hendaklah menunjukkan sikap yang baik, berkelakuan sopan,
berdisiplin diri, dan berbudi pekerti tinggi pada bila-bila masa semasa
menjalani Latihan Industri.
1.6.9 Pelajar hendaklah menjaga nama baik dan juga tempat latihan setiap masa
sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri.
1.6.10 Pelajar tidak dibenarkan memalsukan sebarang dokumen yang berkaitan
dengan program Latihan Industri.
1.6.11 Pelajar perlu mendapat kebenaran dari tempat latihan sekiranya ingin
mencetak/menyalin/mengeluarkan sebarang dokumen/maklumat tempat
latihan.
1.6.12 Pelajar tidak dibenarkan membocor sebarang rahsia tempat latihan.
1.6.13 Pelajar tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang harta benda tempat latihan
tanpa kebenaran.
1.6.14 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan apa-apa harta benda tempat latihan
untuk tujuan peribadi.
1.6.15 Pelajar tidak dibenarkan mencemar nama baik pegawai/kakitangan di tempat
latihan.
1.6.16 Pelajar tidak dibenarkan terlibat dengan kegiatan jenayah atau politik
semasa menjalani Latihan Industri.
1.6.17 Pelajar hendaklah memaklumkan pihak UPLI, dan pihak tempat latihan
sekiranya mengalami masalah kesihatan yang boleh memudaratkan pelajar
semasa menjalani Latihan Industri.
1.6.18 Pelajar yang melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh Kolej
Komuniti KPM atau tempat latihan boleh diberhentikan daripada tempat
latihan serta dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Kolej Komuniti KPM.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI


Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

1.7

TINDAKAN TATATERTIB YANG BOLEH DIKENAKAN

Pelajar yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan tindakan berikut :


1.7.1 Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh pihak
Kolej Komuniti KPM.
ATAU
1.7.2 Kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan
[Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (tatatertib) 1976
(Akta 174)]
1.8

Penyingkiran Dari Syarikat/Firma


Pelajar adalah dibawah pengawasan syarikat/firma dan segala peraturan di
syarikat/firma adalah berkuatkuasa ke atas pelajar. Pelajar yang telah
disingkirkan oleh sesebuah syarikat/firma adalah dikira gagal dalam latihan
industri dan perlu mengulang latihan industri.

1.9

Rayuan Ke Atas Tindakan


Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib berhak mengemukakan rayuan terhadap
apa-apa hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka kepada pihak Kolej Komuniti
dalam tempoh empat belas(14) hari dari tarikh surat hukuman dikeluarkan.
Keputusan pihak Kolej Komuniti berhubung dengan rayuan tersebut adalah
muktamad.

2.0

PANDUAN UNTUK PELAJAR


2.1

SEBELUM LATIHAN INDUSTRI


2.1.1 Taklimat Latihan Industri
Pelajar diwajibkan menghadiri taklimat Latihan Industri mengikut tarikh dan masa
yang telah ditetapkan oleh Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI).
2.1.2 Pendaftaran Latihan Industri
Pelajar mengisi Borang Maklumat Pelajar.
2.1.3 Buku Latihan Industri
Pelajar perlu mendapatkan perkara-perkara berikut:i.
ii.

Buku Garis Panduan Latihan Industri;


Buku Laporan Harian.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI


Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

2.1.4 Tempat Latihan Industri


Tempat Latihan Industri memenuhi kriteria berikut:
a)
b)
c)
d)

Jabatan kerajaan atau syarikat/firma swasta.


Tempat latihan yang relevan dengan jurusan pengajian pelajar.
Syarikat/firma yang berdaftar.
Mempunyai alamat tetap & boleh dihubungi.

2.1.5 Permohonan Tempat Latihan


Pelajar membuat permohonan tempat latihan dengan menggunakan borang yang
disediakan oleh UPLI.
2.1.6 Pertukaran Tempat Latihan
Sebarang pertukaran tempat Latihan Industri TIDAK DIBENARKAN, kecuali
mendapat kelulusan daripada UPLI.
2.1.7 Pengesahan Penerimaan Tempat Latihan
Pelajar atau syarikat/firma perlu menyerahkan Borang Jawapan Penerimaan pelajar
sebelum tarikh Latihan Industri.
2.2

SEMASA LATIHAN INDUSTRI


2.2.1 Melapor Diri Di Tempat Latihan Industri
Pelajar dikehendaki melapor diri di tempat latihan pada tarikh dan masa yang
ditetapkan melalui surat dari pihak Kolej Komuniti. Rupadiri pelajar semasa melapor
diri adalah mengikut peraturan yang dikuatkuasakan ke atas pelajar Kolej Komuniti.
2.2.2 Dokumen Semasa Melapor Diri
Dokumen berikut perlu dibawa oleh pelajar semasa melapor diri ke tempat latihan :
i. Surat Penempatan Latihan Industri
ii. Buku Garis Panduan Latihan Industri
iii. Buku Laporan Harian
2.2.3 Kegagalan Melapor Diri
Sekiranya pelajar gagal untuk melapor diri di tempat Latihan Industri pada tarikh
dan masa yang ditetapkan, adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk
memaklumkan kepada pihak majikan dan UPLI. UPLI boleh menangguhkan latihan
industri pelajar sekiranya pelajar gagal melapor diri di tempat latihan dalam tempoh
1 minggu (7 hari) tanpa alasan yang munasabah.
2.2.4 Tempoh Latihan Industri
Tempoh bagi pelajar menjalani Latihan Industri adalah satu (1) semester (16
minggu). Pelajar perlu maklum tarikh melapor diri dan tarikh tamat Latihan Industri
yang telah ditetapkan. Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan
pada tarikh tersebut.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI


Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

2.2.5 Tanggungjawab Pelajar Semasa Di Tempat Latihan Industri


2.2.5.1 Pengesahan Lapor Diri
Menghantar Kad Pengesahan Lapor Diri yang telah disahkan oleh pihak
majikan ke UPLI dalam tempoh empat belas (14) hari dari
tarikh pelajar melapor diri di tempat latihan.
2.2.5.2 Perubahan Alamat Tempat Tinggal / Latihan Industri
Sebarang perubahan alamat tempat tinggal / Latihan Industri perlu
dimaklumkan kepada UPLI melalui Kad Makluman Pertukaran Alamat.
2.2.5.3 Cuti
i. Pelajar dibenarkan memohon cuti daripada tempat Latihan Industri
selama tujuh (7) hari sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri.
Permohonan cuti perlu mendapat kelulusan daripada tempat Latihan
Industri.
ii. Pelajar hendaklah mengisi borang cuti yang disediakan dan dikepilkan di
dalam Buku Laporan Harian.
iii. Pelajar wajib mengemukakan sijil sakit kepada tempat latihan
industri dan satu salinan dikepilkan di dalam Buku Laporan Harian.
iv. Pelajar yang bercuti tanpa kelulusan tempat Latihan Industri
boleh diambil tindakan tatatertib.
2.2.5.4
Insuran
i. Pelajar dilindungi oleh insuran kemalangan diri berkelompok (maklumat
lanjut rujuk kepada Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Komuniti).
ii. Polisi insuran yang dilindungi oleh insuran berkelompok hanyalah bagi
kes kematian dan keilatan kekal.
iii. Sekiranya berlaku kes yang melibatkan tuntutan insuran, tindakan berikut
perlu diambil :a. Membuat laporan polis dalam masa 24 jam.
b. Meminta majikan membuat aduan polis.
c. Mendapatkan laporan doktor.
d. Menghubungi pihak Kolej Komuniti KPM dengan segera.
2.2.5.5
Penulisan Buku Laporan Harian
i. Catatan kerja dan aktiviti harian di tempat Latihan Industri hendaklah
ditulis setiap hari.
ii. Buku Laporan Harian perlu disemak dan ditandatangani oleh penyelia
latihan setiap minggu.
iii. Buku Laporan Harian hendaklah dikemukakan kepada pensyarah yang
membuat lawatan penyeliaan.

2.2.5.6
Surat / Sijil Pengesahan Tamat Latihan Industri
i. Pelajar hendaklah mendapatkan Surat / Sijil Pengesahan Tamat Latihan
Industri dari majikan sebelum menamatkan sesi Latihan Industri.
ii. Salinan Surat/Sijil Pengesahan Tamat Latihan Industri hendaklah
diserahkan kepada UPLI pada minggu terakhir (minggu 16) Latihan
Industri.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI


Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

3.0

PANDUAN PENULISAN BUKU LAPORAN HARIAN


3.1

PANDUAN UMUM
a. Laporan harian disediakan sebagai BUKTI KEHADIRAN dan REKOD KERJA
pelajar sepanjang menjalani latihan industri.
b. Laporan hendaklah ditulis mengikut tempoh kerja/projek.
c. Kerja-kerja yang berbentuk rutin mestilah ditulis secara mingguan.
d. Segala butiran yang dimasukkan ke dalam Buku Laporan Harian hendaklah
dibuat secara TERATUR, TELITI, JELAS DAN KEMAS.
e. Setiap kerja yang dilakukan perlu ditulis dengan menggunakan AYAT
TEKNIKAL.
f. Setiap CUTI PERLU DIREKODKAN dalam buku laporan harian mengikut
format yang disediakan KECUALI cuti hujung minggu (tertakluk kepada negeri
masing-masing).
g. Buku Laporan Harian ini adalah dokumen penting dan harus sentiasa ada
bersama pelajar dan mestilah ditunjukkan kepada Penyelia di tempat latihan
industri atau Pensyarah Penyelia apabila mereka mengadakan lawatan.
h. Buku laporan harian perlu disemak & ditandatangani oleh penyelia
firma/jabatan seminggu sekali bagi memastikan kemajuan pelajar sepanjang
menjalani latihan industri.
i. Buku Laporan Harian ini TIDAK BOLEH dihilangkan, dirosakkan atau
diconteng sebarangan.

3.2

MAKLUMAT YANG PERLU ADA DALAM BUKU LAPORAN HARIAN


a.
b.
c.
d.
e.
f.

Tarikh kerja / projek


Nama penyelia
Tempat / lokasi
Tajuk kerja /projek
Peralatan / perisian yang digunakan
Pengujian yang dijalankan (sekiranya ada)
i.
Jenis pengujian
ii.
Alat pengujian yang digunakan
iii. Tatacara pengendalian / pengujian

g. Terangkan tentang perincian kerja


i.
Gambarajah bersesuaian perlu disertakan dalam bentuk bercetak atau
lakaran.
ii.
Carta / jadual perlu disertakan jika berkaitan.
iii. Resepi dan langkah kerja (program yang berkaitan penyediaan makanan).
iv. Pengiraan perlu disertakan (untuk program yang berkaitan).
v. Jika pelajar melaksanakan tugasan/projek, dapatkan salinan jadual yang
ditandatangani oleh penyelia di tempat latihan industri dan lampirkan dalam
buku laporan harian ini (jika berkaitan).
h. Sertakan bersama langkah-langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan
dalam sesuatu kerja/projek (sekiranya ada).

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI


Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

SENARAI SEMAK BORANG DAN SURAT YANG DIGUNAKAN

SEBELUM LI
i.

BMP Borang Maklumat Pelajar (Resume)

ii.

SURAT PERMOHONAN TEMPAT LI

iii.

BJPP Borang Jawapan Penerimaan Pelajar

iv.

SURAT PENEMPATAN (PELAJAR)

v.

SURAT PENEMPATAN PELAJAR(SYARIKAT)

SEMASA LI
i.

KAD PENGESAHAN LAPOR DIRI

ii.

KAD PERTUKARAN ALAMAT TEMPAT LATIHAN

iii.

SURAT PERLANTIKAN PENSYARAH PENYELIA

iv.

SURAT LAWATAN PENYELIAAN LI (SYARIKAT)

v.

BORANG PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI

SELEPAS LI
i.

BORANG LAPORAN STATUS PENEMPATAN &


KEPUTUSAN PENILAIAN

ii.

SIJIL LI

Anda mungkin juga menyukai