Anda di halaman 1dari 19

1

AMARAN

Pelajar yang didapati MEMBERI MAKLUMAT SALAH/ TIDAK BENAR/

MANIPULASI MAKLUMAT dalam borang permohonan kemasukan berkaitan

dengan:

Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/

Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli

Kelayakan akademik/ keputusan peperiksaan akan diambil tindakan


dengan:

Menarik balik surat tawaran

Dikenakan tindakan undang-undang.

Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan

sepanjang tempoh pengajian.

➢ SEKIRANYA ANDA MELAKUKANNYA, ANDA DINASIHATKAN TIDAK

HADIR MENDAFTAR.

PERINGATAN PENTING
JIKA ANDA SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT DENGAN
KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ANDA TIDAK LAYAK UNTUK
MENDAFTAR ATAU MENJADI PELAJAR UiTM.

2
NOTA PENTING

1. Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang

dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia manakala sijil STPM/

STAM dan MUET perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis

Peperiksaan Malaysia.

2. Sekiranya tiada/ hilang sijil kelahiran pelajar/ ibu/ bapa anda perlu

membuat cabutan sijil kelahiran/ kad pengenalan yang baharu di Jabatan

Pendaftaran Negara sebelum mendaftar.

3. Sekiranya kehilangan Kad Pengenalan calon/ ibu/ bapa anda perlu

membuat Kad Pengenalan sementara.

4. Bagi ibu/ bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian ibu/

bapa perlu dibawa semasa hari pendaftaran.

PERATURAN AKADEMIK UiTM


PROGRAM DAN KAMPUS YANG DITAWARKAN ADALAH MUKTAMAD. SEBARANG
PERMOHONAN PERTUKARAN TIDAK DIBENARKAN.

MAKLUMAT DI DALAM BUKU INI ADALAH BENAR SEHINGGA SESI 2 2023/2024

DIKELUARKAN OLEH:
BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
3
Sekapur Sireh Seulas Pinang

Assalammualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya jua, Universiti
Teknologi MARA telah berjaya memberi peluang dan akses kepada masyarakat untuk
mendapat pengajian tinggi yang berkualiti. Sejak ditubuhkan pada 1956, UiTM serta seluruh
warganya mengupaya usaha untuk meneruskan tradisi kecemerlangan universiti ke arah
menjadi entiti pendidikan tinggi terulung di Malaysia dalam menelusuri arus pendidikan
moden masa kini.

Syabas dan tahniah kepada saudara-saudari yang telah berjaya ditawarkan tempat pengajian
di UiTM. Sesungguhnya saudara-saudari adalah golongan yang bertuah kerana telah berjaya
terpilih daripada ribuan pemohon untuk melanjutkan pengajian di UiTM.Kehadiran saudara-
saudari sebagai mahasiswa ke UiTM sangat dialu-alukan.

Buku Panduan Pendaftaran Bahagian Pengambilan Pelajar merupakan salah satu daripada
inisiatif universiti sebagai panduan bagi menyediakan kemudahan dan pengetahuan dari sisi hal
ehwal kemasukan pelajar ke UiTM. Justeru, terjemahan yang digarapkan melalui buku
panduan ini diharapkan dapat menjadi medium perantara kepada seluruh warga UiTM
khususnya mahasiswa baharu.

Semoga saudara-saudari dapat memanfaatkan peluang di institusi ini dengan menjadi


graduan yang berilmu, berketerampilan dan beramal dalam mencapai visi, misi dan objektif
UiTM bagi memenuhi aspirasi pembangunan negara.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada
Jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan kelancaran penerbitan Buku Panduan
Pendaftaran Bahagian Pengambilan Pelajar ini.

Sekian

YBHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN SAHIB @ SAHIBUDDIN, FASc


Naib Canselor UiTM

4
MAKLUMAT KORPORAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MOTTO
“Usaha, Taqwa, Mulia”

VISI
Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.

MISI
Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.

FALSAFAH
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan
profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.

OBJEKTIF
• Memperluas akses pendidikan tinggi
• Menyediakan pendidikan bertaraf dunia
• Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan pasaran,memacu pembangunan negara dan kemakmuran
global
• Menghasilkan graduan seimbang berciri keusahawanan yang kompetitif di peringkat global
• Mempertingkatkan penghayatan nilai melalui program pengukuhan
• Melestarikan kecemerlangan organisasi melaui tadbir urus yang efektif dan efisien
• Menjuarai penyelidikan berimpak melalui ekosistem penyelidikan yang padu
• Memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri
• Menyediakan ekosistem terkehadapan yang kondusif untuk kemajuan akademik
• Mengawal selia kewangan secara efektif ke arah kelestarian organisasi

LATARBELAKANG SEJARAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


Universiti Teknologi MARA bermula daripada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latehan RIDA (Rural Industrial Development
Authority), pusat kuliah yang menawarkan kursus persediaan kepada pelajar berorientasikan pendidikan Inggeris.

DEWAN LATEHAN RIDA (1956-1965)


Dewan Latehan RIDA adalah inspirasi Dato’ Onn Bin Ja’afar ekoran daripada lawatan ke Ceylon (Sri Lanka) pada tahun 1951. Tujuan
utama lawatan itu adalah untuk mendalami program pembangunan dalam negeri. Matlamat penubuhan Dewan Latehan RIDA adalah
untuk membina semula kehidupan masyarakat desa dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA
mengadakan majlis Konvokesyen yang pertama. Seramai 50 graduan telah menerima sijil daripada Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana
Menteri pada waktu itu.

MAKTAB MARA (1965-1967)


Untuk mengukuhkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan oleh pihak berkuasa, langkah pertama yang diambil ialah menukar nama RIDA
kepada MARA. Menurut Tun Abdul Razak, perubahan ini adalah untuk memberi nafas baharu dan harapan kepada RIDA. Ekorandaripada
itu, pada bulan Disember 1965, akta Majlis Amanah Rakyat telah diluluskan oleh Parlimen.

Pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA telah ditukarkan kepada Maktab MARA dan menjadi unit terpenting di bawah Bahagian
Latihan MARA.

INSTITUT TEKNOLOGI MARA (1967-1996)


Pada hari Sabtu, bersamaan 14 Oktober 1967 batu asas pembinaan kampus baharu Maktab MARA telah diletakkan oleh Tun Abdul
Razak dan seterusnya telah menukar nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM). Pada tahun 1970, ITM diberi autonomi penuh untuk
mentadbir di bawah Kementerian Pembangunan Dalam Negeri. Pada bulan Jun 1976, Akta ITM telah diluluskan oleh Parlimen dan
diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.

ITM SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI (AKTA PINDAAN 1996)


Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan 1996) meletakkan ITM seiring dengan universiti-universiti lain dalam negara. ITM telah diberi
kuasa sebagai universiti sepenuhnya. Namun begitu, nama ITM terus dikekalkan sehinggalah 26 Ogos 1999.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (26 OGOS 1999)


Tanggal 26 Ogos 1999 meletakkan nama baharu Institut kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah perisytiharan di buat oleh
YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM.

Kini UiTM menawarkan sejumlah 164 program pengajian di peringkat Sarjana Muda, 78 program pengajian di peringkat Diploma, 5
program di peringkat Asasi dan 5 program Pra Diploma (PPT) dan 6 Program Profesional di pelbagai fakulti. Bidang-bidang pengajian
yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti perubatan, pergigian, farmasi, penyiaran, pengurusan, pentadbiran, sains komputer,
sains kesihatan, sains gunaan, pentadbiran perniagaan, muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina, perladangan dan lain- lain.

5
TAWARAN KEMASUKAN KE UiTM

MULAI SESI DISEMBER 2008, SURAT TAWARAN DAN BIL. BAYARAN YURAN PELAJAR HANYA AKAN
DIPAPARKAN MELALUI LAMAN SESAWANG (WEB) SAHAJA.
Tanggungjawab Calon

• Dengan penerimaan tawaran ini bermakna anda bersetuju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh UiTM.

• Adalah menjadi tanggungjawab calon membaca dan memahami semua maklumat yang dibekalkan oleh UiTM.

PERSEDIAAN PENDAFTARAN
1. Penyediaan keperluan peribadi seperti duit saku yang berpatutan untuk membeli keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu,
bantal dan sarung bantal, cadar, kasut dan pakaian sukan, kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat, baldi, sabun dan sebagainya.

2. Melapor diri pada tarikh, masa dan kampus yang dinyatakan dalam surat tawaran.

3. Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Senarai Semakan Dokumen iaitu:
• Borang A : Borang Pendaftaran Pelajar Baharu Sepenuh Masa
• Borang B : Borang Maklumat Pelajar Baharu Secara Online
• Borang C : Laporan Pemeriksaan Kesihatan bagi semua kampus UiTM

4. Menjelaskan Bil Bayaran Yuran Pelajar di Bank Islam


• Bil yuran pelajar perlu dijelaskan sebelum anda mendaftar. Sila klik di sini untuk Panduan Pembayaran Bil.
• Kaunter Bank Islam TIDAK disediakan pada hari pendaftaran.
• Sila pastikan anda membawa resit rasmi bayaran yuran pelajar yang telah dicetak apabila hadir mendaftar bagi mengelak sebarang
masalah semasa pendaftaran.

5. Subsidi Yuran Pengajian Yang Ditanggung oleh Kerajaan


• Pada dasarnya kerajaan telah memberi subsidi yuran pengajian untuk memberi peluang pendidikan kepada Bumiputera yang telah
berjaya ditawarkan tempat ke IPTA bagi melanjutkan pengajian. Justeru anda dinasihatkan supaya menggunakan peluang ini dengan
sebaiknya dan menjadi graduan cemerlang bagi memenuhi aspirasi pembangunan negara.

• Maklumat mengenai subsidi yuran pengajian yang ditanggung oleh Kerajaan bagi setiap Fakulti adalah seperti berikut :-
i) Program Asasi dan Diploma KLIK DI SINI
ii) Program Sarjana Muda KLIK DI SINI

6. Pembukaan AKAUN RHB SIMPANAN-i Pro (PENTING!!)


a. Sila pastikan AKAUN RHB SIMPANAN-i Pro TELAH DIBUKA SEBELUM HARI PENDAFTARAN untuk memastikan Kad Prihatin Siswa
dapat berfungsi. Pelajar perlu hadir ke mana-mana cawangan RHB berhampiran (dengan membawa Kad Pengenalan dan Surat Tawaran
Universiti) bagi tujuan pembukaan AKAUN RHB SIMPANAN-i Pro. Senarai semua cawangan RHB / SST boleh didapati di
https://www.rhbgroup.com/locate/index.html.

(Soalan lazim pembukaan AKAUN RHB SIMPANAN-i Pro)

b. Kad Prihatin Siswa (KPS)


• Kad Prihatin Siswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia
dan Bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa dan mewujudkan
ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN)
dan KPT.
• Kad ini mempunyai dua (2) fungsi iaitu kad identiti pelajar UiTM dan kad debit bank RHB.
• Kad Prihatin Siswa adalah terpakai untuk keseluruhan pelajar UiTM (warganegara / bukan warganegara) yang masih / sedang mengikuti
semua peringkat pengajian di UiTM.
• Akaun di bawah inisiatif Kad Prihatin Siswa adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak Bank RHB dan akaun ini dinamakan sebagai
Akaun Simpanan-i Pro.
• Kad Prihatin Siswa akan digunakan sebagai access door, barrier gate dan kemudahan elektronik lain yang sedang digunakan di premis
UiTM.
• Objektif
i) Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT.
ii) Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.
iii) Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.
iv) Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran / keistimewaan / ganjaran / promosi kepada pelajar IPT.

• Faedah
i) Akaun Simpanan-i Pro adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB di bawah inisiatif Kad Prihatin Siswa.
ii) Tiada caj yang dikenakan ke atas pelajar UiTM bagi pembukaan akaun ini dan ianya adalah secara percuma.
iii) Akaun Simpanan-i Pro akan ditamatkan selepas tidak lagi menjadi pelajar UiTM. Akaun tersebut akan ditukarkan ke akaun
simpanan normal RHB (nombor akaun dikekalkan) dan pelajar UiTM perlu menggantikan Kad Prihatin Siswa (yang tidak aktif) di
cawangan bank RHB yang berdekatan dengan kad debit RHB yang baharu.
iv) Tiada yuran tahunan ke atas akaun Simpanan-i Pro yang dikenakan oleh pihak Bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di
UiTM.

6
c. Permohonan pinjaman PTPTN untuk pelajar baharu
• Bayaran PTPTN kepada semua pelajar UiTM mulai sesi akademik September / Oktober 2023 akan menggunakan akaun Simpanan-
i Pro oleh bank RHB.
• PERHATIAN!!
PEMBIAYAAN PTPTN TIDAK AKAN DISALURKAN SEKIRANYA PELAJAR TIADA AKAUN RHB SIMPANAN-i PRO.
Rujuk perkara 6(a) untuk tindakan pembukaan AKAUN RHB SIMPANAN-i Pro.
• Sila layari https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/ untuk maklumat lebih lanjut berkenaan permohonan pinjaman
PTPTN.

7. Laporan Pemeriksaan Kesihatan Pelajar:

Pelajar yang mendaftar di kampus;

a. Perlu mencetak dan mengisi Borang C (Laporan Pemeriksaan Kesihatan).

b. Perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan / swasta dengan tanggungan sendiri sebelum mendaftar
sebagai pelajar UiTM
c. Laporan pemeriksaan kesihatan yang telah lengkap perlu diserahkan semasa pendaftaran.

d. Sekiranya tidak berkesempatan, anda dibenarkan membuat pemeriksaan kesihatan dalam tempoh tiga (3) minggu
selepas tarikh pendaftaran.

PERINGATAN PENTING

Jika anda seorang penagih, pengedar atau terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan
DADAH, anda TIDAK LAYAK untuk mendaftar atau menjadi pelajar UiTM. Ujian air kencing
akan diadakan pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian.

7
SELEPAS PENDAFTARAN
PROGRAM MINGGU DESTINI SISWA (MDS)
Bagi Kemasukan lepasan SPM/ STPM/ STAM/ ASASI/ MATRIKULASI / DVM / DKM /DLKM / DIPLOMA IPT LAIN / A-
LEVEL

o Semua pelajar baharu kemasukan lepasan SPM/ STPM/ STAM/ ASASI/ MATRIKULASI/ DVM/ DKM/ DLKM/
DIPLOMA IPT LAIN/ A-LEVEL adalah DIWAJIBKAN mengikuti MDS yang bermula pada tarikh pendaftaran.

o Sebarang urusan peribadi seperti menguruskan cuti belajar, perletakan jawatan atau menyelesaikan pemeriksaan
perubatan, ianya perlu dilakukan sebelum atau selepas MDS dijalankan.

o Bagi memastikan semua pelajar baharu dapat mengikuti MDS tanpa sebarang gangguan, ibu/ bapa/ penjaga TIDAK
digalakkan untuk berjumpa atau melawat anak kecuali hal kecemasan.

o Pakaian semasa perasmian MDS (perlu dibawa semasa mendaftar)

o Siswa – baju kemeja lengan panjang, berseluar slack berwarna gelap dan kasut kulit berwarna hitam.

o Siswi – baju kurung dan kasut bertutup berwarna hitam.

o Sepanjang MDS semua pelajar baharu adalah dikehendaki berpakaian kemas dan mematuhi etika pakaian dan rambut
seperti yang ditetapkan.

PROGRAM RIADAH UiTM SEMASA MINGGU DESTINI SISWA (MDS)

 Pakaian semasa program riadah UiTM (perlu dibawa semasa mendaftar)

o Siswa
o Memakai T-Shirt (tidak terdapat sebarang corak atau gambar pada bahagian depan atau belakang)

o Memakai Seluar Track Suit bewarna gelap (tidak terdapat sebarang corak atau gambar)

o Memakai Kasut Sukan yang bersesuaian dengan aktiviti kecergasan

o Siswi
o Memakai T-Shirt lengan panjang (tidak terdapat sebarang corak atau gambar pada bahagian depan atau
belakang)

o Memakai Seluar Track Suit bewarna gelap (tidak terdapat sebarang corak atau gambar)

o Memakai Kasut Sukan yang bersesuaian dengan aktiviti kecergasan

Maklumat lanjut berkaitan Program Minggu Destini Siswa (MDS) boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar seperti di bawah:

Unit Korporat dan Tugas-Tugas Khas


Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5544 2044/3222/ 3699
Faks: (+603) 5544 3535
Emel: bhep@uitm.edu.my

8
SESI PERKULIAHAN PELAJAR

Sesi perkuliahan pelajar di UiTM adalah melaksanakan mod pengajaran teradun atau Blended Learning (BL) yang mempunyai kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara mod dalam talian dan mod pembelajaran bersemuka (onsite) dengan peratusan tertentu mengikut
pada sesuatu kursus tertentu.

UiTM amat mengutamakan aspek keselamatan, keterlibatan, kualiti dan kesinambungan PdP sebagai asas-asas utama dalam
pelaksanaan perkuliahan secara ODL ini. Program Minggu EDU5.0@UiTM akan dilaksanakan bagi memperkasakan kemahiran
komunikasi dan pengetahuan pelajar ke arah memperkayakan pengalaman mereka agar bersedia untuk mendepani suasana kelaziman
baharu kehidupan kampus nanti. Pemakluman dari masa kesemasa akan disalurkan oleh pihak Fakulti/Kampus masing-masing.

PENDAFTARAN KURSUS

Setelah pendaftaran akademik, pendaftaran kursus mestilah dilakukan secara atas talian (online) melalui Gerbang Maklumat Pelajar (i-
Student Portal) dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Universiti.

MUAT NAIK GAMBAR PELAJAR BAHARU UiTM

Dimaklumkan semua pelajar baharu yang telah berjaya mendaftar sebagai pelajar UiTM perlu memuatnaik gambar berukuran
paspot yang berlatar belakang warna biru bagi tujuancetakan kad pelajar di Universiti Teknologi MARA. Pelajar boleh berbuat
demikian melalui Sistem UCMS https://kad.uitm.edu.my ataupun portal pelajar dengan menggunakan akses laluan SSO UiTM.

Di bawah adalah panduan yang perlu diikuti secara teliti oleh setiap pelajar baharu UiTM didalam memastikan gambar yang dimuat naik
menepati spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

SPESIFIKASI GAMBAR
1. Gambar berukuran paspot berlatar belakang warna biru yang diambil secara professional (kedai gambar atau studio
gambar). Gambar swafoto tidak dibenarkan.
2. Sebarang perubahan secara digital terhadap gambar adalah tidak dibenarkan.
3. Dilarang menggunakan gambar yang telah dipotong (crop) dari sumber gambar yang lain.
4. Elakkan wujudnya garisan putih yang mengelilingi gambar kerana ini akan menganggu proses validitasi gambar.
5. Pakaian dan penampilan hendaklah mematuhi sahsiah rupa diri pelajar.
6. Tidak dibenarkan memakai sebarang aksesori kepala atau muka seperti topi, pelitup muka, cermin mata berfesyen ( cermin
matahitam dan seumpamanya ), kopiah, purdah dan lain-lain.
7. Penggunaan songkok hitam bagi lelaki dan tudung bagi wanita adalah dibenarkan dan perlu dipakai secara betul serta tidak
menutup wajah.
8. Pakaian yang berwarna biru dan putih atau seakan-akan biru serta putih adalah tidak dibenarkan.
9. Muka dan bahu mestilah menghadap ke hadapan serta ekspresi muka adalah neutral.
10. Saiz gambar untuk dimuat naik mestilah berukuran lebar 3.5cm x tinggi 4.0cm dan tidak melebihi 200kb.
11. Maklumat gambar.

Resolusi :
Lebar : 413 pixels
Tinggi : 472 pixels
Dot/Inch
Pixels/Inch : 300
File Type : Jpeg

Penafian:
Cetakan gambar pelajar di atas kad UiTM adalah bergantung kepada gambar yang dimuat naik oleh pelajar. Jika didapati
gambar yang dicetak tidak menepati peraturan universiti, bayaran RM50.00 akan dikenakan bagi tujuan gantian kad.

Gambar Yang Dibenarkan

3.5 CM

Warna Biru

Pakaian yang
4.0 CM

betul / Sahsiah
Rupa Diri
Pelajar

Saiz Yang Betul

9
Gambar Yang Tidak Dibenarkan

3.5 CM

3.4 CM

Saiz Salah Tidak Fokus

SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE UiTM


Tawaran kemasukan ke UiTM adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:

1. Mematuhi Peraturan
Sepanjang tempoh pengajian di UiTM anda diwajibkan mematuhi :

Undang-undang dan Perlembagaan Negara


Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976
Peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA
Peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak Pengurusan
Universiti.

2. Pembatalan Surat Tawaran


Pihak UiTM berhak membatalkan tawaran yang telah dikeluarkan sekiranya didapati:

• Anda tidak memenuhi syarat kelayakan masuk. Anda dinasihatkan meneliti kelayakan masuk sebelum datang
mendaftar.

• Anda mengemukakan maklumat/ dokumen palsu semasa permohonan kemasukan/ pendaftaran

• Anda telah memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat

• Anda gagal melapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

• Anda mempunyai kesan penggunaan dadah (tawaran ini tertakluk kepada keputusan ujian air kencing yang akan
diadakan selama tempoh pengajian).

• Anda TIDAK BERSTATUS TAMAT sebelum meneruskan pengajian ke peringkat Diploma/ Sarjana Muda.

• Anda BUKAN BUMIPUTERA seperti yang ditakrifkan dalam perkara 160 (2) atau dalam perkara 161A (6) (a) atau
perkara 161A (6) (b) berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan arahan pentadbiran.

• Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan banduan dalam proses menunggu prosiding
jenayah terhadapnya.

Nota: Segala perbelanjaan yang timbul bersabit dengan pembatalan tawaran ini TIDAK akan ditanggung oleh UiTM

3. Menarik Diri Selepas Mendaftar


Pelajar yang telah mendaftar dan kemudian menarik diri sebagai pelajar, yuran pengajian boleh dituntut semula dalam tempoh
Tiga Puluh (30) hari dari tarikh pendaftaran kampus dalam surat tawaran.

MAKLUMAT PENTING
PERSEDIAAN MENGAMBIL ‘ENGLISH PLACEMENT TEST’
Semua calon (kecuali pelajar Asasi) perlu membawa fon telinga ‘earphone’ bagi tujuan persediaan mengambil ‘ English Placement
Test’.

PERTUKARAN KAMPUS DAN PROGRAM


Program dan kampus yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran TIDAK DIBENARKAN.

PENANGGUHAN PENGAJIAN
Tawaran ini sah untuk sesi kemasukan yang dinyatakan sahaja. Sebarang penangguhan pengajian adalah tidak dibenarkan dan perlu
memohon semula pada sesi berikutnya.

10
PENDAFTARAN LEWAT
• Tawaran adalah terbatal sekiranya calon tidak mendaftar pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, calon- calon
yang terpaksa mendaftar lewat seperti ketiadaan tiket kapal terbang (calon Sabah dan Sarawak), sila maklumkan secara bersurat
kepada Dekan Fakulti/ Pengarah (bagi calon yang mendaftar di kampus Shah Alam/ Puncak Perdana/ Puncak Alam/ Sungai Buloh/
Dengkil) atau Rektor, Kampus UiTM Negeri berkenaan (bagi pelajar yang mendaftar di Kampus Negeri).

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)


Semua calon yang akan mengikuti program Sarjana Muda diwajibkan mencapai tahap MUET seperti yang terkandung dalam syarat khas
program.

AKUJANJI UNIVERSITI
Semua pelajar baharu diwajibkan menandatangani Surat Akujanji semasa Minggu Destini Siswa

LARANGAN MEMBAWA KENDERAAN DI DALAM KAMPUS


Ketetapan telah dibuat oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) bahawa semua pelajar baharu yang mendapat kemudahan kolej
kediaman dilarang membawa kenderaan sendiri di dalam kampus. Pelekat kenderaan tidak akan dikeluarkan kepada pelajar-pelajar ini.

AKTIVITI YANG DIMESTIKAN KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU


• Kursus Asas Bina Negara – Kursus ini dimestikan kepada semua pelajar baharu (Diploma/ Sarjana Muda)
• Program Universiti – Semua program Universiti perlu diikuti oleh semua pelajar

KEMUDAHAN PENGANGKUTAN UiTM PADA HARI PENDAFTARAN

• Kemudahan pengangkutan ini disediakan khusus kepada pelajar yang mendaftar pada pendaftaran rasmi sahaja (tidak termasuk
pelajar yang berjaya rayuan).

• Bagi pelajar yang mendaftar di Kampus UiTM Shah Alam, bas awam dan bas UiTM disediakan di Seksyen Dua (2), Shah Alam untuk
berulang-alik ke Kampus UiTM Shah Alam.

• Kemudahan bas UiTM disediakan di terminal KLIA dan KLIA 2 bagi mengambil pelajar dari Sabah dan Sarawak yang mendaftar di Kampus
UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, UiTM Puncak Perdana dan UiTM Sungai Buloh pada tarikh pendaftaran rasmi seperti dalam
surat tawaran dan satu (1) hari sebelum hari pendaftaran. Manakala pelajar dari Sabah dan Sarawak yang mendaftar di UiTM Puncak
Alam, UiTM Puncak Perdana dan UiTM Sungai Buloh akan transit di kampus UiTM Shah Alam sebelum dibawa ke kampus yang
berkenaan untuk pendaftaran.

• Kemudahan pengangkutan bas disediakan pada jam 9.00 pagi, 2.00 petang dan 5.00 petang.

• Segala pertanyaan mengenai kemudahan pengangkutan sila hubungi :

Bahagian Pengurusan Kenderaan


Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur (PPII)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Tel: (+603) 5544 3019/ 3021/ 3022/ 3023/ 3024/ 3025
Fax:(+603) 5544 3020

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM
PUSAT RESIDENSI & HOSPITALITI PELAJAR (PRHP)

1. Pusat Residensi & Hospitaliti Pelajar-PRHP (dahulunya Unit Kemudahan Kolej-UKK) berfungsi menguruskan kemudahan kolej
kediaman untuk pelajar.
2. Pelajar Diploma/Asasi disediakan kemudahan kolej kediaman dengan kadar bayaran yang ditetapkan mengikut dasar.
3. Pelajar Asasi adalah dikehendaki duduk di kolej kediaman dengan kadar bayaran yuran penginapan RM420.00 bagi satu
semester. Bil yuran penginapan akan dijana apabila pelajar hadir ke kolej membuat pendaftaran.
4. Kemudahan kolej kediaman bagi pelajar Sarjana Muda lepasan SPM/STPM/MATRIKULASI/ASASI/SETARAF disediakan untuk
Semester 1 sahaja dengan kadar bayaran yang akan ditetapkan.
5. Pelajar yang ingin memohon pengecualian bayaran kolej kediaman (selain dari pelajar Asasi) mestilah mereka yang tidak
mendapat sebarang pinjaman/bantuan kewangan dan pendapatan keluarga di bawah RM2,500.00 tanpa mengira bilangan
tanggungan serta perlu membawa dokumen sokongan seperti berikut :
i. Penyata gaji ibubapa yang telah disahkan oleh majikan/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
ii. Penyata pencen ibubapa yang disahkan*
iii. Pengesahan bertulis bagi yang tiada penyata gaji (bekerja sendiri)*
*Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai Pembangunan Mukim/Pengerusi JKKK
(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)

11
PERALATAN ELEKTRIK

1. Peralatan elektrik yang digunakan oleh pelajar di kolej kediaman dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 bagi setiap item dan perlu
membuat pendaftaran secara atas talian melalui ‘student portal’. Pendaftaran dan bayaran bil peralatan elektrik adalah pada setiap
semester.
2. Pelajar perlu merujuk Pekeliling Pendaftaran Peralatan Elektrik di kampus masing – masing bagi senarai dan kuantiti peralatan
elektrik yang dibenarkan.

PERMOHONAN PEMBERIAN BANTUAN ELAUN MAKAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA, AC 151 DAN AP243

Kelayakan Memohon

1. Pemohon hendaklah terdiri daripada pelajar yang mengikuti program Diploma, Pra Diploma dan Sijil sepenuh masa di Shah
Alam dan Kampus –Kampus Negeri.

2. Pelajar Program Ijazah AP243 (FSPU) dan AC 151 (Profesional) adalah layak memohon kemudahan bantuan elaun makan

3. Pelajar yang mengikuti program Diploma dan tinggal di luar kampus (“Non Resident”)

4. Hanya pelajar berstatus ‘aktif’ iaitu mendaftar sebagai pelajar dan membuat pembayaran yuran pengajian

5. Pelajar perlu mendaftar sebagai pelajar dengan mendaftar dan membayar yuran pengajian pada satu – satu semester

Tidak Layak Memohon

6. Pelajar yang mengikuti latihan amali (praktikal)

7. Pelajar ‘Extend’ yang berstatus ‘SML’

8. Pelajar yang mendapat tajaan, biasiswa, dermasiswa atau PTPTN

Cara Memohon

9. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian “Online”. Layari http://istudent.uitm.edu.my

10. Bagi pelajar diploma yang baharu mendaftar sebagai pelajar UiTM hendaklah mempunyai atau mendaftar ‘Student Portal’ terlebih
dahulu sebelum boleh membuat permohonan secara ‘online’.

12. Pelajar dikehendaki mengisi maklumat yang dikehendaki dalam borang permohonan dengan lengkap. Sila cetak borang
permohonan yang telah lengkap dan hantarkan bersama surat pengesahan pendapatan yang telah disahkan, sama ada:
• Salinan Penyata Pendapatan terkini
• Salinan Cukai Pendapatan (Borang EA/ EC)
• Surat Akuan Pendapatan (hanya sah bagi ibu bapa yang bekerja sendiri/tiada Slip Pendapatan atau Borang EA/ EC)

13. Pelajar “Non Resident” (NR) dikehendaki mengemukakan perkara di atas ke Pejabat Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar
(URHP) dikampus masing-masing semasa mendaftar sebagai pelajar NR.

14. Salinan Penyata Pendapatan/Salinan Borang J/ Surat Akuan Pendapatan ibu bapa/penjaga perlu mendapat pengesahan terlebih
dahulu daripada salah seorang pegawai berikut:

a) Wakil Rakyat/ Senator


b) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
c) Pengamal Undang-Undang
d) Pesuruhjaya Sumpah/ Jaksa Pendamai
e) Pengetua/ Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja)
f) Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/ Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas.
g) Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/ Sidang/ Pegawai Pembangunan Mukim/ Pengerusi JKKK
(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).
h) Untuk Sabah dan Sarawak – Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Kapitan/ Pemanca/ Pegawai Taman Sabah.

Nota: Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi
hendaklah lengkap mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan/alamat di mana pegawai bertugas.

12
15. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak melampirkan atau tidak memenuhi mana-mana keperluan yang dikehendaki oleh pihak
universiti, akan menyebabkan permohonan tersebut ditolak. Pemohon mestilah mempunyai atau membuka Akaun Bank Islam bagi
memudahkan proses pembayaran bantuan elaun makan ini dibuat oleh pihak universiti.

• Pemohon tidak dibenarkan berkongsi akaun bank dengan pelajar yang lain. Perkara ini akan menyebabkan permohonan
disekat bagi mengelak penipuan.

• Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak universiti mengenai perubahan atau pertukaran status
pengajian iaitu sama ada aktif, diberi cuti khas atau digantung pengajian dengan kadar segera bagi mengelak berlaku lebihan
bayaran ke akaun pelajar.

• Pelajar perlu membuat permohonan pada setiap semester.

• Keputusan sama ada seseorang pelajar layak atau tidak layak tertakluk kepada syarat atau dasar yang telah ditetapkan oleh
universiti dan sebarang keputusan adalah muktamat.

• Pemohon yang mengemukakan maklumat dan dokumen palsu boleh menyebabkan permohonan dibatalkan, kemudahan
ditarik balik serta dikenakan tindakan tatatertib mengikut peruntukan Akta 174.

• Pelajar dikehendaki mengirim maklumat permohonan dan penyata pendapatan yang telah disahkan melalui melalui pos sebaik
selesai membuat permohonan secara ‘online’.

• Permohonan ini hanya akan diproses dan diluluskan setelah pihak kolej menerima maklumat permohonan dan salinan penyata
pendapatan keluarga yang dihantar oleh pelajar.

• Jika memerlukan maklumat lanjut mengenai proses permohonan pemberian bantuan elaun makan pelajar ini, sila hubungi
talian 03-5544 3520/ 3587/ 3513 atau hubungi kolej kediaman terakhir yang pernah didiami pemohon atau di pejabat
pengurusan kolej di kampus masing-masing.

Sebarang pertanyaan berkaitan residensi kolej kediaman:

Pusat Residensi & Hospitaliti Pelajar (PRHP)


No Tel : 03-5544 3587/ 3515/ 3513/ 3520
Emel : prhpuitmsa@uitm.edu.my
Laman Web : https://hep.uitm.edu.my/main/index.php/pejabat/pusat-unit/unit-kemudahan-kolej

UNIT PENGURUSAN NON RESIDENT (UPNR)

• Mereka yang tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan memerlukan bantuan untuk menyewa rumah sekitar kampus boleh
berhubung dengan Unit Pengurusan Non Resident (UPNR) Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) di kampus masing-masing.

• Untuk mendapatkan bantuan sewa rumah/ bilik di luar kampus dan maklumat lanjut mengenai Unit Pengurusan NR bagi kampus
Shah Alam boleh hubungi:

No. Tel. : 03-5544 3965/ 3967/ 3968/ 2189/ 3537


Laman Web : https://hep.uitm.edu.my/main/index.php/pejabat/pusat-unit/unit-pengurusan-non-residen
: https://nr.uitm.edu.my
: https://nrhome.uitm.edu.my

• Untuk mendapatkan bantuan sewa rumah/ bilik di luar kampus dan maklumat lanjut mengenai Unit Pengurusan NR bagi kampus
cawangan sila rujuk di perkara Kampus-Kampus UiTM dan pautan dibawah :

Laman Web : https://nr.uitm.edu.my/index.php/about/nr-branch-campus

BANTUAN KEWANGAN / ZAKAT

• Bagi pelajar yang tergolong daripada golongan fakir miskin boleh mendapatkan bantuan zakat di Bahagian Zakat UiTM.

• Permohonan hendaklah dibuat melalui surat kepada Bahagian Zakat UiTM Shah Alam/ kampus masing-masing dengan
menyertakan surat pengesahan pendapatan ibubapa/ penjaga yang disahkan oleh Wakil Rakyat/ Penghulu/ Penggawa/ Ketua
Kampung seperti berikut:

Alamat : Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf


Universiti Teknologi MARA
40450 UiTM Shah Alam
No Tel :03-5544 3115/ 2381
WhatsApp: 019-231 3391
Email: bszw@uitm.edu.my

13
PELAJAR PROGRAM ASASI

Permohonan Bantuan Kewangan Program Asasi di Universiti Awam

• Merujuk kepada Surat Edaran dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 15 Mei 2017, telah memutuskan supaya bantuan
kewangan pelajar hanya diberikan kepada golongan B40 dan M40 yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM10,959.00
berkuatkuasa bermula sesi pengambilan Mei / Jun 2017. Permohonan yang BERJAYA akan dikeluarkan Surat Tawaran dan Borang
Perjanjian Bantuan Kewangan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Asasi UiTM akan
membuat pemakluman kepada pelajar apabila Surat Tawaran telah dikeluarkan

• Pelajar yang BERJAYA akan mendapat Bantuan Kewangan sebanyak RM3920.00 bagi setahun pengajian dan Elaun Tiket Kapal
Terbang bagi pelajar Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan
Kewangan Asasi IPTA akan diberikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui taklimat semasa Minggu Destini Siswa.

• Pelajar boleh membuat permohonan Bantuan Kewangan secara dalam talian melalui pautan https://asid.uitm.edu.my/student

• Terbuka kepada pelajar ambilan Sesi 1 sahaja. Bagi pelajar Asasi ambilan Sesi 2, pelajar boleh membuat permohonan sebelum
memasuki semester 2. Pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Asasi, UiTM akan membuat pemakluman apabila permohonan
dibuka.

• Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan Asasi IPTA boleh menghubungi 03-89245210 / 5369.

ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

• Pihak UiTM mengalu-alukan calon-calon OKU yang memohon atau ditawarkan tempat ke UiTM. Buat masa ini, semua kampus
UiTM belum mempunyai kemudahan asas untuk pelajar OKU. Walau bagaimanapun pihak UiTM sedang membuat perancangan
masa depan bagi menyediakan kemudahan asas yang lengkap kepada pelajar OKU agar dapat tinggal dan belajar dengan lebih
sempurna.

• Bagi Mahasiswa OKU UiTM, sokongan dan perkhidmatan turut disediakan bagi memastikan anda semua dapat menjalani
kehidupan di UiTM dengan selesa. Unit Perkhidmatan OKU UiTM berperanan dalam menjaga hak dan kebajikan warga OKU UiTM.
Sila klik pautan ini untuk maklumat lanjut:
https://padlet.com/linda512/vw5a0ns9echk067t

Unit Perkhidmatan OKU (UPO UiTM)


Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Email:upo@uitm.edu.my
Facebook: Unit Perkhidmatan OKU UITM
Tel: +603-5544 2023
Fax: +603-5544 2223

PUSAT/ UNIT KESIHATAN

• Setiap kampus UiTM mempunyai Pusat/ Unit Kesihatan yang memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada pelajar
UiTM.
• Waktu perkhidmatan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja.
• Untuk kes kecemasan yang memerlukan rawatan kecemasan selepas dari waktu bekerja, pelajar perlu berhubung dengan Pegawai
Pembangunan Pelajar/ Polis Bantuan yang bertugas di kolej masing-masing untuk menghubungi pegawai yang bertugas “on call’.
• Perkhidmatan–perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar adalah Rawatan Pesakit Luar Perubatan dan Pergigian, wad
pemerhatian sementara, perkhidmatan makmal perubatan, perkhidmatan x-ray, perkhidmatan ambulan dan perkhidmatan kesihatan
meliputi pendidikan kesihatan, kawalan penyakit berjangkit, penyakit bawaan vektor dan kawalan kebersihan makanan serta premis
makanan.

14
PERPUSTAKAAN

Setiap kampus UiTM dilengkapi dengan perpustakaan, antara kemudahan yang disediakan ialah :

➢ Pinjaman/pemulangan bahan ➢ Perkhidmatan majalah


➢ Tempahan buku ➢ Portal
➢ Perkhidmatan rujukan ➢ Perkhidmatan pembaca
➢ Perkhidmatan Pusat IT ➢ Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan
➢ Perkhidmatan salinan fotostat ➢ Bilik Loker
➢ Bilik 24 jam

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN

• Kolam Renang bertaraf Olimpik (di kampus Shah Alam) • Kompleks Sukan merangkumi gelanggang badminton,
• Stadium bola tampar, squash dan lain-lain lagi
• Padang Kawad dan Padang Sasar • Gimnasium
• Pejabat Pos • Pusat Islam
• Bank Simpanan Nasional
• ATM-Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB Bank dan
Affin Bank

KETERANGAN LANJUT
Segala pertanyaan berkaitan dengan tawaran dan pendaftaran sila hubungi :

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam

Tel : (+603) 5544 3194/ 3196 / 8067 (Unit Diploma/Pra Diploma/Asasi)


(+603) 5544 3174/ 3195/ 3198 / 2798 (Unit Sarjana Muda)
(+603) 5544 3172/ 3168/ 3167 (Unit Profesional)
Web : pengambilan.uitm.edu.my

Segala pertanyaan berkaitan dengan pengurusan kebajikan pelajar dan pinjaman PTPTN sila hubungi:

Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar (UPKP)


Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam

Tel : (+603) 5544 3545/3538


Web : https://hep.uitm.edu.my/main2/index.php/direktori-staf/unit/unit-pengurusan-kebajikan-pelajar

Anda juga boleh berhubung terus dengan Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) kampus cawangan.
Segala pertanyaan berkaitan program pengajian seperti silibus, masa kuliah dan lain-lain , sila hubungi fakulti berkenaan:
Tel : (+603) 5544 3507/ 3505
Web : https://hea.uitm.edu.my/ (lihat pautan ACADEMIC dan FAKULTI)

Segala pertanyaan berkaitan dengan tawaran dan pendaftaran Program Asasi sila hubungi:
Pengarah
Pusat Asasi UiTM,
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Selangor Kampus Dengkil
43800 Dengkil, SELANGOR
No Tel : +603 8924 5417
No Fax : +603 8924 5634
Laman web http://asasi.uitm.edu.my/

15
GUGUSAN FAKULTI
Universiti Teknologi MARA telah menyelaraskan fakulti-fakulti berdasarkan gugusan-gugusan tertentu iaitu:

GUGUSAN SAINS & TEKNOLOGI GUGUSAN SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN


* Fakulti Sains Gunaan * Fakulti Undang-Undang
* Fakulti Perladangan dan Agroteknologi * Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
* Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi * Fakulti Pendidikan
* Fakulti Perubatan * Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
* Fakulti Pergigian * Kolej Pengajian Seni Kreatif
* Fakulti Sains Kesihatan (Filem, Teater dan Animasi / Seni Lukis dan Seni
* Fakulti Farmasi Reka / Muzik)
* Kolej Pengajian Kejuruteraan
(Awam/ Elektrik/ Kimia/ Mekanikal)
* Kolej Pengajian Alam Bina
(Seni Bina/ Perancangan/Ukur)
* Kolej Pengajian Pengkomputeran, Infomatik dan Media
(Sains Komputer/ Pengurusan Maklumat)

GUGUSAN PENGURUSAN & PERNIAGAAN PUSAT AKADEMIK


* Fakulti Perakaunan * Akademi Pengajian Bahasa
* Fakulti Pengurusan dan Perniagaan * Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
* Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian sepenuh masa untuk program-program di UiTM adalah seperti berikut:

• Program Pra Diploma


Tempoh pengajian ialah satu (1) semester hingga dua (2) semester.

• Program Asasi
Tempoh pengajian ialah dua (2) semester.

• Program Diploma
Tempoh pengajian ialah lima (5) semester hingga enam (6) semester.

• Program Sarjana Muda


Tempoh pengajian ialah lima (5) semester hingga sepuluh (10) semester.

Nota : Tempoh pengajian tertakluk kepada program yang ditawarkan.

16
KAMPUS-KAMPUS UiTM
KAMPUS-KAMPUS UiTM
Universiti Teknologi MARA berbangga dengan kewujudan kampus cawangannya di setiap negeri di Malaysia kecuali di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Berikut adalah kampus-kampus UiTM seluruh negara:

UiTM KAMPUS INDUK UiTM CAWANGAN SABAH UiTM CAWANGAN PULAU PINANG UiTM CAWANGAN KELANTAN
Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Cawangan Sabah Cawangan Pulau Pinang Cawangan Kelantan
Selangor Kampus Kota Kinabalu Jalan Permatang Pauh 18500 Machang
No. Tel : 03-5544 2000 Beg Berkunci 71, 13500 Permatang Pauh Kelantan
88997 Kota Kinabalu, Pulau Pinang No. Tel : 09-976 2000
UiTM CAWANGAN SELANGOR Sabah No. Tel : 04-382 2888
Universiti Teknologi MARA No. Tel : 088-325 151 Universiti Teknologi MARA
Cawangan Selangor Universiti Teknologi Mara Cawangan Kelantan
Kampus Puncak Alam Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Kampus Kota Bharu
42300 Bandar Puncak Alam Cawangan Sabah Kampus Bertam Lembah Sireh
Selangor Kampus Tawau PesiaranPendidikan Bertam 15050 Kota Bharu
No. Tel : 03-3258 4000 KM 36 Apas Balung Perdana Persiaran Perindustrian Kelantan
Peti Surat 61372 Bertam Perdana No. Tel : 09-741 7700
Universiti Teknologi MARA 91032 Tawau 13200 Kepala Batas
Cawangan Selangor Sabah Pulau Pinang UiTM CAWANGAN
Kampus Puncak Perdana Tel No: 089-951611 No. Tel: 04-562 3425 TERENGGANU
Jln Pulau Angsa AU10/A Universiti Teknologi MARA
40150 Shah Alam UiTM CAWANGAN JOHOR UiTM CAWANGAN SARAWAK Cawangan Terengganu
Selangor Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA Sura Hujung,
No. Tel : 03-7962 2000 Cawangan Johor Cawangan Sarawak 23000 Dungun,
Km.12 Jln. Muar Kampus Kota Samarahan Terengganu
UiTM Kampus Sungai Buloh 85000 Segamat Jalan Merenek, No. Tel : 09-8400 400
Jalan Hospital Johor 94300 Kota Samarahan,
47000 Sungai Buloh No. Tel : 07-935 2000 Sarawak Universiti Teknologi MARA
Selangor No. Tel : 082-678300 Cawangan Terengganu
No. Tel : 03-6126 5000 Universiti Teknologi MARA Kampus Kuala Terengganu
Cawangan Johor Universiti Teknologi MARA 21080 Kuala Terengganu
UiTM Kampus Selayang Jalan Purnama, Bandar Seri Cawangan Sarawak Terengganu
Jalan Prima Selayang 7 Alam Kampus Samarahan 2 No. Tel : 09-621 6600
68100 Batu Caves 81750 Masai Jalan Dato Mohd Musa
Selangor Johor 94300 Kota Samarahan, Universiti Teknologi MARA
No. Tel : 03-6126 4000/4800 No. Tel : 07-381 8000 Sarawak Cawangan Terengganu
No. Tel : 082-678300 Kampus Bukit Besi
Pusat Asasi UiTM UiTM CAWANGAN PERAK 23200 Dungun
Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA Terengganu
Cawangan Selangor Cawangan Perak Cawangan Sarawak No. Tel : 09-833 5002
Kampus Dengkil Bandar Seri Iskandar Kampus Mukah
43800 Dengkil 32610 Seri Iskandar PO BOX 162, Jln Boulevard Setiaraja UiTM CAWANGAN PAHANG
Selangor Perak Mukah, Universiti Teknologi MARA
No Tel : 03- 8924 5417 No. Tel : 05-374 2000 96400 Mukah Cawangan Pahang
Sarawak. Kampus Jengka
UiTM CAWANGAN PERLIS Universiti Teknologi MARA
No. Tel : 084-874 102/103 26400 Bandar Jengka,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak
Kampus Tapah Pahang
Cawangan Perlis UiTM CAWANGAN NEGERI No. Tel : 09-460 2000
Kampus Arau 35400 Jalan Tapah
SEMBILAN
02600 Arau, Perak
Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA
Perlis No. Tel : 05-406 7000
Cawangan Negeri Sembilan Cawangan Pahang
No. Tel : 04-988 2000 Kampus Kuala Pilah Kampus Raub
Pekan Parit Tinggi 27600 Raub
UiTM CAWANGAN KEDAH 72000, Kuala Pilah Pahang
Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan No. Tel : 09-351 5555
Cawangan Kedah No Tel : 06-483 2100
08400 Merbok UiTM CAWANGAN MELAKA
Kedah Darul Aman Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA
No. Tel : 04-456 2000 Cawangan Negeri Sembilan Cawangan Melaka
Kampus Seremban 3 Kampus Alor Gajah
Persiaran Seremban Tiga / 1 Km. 26, Jalan Lendu
70300, Seremban 3 78000 Alor Gajah
Negeri Sembilan Melaka
No Tel : 06-634 2000 No. Tel : 06-5582000

Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA


Cawangan Negeri Sembilan Kampus Bandaraya Melaka
Kampus Rembau 110, Off Jalan Hang Tuah
Jalan Kampung Pilin 75300 Melaka
71300 Rembau No. Tel : 06-285 7000
Negeri Sembilan
No Tel : 06-483 2100 Universiti Teknologi MARA
Cawangan Melaka
Kampus Jasin
77300 Merlimau
Melaka
No. Tel : 06 - 264 5000

17
LIRIK LAGU

UiTM di Hatiku Wawasan Setia Warga UiTM

18
AHLI JAWATANKUASA PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
PENAUNG
Ybhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, FASc

PENASIHAT
Encik Ak Ashaari bin Ak Yussof

PENGERUSI
Puan Nazzreen binti Mohd Sahar

PENGHARGAAN

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua staf

Unit Pentadbiran/ Profesional, Unit Sarjana Muda, Unit Diploma/

Pra Diploma/ Asasi serta Unit Teknologi Maklumat

di atas sumbangan idea dan kerjasama.

Unit Pentadbiran dan Profesional

Puan Nazzreen binti Mohd Sahar


Encik Mohd Norkhairi Iqbal bin Khlid
Puan Zarina binti Md Salleh
Encik Zawawi bin Zakaria
Puan Siti Nailah binti Asnawi @ Hj Mohd Amir
Puan Aznida binti Azmi
Encik Suzainni bin Selaiman @ Saliman
Encik Azmi bin Mohd Nor

Unit Sarjana Muda

Encik Kamarul Aini bin Hassan Basri


Encik Syaiful Nizam bin Omar
Encik Mohamed Adib bin Ramli
Encik Ahmad Bakhtiar bin Noordin
Encik Noor Salimi bin Hassan
Puan Siti Barirah binti Zainal Ariffin
Puan Norhaliza binti Abu Bakar
Puan Siti Faidah binti Mohd Ibrahim Kong
Puan Ikhrima binti Sandimo

Unit Diploma / Pra Diploma / Asasi

Puan Zaidatul Akmal binti Zawani


Cik Nur Nabila Asyikin binti Muhamad Nazri
Mohamad Azizi bin Abd Hazis
Encik Mohd Sharizal bin Mat Said
Encik Ali bin Supian
Encik Abdul Jabar bin Ahmad
Puan Hazira binti Ahmad
Puan Nurul Farida binti Ahmad
Encik Mohamad Khairi bin Yusoff

Unit Teknologi Maklumat

Encik Mohd Rafhan bin Mohd Amin


Encik Bashiruddin bin Md Izuddin
Puan Nurfazira binti Wahab
Encik Junaidi bin Johari

19

Anda mungkin juga menyukai