Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN A ( AKTIVITI RIADAH)

Gambar di bawah menunjukkan situasi di taman permainan.Tulis lima ayat yang lengkap
tentang situasi di taman permainan tersebut.

1. Seorang budak lelaki ketawa riang ketika bermain papan gelongsor di sebuah
taman permainan kanak-kanak.
2. Dua orang kanak-kanak perempuan pula sedang bermain jongkang-jongket
dengan begitu seronok.
3. Dua orang kanak-kanak lagi kelihatan gembira bermain buaian yang terdapat di
taman itu.
4. Dua orang dewasa sedang berbual-bual dengan rancak di bawah sebuah pondok
sambil berehat.
5. Taman permaian itu dikunjungi oleh orang ramai kerana bersih dan banyak
kemudahan disediakan.






BAHAGIAN A ( AKTIVITI RIADAH)
Gambar di bawah menunjukkan situasi di taman rekreasi.Tulis lima ayat yang lengkap
tentang situasi di taman rekreasi tersebut.


1. Dua orang budak perempuan sedang berjoging di sekitar kawasan taman rekreasi itu.
2. Dua orang kanak-kanak pula sedang bersantai sambil membaca buku di bawah
sebatang pokok yang rending.
3. Tiga orang budak lelaki sedang bermain bola sepak di taman rekreasi itu dengan
gembira.
4. Taman rekreasi itu kelihatan sungguh bersih dan lapang.
5. Para pengungjung taman rekreasi itu telah menggunakan masa dengan aktiviti yang
berfaedah.













BAHAGIAN A ( AKTIVITI RIADAH)
Gambar di bawah menunjukkan aktiviti perkelahan sebuah keluarga.Tulis lima ayat yang
lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.


1. Encik Zamani membawa keluarganya untuk berkelah di tepi sebuah pantai yang
indah.
2. Puan Siti sedang membaca senaskah majalah sambil duduk berlunjur di atas sebidang
tikar.
3. Kamal dan Zubaidah bermain bola bersama dengan ayah mereka dengan gembira.
4. Kakak Nora sedang membuka baju adiknya yang masih kecil.
5. Terdapat bekalan makanan dan minuman yang dibawa oleh keluarga itu di atas tikar.







BAHAGIAN A ( AKTIVITI RIADAH)
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

1. Encik Ahmad sedang berjoging di taman rekreasi untuk menyihatkan badan.
2. Abu dan kawan-kawannya sedang bermain papan gelongsor dan papan jongkang-
jongket di taman rekreasi dengan gembira.
3. Puan Lim sedang bersiar-siar dengan anaknya di taman rekreasi itu.
4. Mei Hua membuang sampah ke dalam tong sampah manakala Pak Cik Linggam
sedang menyiram pokok-pokok bunga supaya tumbuh subur.
5. Kumar dan adiknya sedang bermain bola di taman rekreasi itu dengan gembira.

Anda mungkin juga menyukai