Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Hari Guru

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK SG SELISEK 2019


9.00 PAGI Perhatian!
UCAPAN Minta kerjasama semua murid untuk memberi laluan. Majlis
ALU-ALUAN sambutan Hari Guru akan berlangsung sebentar lagi. Terima
PENGERUSI kasih.
MAJLIS
Rakan-rakan sekalian,
Marilah sama-sama kita memberikan tepukan gemuruh kepada
semua guru Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek.

Istana kota sebelas tingkat,


Tempat baharu nakhoda pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Jalan ke darat berpilin-pilin,


Cuaca redup menawan duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera.

Yang Berusaha Puan Siti Zanariah bt Jalal,


Guru Besar SK Sg Selisek,

Yang Dihormati En Azrul Bin ,


Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Yang Berusaha Puan Faridah Binti Hussain,


Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha Encik Razak bin Ishak,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Berusaha Puan Rosilawati binti Esha,


Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Barisan warga pendidik, kakitangan SK Sg Selisek, AJK PIBG dan


rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya pada pagi


ini kita dapat berkumpul bersama-sama bagi meraikan insan yang
amat kita sanjungi dalam majlis sambutan perayaan hari guru
peringkat SK Sg Selisek bagi tahun
2019.  “_______________________________________________
__” demikianlah tema perayaan hari guru pada tahun ini.
NYANYIAN Sebagai pembuka tirai majlis kita pada pagi ini, dijemput para guru
LAGU dan murid berdiri untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku.’
NEGARAKU
Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian sebentar
tadi.

Semua dipersilakan duduk.


UCAPAN
GURU
BESAR Hadirin sekalian,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Siti
Zanariah bt Jalal, Guru Besar SK Sg Selisek untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas


ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

NYANYIAN Angin menderu dengan sepoinya,


LAGU Di anak tangga duduk berperikan;
‘GURU Kasih guru akan muridnya,
MALAYSIA’ Masa dan tenaga rela korbankan.
DAN LAGU
TEMA Rakan-rakan sekalian,
Majlis menjemput semua guru SK Sg Selisek untuk naik ke
pentas.

Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna bagi guru-guru SK


Sg Selisek kerana mereka diraikan sempena sambutan hari guru
peringkat sekolah. Sehubungan itu, marilah sama-sama kita
mendengar gemersik suara para guru mendendangkan lagu ‘Guru
Malaysia’, lagu tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’,

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian para guru


menghiburkan kami semua.

PERSEMBAHA Sekarang, kita akan saksikan persembahan daripada rakan-rakan


N MURID kita pula.

Untuk itu, majlis mempersilakan pasukan ____________________


untuk membuat persembahan. Dipersilakan.

Untuk makluman hadirin, ___________________itu tadi di bawah


pimpinan dan bimbingan__________________________  Berikan
tepukan gemuruh kepada mereka semua.

Seterusnya majlis mempersilakan sahabat kita, ___________


___________________________ untuk menyampaikan
_____________yang bertajuk,
----------------------------------------------------------------------Dipersilakan,

Persembahan terakhir yang akan kita saksikan seterusnya ialah


persembahan daripada murid-murid_______________. Untuk itu,
dijemput naik ke pentas dengan persembahan mereka yang
berjudul, ___________________________Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid


_________________________ dengan persembahan itu tadi.

Dengan ini selesailah sudah tugas kami berdua.  Untuk acara


seterusnya kami serahkan majlis kepada Puan Murugeswary.

Upacara
Penyampaian
Hadiah

Anda mungkin juga menyukai