Anda di halaman 1dari 14

1

1.0 Pengenalan

Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan

sejak empat puluh satu tahun lalu. Matlamatnya penubuhannya adalah untuk memajukan taraf

hidup golongan bumiputera, berasaskan prinsip ‘meningkatkan kekayaan ekonomi

masyarakat bumiputera’.1 Bagi melaksanakan peranan tersebut, sejak awal penubuhannya

lagi, PNB secara berterusan telah menjalankan pelbagai kegiatan pelaburan sebagai wahana

untuk mencapai matlamat penubuhannya. Untuk memahami peranan PNB dalam

‘meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat bumiputera’ dan bagaimana PNB

menterjemahkan konsep ini ke dalam pelbagai bentuk program yang dilaksanakan sepanjang

tempoh 41 tahun kewujudannya. Pelaksanaan program berkenaan adalah sebahagian

daripada usaha badan ini bagi melaksanakan peranannya untuk memajukan taraf hidup

golongan bumiputera dalam masyarakat.

Sebelum menjelaskan konsep ‘meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat

bumiputera’ dan peranan PNB dalam memajukan taraf hidup golongan ini, akan disentuh

terlebih dahulu sejarah penubuhan PNB, sebagai latar belakang kepada peranan dan pelbagai

program yang dilaksanakan sejak penubuhannya itu. Supaya perbincangan esei ini lebih

terarah kepada permasalahan pokok, maka perbincangan tentang peranan badan ini hanya

ditumpukan pada kegiatan PNB di peringkat pusat sahaja, Bagi menjelaskan peranan tersebut

kajian ini meneliti pelbagai sumber primer dan sekunder tentang syarikat ini bagi

memperoleh maklumat yang berkaitan. Berdasarkan maklumat tersebut, jelas bahwa dalam

tempoh 41 tahun kewujudannya. PNB telah bergerak sebagai sebuah badan kerajaan yang

sentiasa komited dalam pelaksanaan peranannya. Keperihatinan utama dalam setiap program

yang dilaksanakan dalam tempoh tersebut adalah bertujuan memastikan golongan bumiputera

khususnya mempunyai kesedaran terhadap kepentingan simpanan dalam kehidupan mereka

dan juga memahami serta menghayati pelaburan mereka itu sendiri.


2

2.0 Sejarah Penubuhan PNB

PNB merupakan organisasi kerajaan yang ditubuhkan kesan dari inisiatif ‘ Rancangan

Malaysia Ketiga (RMK3) ’ yang diluluskan parlimen pada julai 1976. 2 Syarikat yang

ditubuhkan pada 17 Mac 1978 ini terus menjadi elemen penting bagi kerajaan bagi memacu

dan memupuk aspirasi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan mempercepatkan pemilikan

saham di sektor korporat khususnya di kalangan masyarakat bumiputera menerusi saham

amanah.2 Secara amnya, syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini bertujuan bagi

membantu golongan bumiputera dalam menggalakkan pemilikan dan penerbitan saham yang

lebih teratur dan profesional dalam sektor korporat di Malaysia. Ini selaras dengan

ketidakseimbangan pendapatan yang diterima oleh sesuatu kaum pada ketika itu. Selain itu,

dasar ini menjadi medan untuk golongan profesional meneroka idea-idea terkini dalam

membangunkan industri saham dalam negara.3

Dengan wujudnya Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK3) di bawah naungan Dasar

Ekonomi Baru (DEB), kerajaan telah mencuba berbagai pendekatan bagi menyusun semula

masyarakat Malaysia dengan tujuan membasmi kemiskinan dan meningkatkan tahap

penglibatan bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan. 4 Syarikat Permodalan

Nasional Berhad (PNB) ini secara tidak langsung menjadi alat penting bagi member peluang

kepada golongan profesional yang layak bagi menyertai sektor pewujudan dan pengurusan

harta dan pelaburan dalam sektor hartanah negara.Syarikat Permodalan Nasional Berhad

(PNB) ini turut menjadi sebuah organisasi yang mengkhususkan kepada sektor pelaburan

hartanah yang bertindak sebagai gudang pemilikan saham di mana ianya ditempatkan dalam

dana amanah dan dijual kepada pemegang unit daham dalam bentuk yang lebih kecil.Di

samping itu juga, syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini turut menjadi elemen

perubahan penting yang menjadi gerbang baru bagi golongan bumiputera untuk menempa

nama baru dalam sektor korporat di Malaysia.


3

Penubuhan syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini pada awalnya

dipengerusikan oleh Tun Ismail Mohd Ali yang merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia

yang kedua yang menjawat jawatannya pada Julai 1962 hingga Julai 1980 serentak dengan

menjadi pengerusi syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) ketika itu yang ditubuhkan

pada 1978.Malah, selaku Gabenor Bank Negara juga, tanda tangan tokoh ini turut tertera

dalam semua duit kertas Malaysia pada era perkhidmatannya.

“Ianya merupakan satu fenomena global di mana ketermampuan


(masyarakat bumiputera) ini lambat laun akan semakin berkurang pada
masa hadapan kelak.Sehubungan dengan itu, orang ramai ( masyarakat
bumiputera ) harus mula menyimpan dengan melabur dalam produk
pelaburan yang selamat (risiki pelaburan yang rendah)....Orang ramai
kini selalu dibuai mimpi dari impian kewangan jangka panjang ke arah
impian kewangan jangka pendek di mana mereka berbelanja tanpa tujuan
( tanpa simpanan dan pelaburan)” 5

Pernyataan ini membincangkan akan kepentingan penyimpanan dan pelaburan saham

amanah terhadap masyarakat. Malah turut membidas golongan tertentu yang berbelanja ikut

nafsu sendiri. Syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan untuk menjadi

pengurus-pengurus tabung-tabung amanah.6 Dengan ini, Yayasan Pelaburan Bumiputera

(YPB) telah ditubuhkan bagi menangani isu ini yang menjadi isu utama ketika itu.

Sehubungan dengan itu, Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) yang ditubuhkan pada awal

Januari ini telah menubuhkan syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2 bulan kemudian

di mana dapat mempertingkatkan pemilikan sektor korporat bahagian bumiputera dan selaras

dengan matlamat asal Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mencapai sekurang-kurangnya 30

peratus dalam pemilikan.7 Ini menjadi tarikh penting yang menyaksikan kelahiran syarikat

Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang menjadi anak syarikat milik penuhnya.

Malah, langkah yang dilakukan oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) ini

dianggap sebagai tindakan yang bijak bagi merumuskan dasar dan tunjang kepada segala

garis panduan untuk peserta pelaburan ekuiti golongan bumiputera yakni masyarakat Melayu
4

dalam memenuhi sektor pelaburan ini. Malah tidak hairanlah dengan wujudnya mekanisme

yang teratur dan lengkap, syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini berjaya membawa

golongan bumiputera ini ke peringkat yang lebih tinggi ke persada antarabangsa. Di samping

itu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut berperanan dalam memperkasa dan

memperkukuh ekonomi golongan bumiputera.8 Semua aspirasi ini tidak akan wujud tanpa

idea Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam mempromosikan

pemilikan saham dalam kalangan golongan bumiputera.

“Selain memberi manfaat kepada masyarakat ( khususnya golongan bumiputera ),


saya percaya bahawa penganjuran Minggu Saham Amanah ( program tahunan
pelaburan PNB menggalakkan orang awam melabur ) juga membuka peluang
kepada syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini dan syarikat-syarikat
pelaburannya (Amanah Saham Nasonal, Amanah Saham Bumiputera, dsb) serta
badan-badan dan agensi kerajaan yang mengambil bahagian untuk mendekati
rakyat ( khususnya golongan bumiputera ) serta mendedahkan peranan ( syarikat
PNB) aktiviti dan pencapaian masing-masing, di samping menyampaikan ilmu dan
panduan berguna ( program pendidikan pelaburan bersepadu PNB) kepada para
pengunjung yang hadir ( khususnya golongan bumiputera).” 9

Pernyataan di atas menyaksikan kelebihan yang ditawar kepada masyarakat

bumiputera amnya dalam sektor pelaburan PNB. Pencapaian yang sedia ada turut

mendedahkan peranan penting PNB dalam ekonomi di Malaysia. Syarikat Permodalan

Nasional Berhad juga merupakan salah satu daripada inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan

oleh kerajaan Malaysia pada 13 Mac 1978 sebagai elemen yang penting dalam dasar yang

diperkenalkan ketika itu bagi aspirasi ‘Rancangan Malaysia Ketiga’. Secara dasarnya, Dasar

Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan ini bertujuan menggalakkan pemilikan dan

penerbitan saham di kalangan golongan bumiputera dalam sektor korporat. Ini secara tidak

langsung dapat memberi peluang kepada mereka yang profesional dalam bidang mereka

untuk merancang dan membentuk aspek pengurusan harta.


5

“Tahniah saya ucapkan kepada syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB)


dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) serta syarikat-syarikatnya yang
bertindak sebagai Rakan Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) 2014 atas
kejayaan menganjurkan satu lagi siri MSAM ( program tahunan PNB
menggalakkan orang awam melabur ) 2015. Harapan saya, MSAM kali ini akan
menjadi platform pendidikan ( dalam konteks pelaburan dan pengurusan harta )
terbaik yang mampu meningkatkan kefahaman rakyat tentang pelaburan dan
unit amanah,sekaligus meningkatkan kesejahteraan rakyat ( perspektif taraf
hidup dan pendapatan ). Bagi pihak saya ( kerajaan secara amnya ), kita akan
sentiasa menyokong (memberi bantuan dana) serta mengalu-alukan usaha yang
member manfaat besar kepada rakyat seluruhnya ( dari segi ekonomi,sosial serta
mengecilkan perbezaan jurang pendapatan antara golongan bumiputera dan
bukan bumiputera)” 10

Berdasarkan ucapan di atas konsep ini adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif-

inisiatif yang diketengahkan oleh syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ini secara

tidak langsung juga dapat memastikan setiap kegiatan atau program-program yang

dilaksanakannya sentiasa bertumpukan masyarakat bumiputera khususnya kaum Melayu.

Tumpuan ini yang bertunjangkan masyarakat bumiputera dilakukan supaya kaum Melayu

amnya dapat bersaing dan diberi peluang juga untuk menjadi salah satu antara golongan yang

memberikan daya saing yang tinggi serta memberikan tahap produktiviti yang mapan.

Di samping itu juga, pendekatan ini dilakukan supaya golongan bumiputera yang

berpengalaman dan profesional dapat bergiat aktif secara sistematik dalam menjayakan

program-program seperti ini. Malahan, sejak awal lagi penubuhannya, para penaraju syarikat

Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut telah menekankan bahawa sasaran kegiatannya

tidak seharusnya tertumpu terhadap sektor pelaburan hartanah dalam negara sahaja malah ke

peringkat antarabangsa. Pendirian ini sangat ketara dalam pelbagai kenyataan yang dibuat

dari semasa ke semasa oleh pendokong utama badan ini. Misalnya, pendekatan ini

kemudiannya diterjemah oleh syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi

penganjuran pelbagai program selama ini.


6

3.0 Perkembangan Dan Pencapaian PNB

Hampir tiada bangunan pencakar langit yang menghiasi latar langit bukan sahaja di

Kuala Lumpur dan Lembah Klang, malah secara keseluruhannya di Malaysia itu sendiri

apabila syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) memulakan titik perjalanan

organisasinya pada tanggal 17 Mac 1978 seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK3).

Kisah hidup serta perjalanan yang berliku syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB)

sangat penting dalam buku pembangunan negara. Ini tidak dapat dinafikan lagi apabila

syarikat ini dari mula lagi ditubuhkan supaya dapat menyediakan peluang-peluang baru dan

mapan kepada kaum bumiputera di Malaysia khususnya kaum Melayu yang pada ketika itu

boleh dikatakan agak ketinggalan bukan sahaja dari aspek pendidikan malah juga dari segi

ekonomi mereka yang merekodkan jurang pendapatan yang besar jika hendak dibandingkan

dengan kaum-kaum lain pada tahun 1970-an hingga tahun 1980-an. Namun terdapat juga

golongan yang tidak memanfaatkan peluang ini menurut ucapan :

“Baki unit yang belum dibeli bumiputera ketika ini ialah Amanah Saham
Wawasan 2020 (ASW 2020) berjumlah 1.26 bilion unit dan 6.78 bilion unit bagi
Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2). Syarikat Permodalan Nasional Berhad
(PNB) menyediakan perkhidmatan skim potongan gaji menerusi Pelan
Pelaburan Sistematik (PPS) untuk kemudahan kakitangan awam dan swasta
melabur. Mereka boleh memilih untuk melabur dalam produk-produk pelaburan
mampu milik dengan pelaburan permulaan serendah RM 10 atau 10 unit
menerusi kesemua unit amanah saham kami” 11
Berdasarkan penerangan di atas, masih terdapat lagi ruang yang boleh diambil oleh

golongan ini bagi melabur dengan lebih lagi. Malah, skim yang disediakan PNB sangat

mampu untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakat ini. Peluang yang diberikan ini turut

membuka gerbang baru bagi golongan bumiputera bagi mengambil bahagian secara aktif dan

dapat berdaya saing secara proaktif dengan kaum malah negara lain dalam ekonomi negara

dan ini secara langsung dapat membuka jalan bagi meningkatkan kekayaan semua rakyat

Malaysia12 seterusnya merapatkan perbezaan jurang pendapatan antara kaum di Malaysia.

Inisiatif ini menyaksikan berjuta-berjuta rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan dan


7

amanah mereka terhadap syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB). Malah, dengan

kepercayaan dan amanah yang diberi ini, organisasi ini seterusnya membolehkan pelaburan

mereka untuk disalurkan kepada sebilangan syarikat yang secara tidak langsung mencorak

bentuk syarikat-syarikat korporat di Malaysia pada ketika ini dengan jayanya seperti cakupan

kata-kata :

“Sejak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ditubuhkan pada 1981


sehingga 2009, syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB)
menggembleng dana berjumlah RM 100 bilion unit tetapi jumlah itu
meningkat sekali ganda sehingga tahun ini. Kita harapkan dengan
pengumuman Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) yang baru
diumumkan pada Mac lalu walaupun baru dilancarkan tahun lalu dapat
membuka mata masyarakat tentang pelaburan di bawah unit amanah
Permodalan Nasional Berhad (PNB)” 13

Berdasarkan cakupan petikan di atas, ASNB yang ditubuhkan telah menempa

namanya yang tersendiri dalam bidangnya.Selain itu, dengan kejayaan yang dikecapi

membuatkan PNB komited melancarkan skim amanah yang seterusnya. Selari dengan

peranan syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu, maka setiap peranan organisasi ini

dapat dirangka dan dilihat secara khusus dan teliti kerana ingin memastikan setiap darinya

diharap dapat menarik minat masyarakat bumiputera dengan lebih lagi. Di samping itu juga,

ini dapat memastikan penglibatan semaksimum mungkin kaum bumiputera dalam sektor

pelaburan di Malaysia.

Inisiatif ini seterusnya ditafsir dan kemudiannya menjadi asas utama kepada

peranansyarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam usahanya bagi melaksanakan

peranannya untuk mengubah teras kehidupan masyarakat bumiputera di Malaysia.


8

4.0 Program ‘Meningkatkan Ekonomi Bumiputera’

Perbincangan selanjutnya memberi perhatian kepada pelbagai inisiatif-inisatif yang

telah diambil oleh syarikat induknya, organisasi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan

telah dijalankan oleh PNB semenjak penubuhannya sehingga ke hari ini. Namun begitu,

tumpuan perbincangan adalah bersifat objektif dan sejauh manakah kejayaan setiap program

yang diketengahkan oleh syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini.

Program-program yang dilaksanakan oleh PNB ini sangat bersesuian dan selaras

dengan misi syarikatnya yakni ‘Untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat

bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia, demi kemakmuran negara’. 14 Secara umumnya, kita

boleh merangkulkan program-program yang dijalankan kepada tiga bentuk iaitu Pelancaran

Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Bumiputera serta Amanah Saham Wawasan 2020

(ASW 2020).

4.1 Pelancaran Amanah Saham Nasional

Salah satu program telah dilaksanakan oleh syarikat Permodalan Nasional Berhad

(PNB) yang dirangka sesuai dengan prinsip ‘Meningkatkan Ekonomi Bumiputera’ adalah

dengan pelancaran Amanah Saham Nasional (ASN) yang berorientasikan skim pelaburan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan

anak syarikat milik penuh organisasi Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dtubuhkan

pada 22 Mei 1979 dan mempunyai fungsi penting sebagai syarikat pengurusan unit amanah

di bawah PNB setelah kejayaan pelaburan dananya di Malaysia yakni seperti berikut :

“Setakat ini, pelabur skim unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) di
negara ini sudah meraih manfaat sehingga RM 132 bilion dalam betuk agihan
pendapatan dan bonus yang dibayar sejak 1981 hingga Oktober 2015. Sehingga
kini, Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini juga telah menguruskan sekitar
203 bilion unit saham yang dilanggan oleh hampir 13 juta pemegang unit” 15

Pernyataan ini menerangkan akan skim-skim amanah yang diperkenalkan oleh syarikat
9

Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini dan kejayaannya dalam menjadi pilihan masyarakat

bumiputera. Seterusnya memenuhi misi yang organisasi ini ingin capai.Amanah Saham

Nasional (ASN) ini merupakan teras asas bagi skim unit amanah pertama\ syarikat

Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan telah dilancarkan dengan jayanya pada tarikh

keramat 20 April 1981 oleh Perdana Menteri Malaysia ketiga iaitu tidak asing lagi kalau

bukan Tun Hussein Onn dalam mengetahkan landasan PNB seperti cakupan kata :

“Syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) berada dalam landasan


yang tepat untuk membuat lebih banyak lagi dalam konteks keputusan
dalam pelaburan. Sebagai contoh yang diberikan, apabila pasaran
lemah, Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menunggu dahulu
pelaburan dan hanya akan membeli terbitan saham apabila ianya
menyaksikan polar peningkatan yang konsisten. Ianya juga salah untuk
menganggap Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan terus
menggunakan kewangan pemegang unit sahamnya untuk melabur
dalam pasaran pada waktu yang tidak sesuai.” 16

Petikan di atas mencerminkan strategi pelaburan yang bijak dalam memenuhi

keperluan kehendak pasaran saham yang mencabar pada masa kini. Malah menjadi penentu

kejayaan sebuah institusi korporat itu sendiri atau tidak termasuklah PNB. Pelancaran ini

bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dengan bertujuan bagi menarik

lebih ramai lagi serta melibatkan penyertaan secara beramai-ramai kaum bumiputera untuk

memiliki saham dan memperoleh keuntungan bagi meningkatkan ekonomi diri mereka.

Usaha yang telah dijalankan ini sangat digalakkan oleh Perdana menteri yang mencerminkan

matlamat Dasar Ekonomi Baru melalui pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus (%) saham

sektor syarikat sedekat kemudian. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang dilancarkan

ini secara tidak langsung dapat mempamerkan kesungguhan kerajaan bagi mengimbangkan

kedudukan ekomoni antara kaum serta dapat merapatkan perbezaan jurang antara kaum-kaum

ini. Oleh itu, langkah ini dapat mewujudkan keadilan dan kesaksamaan dalam negara yang

mempunyai masyarakat majmuk yakni Malaysia.


10

Jelas sekali sejak hampir separuh abad yang lalu, syarikat Permodalan Nasional

Berhad (PNB) telah sedaya upaya berusaha menerapkan prinsip ‘Meningkatkan Kekayaan
17
Bumiputera’ ke dalam program-program pelancaran skim amanahnya. Matlamat utama

setiap dari itu selaras dengan misi syarikat induknya yakni PNB terhadap golongan

bumiputera.

4.2 Pelancaran Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Selain penganjuran Amanah Saham Nasional (ASN), syarikat induknya, syarikat

Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut mevariasikan dana pelaburannya. Organisasi ini

turut mengambil pendekatan popular lain yakni melalui pelancaran Amanah Saham

Bumiputera hampir sedekad kemudian yang berperanan sebagai medan efektif untuk

memobiliti simpanan isi rumah domestic dalam jangka masa panjang. 18 Syarikat Permodalan

Nasional Berhad (PNB) seterusnya melahirkan skim unit amanah kedua yang dilaksanakan

secara rasminya pada 2 Januari 1990.

“Inilah medan di mana Permodalan Nasional Berhad (PNB)


memainkan peranannya yang penting bukan sahaja mendidik
masyarakat dalam hal-hal berkaitan sektor pelaburan dan kewangan
malah juga dalam membentuk kepekaan mereka akan kepentingan
dalam memiliki sumber simpanan untuk tujuan persaraan” 19

Penerangan di atas membuktikan bahawa syarikat Permodalan Nasional Berhad ini

telah memainkan peranannya dengan baik dan teratur dalam minda masyarakat. PNB

seterusnya peka dalam keperluan masyarakat dalam hal berkaitan pelaburan dan lebih lagi.

Seperti namanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini hanya terbuka untuk golongan

bumiputera di Malaysia sahaja. Skim amanah yang diperkenalkan ini bertujuan untuk

menyediakan satu cara simpanan alternative bagi golongan bumiputera. Malah, jika diteliti

dana pelaburan ini dapat menjana pulangan jangka panjang yang lumayan serta konsisten

yang memjadikannya berdaya saing dengan pelabur-pelabur lain. Skim pelaburan mega ini
11

turut menyediakan suatu peluang yang cerah kepada golongan bumiputera di Malaysia di

mana ianya mampu membuka lembaran baru bagi sektor pengurusan harta dan dana di

Malaysia. Selain itu, penglibatan aktif yang disertai oleh golongan bumiputera ini turut

menyaksikan bahawa Amanah Saham Bumputera (ASB) telah Berjaya mengambil minat

serta tumpuan mereka bagi melibatkan diri secara aktif dalam pelaburan masa depan.

“Saya difahamkan setiap tahun ramai delegasi dari negara membangun


berkunjung untuk mempelajari model Permodalan Nasional Berhad (PNB), kalau
ada yang berjaya pun mungkin di Fiji iaitu Fijian Holdings Ltd. di mana pegawai
mereka datang ke PNB untuk latihan dan menubuhkan struktur yang mirip PNB.
Sungguhpun begitu, saiz dana yang diuruskan oleh mereka tidaklah sebesar PNB.
Pada peringkat kerajaan pula, sektor awam harus memainkan peranan sebagai
fasilitator yang berkesan kepada sektor swasta dengan menyediakan infrastruktur
yang mencukupi dan cekap, peraturan mesra perniagaan, sistem percukaian dan
insentif yang menarik.”20

Penerangan ini menyaksikan bahawa kemuncak kejayaan Permodalan Nasional

Berhad yang menjadi rujukan dan didikan kepada organisasi negara lain. Kemudahan yang

disediakan oleh syarikat ini menjadi formula penting dalam mencorak langkahnya ke arah

syarikat pelaburan bertaraf dunia. Pendekatan yang diperkenalkan ini sudah pastinya sangat

menguntungkan golongan bumiputera sesuai dengan misi syarikat induknya yakni syarikat

Permodalan Nasional Berhad (PNB) di mana ‘untuk meningkatkan kekayaan ekonomi

masyarakat bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia, demi kemakmuran negara’. 21

Di samping itu juga, menurut laporan yang dikeluarkan, dividen yang diterbitkan oleh

Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini akan diedarkan pada setiap tahun namun dikira setiap

bulan berdasarkan jumlah minimumnya. Jika berkait rapat dengan keselamatan dan pulangan

ke atas golongan bumiputera itu sendiri, Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini menyatakan

bahwa jumlah modal bagi setiap pelaburnya di jamin dan dana pelaburan ini tidak pernah

memberikan pulangan di bawah 8.5 peratus (%) setahun.


12

Sesungguhnya, dengan pengenalan Amanah Saham Bumiputera (ASB) oleh syarikat

Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 1990 ini sudah jelas lagi nyata usaha mapan

kerajaan ketika itu bagi menaikkan taraf ekonomi golongan bumiputera. Justeru, golongan

bumiputera merupakan golongan yang bertuah serta golongan yang menjadi elemen penting

dalam mekanisme Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang disokong oleh Rancangan Malaysia

Ketiga (RMK3) pada zaman pemerintahan Tun Hussein Onn ketika itu.

4.2 Pelancaran Amanah Saham Wawasan 2020

Dalam usaha menggiatkan proses ‘meningkatkan ekonomi golongan bumiputera’,

tumpuan PNB tidak hanya terbatas kepada penganjuran Amanah Saham Nasional (ASN) dan

Amanah Saham Bumiputera (ASB) semata-mata. Malahan usaha ini juga berlaku menerusi

kegiatan pelancaran Amanah Saham Wawasan 2020.


13

Nota Hujung

1
Kenyataan Dasar Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000
dan Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) – Pelaksanaan Dasar dan Program, Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri 1991, Arkib Negara Malaysia
2
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) Tahun 1976-1980,
Arkib Negara Malaysia
3
“A Corporate Landmark”, Permodalan Nasional Berhad T.T, Arkib Negara
Malaysia, 2002/0001808
4
Memoir MSAM 2001-Permodalan Nasional Berhad, Arkib Negara Malaysia,
2001/0005187
5
Datuk Khalid Ibrahim, Permodalan Nasinal Berhad, Seminar Usahawan
Bumiputera, “Ke Arah Mewujudkan Strategi Pembangunan Usahawan Yang Berkesan” –
Penglibatan Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan, Arkib
Negara Malaysia, 1998/0026254 ,
6
Amir Hisyam, “PNB Makes Smart Investment Strategies”, New Straits Times,
Oktober 2015
7
Permodalan Nasional Berhad (PNB) – Laporan Tahunan , Tahun 1979, Arkib
Negara Malaysia, 2007//0009536
8
Kenyataan Dasar Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000
dan Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) – Pelaksanaan Dasar dan Program, Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri 1991, Arkib Negara Malaysia
9
Malaysian Business, December 16-31, 2012, Arkib Negara Malaysia,
2013/0001734
10
Nooradzrene Nor, “Majlis Penghargaan Media MSAM” Utusan Malaysia
April 25 2015
11
Zunaidah Zainon, “TPM Rasmi MSAM Ke-16 di Sibu” Utusan Malaysia April 24,
2015
12
Norshahzura Mat Zuki, “Banyak Unit Saham Belum Dibeli;PNB”
Sinar Harian, Disember 2015
13
Kenyataan Dasar Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000
dan Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) – Pelaksanaan Dasar dan Program, Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri 1991, Arkib Negara Malaysia
14
Kenyataan Dasar Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000
14

dan Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) – Pelaksanaan Dasar dan Program, Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri 1991, Arkib Negara Malaysia
14
Zunaidah Zainon, “PNB Urus 200 Bilion Unit Saham”, Utusan Malaysia April 20,
2015
15
Laporan Ringkasan Tahunan Amanah Harta Tanah PNB
16
Ibid, 5.
17
Kenyataan Dasar Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000
dan Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) – Pelaksanaan Dasar dan Program, Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri 1991, Arkib Negara Malaysia
18
The Malaysian Unit Trust Industry, 2001 – Permodalan Nasional Berhad, Arkib
Negara Malaysia 2002/0001812
19
Edmund Samunting, “DPM: Offer More Retirement Products” New Sunday
Times, April 29, 2012 Arkib Negara Malaysia 2012/0010435
20
Shamsul Kamal Amaruddin & Mohd Zin Ali, “Kerajaan Puas Hati Pencapaian
PNB” Berita Harian April 27 2011, Arkib Negara Malaysia 2011/0006276
21
Kenyataan Dasar Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000
dan Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) – Pelaksanaan Dasar dan Program, Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri 1991, Arkib Negara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai