Anda di halaman 1dari 8

RESEPI PANCAKE 1: PANCAKE GEBU

Inilah resepi pancake kegemaran anak-anak tuan punya reseipi. Biasanya dimakan
dengan maple syrup atau aiskrim. Memang mudah sangat cara membuatnya. Bau pun
naik wangi satu dapur!
Walaupun cara membuatnya sangat ‘simple’ tapi, ianya yang sangat sedap dimakan
untuk sarapan mahupun sebagai kudapan minum petang. Rasanya, lebih kurang sama
dengan kaya ball, namun ianya lebih besar dan puas dimakan.
Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan

 115g Tepung Gandum


 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
 25g Butter
 1 biji Telur
 150ml Susu Segar
 1 sudu besar Gula
 Secubit Garam
Maple syrup yang selalu dimakan dengan pancake.

Ini pula blueberry syrup. Berbeza dengan jem, syrup ini lebih cair dan mudah dimakan
dengan pancake atau waffle.
Untuk yang bertanya, ini gambar krim tartar. Ianya serbuk putih. Cari saja di bahagian
barang kek, mesti jumpa.

Cara-cara
1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar – kalau rajin ayaklah. Tapi selalunya saya
gaul terus, sebab malas nak ayak.

2. Masukkan butter sampai berderai macam serbuk roti – jgn di gaul terlalu lama nanti
berketul macam doh.
3. Lubangkan ruang di tengah adunan tepung. Kemudian, masukkan telur (yang telah di
pukul dulu sedikit) dan selepas itu campurkan susu. Gaul sebati.

4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yang panas dan di lenser dgn
sedikit minyak. Along guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter,
jadi semua pancake akan sama besar.
5. Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di
terbalikkan.

6. Siap. Hidangkan dengan manisan kegemaran anda – maple syrup, madu, mentega
atau aiskrim. Makan panas-panas ya, baru sedap!
*Resepi asal oleh alongroz dari MyResepi (http://www.myresipi.com/recipes/3437-
pancake)

RESEPI PANCAKE 2: BLUEBERRY PANCAKE


Berbeza dengan pancake di atas, pancake ini mempunyai perasa blueberry daripada
jem blueberry.

Menariknya, anda juga boleh menggunakan jem lain untuk mempelbagaikan rasa,
seperti jem strawberry, jem nanas, ataupun kaya. Bergantung kepada kreativiti masing-
masing.

Mari ikuti resepi pancake ini.


Bahan-bahan

 100g jem blueberry


 2 biji telur
 120g tepung gandum – ayak
 1 sudu besar susu tepung -ayak
 1 sudu kecil baking powder – ayak
 2 sudu besar air
 40g mentega cair
 40g gula

Cara-cara

1. Masukkan telur, gula, air dan jem ke dalam mangkuk.Kacau sekejap dgn “hand
whisk”.
2. Masukkan mentega cair. Kacau lagi.
3. Masukkan 1/3 daripada bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk tadi. Kacau
lagi.
4. Masukkan lagi yg selebihnya. kacau cepat-cepat supaya tak berketul.
5. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega.
6. Ambik 1 senduk adunan tadi. Letakkan ke dalam kuali yg telah panas.
7. Apabila dah nampak lubang-lubang pada permukaan pancake, bolehlah balikan
pancake ke permukaan satu lagi. Biarkan sehingga masak.
Nota:
1. Pancake ini dah ada rasa manis. Sesuai dimakan begitu saja atau dengan
mentega.
2. Perlu masak dengan api perlahan untuk mengelakkan dari cepat hangus.
3. Ada yang lebih suka ‘blend’ semua bahan-bahan tu. Terpulanglah pada masing-
masing. Saya buat ikut cara di atas.
4.
*Resepi asal oleh yani dari MyResepi.com (http://www.myresipi.com/recipes/11805-
blueberry-pancake)
RESEPI PANCAKE 3: POTATO PANCAKE

Resipi paling senang untuk dimasak dan enak dimakan bersama sambal ikan
bilis ataupun kari.
Pancake versi kentang ini tentunya memberi kelainan dalam masakan anda. Mana
tidaknya, kentang yang digunakan akan memberi rasa lemak yang enak.

Jadi, sekali-sekala bolehlah tukar selera dan gabungkan bahan berkhasiat ini dalam
hidangan pancake anda.
Seperkara lagi, lempeng jenis ini sangat sesuai dimakan dengan manisan mahupun
sambal. Dua-dua sesuai!

Bahan-bahan

 4 biji kentang (yang direbus dan dilecek)


 Tepung gandum
 1 biji telur
 1 camca serbuk penaik
 1/2 cawan susu cair
 Sedikit garam
 Sedikit air
Cara-cara

1. Pukul telur, susu dan garam. Masukkan kentang.


2. Campurkan tepung dan sebuk penaik. Kacau sehingga sebati dan jangan terlalu
cair atau pekat. Agak-agaklah sendiri.
3. Panaskan kuali leper kemudian sapu dengan sedikit minyak. Tuangkan sedikit
bancuhan tadi dalam satu senduk. Biarkan sehingga masak dan terbalikkan.
*Resepi asal oleh mysha dari MyResepi.com
(http://www.myresipi.com/recipes/1179-potato-pancake)

RESEPI PANCAKE 4: FRENCH PANCAKE (CREPE)


Baiklah, ini lagi satu kelainan yang anda boleh cuba dengan resepi pancake.
Menurut tuan punya resepi ini, sebenarnya French pancake ini juga ala-ala lempeng,
tetapi jenis yang nipis. Ia juga disebut crepe.
Ia paling sesuai digabungkan bersama keju cheddar, cendawan, atau tuna.

Memang unik, tapi sangat sedap. Sekali rasa, pasti anda akan nak mencubanya lagi.
Bahan-bahan

 1 cwn tepung gandum


 3/4 cwn susu segar
 1/2 cwn air
 2 biji telur
 3 sudubesar minyak masak atau butter cair
 1/2 sudu kecil garam

Pilihan Inti 1:

 keju cheddar + cendawan dalam tin + tuna dalam tin


Pilihan Inti 2:

 pisang + nutella atau cokelat sos & makan bersama fresh cream
Pilihan Inti 3:

 lemon + gula

Cara-cara

1. Crepe prep:- masukkan semua bahan dalam bekas, kacau sebati. tapiskan
adunan untuk lebih licin dan lembut. Perap 30-1jam dlm fridge.
2. panaskan pan crepe atau kuali leper yg besar. sapu sedikit minyak. masak crepe
selama 2-3 min. ulangi process hingga semua bancuhan habis. Crepes yg dah
masak boleh letak bertindan, insyaAllah tak melekat. tutp dalam cling film ,
simpan dalam fridge sehinga 3 hari. Atau bole juga simpan dalam freezer.
3. Serving:- Panas pan, sapu dengan butter. letakkan sehelai crepe, ratakan filling.
Lipat 2. Sapu butter lagi. Lipat lagi untuk bentukkan 3 segi. Hidang panas2.
4. note: kalau suka yg garing, sebaikknya prepare kulitnya sehari awal. dan juga
masak lama skit masa taruk filling .
5. crepe with cheese + mushroom + tuna

Anda mungkin juga menyukai