Anda di halaman 1dari 3

Ruj.

Kami : POLISAS\UPLI\07
Tarikh : 27/11/2014

Nama Pelajar : WAN MUHAMMAD HAZWAN BIN WAN MUSTAPA


Alamat : NO 29, JALAN MASJID SLOW MACHANG

17000,PASIR MAS
KELANTAN

Per: Penempatan Latihan Industri 01 DISEMBER 2014 - 17 APRIL 2015

Dengan sukacitanya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saudara/ saudari dikehendaki melapor diri untuk Latihan
Industri seperti berikut:

Nama Firma : TWINGATE COMPUTER SALES SERVICE SDN BHD


Alamat : LOT 1537 JALAN PERSIARAN KK 6
BANDAR BARU KUBANG KERIAN
16150,KOTA BHARU
KELANTAN

Tempoh latihan : 01 DISEMBER 2014 - 17 APRIL 2015


Tarikh lapor diri : 01.12.2014
Masa lapor diri : 8.00 AM
Pegawai yang perlu di hubungi : TUAN MOHD AZIZUL BIN AWANG
Keperluan semasa melapor : a. Kad Pelajar / Kad Latihan Industri
b. Buku Laporan Harian

3. Surat Pengenalan Lapor Diri ini akan terbatal dengan sendirinya sekiranya saudara/saudari
didapati tidak mematuhi mana-mana syarat seperti yang disenaraikan pada para 2.5. (Penempatan
Latihan) di dalam buku Garis Panduan Latihan Industri. Proses Lapor Diri saudara/saudari di
Organisasi adalah tertakluk kepada Keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Sultan Haji
Ahmad Shah. Jika Keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
menyatakan saudara/saudari tidak layak untuk menjalani Latihan Industri, saudara/saudari
dikehendaki melapor diri di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah pada tarikh yang ditetapkan.
4. Saudara/saudari juga dikehendaki mengisi Kad maklumat Semasa Latihan, Melukis plan
lokasi tempat latihan dan mendapatkan tandatangan pegawai dan cop organisasi pada Kad
Pengesahan Lapor Diri dan kembalikan ke Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik
Sultan Haji Ahmad Shah dalam tempoh seminggu selepas tarikh lapor diri. Sebarang perubahan
alamat tempat latihan, alamat tempat tinggal dan nombor telefon bimbit hendaklah dilaporkan
dengan segera kepada pihak kami.

5. Sekiranya saudara/saudari mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah mengenai


latihan industri, sila rujuk kepada buku Garis Panduan Latihan untuk panduan dan bimbingan.
Saudara/saudari juga boleh berhubung terus dengan pihak kami sekiranya terdapat kemusykilan

6. Akhir sekali, saudara/saudari diingatkan bahawa saudara/saudari masih tertakluk dengan


segala peraturan politeknik walaupun sedang menjalani latihan industri. Oleh itu, saudara/saudari
dikehendaki sentiasa mematuhi peraturan/arahan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik dan
organisasi. Sila rujuk para 6.0 tindakan tatatertib (di dalam buku Garis Panduan Latihan Industri)
untuk perkara-perkara yang menjadi kesalahan dari segi peraturan/etika latihan industri semasa
menjalani latihan. Saudara-saudari adalah bertanggungjawab menjaga imej Politeknik Sultan Haji
Ahmad Shah dengan menunjukkan sikap yang positif terhadap latihan dan tidak menimbulkan
masalah disiplin di tempat latihan. Tindakan tatatertib seperti yang dinyatakan di dalam buku Garis
Panduan Latihan Industri, akan diambil terhadap pelajar yang melanggar mana-mana
arahan/peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik atau organisasi.

Sekian, terima kasih

Saya yang menurut perintah,

( AKMALRULJEHAN BT SAMIUN )
Pegawai Perhubungan Dan Latihan Industri
b.p. Pengarah
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Pahang

Peringatan :
Surat ini adalah janaan komputer. tidak perlu ditandatangani.

Anda mungkin juga menyukai