Anda di halaman 1dari 17

MARI MENDENGAR CERITA...

BUAYA DENGAN
SEEKOR
MONYET
Dalam sebuah hutan, terdapat
seekor buaya dan seekor
monyet yang berkawan baik.
Sang buaya tinggal di
sebatang sungai. Sang monyet
pula tinggal di atas sepohon
pokok.
Pada suatu hari, isteri buaya
berkata bahawa dia teringin
makan hati monyet. Jika tidak,
dia akan mati tidak lama lagi.
Buaya terkejut mendengar kata-
kata isterinya. Dia tidak sampai
hati hendak membunuh
monyet.
Walau bagaimanapun, buaya
sangat sayangkan isterinya. Dia
mencari jalan untuk dapatkan
hati monyet.
Buaya mula berfikir cara untuk
dapatkan hati monyet. Pada
esok hari, buaya pergi ke rumah
monyet.
Hai sang monyet, marilah ke
rumahku. Isteri aku hendak
menjamu kamu dengan
makanan yang sedap.
Monyet pun terus bersetuju. Dia
melompat ke belakang buaya.
Dalam perjalanan, buaya
beritahu monyet tentang
keinginan isterinya.
Isteri aku teringin makan hati
engkau. Sekiranya tidak, dia
akan mati, kata buaya lagi.
Monyet terkejut mendengar
kata-kata buaya tetapi dia tidak
menunjukkan ketakutannya.
Aku kesian dengan isterimu.
Aku tertinggal hatiku di rumah.
Jika kamu mahu juga marilah
kita mengambilnya.
Mendengar kata-kata monyet,
buaya berpusing di dalam air
dan berenang semula ke rumah
monyet.
Monyet meminta buaya cepat-
cepat berenang ke rumahnya.
Aku takut hati aku diambil
orang, kata monyet.
Sebaik sahaja tiba di tebing
sungai, monyet terus melompat
ke darat. Dia tidak mahu
bertemu buaya lagi.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai