Anda di halaman 1dari 2

Monyet yang Pintar

Pencerita

: Di dalam sebuah hutan rimba, terdapat banyak binatang-binatang yang tinggal di dalamnya. Binatang-binatang kecil di hutan itu tidak senang hati dengan kedatangan singa di tempat mereka. Singa itu mengaku dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang di hutan tersebut mencari jalan untuk menghapuskan singa itu.

Kambing tua : Biar saya yang pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi! Pencerita : Begitulah kata kambing tua kepada kawan-kawannya. Dia sanggup berkorban demi keselamatan kawan-kawannya. Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh. Singa : Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari. Pencerita : Terdiam semua binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka.

Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir


sejenak lalu berkata dengan marah. Kijang : Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa seterusnya. Arnab Monyet : Tapi bagaimana kijang? :Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama. Pencerita Singa : Esoknya, monyet pun pergi menyerah diri kepada singa itu. : Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar?

Monyet

: Mamamaafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja

Singa

: Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya!

Pencerita

: Panas hati singa mendengar penjelasan monyet tadi. Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi tersebut, monyet pun berkata

Monyet Pencerita

: Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku. : Monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya. Semenjak hari itu, binatang-binatang dihutan tersebut hidup aman dan bahagia.

Anda mungkin juga menyukai