Anda di halaman 1dari 21

fBLUBERRY CHEESE TART dan step by step Assalamualaikum.... Bertemu sekali lagi kita di hujung minggu...

Sekali lagi kita bertemu dalam ruangan step by step. Kali ni ita nak tunjukkan cara2 tuk buat cheese tart. Atas permintaan adik2 kita kat luar sana akak ambil kesempatan tuk tunjukkan step by step membuat cheese tart. Sebenarnya bukan mudah nak buat step by step ni sebab ita sesorang kan mana nak buat adunan dan mana pula tangan yg nak pegang camera.. hihi tapi kerana adik akak kat luar sana minta tunjukkan cara2nya akak buatkan juga lah cara2 macam mana akak buat cheese tart ni.. semoga apa yg akak tunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu adik2 kita yg gemarkan cheese tart ni... sama macam akak juga.. >^<

Kali ni ita gunakan resepi dari Azita. Nama hampir sama tapi orang tak sama... hehe.. :) Resepi dari Azita ni sangat sedap dan cukup simple cara buatnya.. ok tampa buang masa kita kedapur dan lihat bahan2 yg diperlukan.

Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu

170gm marjerin atau butter 50gm gula aising 1 biji telur Gred C 290gm tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170Cselama 20 -

25 minit atau sehingga masak. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri. Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.

250gm cream cheese 50gm gula kastor / gula halus 1 biji telur Saiz B sudu teh esen vanilla / esen lemon Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna.

Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

1. 2. 3.

Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik! Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi. tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah. Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam 40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell. Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell. Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba! dan selamat berpuasa! :)

Resepi yang telah di alih bahasa oleh kak Zu.. hehe TQ kak Zu.. RAINBOW CAKE Rujukan : Zuraini Alias 3 cwn tepung gandum 4 sdk baking powder 1/2 sdk garam 1 cwn butter ~ suhu bilik 2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis 5 biji putih telor ~ suhu bilik 2 sdk esen vanila 1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter Panaskan oven pada suhu 170C Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan Masukkan esen vanila Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata Masukkan dalam loyang Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Bila dah masak letak atas redai Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

Bila kek dah sejuk ita potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata. Ita gunakan kaedah checkered untuk kek ni yang asalnya hanya lapisan selapi2 aje..

Ok sekarang kita buat pula dia punya topping kali ni banyak versi boleh pilih yang mana satu yang berkenan di hati

APAM ICE CREAM CORNETTO Dari resepi APAM ICE CREAM By: Ibu mertua Erna Dikongsikan oleh : Mama Fami Mula-mula kita sediakan kon atau kelonsong dia dahulu. Ada beberapa kaedah untuk membuat kon, dan ikutlah kaedah yang anda selesa. Boleh ikut cara yang mudah dari mama fahmi dan rujuk lah di Fotopages beliau. Atau boleh ikut kaedah yang dikongsikan oleh Chef Amer semasa ita mengikuti kelas coklat beliau. Tak kisah lah kaedah mana pun yang pasti ianya tidak terburai bila kita mengukus dan pastikan bucu kon tertutup rapat supaya tidak bocor dan adunan menitis keluar.

1. Bahan yang kita perlukan ialah kertas bungkus nasi lemak atau kertas burger atau kertas minyak. Pisau, gunting dan solotape.

2. Ambil sekeping kertas burger ukuran standard

3. Lipat kertas membentuk segitiga memanjang

4. Terbalikkan kertas dan lipat pula bahagian belakangnya. Kaedah seperti melipat kertas tisu.

5. Potong kertas dengan pisau

6. Untuk bahagian yang satu lagi ratakan dan potong lebihan dengan gunting, biarkan ia sama saiznya.

7. Kita akan dapat 3 lipatan kertas berbentuk segitiga memanjang yang sama saiznya

8. Pegang kertas dalam kedudukan seperti dalam gambar di sebelah

9. Tarik hujung segitiga biarkan ia selari dengan hujung yang satu lagi. Sebelah tangan pegang pada sebelah bawah

kon. Dan sebelah tangan lagi pegang di sebelah atas kon dan terus mengulung.

10. Bahagian yang lebih di lipatkan ke dalam kelonsong dan kemaskan, jika terlalu panjang bolehlah dipotong sedikit.

11. Kemaskan lipatan dengan solotape supaya lipatan tidak terbuka ketika mengukus

12. Pastikan bucu bawah kon tertutup rapat supaya adunan tidak bocor. Jika ada lubang bolehlah solotapekan.

Panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan towel supaya air pada tutup kukusan tidak menitis di atas apam kita nanti. Api jangan terlalu besar. Jika besar apam akan mekar setaman pulak! Sekarang kita sediakan bahan-bahan adunan. Adunan dapat banyak tau! kalau keluarga tak ramai buat 1/2 adunan sahaja. 3 cawan tepung gandum ~ diayak 4 biji telur 2 cawan gula kastor 3/4 cawan air ice cream soda 1 sudu teh perasa rose ~ ita guna perasa yang berlainan untuk setiap warna Pewarna ~ ita guna pewarna yang berlainan Kon kertas secukupnya Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit * tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata. Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka. gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati

Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang tau! pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas. Untuk yang ni ambil perhatian sikit ye.. Kukus yang kita beli biasanya ada 3 bekas dan satu tutup kan? ok! kita kena guna semuanya sekali. Bekas bawah kita letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu. Adunan tu ita tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli. Kemudian kita tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah di tutup. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam. Kemudian kita kukus lah adunan kita dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam kita masak. Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk Jangan buka kon tu dahulu ye, sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.

Sebelum kita cairkan coklat kita panggang dahulu badam atau kacang hazel yang nak kita taburkan nanti. Sebenarnya boleh gunakan apa-apa sahaja kacang yang kita suka. Nak letak coklat rice atau coklat cip pon boleh. Nak tabur manik warna warni pun boleh. Apa-apa lah kan janji sedap dan menarik perhatian kanak-kanak amnya. Untuk memangang kacang, masukkan kacang dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.

Sekarang kita cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler. Coklat pula tak kisah kita nak gunakan Dark coklat atau Milk coklat. Terpulang pada citarasa masing-masing. Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, kita curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu ita kata jangan buka kon dahulu sebab nanti kita nak curah coklat) Kemudian kita taburkan pula kacang yang kita dah panggang tadi. kacang tu kita tumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebijisebiji pon ok! ikut kita. Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap aje tau! hingga coklat keras aje..

Dah siap... Selamat mencuba dan mengambil tempahan.. hehe

Kerana ramai yang bertanya macam mana nak mencairkan coklat, hari ini ita terangkan bagaimana kaedah mencairkan coklat yang betul hehe itupun setelah ita berguru dengan Chef Coklat kesayangan ramai ni.. Ok lah secara mudahnya. Pastikan bekas meletakkan coklat berada dalam keadaan kering ye! pastikan jangan ada air atau ia lembab mesti kering betul!

Cuba lihat rajah di atas. Rajah satu adalah kaedah yang salah sebenarnya. Coklat tidak boleh di caikan secara terendam sebegitu. Pasti wap air akan masuk ke dalam coklat dan membuatkan coklat berketul atau terpisah, tidak licin. Bagaimana pula dengan kaedah ke dua ? Ia masih lagi kurang tepat. Coklat di cairkan pada suhu 40 ~ 45C. Jika dicairkan melebihi suhu ini, coklat akan mula kering, pekat dan berketul atau mengerutu. Takat didih air pula pada 100C Kedudukan dasar bekas yang menyentuh permukaan air juga adalah salah. Dasar bekas berisi coklat tidak boleh bersentuhan dengan air. Dinding bekas yang diperbuat daripada keluli juga menjadi pengalir haba yang baik dan menyumbang pada kepanasan bekas. Ya, kaedah ke tiga adalah yang paling tepat jika menggunakan kaedah pengukusan atau double boiler. 1. 2. 3. 4. Pastikan bekas mengisi coklat kering Dasar bekas tidak bersentuhan dengan air Setelah air mendidih, api dimatikan terlebih dahulu sebelum meletakkan bekas coklat di atas periuk air mendidih. Pastikan wap air sedikit pun tidak masuk ke dalam bekas coklat.

Ita harap penerangan secara ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu adik-adik di luar sana yang masih keliru. Jika nak tau lebih lagi tentang kaedah pembuatan coklat jangan segan untuk mengikuti kelas Chef Amer atau boleh dapatkan koleksi buku Terokai Rahsia Coklat bersama Chef Amer di pasaran. Bukan sahaja diterangkan secara terperinci tentang rahsia coklat, malah pelbagai himpunan resepi coklat yang hebat untuk diterokai.. Apa tunggu lagi!

Sejak ita balik mengikuti bengkel Chef Amer, ramai yang bertanya coklat apakah yang chef Amer gunakan untuk membuat coklat?. Ok lah, ita bagi tau ye.. Chef gunakan coklat berjenama Le Bourne seperti dalam gambar di atas. Sekarang ita pun

gunakan jenama yang sama. Sejak ita menggunakan coklat ini, ita dah tak mau tukar pada jenama yang lain. Pertama keranan rasanya yang sedap! penuh dengan rasa coklat yang asli. Kedua, mudah untuk dicairkan dan kurang bermasaalah. Ketiga, jika ita gunakan untuk buat ganache, ita dah tak perlu tambah butter kerana coklat ini dah tersedia berkilat cantik dan licin. Harganya sekitar Rm 15 ~ Rm 16. 50 sekilogram di pasaran. Kalau nak buat berniaga carilah kedai yang menjual dengan harga yang murah, barulah ada untung kan???

Biasanya coklat ini hanya terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja. Di pasaraya nampaknya masih tidak kelihatan. Ia datang dalam tiga perisa iaitu, Dark Chocolate, White Chocolate dan Milk Chocolate. Semuanya yummy! Bila kita dah nampak coklat ni pastilah dah tau apalah menu yang bakal ita kongsikan hari ini kan. Yup! hari ni kita buat Oreo Coklat. Oreo coklat ni adalah favourite anak ita Dalili. Inilah satu-satunya coklat yang dia suka makan. Kalau coklat yang lain tu macam kurang sikit.. Ita tak pasti kenapa dia suka coklat ini. Mungkin gambar-gambar kartun pada coklat itu yang mencuit hatinya..

Pertama kali ita beli coklat ini pada hari raya lima tahun yang lalu. Mula-mula Dalili bawa balik dari sekolah, dia dapat door gift pada hari jadi kawannya yang di adakan di sekolah. Ita nampak dia macam sayang sangat nak makan coklat tu.. Di belek2 dan di simpan dengan teliti. Sampai bawa tidur.. aiii takut sangat maknya makan.. hehe

Hari-hari dia minta ita buatkan. Tapi pada masa tu, ita tak tau lagi macam manalah cara nak membuatnya. Bila hari raya, ita nampaklah ramai orang jual coklat ni di pasaran. Makkkk.. datukkk.. masa tu terdetik dalam hati mahalnya.. bila melihatkan harganya RM 2.50 sekeping. Pada masa tu, ia tidak menggunakan biskut Oreo, sebaliknya hanya menggunakan biskut Maire. Selepas itu ita mula berkira-kira untuk membuatnya sendiri. Ok lah banyak sangat celoteh nanti tak siap pula coklat ita ni.. Apa tunggu lagi jom kita cuba cara yang mudah membuat coklat buatan sendiri dirumah

COKLAT OREO By : Chef Amer Rujukan : Buku Terokai Rahsia Coklat 300 gm coklat susu kompaun 1 bungkus biskut oreo Edible Imej secukupnya. Coklat susu kompoun di racik halus Cairan coklat susu kompaun secara double boiler Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.

Masukkan coklat dalam piping bag

Mula-mula sediakan acuan. Pastikan acuan ini di bersihkan dan pastikan juga ianya kering.

Paipkan coklat yang telah di cairkan dalam acuan 1/3 sahaja

Kemudia ketuk-ketukkan acuan atau hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar

Selepas itu, susunkan biskut oreo.

Tekan-tekan sedikit biskut oreo supaya dia masuk ke dasar sedikit.

Kemudian paipkan semula baki coklat tadi hingga penuh.

Hentak-hentak lagi acuan untuk meratakan permukaan dan mengeluarkan gelembung udara. Jika ada yang tak rata nanti ratakan ya.. tekan-tekan sikit. Simpan dalam peti ais hingga mengeras.

Setelah keras keluarkan dari acuan. Jika ada lebihan coklat, potong dengan pisau yang halus dan tajam matanya

Sediakan Edible Imej yang kita suka. Sapukan sedikit coklat di belakangnya.

Kemudian lekatkan pada permukaan coklat kita tadi Kemaskan.

KEK CHOCOLATE CHEESE COMEL

KEK CHOCOLATE CHEESE COMEL Ita guna loyang bulat 9 inc. Kek memang agak rendah. KEK COKLAT 150 gram butter 150 gram gula halus 125 gram tepung gandum - ita guna tepung self raising flour 30 gram serbuk koko - ita letak 40 gm 50 gram milo - ita letak 40 gm 2 biji telur 70 gram susu pekat manis Mula-mula kita sediakan loyang 9 inc, alas kertas minyak dan griskan dengan butter. Panaskan oven pada suhu 170 C. Ita guna api bawah sahaja. Pukul butter dengan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata. Tutup mixer Kemudian masukkan tepung yang sudah di ayak, milo dan serbuk koko, gaul rata dengan spatula sahaja. Masukkan susu dan gaul rata dengan spatula. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 170 C selama 30 minit atau sehingga kek masak dengan sempurna. Cucuk tengah kek dengan lidi sendengkan sedikit lidinya. Jika lidi keluar licin ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Setelah kek hampir masak, sediakan pula bahan-bahan untuk adunan cheese. CREAM CHEESE 400 gram cream cheese 120 gram gula halus 3 biji telur 1 sudu kecil esen vanila

Pukul Cream Cheese dan gula sampai menjadi krim. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul. Tambahkan esen vanila dan pukul sebati Ambil sedikit adunan cheese dan warnakan dengan warna merah dan hijau. Ketepikan. Cara ita. Kek yang telah masak tadi kita keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sepenuhnya atas redai. Bersihkan loyang dengan kitchen tisu supaya habuk kek tiada dan tidak mencacatkan cheese cake kita. Ita potong atas permukaan kek yang keras dengan pisau. Masukkan semula dalam loyang. Kek ni dia bila dah sejuk, ia akan mengecut sedikit Pastikan kek betul-betul di tengah loyang dan bila kita tuang cheese ia akan mengalir masuk di tepi loyang. Kalau ada loyang yg boleh buka dasarnya lagi baik. Tuang adunan cheese ke atas kek coklat dalam loyang tadi. Mencorak kek cara Ena Titikkan 1 titik adunan merah dan 2 titik adunan hijau selari denga titik merah tadi. Tarik pengcungkil gigi dari atas titik warna merah hingga melepasi titik warna hijau untuk menghasilkan lorekan seperti setangkai bunga. Buat mengikut citarasa anda.

Bila dah siap boleh lah kita bakar dengan kaedah steam bath Kita letakkan loyang besar berisi air panas. Kemudian kita letakkan loyang kek di dalamnya. Peringatan! jika guna loyang yang boleh buka dasarnya jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium, dan ikat kuat supaya air tak masuk dalam kek. Bakar kek dalam oven dengan api atas bawah, suhu oven 170 C selama 45 minit. Kemudian tutup loyang dengan kertas aluminium dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. * Kek ni agak manis ita rasa kena kurangkan sukatan gula. Boleh tambahkan yogurd untuk lebih rasa masam pada adunan cheese

MUFFIN COKLAT by: Mak Lang Azie Sumber : Izah Bahan A 2 cawan tepung gandum 1 1/4 cawan serbuk koko 2 sudu kecil baking powder 2 sudu kecil soda bikarbonate 3 sudu teh nescafe sedikit garam Bahan B 2 cawan gula kastor 1 cawan minyak masak 1 cawan susu cair atau susu segar 3 biji telur 1-2 sb oren sunquick Bahan C 3/4 cawan air panas Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.

FRUIT TART By : CMG Dapur Tanpa Sempadan Bahan Tart 150 gram tepung halus atau tepung gandum 25 gram gula aising, diayak 70 gram mentega sejuk, didadu kecil 1 biji telur, dipukul sedikit 1/2 camca teh esen vanilla Bahan Kastard 1 cawan susu segar 1 1/2 camca besar tepung kastard 1 1/2 camca besar gula halus 1 camca teh esen vanilla 1 camca besar mentega ita tambah secubit garam ~ sikit aje Hiasan Buah starwberry segar secukupnya Buah kiwi secukupnya, hiris Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah Croquant secukupnya (bertih jagung kisar) ~ yg ni ita ganti gula icing

Penyediaan Tart Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian. Penyediaan Kastard Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit. Hiasan Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.

RED VELVET CAKE OK, bila sudah dapat motivasi, barulah kita mulakan dgn pen dan kertas yer tuan2 puan2 sekelian.... Mula2 sila griskan 2 biji loyang 9" (kalau ada sebiji jer loyang 9", boleh jugak, klu takde langsung, sila beli atau pinjam dr jiran sebelah dulu ) , gris guna minyak sayur yer atau mentega pun boleh, kemudian panaskan oven ke suhu 175 darjah celcius selama 15 minit, api atas bawah (kena detail sbb aku tau kwn2 aku ramai yg tak tau buat kek, macam aku jugak zmn dolu2). Kemudian kita sediakan bahan2nya : BAHAN2NYA Bahan A ( Bahan2 kering - Ayak bersama dalam satu mangkuk ) 2 1/2 cawan tepung kek atau superfine (resipi asal guna tepung all purpose) 1 1/2 cawan gula castor 1 sudu kecil Soda Bicarbonate 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk koko Bahan B ( Bahan2 basah -Satukan dlm mangkuk yg lain, pastu sebatikan guna whisk ) 1 1/2 cawan minyak sayur ( takyah pening2, guna Minyak Alif jer ) 1 cawan buttermilk ( pastikan suhu bilik, jgn derhaka ckp cikgu, nnti kek ko jd kek paru2 lembu) 2 biji telur gred A ( suhu bilik jugak) 1 sudu makan pewarna merah ( resipi asal letak 2 sudu mkn, nnti kaler jd ala2 kaler topi Santa Claus pulak) 1 sudu kecil cuka ( Cuka makan pun boleh ) 1 sudu kecil esen vanilla Pastikan korang ada 2 mangkuk atas meja korang yer , satu mangkuk berisi Bahan A dan satu mangkuk berisi Bahan B, klu korang ada satu mangkuk jer atas meja, salah lah tu, gi buat semula. Tuang mangkuk berisi Bahan A kedalam mangkuk berisi Bahan B ( bahan kering tuang dlm bahan basah). Pastu gunakan mixer dengan kelajuan sederhana, mixed kan bahan2 tersebut . ( Mixed utk sebatikan 2 jenis bahan2 itu sehingga menjadi satu adunan saja yer). Dah siap !!!! Tuangkan adunan tu dlm 2 biji atau sebiji loyang 9 inci tadi dan bakar suhu 175 darjah celcius selama 30-35 minit . Setelah oven berbunyi, kuarkan kek tadi, cucuk tgh2 kek dgn lidi or cungkil gigi, bila tarik cungkil gigi tu , bersih jer kelilingnya, dh masak lah tu....pastu kuarkan kek dr loyang n sejukkan kek tu atas besi relai ... Sementara tunggu kek tu sejuk, kita buat Cream Cheese Frostingnya yer...

CREAM CHEESE FROSTING 250 gms Cream Cheese 1 cawan gula aising

1 1/2 cawan butter Satukan semua bahan2 di atas, mixed gunakan mixer , kelajuan sederhana, sampai kembang sekali ganda . Siap utk digunakan... CARA2 NK FROST KAN KEK RED VELVET Klu guna 2 loyang , amik satu keping kek , sapukan frosting atasnya pastu letak satu keping lagi kek atasnya, pastu sapukan frosting keliling kek tu utk menutup semua kek ... Klu guna sebiji loyang, belah tengah2 kek tu, guna pisau yg potong roti tu atau beli cake leveler kat kedai jual barang kek ( jgn guna gergaji pulak ),pastu sapukan frosting kat tgh2 kek tu ( mcm dlm gambar ) , then sapu keliling kek tu dgn cream cheese frosting... Pastu hiaslah sesuka hatinya.......pastu jgn lupa antar kat umah aku yer...hi3... P/S : 1) Buttermilk tu buatnya mcm ni .... Satu cawan susu campur 1 sudu besar cuka makan, biarkan 10 minit, baru guna.... 2) Ingat, klu cikgu kata bahan2 guna suhu bilik, ikut ckp cikgu, jgn suka2 kuar fridge terus guna...nnti klu kek jadi kek paru2 lembu, jgn ckp cikgu salah bg resipi pulak.....

Resepi Kek Coklat Mudah


Bahan - bahan untuk kek ( 20 - 26 cm ) : 1 cawan butter

1 dan 3/4 cawan gula halus 2 setengah tepung gandum 1 setengah cawan susu coklat ( pakai yg dutch lady punya ) 1 setengah sudu teh esen vanilla 5 sudu besar serbuk koko 1 setengah sudu besar soda bikarbonat 3 biji telur 1 sudu teh garam

Bahan - bahan topping : 200 gm coklat masakan dicincang ( boleh pakai dark chocolate / white chocolate ) 90 gm Whipping Cream 1 sudu besar butter Cara - cara penyedian kek :1. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam dalam satu bekas. 2. Dalam bekas lain, pukul butter dan gula hingga berkrim, gunakan mixer lebih mudah. 3. Masukkan telur satu per satu dan esen vanilla, pukul sehingga sebati. 4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi , selang - selikan dengan susu coklat. Pukul sehingga rata. 5. Masukkan adunan ke dalam loyang kek yang telah dialas dan di gris. 6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celsius dan bakar selama 45 - 55 minit. Guna api atas bawah. 7. Untuk mengetahui kek dah masak atau belum, anda boleh cucuk bahagian tengah kek dgn menggunakan lidi. Sekiranya tiada adunan yang melekat bermakna kek anda telah masak. 8. Sejukkan kek sebelum meletak topping.

Kek yang dah siap dibakar.. Cara - cara penyedian topping :1. Masukkan kesemua bahan - bahan untuk topping . Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. Pastikan anda sentiasa mengacau adunan supaya tidak berkerak di bahagian dasar periuk. 2. Tuang ke dalam mangkuk, masukkan ke dalam fridge, biarkan adunan mengeras sedikit. 3. Keluarkan adunan, dan kacau adunan menggunakan sudu hingga pekat. 4. Sapukan pada kek dan hias.

BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE) Bahan-bahan ayak : 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum

10 gm (3 tsp) serbuk koko 2 Tbsp tepung jagung 1/2 tsp soda bikarbonate 2 Tbsp susu tepung Secubit garam

Bahan-bahan lain : 250 gm mentega 150 gm gula kastor 1/2 tsp asen vanilla 1 biji kuning telur 100 gm (1/2 cawan) coklat chip 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional Cara-cara : 1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang. 2. Masukkan kuning telur dan pukul rata. 3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan. 4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata. 5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPATRAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN. 6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda. 7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara

Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )



1 cawan gula 1 cawan padat gula perang * 1 cawan mentega (~150gm) 1 cawan minyak 1 telor 1 sb susu segar 4 cawan tepong gandum 1 sk garam * 1 sk cream of tartar 1 sk baking soda cawan walnut cincang 2 cawan semisweet chocolate chips 1 sk vanilla extract

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris. Bakar pada suhu 350 F (175 C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven) Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada atau cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada sk. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

Anda mungkin juga menyukai