Anda di halaman 1dari 7

resepi : panna cotta (Italian classic dessert) ~ my style

ini merupakan kali ke-3 aku buat panna cotta. Alhamdulillah, sudah menjadi salah satu dessert kegemaran
kami suami isteri. 1st time aku makan dessert klasik Itali ni masa beli manisan kat salah
sebuah bakery katarea rumah aku. dijual dalam bekas kecik, makan habis tak sampai seminit. kecik sangat i
tell u. husband pun makan habis licin so aku agak kena dengan selera dia la. bila tau beliau macam OK
dengan dessert tu, ape lagi, meng-google lah aku. google punya google, tengok youtube tengok
resipi, compare itu dan ini makanya jadilah seperti resipi di bawah.


bahan-bahan panna cotta;
500ml thickened cream / double cream / heavy cream / whipping cream
50gram gula kastor / gula halus (dalam gambar tu gula kasar biasa, aku kurangkan gram
nye)
7gm agar-agar
1tspn perisa vanilla
cara-cara membuat panna cotta;
1. rendamkan agar-agar dengan air sejuk peti selama 10minit.
2. masukkan 500ml thickened cream ke dalam periuk dan masak dengan api kecil.
3. kemudian masukkan 60gram gula tadi, kacau hingga larut.
4. selepas itu masukkan pula perisa vanilla tadi dan kacau rata.
5. apabila campuran cream + gula + perisa vanilla sudah mulai mendidih, ambil agar-agar yang
direndam tadi, genggam + perah lebihan air yang ada dan masukkan ke dalam campuran cream di
dalam periuk. kacau sehingga agar-agar larut sepenuhnya.
6. setelah larut, tutup api dan tapiskan campuran tersebut dan tuang ke dalam bekas puding.
7. sejukkan dengan suhu bilik terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
8. panna cotta boleh dinikmati selepas 4-5 jam atau lebih elok selepas disejukkan di
dalam fridgesemalaman.
9. bole dimakan begitu saja atau dengan sedikit madu @ coklat rice @ strawberry glaze,
mengikut kreativiti masing-masing.
10. selamat mencuba!






terima kasih sudi baca, cau beddah!





Bahan-bahan resepi pavlova:
4 biji putih telur
Secawan gula kastor (Kurangkan untuk elak manis sangat)
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu besar esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
1 sudu besar cuka masakan
Cara-cara buat :
Panaskan oven dulu (150 darjah celcius) dan biarkan
Pukul putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi soft peak form
Then, masukkan gula kastor sikit demi sedikit. Putar lagi dengan kelajuan tinggi sampai adunan
jadi putih berkilat dan bertanduk. Kalau korang terbalikkan bekas adunan tu, mende alah tu tak
tergolek jatuh.
Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
Pastu masukkan tepung jagung & cuka, gaul dan ratakan pakai spatula or senduk.
Tuang or pipingkan adunan atas baking paper. Nak lukis bulatan dulu atas paper tu pon boleh, daku
just tuang terus je. Muehehee
Ratakan biar jadi bulat or ape2 bentuk yang berkenan di hati. Ramai yang buat bahagian tepi tu lebih
tinggi dari bahagian dalam, ala2 tebing. Tapi ikut suke korang la nak buat bentuk macam mane.
Masukkan adunan ke dalam oven, letak rak tengah. Masak selama 1 jam 15 minit dengan suhu 140
darjah celcius. (ekceli, masa masak ni bergantung kepada oven kita jugak. Kalau dah lebih 1 jam,
korang tengok warna adunan dah kuning2 and rasa dah garing or crispy, dah masak la tu. Kalau tak,
lebihkan masa bakar tu.)
Bila dah masak, offkan oven. TAPI jangan keluarkan lagi mende alah tu from oven. Biar die duk dalam
tu lebih kurang 10 minit, regangkan sikit pintu oven. Dah sejuk, boleh keluarkan.
Cara hias pavlova:
Pukul whipping cream (boleh beli dekat kedai kek) sampai kental.
Then, masukkan gula aising secukup rasa dan sedikit esen vanilla.
Pastu potong buah strawberi, anggur, kiwi, blueberry, blackberry, etc.
Boleh la taruk cream atas pavlova yang dah masak tadi & susun potongan buah2 tersebut. Siaaap!~
Tips resepi pavlova :
Time asingkan putih telur tu, pastikan betul2 takde kuning telur yang termasuk, terloncat, tergatal nak
masuk dalam tu. Karang, idok la naik adunannye.
Pastikan dalam bekas korang nak putar adunan tu, takde sebarang air or minyak or bahan asing.
Sesetengah resepi, diorang gantikan tepung jagung & cuka tu dengan cream of tartar. *nanti i try*
Some resepi, bakar pakai api bawah aje. Ade yang pakai api atas bawah. Korang tengok la yang mane
sesuai dengan oven korang.
Antara bahan yang digunakan untuk resepi pavlova
Rupa adunan yang bertanduk
Tuangkan adunan ke atas baking paper
Siap bakar!~ Luar die kaler coklat2 kuning gitu, tengah tu bila tekan lembut2 je
rase.
Boleh la hias dengan buah ape korang nak. Den malas, taruk anggur
je semua.

Dah siap dikerjakan oleh manusia2
kat rumah.
Biskut oreo secukupnya ~ dipatahkan
Buah kiwi, strawberry, blueberries atau apa2 yg disukai ~ sebagai hiasan

225g cream cheese ~ suhu bilik
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
137g atau 1 bekas yoghurt
30g gula kastor


Sediakan cup atau gelas kecil
Patah-patahkan oreo dan letakkan didasarnya ~ ketepikan


Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese dan gula kastor hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata
Tuangkan adunan ke dalam gelas yang berisi oreo tadi
Susun pula buah-buah yg disukai
Masukkan semula adunan dan selang selikan dengan oreo
Sejukkan dalam peti ais









CARAMEL CHEESE PUDDING
By : Yani
Rujukan : My Resepi

Karamel
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

Puding
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon

Sediakan karamel
Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang.
Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam.
Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.

Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati.
Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak
perlu kembang)
Panaskan susu sehingga hampir mendidih.
Kemudian tuang ke dalam kedalam adunan telur tadi. Kacau sekata.
Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air.
Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
Sejukkan sebelum dihidang.




CHOCOLATE CHIP BREAD PUDING
250 gm roti - anggaran 8- 10 keping
500 ml susu cair
125 ml double cream
40 gm gula perang - ita tambah 20 gm lagi
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
100 gm choc chip
2 sudu gula pasir - untuk tabur atas puding


Panaskan oven 170 C
Sediakan loyang berukuran 23 cm atau 9 inc
Leserkan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
Boleh juga gunakan ramekins atau casserole.

Roti di potong kecil
Ita bakar dulu roti tu sekejap supaya roti tidak terlalu lembik bila di rendam. Dan kita juga akan dapat tekstur puding
yang agak padat.
Susun roti dalam loyang, atau ramekins atau casserole.
Taburkan 100 gm choc chip.

Dalam satu bekas yang lain kita satukan, susu, double cream, gula perang, telur dan esen vanila.
Pukul sehingga adunan rata.
Tuangkan perlahan2 atas roti tadi supaya ia meresap dalam roti.
Teka-tekan rori supaya ia meresap adunan.
Biarkan roti terendam sebentar selama lebih kurang 20 minit
Taburkan gula pasir atasnya.
Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 40 minit
Sedia untuk di hidangkan.
SOS KASTARD
1/2 tin susu cair
1/2 cawan air
secubit garam
1 sudu besar kastard

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan


CHOC OREO JELLY
By : Ros

1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara

Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama
daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati.
Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi
dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.

cara ita
Setelah agar2 dan gula larut, ita masukkan susu dalam agar2.
Kalau nak letak koko, kita bancuh dulu dengan sedikit air panas dan tuang sekali dalam agar2.
Serbuk oreo, ita letak dalam acuan.
Kemudian ita tuangkan agar dalam acuan yang dah ada oreo tadi.

Anda mungkin juga menyukai