Anda di halaman 1dari 35

UNIT 3

MENULIS GAYA AMERICAN


PSYCHOLOGICAL ASSOCATION (APA):
KUTIPAN
Apakah itu kutipan?

Sesuatu (petikan) yang dikutip daripada


penulis melalui bahan-bahan berautoriti
yang dirujuk untuk melengkapkan
penulisan ilmiah yang dihasilkan.
Cara menulis kutipan
Kutipan boleh ditulis dengan 2 cara, iaitu:
1. Kutipan yang mengutamakan penulis atau
kutipan naratif (narrative citation).
2. Kutipan yang mengutamakan fakta atau
kutipan parentesis (parenthetical citation).
membuktikan kebenaran isi,
huraian atau pernyataan
yang dibuat oleh penulis

Fungsi kutipan
menurut APA memperlihatkan idea yang
edisi ketujuh digunakan oleh penulis
(2020)…

mengelakkan plagiat
Aspek-aspek Penting
dalam Penulisan Kutipan
a. Penulisan nama pengarang dalam kutipan

Nota : Bagi penulis dari luar negara, nama dalam kutipan menggunakan nama keluarga.
b. Penulisan kutipan naratif dan kutipan parentesis
c. Penulisan nama dalam kutipan mengikut jumlah
pengarang
Jumlah Pengarang Penulisan kutipan dalam teks
Seorang pengarang Contoh:
Indhumathy Munusamy (2013) menyatakan bahawa … atau
 
… bahasa ini (Indhumathy Munusamy, 2013).
Dua orang pengarang Menurut Harishon Radzi dan Nurul Husna Abdul Halim
  (2018), konsep berperanan … atau
 
… maksud yang berbeza (Harishon Radzi & Nurul Husna
Abdul Halim, 2018).
Tiga orang ke atas Teknologi menurut Nur Amirah Ahmadol Marzuki et al. (2020)
merujuk kepada … atau

… untuk menyelesaikan tugas (Nur Amirah Ahmadol Marzuki


et al., 2020).
 
(Nama pengarang tidak perlu disenaraikan semua, hanya perlu
meletakkan nama pengarang pertama dan diikuti dengan et al.)
d. Penulisan kutipan jika tiada nama pengarang

Letakkan nama organisasi bagi bahan yang tiada nama pengarang.


Contoh:
Organisasi yang Penggunaan kali pertama:
mempunyai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM, 2001) menjelaskan
singkatan bahawa …
(singkatan yang
telah dikenal pasti) Penggunaan kali kedua: 
… (KPM, 2001).
  
Penggunaan kali pertama: atau
…sesebuah sekolah itu (Kementerian Pendidikan Malaysia
[KPM], 2001).

Penggunaan kali kedua:


… pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi (KPM,
2001).
e. Penulisan kutipan menggunakan maklumat sekunder

Jika kutipan Antonius diambil dalam penulisan Nur Amirah Ahmadol


Marzuki, Zurinah Tahir dan Nurfaradilla Mohamad Nasri dan penulis
tidak merujuk buku Antonius, letakkan rujukan Nur Amirah Ahmadol
Marzuki, Zurinah Tahir dan Nurfaradilla Mohamad Nasri dalam senarai
rujukan.
Contoh penulisan dalam kutipan:

Menurut Antonius (dikutip dalam Nur Amirah Ahmadol Marzuki


et al., 2020)…
Nota:
Penulis boleh menggunakan kutipan sekunder bagi perkara-perkara berikut:
• Sumber bahan yang sukar didapati sama ada sumber yang terhad atau lokasi bahan.
• Sumber bahan yang ditulis dalam bahasa asing yang tidak difahami dan telah diterjemah oleh
penulis sekunder.
f. Penulisan kutipan jika tiada tahun pada sumber
Jika sumber yang dirujuk tidak mempunyai tahun, maka penulis
perlu menukar tahun kepada ‘t.t’ yang merujuk kepada tiada
tahun.

Contoh dalam penulisan kutipan:


Menurut Chua (t.t), keburukan menggunakan e-
pembelajaran adalah wujud masalah komunikasi dua
hala antara pensyarah dan pelajar.
g. Penulisan kutipan jika mengandungi kesalahan dalam teks
asal
Jika teks asal mengandungi kesalahan ejaan, tanda baca dan tatabahasa, masukkan
perkataan sic. Tulisan sic perlu dicondongkan dan diletakkan dalam kurungan
siku [sic].

TEKS ASAL

daya menarik melalui animasi dan multimedia interaktif boleh menarik


minat kanak-kanak dan memikiat mereka untuk kekal dan bertumpu
mengikuti persembahan guru dalam proses penyampaian ilmu dan
maklumat kepada mereka.

TEKS YANG DIJADIKAN KUTIPAN LANGSUNG


Ahmad Esa et al. (2007) menyatakan bahawa “Daya menarik [sic] melalui
animasi dan multimedia interaktif boleh menarik minat kanak-kanak
dan memikiat [sic] mereka untuk kekal dan bertumpu mengikuti
persembahan guru dalam proses penyampaian ilmu dan maklumat
kepada mereka” (ms. 3).
Jika petikan yang ingin dikutip ada kesalahan, sebaiknya gunakan kutipan tidak langsung
agar ayat boleh diperbaiki.
h. Penulisan kutipan bagi bahan yang tidak
mengandungi muka surat
Jika bahan yang dirujuk terutama yang diambil daripada
dalam talian tidak mempunyai muka surat, maka penulis
perlu menggantikan dengan meletak nombor
perenggan/ paragraf bagi menggantikan muka surat.

Cara menulis kutipan:

Berdasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM, 2012),


“internet kini menjadi keperluan dalam sistem pendidikan …”
(para. 2).
 
i. Penulisan kutipan jika nama dan tahun sumber ditulis
oleh penulis yang sama

Jika terdapat penulis yang sama menghasilkan penulisan pada tahun yang sama,
maka tahun tersebut perlulah ditanda ‘a’, ‘b’ dan seterusnya dalam rujukan.

Contoh dalam penulisan:

Johnson (2011a) menyatakan bahawa teknologi maklumat dan


komunikasi telah diintegrasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang pendidikan.

Johnson (2011b) menjelaskan bahawa komputer menjadi keperluan


yang terdapat dalam bilik darjah di sekolah-sekolah khas.
j. Penulisan kutipan yang dipetik daripada pelbagai
sumber
Jika kutipan yang digunakan oleh penulis dikutip daripada pelbagai sumber,
susun mengikut abjad dan pisahkan dengan penggunaan tanda baca koma
bertitik (;).

Abdullah Sani Zulkifli (2017), Ainon Muhammad (2019), dan Zainab


Ismail et al. (2020) menjelaskan bahawa… 

atau
… terutamanya pelajar sekolah rendah (Abdullah Sani Zulkifli, 2017;
Ainon Muhammad, 2019; Zainab Ismail et al., 2020).
KAEDAH MENULIS MAKLUMAT
Kaedah Menulis Maklumat

Kutipan

Kutipan
Kutipan
Tidak
Langsung
Langsung

Lebih 40 Kurang 40
Meringkaska
patah patah Parafrasa
n maklumat
perkataan perkataan
KUTIPAN
LANGSUNG
Kutipan langsung bermaksud mengambil idea,
Definisi pendapat dan fikiran seseorang tanpa mengubahnya
(APA edisi ketujuh, 2020).

Menyokong hujah atau hipotesis yang ditulis oleh


Tujuan
penulis.

Boleh • jurnal • tesis/ disertasi•buku


diperoleh • kertas persidangan/kertas seminar
melalui:
• majalah ilmiah
Perkara perlu diketahui jika ingin menggunakan kutipan
langsung

1 Penulis tidak dapat menjelaskan idea atau pandangan dalam sumber


asal yang dirujuk (petikan asal) dengan ayat sendiri seperti definisi/
teori / model.
 
2 Petikan asal daripada sumber yang dirujuk menggunakan bahasa yang
terlalu teknikal sehingga penulis bimbang jika menggunakan ayat
sendiri akan menyebabkan perubahan makna dalam teks asal.
 
3 Penulis ingin membuat perbandingan fakta antara penulis-penulis lain.
Format Penulisan Kutipan Langsung

Kutipan
langsung

Kurang 40 Lebih 40
patah patah
perkataan perkataan

Perlu Berada Santak 0.5


Berada
meletakkan dalam inci daripada
dalam teks
tanda petik perenggan jidar kiri
“…” khusus

Tiga perkara yang perlu ada pada kutipan langsung ialah:


1. Nama pengarang 2. Tahun penerbitan 3. Muka surat
Contoh kutipan langsung kurang 40 patah perkataan

Contoh 1: Kutipan naratif


Menurut Suzlina Hilwani Baharuddin dan Jamaludin Badusah
(2015), “Web 2.0 merupakan generasi kedua dalam
pembangunan internet yang merangkumi perubahan sesuatu
laman menjadi platform aplikasi laman web interaktif untuk
pengguna” (ms. 39). Noktah berada di bahagian belakang

Contoh 2: Kutipan parentesis


“Web 2.0 merupakan generasi kedua dalam pembangunan
internet yang merangkumi perubahan sesuatu laman menjadi
platform aplikasi laman web interaktif untuk pengguna” (Suzlina
Hilwani Baharuddin & Jamaludin Badusah, 2015, ms. 39).

Noktah berada di bahagian belakang


Contoh kutipan langsung lebih 40 patah perkataan

Contoh 1: Kutipan naratif

Ahmad Esa et al. (2007) menjelaskan bahawa:


Sememangnya sesuatu pengajaran itu akan lebih
menarik dan kefahaman akan meningkat sekiranya
penjelasan dibuat menggunakan alat bantu mengajar yang
sesuai. Kita tahu tidak semua orang menerima dan menyerap
pembelajaran dengan cara yang sama. Ada orang boleh
menumpukan perhatian dengan cara pendengaran sementara
yang lain perlu melihat gambar dan contoh. (ms. 2)

Masukkan
0.5 inci

Noktah berada selepas kutipan.


Contoh 2: Kutipan parentesis

Sememangnya sesuatu pengajaran itu akan lebih


menarik dan kefahaman akan meningkat sekiranya
penjelasan dibuat menggunakan alat bantu mengajar yang
sesuai. Kita tahu tidak semua orang menerima dan
menyerap pembelajaran dengan cara yang sama. Ada
orang boleh menumpukan perhatian dengan cara
pendengaran sementara yang lain perlu melihat gambar
dan contoh. (Ahmad Esa et al., 2007, ms. 2)
Masukkan
0.5 inci

Noktah berada selepas kutipan.


Kutipan Langsung daripada Bahasa Inggeris
• Jika kutipan diambil secara langsung daripada bahasa Inggeris,
format menulis kutipan langsung masih sama, tetapi perlu
dicondongkan. Contoh:
a. Kutipan kurang 40 patah perkataan

Menurut Goldberg (2003), “Greatness in teaching is just as rare as


greatness in medicine, dance, law, or any other profession” (ms. 10).

b. Kutipan lebih 40 patah perkataan

Menurut Goldberg (2003),


Greatness in teaching is just as rare as greatness in medicine, dance,
law, or any other profession. Although the qualities that make great
teachers are not easy to inculcate or duplicate, understanding these
qualities can give all teachers a standard of excellence to strive for,
and guide schools in their efforts to recruit and retain the best
teachers. (ms. 10)
KUTIPAN TIDAK
LANGSUNG
•Pengungkapan kembali pendapat, ringkasan, gagasan pokok atau
kesimpulan daripada sesebuah penulisan dengan gaya, bahasa dan
ayat sendiri. (Mohd. Azhar Abd. Hamid, 2001).

Definisi •Penulis tidak menyalin secara sepenuhnya idea penulis yang


dirujuk, tetapi perlu mengolah idea asal tersebut dengan
menggunakan ayat sendiri mengikut pemahaman penulis.

Cara • parafrasa
menulis
• meringkas maklumat

i. meletakkan nama pengarang.


Format ii. meletakkan tahun penerbitan.
iii. mengolah idea asal yang dirujuk menggunakan ayat sendiri.
Parafrasa
Maksud: Pengungkapan semula kandungan dalam sesuatu petikan dengan
menggunakan kata yang berbeza tanpa mengubah maksud asalnya.

Langkah-langkah membuat parafrasa:

Dapatkan petikan
1. Baca keseluruhan 2. Fahami
asal daripada
petikan asal petikan/topik
sumber sahih

3. Olah keseluruhan
Terhasillah petikan dengan ayat
parafrasa sendiri
Contoh Parafrasa
TEKS ASAL
Kemuncak perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu adalah dengan penubuhan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Kelahiran UKM pada 18 Mei 1970 walaupun dengan pelbagai
keraguan terhadap kemampuan bahasa Melayu mengungkapkan ilmu tinggi, namun
setelah lebih 40 tahun usia UKM berjaya membuktikan keupayaannya dan menjadi
lambang kepada perjuangan para nasionalis Melayu untuk mendaulatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden dan juga bahasa pengantar di
pusat-pusat pengajian tinggi. Pada masa yang sama, semua universiti tempatan hari
ini turut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi memenuhi
aspirasi nasional.

TEKS KUTIPAN YANG TELAH DIPARAFRASA


Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjadi titik tolak kepada
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Malaysia. Setelah lebih 40
tahun penubuhan UKM, iaitu ditubuhkan pada 18 Mei 1970, kini, bahasa Melayu
sudah mampu membuktikan kemampuannya menjadi bahasa ilmu dan bahasa
pengantar di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia serta menjadi lambang
perjuangan para pencinta bangsa Melayu, walaupun kemampuan bahasa Melayu
pada ketika itu sering kali dipertikaikan (Abu Hassan Abdul et al., 2012).
Meringkaskan Maklumat
Maksud: Kenyataan meringkaskan atau menafsirkan idea yang terkandung
dalam sumber asal (APA edisi ketujuh, 2020)

Langkah-langkah meringkaskan maklumat:

Dapatkan petikan
1. Baca keseluruhan
asal daripada
petikan asal 2. Fahami petikan
sumber sahih

Terhasillah teks 3. Kenal pasti dan


4. Olah isi utama
yang telah senaraikan isi utama
dengan ayat sendiri
diringkaskan.
Contoh Meringkaskan Maklumat
TEKS ASAL
TEKS KUTIPAN YANG TELAH DIRINGKASKAN

Antara langkah yang diambil oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk
memajukan bahasa Melayu adalah dengan membina korpus dan menyebarkannya
melalui hasil penulisan ilmiah. Selain itu, DBP bertanggungjawab mengawal
penggunaan bahasa dan menawarkan khidmat nasihat berkaitan penggunaan bahasa
yang betul. Seterusnya, DBP juga mengadakan kerjasama dengan negara-negara
serantau, memperkasakan bidang kesusasteraan, bekerjasama dengan badan-badan
sastera di Malaysia, membuat penerbitan majalah dan mengedarkan bahan-bahan
bacaan umum (Abu Hassan Abdul et al., 2012).
PERBEZAAN
Parafrasa Meringkas maklumat
• Menulis semula idea utama • Meringkas sesebuah teks dengan
dengan ayat sendiri bagi mengambil idea yang penting.
keseluruhan teks. Huraian sampingan dan contoh
  tidak perlu dimasukkan.
• Panjang teks yang telah  
diparafrasa hampir sama • Panjang teks yang telah
dengan teks asal yang diringkaskan hanya lebih kurang
dirujuk. satu perempat hingga satu pertiga
daripada keseluruhan teks yang
dirujuk.
SESI SOAL JAWAB
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai