Anda di halaman 1dari 3

Ruj.

Kami : PSP/LPI/90/05/2/1 Jld2 ( 17 )


Tarikh : 27/08/2023

Nama Pelajar : SARAVANAN A/L KUMARASAMY


Alamat : NO 49 JALAN PENAGA 4
TAMAN PENAGA
08000,SUNGAI PETANI
KEDAH

Per: Penempatan Latihan Industri 22 OGOS 2023 HINGGA 5 JANUARI 2024

Dengan sukacitanya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saudara/ saudari dikehendaki melapor diri untuk Latihan
Industri seperti berikut:

Nama Firma : J&T EXPRESS KULIM AVENUE


Alamat : 154, PERSIARAN AVENUE 3
KULIM AVENUE, HI-TECH PARK
09000,KULIM
KEDAH

Tempoh latihan : 22 OGOS 2023 HINGGA 5 JANUARI 2024


Tarikh lapor diri : 22 OGOS 2023
Masa lapor diri : 8.00 PG
Pegawai yang perlu di hubungi : ENCIK ROMZI BIN ABDULLAH
Keperluan semasa melapor : a. Kad Pelajar / Kad Latihan Industri
b. Buku Laporan Harian

3. Surat Pengenalan Lapor Diri ini akan terbatal dengan sendirinya sekiranya pelajar didapati
tidak mematuhi mana-mana syarat seperti yang terdapat di dalam Buku Panduan Pelaksanaan
Latihan Industri (BPLI). Proses lapor diri pelajar di organisasi adalah tertakluk kepada Keputusan
Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Seberang Perai. Jika Keputusan Jawatankuasa
Peperiksaan Politeknik Seberang Perai menyatakan saudara/saudari tidak layak untuk menjalani
latihan industri, pelajar dikehendaki melapor diri di Politeknik Seberang Perai pada tarikh yang
ditetapkan.
4. Pelajar juga dikehendaki mengisi Kad Pengesahan Lapor Diri dan mengembalikan yang
lengkap diisi ke Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Seberang Perai dalam tempoh
seminggu selepas tarikh lapor diri. Sebarang perubahan alamat tempat latihan, alamat tempat
tinggal dan nombor telefon bimbit hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pihak kami.
Sekiranya pelajar mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah mengenai latihan industri, sila
rujuk kepada BPLI Politeknik Malaysia yang sedang berkuat kuasa atau dengan pihak kami untuk
panduan dan bimbingan.

5. Adalah diingatkan bahawa pelajar masih tertakluk dengan segala peraturan politeknik
walaupun sedang menjalani latihan industri. Oleh itu, pelajar dikehendaki sentiasa mematuhi
peraturan/arahan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik dan organisasi. Sila rujuk Bab 7:
Prosedur, Peraturan, Disiplin dan Tindakan Tatatertib (di dalam BPLI) untuk perkara-perkara yang
menjadi kesalahan dari segi peraturan/etika latihan industri semasa menjalani latihan. Pelajar
bertanggungjawab menjaga imej Politeknik Seberang Perai dengan menunjukkan sikap yang
positif semasa latihan dan tidak menimbulkan masalah disiplin di tempat latihan. Tindakan
tatatertib akan diambil terhadap pelajar yang melanggar mana-mana arahan/peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak politeknik atau organisasi.

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

t.t
( SYAIFUL ANAS BIN IBRAHIM )
Pegawai Perhubungan Dan Latihan Industri
b.p. Pengarah
Politeknik Seberang Perai
Pulau Pinang

Peringatan :
Surat ini adalah janaan komputer. tidak perlu ditandatangani.

Anda mungkin juga menyukai