Anda di halaman 1dari 9

PERLEMBAGAAN

SEKRETARAIAT PENCEGAHAN RASUAH (SPRK)


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
(IPG KPMM Januari 2015)

BAHAGIAN I
Fasal 1

Nama

1.1 Jawatankuasa ini dikenali dengan nama Sekretariat Pencegahan Rasuah Kampus
(SPRK) Institut Pendidikan Guru.

Fasal 2

Bahasa Rasmi
2.1 Bahasa Melayu
Fasal 3

Alamat
3.1 Sekretariat Pencegahan Rasuah
d/a Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru
(Alamat IPG Kampus)

BAHAGIAN II
Fasal 4

Cogan Kata SPRK


4.1 Satu Visi Satu Aspirasi
Fasal 5

Logo SPRK
5.1
5.2 Keterangan logo adalah seperti berikut:
(a) SPRK
Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG.

(b) Warna Biru


Kesepaduan yang utuh dalam kalangan SPRK.

(c) Warna Putih


Keikhlasan dan kesungguhan ahli SPRK dalam melaksanakan amanah yang
telah diberikan.

(d) Bulatan
i. Gerak kerja SPRK yang holistik meliputi keseimbangan dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial, kebajikan, etika dan
profesionalisme sebagai mahasiswa guru di IPG.
ii. SPRK mengamalkan budaya kerja berpasukan.

Fasal 6

Visi

6.1 Sekretaraiat Pencegahan Rasuah peneraju kepimpinan pelajar berkualiti.


Fasal 7

Misi

7.1 Menyokong pihak IPG melahirkan guru berintegriti, berkarisma dan kompeten
selaras dengan aspirasi IPG.

Fasal 8

Objektif SPRK
8.1 Objektif SPRK adalah seperti ketentuan berikut:
(a) Menerapkan nilai anti rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di kalangan pelajar
IPG.
(b) Mendidik dan mendedahkan pelajar IPG kepada program pencegahan rasuah melalui
aktiviti kemasyarakatan di dalam dan di luar kampus yang menekankan pada nilai-nilai murni.
(c) Menjadikan pelajar IPG sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat kampus
dan di luar kampus serta pelajar sekolah di mana mereka belajar nanti.

(d) Menjadikan kesedaran dan penghayatan terhadap nilai-nilai integrity semasa


menjalankan tugas.
(e) Mewujudkan pusat rujukan ilmiah mengenai kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan
penyelewengan serta peranan SPRM dalam menangani jenayah ini.
(f) Meningkatkan perkongsian pintar di antara SPRM dan IPG dalam usaha memupuk
kesedaran pencegahan rasuah.

BAHAGIAN III
Fasal 9

Keahlian
9.1 Semua pelajar yang mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa di IPG adalah layak
mendaftar sebagai Rakan Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG.
9.2 Pelajar yang berminat dikehendaki mengisi borang keahlian sebagai ahli Sekretariat
Pencegahan Rasuah.
9.3 Permohonan oleh pemohon akan ditapis mengikut butiran seperti berikut;
-

Fasal 10

Tanggungjawab Ahli
10.1 Setiap ahli mestilah patuh kepada Perlembagaan Sekretaraiat Pencegahan Rasuah
IPG dan berpegang teguh kepada dasar dan objektifnya.
10.2 Menghormati dan mematuhi Akta 174, perlembagaan serta peraturan SPRK.

10.3 Tidak dibenarkan menganggotai dan melibatkan diri secara rasmi dengan
pertubuhan politik di dalam atau di luar negara.
10.4 Setiap ahli mestilah berusaha untuk melaksana dan mencapai objektif persatuan.
10.6 Menunjukkan imej yang positif dan tidak mencemar nama baik SPRK dan IPG.

Fasal 11

Hak Keahlian
11.1 Semua ahli berhak menggunakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang
disediakan oleh pihak SPRK dengan mematuhi peraturannya tanpa sebarang
halangan kecuali telah ada sabitan yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT)
SPRK bahawasanya ahli tersebut telah tidak dibenarkan untuk menggunakan
peralatan yang ditetapkan atau apa-apa jua peralatan atas alasan yang difikirkan
munasabah bergantung kepada budi bicara AMT SPRK.
11.2 Semua ahli berhak mengikuti semua aktiviti SPRK tanpa sebarang halangan kecuali
telah ada sabitan yang dikeluarkan oleh AMT SPRK atau bahawasanya ahli tersebut
telah tidak dibenarkan untuk menghadiri aktiviti yang ditetapkan atau apa-apa jua
aktiviti atas alasan yang difikirkan munasabah bergantung kepada budi bicara AMT
SPRK.
11.3 Semua ahli berhak mengetahui perkembangan dan perubahan dalam struktur
organisasi serta pergerakan SPRK.
11.4 Semua ahli berhak menyuarakan pandangan kepada SPRK atau kepada pihak ketiga
melalui SPRK dengan menggunakan saluran-saluran yang beretika.

BAHAGIAN IV
Fasal 12

Organisasi SPRK
12.1 Organisasi SPRK dikendalikan oleh Ahli Sekretaraiat Pencegahan Rasuah yang terdiri
daripada AMT dan AMM.
(a) Ahli Majlis Tertinggi:
i. Ketua Sekretariat
ii. Timbalan Ketua Sekretariat
iii. Setiausaha Agung Kehormat
iv. Naib Setiausaha Agung Kehormat
v. Bendahari Agung Kehormat
vi. Naib Bendahari Agung Kehormat
(b) Ahli Majlis Mesyuarat (AMM)
i. Exco Ceramah
ii. Exco Seminar/Forum/Bengkel
iii. Exco Round Table Discussion
iv. Exco Pameran
v. Exco Aktiviti Keagamaan/Nilai-nilai Murni
vi. Exco Risalah
vii. Exco Radio
viii. Exco Majalah/Newsletter/Bahan-bahan Penerbitan Lain
ix. Exco Facebook/Twitter/Flickr
(c) Jawatankuasa Biro

Setiap biro terdiri daripada ahli berikut:


i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha (dipilih oleh Exco)
iv. Empat orang Ahli Jawatankuasa
(dipilih oleh Exco)

Fasal 13

Perjawatan
13.1 Ahli Majlis Tertinggi
(a) Pemilihan AMT dan AMM dilakukan melalui Lantikan Dalaman yang dilakukan
setiap satu ( 1 ) tahun dalam tempoh 30 hari selepas pembubaran jawatankuasa terdahulu
SPRK.

Fasal 14

Perletakan dan Perlucutan Jawatan


14.1 Perletakan Jawatan
(a) Sebarang permohonan perletakan jawatan hendaklah dibuat secara bertulis
kepada Pengerusi Majlis Penasihat SPRK berserta dengan alasan munasabah.
(b) Pengesahan perletakan jawatan hanya akan berlaku setelah diputuskan oleh
Penyelaras Bersama SPRK (SPRK IPG dan SPRM Negeri).
14.2 Perlucutan Jawatan
(a) Dibuang dari mengikuti pengajian di IPG.
(b) Menarik diri dari mengikuti pengajian di IPG.
(c) Berpindah pusat pengajian.
(d) Tidak berada di IPG selama 6 bulan berturut-turut sama ada melanjutkan
pelajaran ke luar negara atau sakit yang berpanjangan atau menangguhkan
pengajian.
(e) Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib (termasuk yang sedang menunggu
keputusan perbicaraan tatatertib) oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar, akan
hilang kelayakan daripada bertanding dan menjadi Ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah.
(f) Tidak dapat memberi komitmen kepada organisasi SPRK.

Fasal 15

Kekosongan Jawatan
15.1 Jika kekosongan jawatan berlaku dalam AMT SPRK atau MT SPRK dalam jangkamasa
enam bulan selepas pemilihan maka pemilihan baharu boleh dilaksanakan.
15.2 Jika kekosongan jawatan berlaku dalam AMT SPRK, pemilihan baharu akan
diputuskan melalui mesyuarat dalaman SPRK dan tempoh perjawatannya adalah sehingga
tamat sesi pentadbiran tersebut.
15.3 Jika kekosongan jawatan berlaku dalam MT SPRK, pemilihan baharu akan dibuat
berdasarkan budi bicara Ketua Eksekutif atau wakilnya.

BAHAGIAN V

Fasal 16

Bidang Tugas Umum


16.1 Ahli Majlis Tertinggi
(a) Fungsi AMT ialah mengelola, mengatur hala tuju dan gerak kerja, serta
membuat keputusan atas perkara-perkara tentang perjalanan SPRK mengikut
Perlembagaan SPRK. AMT juga hendaklah mengemukakan laporan setiap
aktiviti yang dijalankan kepada Pengerusi Majlis Penasihat SPRK atau
wakilnya.

(b) AMT hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekali.


Sekurang-kurangnya lima daripada bilangan AMT hendaklah hadir bagi
mengesahkan dan memenuhkan korum mesyuarat.

(c) Sekiranya timbul perkara mustahak yang memerlukan kelulusan AMT tetapi
mesyuarat AMT tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Agung Kehormat
boleh mendapatkan kelulusan daripada AMT secara pengedaran surat
pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah
disempurnakan sebelum keputusan Ahli Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi
boleh dianggap sebagai diterima:
i. Masalah yang dibangkitkan itu mestilah dibutirkan dengan terang
dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada semua AMT.
ii. Sekurang-kurangnya lima daripada bilangan AMT mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan
itu.
iii. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah
dilaporkan oleh Setiausaha Agung Kehormat kepada mesyuarat AMT
berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan
mesyuarat.

(d) Ahli Majlis Tertinggi boleh memberi arahan kepada Setiausaha Agung
Kehormat dan MT atau ahli yang lain untuk menjalankan urusan SPRK dengan
melantik Pengerusi/Pengarah Aktiviti dan jawatankuasa yang dirasakan
mustahak. Jawatankuasa Tertinggi juga boleh menggantungkan dan
melucutkan jawatan sebarang Pengerusi/Pengarah Aktiviti dan jawatankuasa
kerana tidak amanah dalam tugas atau dengan sebab-sebab yang difikirkan
boleh merosakkan kepentingan SPRK.

(e) AMT berkuasa membatalkan sesuatu aktiviti pelajar yang bercanggah


dengan dasar dan perlembagaan SPRK.

(f) AMT berkuasa membatalkan sesuatu keputusan mesyuarat yang diadakan


oleh majlis mesyuarat SPRK jika dirasakan perlu.

16.2 Ahli Majlis Mesyuarat


(a) Mengeluarkan arahan atau kenyataan umum bagi pihak SPRK.
(b) Membincangkan dan merancang aktiviti SPRK berdasarkan peruntukan dalam

perlembagaan serta bersesuaian dengan dasar SPRK.


(c) Mesyuarat MT hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
(d) Hendaklah dihadiri sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada MT.

Fasal 17

Bidang Tugas Khusus


17.1 Ahli Jawatankuasa Tertinggi
(a) Ketua Sekretariat
i. Mempengerusikan mesyuarat AMT dan mesyuarat AMM SPRK
ii. Memantau mesyuarat Biro SPRK
iii. Menerima dan memanjangkan arahan pihak pengurusan
iv. Mengarah dan menguruskan aktiviti yang dirancang oleh pihak pengurusan dan pelajar
v. Memantau pengurusan kewangan SPRK
vi. Menjaga kebajikan semua ahli SPRK
vii. Menjadi penghubung antara pentadbiran dengan pelajar dan sebaliknya
ix. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat bersama pengurusan SPRM Negeri dan IPG
x. Merancang dan mengadakan kursus berkaitan kepimpinan untuk SPRK
xi. Sentiasa berkolaborasi dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar
(JHEP)

(b) Timbalan Ketua Sekretariat


i. Memangku tugas Ketua Sekretariat ketika ketiadaan Ketua Sekretariat
ii. Menjaga kebajikan semua ahli SPRK
iii. Bertindak sebagai penghubung dengan SPRK IPG lain
iv. Menjadi perantara SPRK dengan ketua-ketua kumpulan bagi setiap unit
pengajian.
v. Mengawasi perjalanan aktiviti setiap Jawatankuasa dan aktiviti institute berkaitan integriti dan
pendidikan rasuah
vi. Menerima arahan daripada YDP dan pihak pentadbiran
vii. Mengarah dan menguruskan aktiviti yang dirancang oleh pentadbiran
dan pelajar
viii. Menjadi penghubung antara pentadbiran dengan pelajar dan
sebaliknya
ix. Memantau portfolio setiap Jawatankuasa
x. Mengurus dan menyelia bilik gerakan SPRK
xi. Memantau blog atau laman web SPRK
xii. Mengurus dan menapis borang aduan pelajar
xiii. Membantu merancang dan mengadakan kursus berkaitan kepimpinan
untuk SPRK
xiv. Sentiasa berkolaborasi dengan pihak JHEP

(c) Setiausaha Agung Kehormat dan Naib Setiausaha Agung Kehormat


i. Menguruskan urusan surat menyurat
ii. Menyediakan surat jemputan mesyuarat atas arahan Ketua Sekretariat
iii. Menyediakan minit mesyuarat dan laporan SPRK
iv. Menyediakan kertas kerja bagi setiap aktiviti induk SPRK
v. Menerima arahan dari Ketua dan Timbalan Ketua Sekretariat

vi. Menyelia, mengurus papan kenyataan dan carta organisasi SPRK


vii. Menapis setiap iklan, risalah dan memo di semua papan kenyataan
viii. Membantu merancang dan mengadakan kursus berkaitan kepimpinan
untuk SPRK
ix. Menyedia dan mengurus inventori di bawah kelolaan SPRK
x. Sentiasa berkolaborasi dengan Jabatan HEP

(d) Bendahari Agung Kehormat dan Naib Bendahari Agung Kehormat


i. Mengurus segala urusan berkaitan kewangan SPRK
ii. Merancang dan mengurus sumber kewangan SPRK
iii. Memantau aktiviti Biro Keusahawanan SPRK
iv. Menguruskan kewangan setiap aktiviti yang dirancang dan dijalankan
oleh SPRK
v. Menyediakan laporan kewangan SPRK
vii. Menerima arahan dari Ketua dan Timbalan Ketua Sekretariat
viii. Membentangkan laporan kewangan mengikut keperluan
ix. Menguruskan pembelian segala alatan dan keperluan yang diperlukan
oleh SPRK
x. Membantu merancang dan mengadakan aktiviti berkaitan kepimpinan
untuk SPRK
xi. Sentiasa berkolaborasi dengan JHEP

(e) Ahli Majlis Mesyuarat


i. Membantu menguruskan aktiviti IPG yang dirancang oleh pihak
pengurusan dan pelajar
ii. Merancang dan melaksanakan aktiviti Biro SPRK
iii. Menyediakan laporan tahunan Biro SPRK
iv. Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut Biro SPRK
v. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Eksekutif,
Pengerusi Majlis Penasihat, Ketua Pensyarah Penasihat SPRK, dan
Penasihat SPRK

BAHAGIAN VI
Fasal 18

Majlis Penasihat
18.1 Penaung Ketua Eksekutif & Pengarah SPRM Negeri
18.2 Pengerusi Majlis Penasihat SPRK Timbalan Pengarah IPG & Timbalan Ketua Pengarah
SPRM Negeri
18.3 Penasihat SPRK Pegawai Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri
18.4 Pensyarah Penasihat SPRK Dilantik oleh Ketua Eksekutif

BAHAGIAN VII
Fasal 19

Kewangan
19.1 SPRK tidak dibenarkan menubuhkan tabung kewangan dengan menerima atau
mengutip atau mengambil sebarang jenis sumbangan atau dana dalam bentuk wang

atau harta dari mana-mana sumber kecuali dengan membuat permohonan bertulis
serta kelulusan daripada Ketua Eksekutif atau SPRM Negeri. Segala tuntutan bayaran
hendaklah disertakan resit atau baucer pembelian kepada Ketua Eksekutif dan SPRM Negeri.

Fasal 20

Tahun Kewangan
20.1 Tahun kewangan dikira selepas perlantikan AMT SPRK yang baru dan berakhir
selewat-lewatnya 3 hari sebelum pembubaran.

Fasal 21

Juru Audit
21.1 Dua orang daripada pelajar institut boleh dilantik sebagai Juru Audit oleh oleh AMT.
Para Juruaudit akan memegang jawatan tersebut selama setahun dan boleh dilantik
semula.
21.2 Juru Audit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira SPRK bagi setahun dan membuat
laporan atau pengesahan kepada Ketua Eksekutif atau wakilnya. Mereka juga
dikehendaki pada bila-bila masa oleh Ketua Sekretariat SPRK mengaudit kira-kira SPRK
bagi mana-mana masa dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan
kepada AMT.

BAHAGIAN VIII
Fasal 22

Pilihan Ahli
22.1 Pemilihan ahli SPRK hendaklah diadakan dalam tempoh 30 hari selepas pembubaran
dan tertakluk kepada kelulusan SPRM Negeri.

Fasal 23

Bentuk Pemilihan
23.1 Pemilihan ahli Jawatankuasa SPRK dibuat melalui proses pengundian semasa Mesyuarat
Agung Tahunan SPRK IPG.

BAHAGIAN IX
Fasal 26

Pembubaran
26.1 Ketua Eksekutif mempunyai kuasa mutlak untuk membubarkan SPRK.
26.2 SPRK akan dibubarkan sekiranya berlaku salah satu daripada situasi berikut:
(a) Telah cukup tempoh satu (1) tahun pentadbiran SPRK.
(b) Tidak cukup korum untuk membentuk AMT SPRK.
(c) Sebab-sebab lain yang difikirkan munasabah oleh Ketua Eksekutif.
26.3 SPRK boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan dua pertiga (2/3)
daripada jumlah MT dengan kelulusan Ketua Eksekutif.
26.4 Sekiranya SPRK hendak dibubarkan secara yang tersebut di atas, maka segala hutang

dan tanggungan SPRK yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan
baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui oleh
Pengarah SPRM Negeri.
26.5 SPRK dengan rasminya dibubarkan setelah tamat tempoh perkhidmatan yang ditetapkan
dan notis pembubaran dikeluarkan oleh Pengarah SPRM Negeri.

BAHAGIAN X
Fasal 27

Pindaan Perlembagaan
27.1 Sebarang pindaan boleh dilakukan dengan mengemukakan usul dan cadangan
secara bertulis kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM melalui SPRM Negeri (Unit PenMas).
27.2 Keputusan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah muktamad.

BAHAGIAN XI
Fasal 28

Pertikaian Dan Kekeliruan


Jika timbul sesuatu pertikaian atau kekeliruan tentang mana-mana Bahagian dan Fasal atau
sama ada seseorang ahli atau pemegang-pemegang bagi SPRK atau bagi sesuatu
jawatankuasa ad hoc SPRK telah dipilih atau dilantik dengan sewajarnya, mengikut mana
yang berkenaan, atau adalah berhak menjadi atau masih menjadi ahli atau pemegang
jawatannya, maka pertikaian itu hendaklah diputuskan oleh Ketua Eksekutif mengenainya
adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai