Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN KATA ADJEKTIF__________________

1. Bulatkan kata adjektif yang terdapat dalam ayat di bawah.

(a) Perjalanan ke tempat itu mengambil masa tiga hari kerana jaraknya yang amat jauh.

(b) Banjir melanda pantai timur setelah hujan turun dengan lebat selama beberapa hari.

(c) Kempen makan buah-buahan tempatan yang diadakan di Kuala Kangsar mendapat sambutan hangat daripada orang
ramai.

(d) Suasana di pesta itu bertambah meriah apabila pengunjung dihiburkan oleh artis-artis terkenal.

Garisi kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.


1. Buah rambai manis itu dipetik dari kebun datuk oleh nenek.

2. Pakaian lembap dijemur di ampaian oleh ibu di halaman rumah.

3. Anak comel itu merupakan kesayangan kedua-dua ibu bapanya.

4. Pasukan bola sepak Perak yang memakai jersi kuning menjadi johan Liga Bola Sepak Peringkat Kebangsaan.

5. Kereta lama ayah tersimpan di dalam garaj sejak tiga tahun lepas.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Penduduk Kampung Raya hidup dalam kegelisahan kerana kerap diancam seekor buaya yang
A liar B marah C ganas D garang

2. Cikgu Alina berasa lega apabila melihat Zaril berjaya menyampaikan syarahannya dengan
A petah B lancar C cekap D kemas

3. Mak Cik Intan menyuruh anak perempuannya mengangkat pakaian di jemuran apabila melihat langit agak .
A suram B muram C malap D mendung

4. Penduduk Kampung Chegar bekerjasama untuk membaiki dinding balai raya yang sudah kerana dimakan oleh anai-
anai.
A reputB lemau C susut D rentung

5. Lauk yang dimasak dengan menggunakan santan akan cepat menjadi sekiranya tidak dimasak dengan betul.
A basi B tengik C masam D hangit

Pilih ayat yang menggunakan kata adjektif yang betul.


I. Fikirannya runsing setelah mengetahui hasil keputusan pemeriksaan kesihatan.
II. Sikapnya yang rapat sangat disukai oleh semua penduduk Kampung Petaling.
III. Suara Cikgu Ghani menjadi besar kerana sakit tekak.
IV. Saat-saat manis itu masih segar dalam ingatannya.
A i dan ii B ii dan iii C iii dan iv D i dan iv
pandak sempurna lisut kuyu sedap

panjang manis bengkak lesu kejur

1 Jambu batu, betik dan belimbing bukan sahaja dimakan, malahan


berkhasiat.
2 Kuku yang perlu dipotong dengan menggunakan pengetip kuku yang sesuai.
3 Tanda sengatan lebah adalah pada tempat yang disengat.

4 Makanan yang perlu dikurangkan untuk mengelakkan penyakit.

5 Penjagaan gigi yang dapat mengelakkan kerosakan gigi.

Kesan perkataan yang salah penggunaan kata adjektif. Kemudian, tulis perkataan yang betul pada ruangan yang
disediakan.

Pada musim perayaan, pergerakan kenderaan di jalan raya tidak laju kerana kesesakan lalu lintas.
1
Tahun Enam Cemerlang memenangi pertandingan kebersihan kelas kerana murid-muridnya
2 cekap membersihkan kelas mereka.

3 Suara adik menjadi kering akibat terlalu lama dia menangis.


Beberapa orang jiran bertungkus-lumus membersihkan rumah Pak Usup yang dihempap pokok
4 setelah angin bertiup deras petang semalam.
Oleh sebab masa telah singkat, Masyitah terpaksa membatalkan hasratnya untuk bercuti di Pulau
5 Redang.

Tandakan ( √ ) bagi ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah.

1 Bau ikan yang haring itu dapat dihidu oleh Pak Andak hingga ke ruang tamu.

2 Tilam yang diperbuat daripada kekabu itu sungguh gebu dan selesa untuk tidur.

3 Pakaian yang disidai di ampaian itu basah walaupun dijemur dari pagi kerana cuaca
redup.

4 Sikap Cikgu Aina yang rapat sangat disukai semua murid walaupun baru dua minggu
bertukar ke situ.

5 Sup ayam itu rasanya pahit kerana terlebih garam.

Anda mungkin juga menyukai