Anda di halaman 1dari 10

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CAWANGAN KEDAH

HSSM 115 (REKREASI)


INDIVIDUAL ASSIGNMENT:
KRAF PERKHEMAHAN

KELAS:
KBA243 2B

DISEDIAKAN OLEH:
RAZLAN BIN ROSMAN

DISEDIAKAN UNTUK:
MOHD ZAIN BIN HASSAN

TARIKH PENGHANTARAN:
20 MEI 2020

1
No. Isi Kandungan M/s

1.0 Pengenalan 3

2.0 Kraf Perkhemahan 4-9


2.1 Maksud 4
2.2 Tujuan 4
2.3 Jenis/Peralatan Perkhemahan 4-9

3.0 Kesimpulan 10

2
1.0 PENGENALAN

Perkhemahan merupakan salah satu daripada satu aktiviti rekreasi, maksud


perkhemahan ialah mendirikan rumah atau tempat perlindungan sementara di sesuatu
tempat yang terbuka dan alam semula jadi sebagainya dalam sesuatu tempoh serta
menggunakan sumber dan bahan yang tersedia ada di Kawasan persekitaran Masyarakat
masa kini sering melaksanakan aktiviti perkhemahan sebagai salah satu hobi secara
beramai ramai terutama sekali di hutan, pantai dan gunung. Bukan itu sahaja,
perkhemahan juga telah dilakukan sejak dari dulu lagi terutama sekali bagi masyarakat
nomad yang sering berpindah randah dari suatu tempat ke suatu tempat. Bagi
masyarakat di Malaysia dan dipercayai di semua negara, perkhemahan adalah aktiviti
yang biasa dilakukan sejak dari seseorang itu bersekolah rendah lagi kerana mengikut
aktiviti perkhemahan yang dianjurkan pihak sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia
juga amat menggalakkan pihak sekolah mengadakan aktiviti luar terutama sekali
perkhemahan untuk pelajar supaya mereka mempelajari cara untuk meneruskan
kelansungan hidup, berdikari dan ilmu tentang perkhemahan sejak kecil untuk
mengelakkan kekosongan ilmu tentang cara mengaplikasikan kehidupan di dunia luar.
Lord Baden Powell iaitu pengasas pengakap pergerakan dunia dari Britain membuat
dasar dengan menyatakan bahawa aktiviti perkhemahan merupakan suatu aktiviti yang
wajib. Lord Baden Powell juga menyatakan berkhemah merupakan satu kegiatan yang
paling menyeronokkan dalam kehidupan seorang pengakap. Aktiviti perkhemahan juga
aktiviti yang menyihatkan badan dan memberi banyak manfaat kepada sesiapa yang
menyertainya. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa pihak yang tidak suka berkhemah
kerana menggap aktiviti tersebut membosankan. Orang yang tidak biasa menerokai hutan
dan alam semula jadi juga secara automatik akan kurang senang dengan berkhemah
kerana tidak biasa dengan aktiviti luar. Namun begitu, terdapat juga orang yang tidak
pernah berkhemah ingin mencuba aktiviti tersebut untuk merasai pengalaman serta
cabaran apabila berkhemah.

3
2.0 KRAF PERKHEMAHAN
2.1 Maksud

Kraf perkhemahan bermaksud kerja kerja tangan dan kerja kerja asas yang
diperlukan semasa berkhemah di luar. Selain itu, kraf perkhemahan juga bermaksud
bijak menggunakan bahan semula jadi yang terdapat di kawasan perkhemahan
tanpa merosakkan alam sekitar untuk dijadikan gajet-gajet perkhemahan.

2.2 Tujuan

Tujuan utama kraf perkhemahan ialah untuk melatih seseorang lebih


berpengetahuan dan bijak serta yakin dalam menghadapi cabaran dunia luar justeru
seseorang itu dapat mengaplikasikan pengetahuan dan teknik kraf perkhemahan
yang dilatih dalam mengendalikan aktiviti luar. Seterusnya ialah untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat supaya lebih menghayati keindahan flora dan fauna
yang wujud terutama sekali di Malaysia kerana kaya dengan hutan dan hutan simpan
yang dipelihara oleh pihak kerajaan. Hal ini membangkitkan mengapa seseorang itu
perlu menggunakan sumber yang ada di persekitaran mereka sewaktu berkhemah
dengan sebaiknya tanpa merosakkan flora dan fauna kerana mengapa kita perlu
merosakkannya walhal kita boleh menghayati keindahannya. Sehubungan dengan
menghayati keindahan flora dan fauna, masayarakat juga akan lebih sedar dan buka
mata untuk memeliharanya. Bukan itu sahaja, tujuan kraf perkhemahan juga
memberikan ilmu kepada masyarakat dalam memahami habitat dan alam semulajadi
serta cara untuk hidup apabila berhadapan dengannya.

2.3 Jenis/Peralatan Kraf Perkhemahan.

Kraf perkhemahan terdiri daripada pelbagai peralatan. Kesemua perlatan ini dibuat
sendiri sewaktu berkhemah dengan menggunakan bahan yang terdapat di kawasan
perkhemahan. Bahan yang telah siap akan dipanggil sebagai ‘gajet’ untuk
memudahkan aktiviti sepanjang perkhemahan (wood craft). Hal ini kerana sewaktu
berkhemah, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan peralatan yang dibeli
ataupun dari rumah kerana aktiviti perkhemahan ialah aktiviti yang ringkas tanpa
perlu membawa barang kemudahan yang banyak kerana melanggar tujuan dan
maksud kraf perkhemahan iaitu untuk melatih seseorang itu berhadapan dengan
dunia luar serta cara hidup dengannya. Sekiranya banyak barang ataupun

4
kemudahan yang tidak penting dibawa, mengapa perlu berkhemah? Seeloknya
hanya duduk di rumah sekiranya sepanjang waktu hanya memerlukan kesenangan.
Terdapat empat jenis kraf perkhemahan iaitu kraf api (fire craft), kraf kayu
(wood craft), kraf tali (ropes craft), dan kraf peralatan (tool craft). Berikut di bawah
penerangan setiap kraf.

• Kraf api (Fire craft)


Di dalam perkhemahan, api amat penting buat kita kerana ianya dapat
memberikan kita cahaya untuk melihat terutama sekali pada larut malam.
Sekiranya penglihatan baik, kita akan peka dengan keadaan sekeliling serta
dapat mengelakkan bahaya. Selain itu, api juga digunakan untuk
memanaskan badan daripada kesejukan. Bukan itu sahaja, api juga boleh
digunakan untuk memasak kerana apabila berkhemah, kita tidak membawa
tong gas dan dapur memasak untuk menyediakan makanan. Akan tetapi,
masyarakat perlu sedar sekiranya api disalahgunakan, ianya akan
merosakkan alam semula jadi bahkan kebakaran terutama sekali di dalam
hutan. Oleh itu, kita perlulah menggunakan api dengan sebaik-baiknya tanpa
salah tujuan.
Antara bahan yang digunakan untuk membuat unggun api ialah dahan
ataupun ranting kayu iaitu bahan yang paling utama. Mengikut tradisi, unggun
api boleh dibuat dengan dahan yang digosok antara satu sama lain dan api
akan menyala kesan daripada geseran, tetapi masa kini ramai yang bersedia
dengan pemetik api, kertas dan sebagainya untuk menyediakan unggun api.
Terdapat juga pelbagai jenis kraf api dan fungsi mereka yang tersendiri
seperti Teepee fire, Hunter fire, Reflector fire dan banyak lagi.

Foto: Cara menghasilkan api dari dahan


Dengan geseran Foto: Teepee fire

5
Foto: Hunter fire Foto: Reflector fire

• Kraf kayu (Wood craft)


Kayu merupakan bahan yang tidak asing lagi dalam perkhemahan.
Semua peserta yang terlibat dengan perkhemahan akan menggunakan kayu
untuk dijadikan peralatan ataupun ‘gajet’ bagi memudahkan proses
perkhemahan secara lansung atau tidak lansung. Selain itu, tujuan gajet
dicipta juga untuk menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun dan
teratur. Sebagai contoh, kayu boleh diguna untuk dijadikan ampaian, katil,
dapur, meja dan kerusi. Dahan-dahan kayu akan dikumpul dahulu dan
seterusnya akan diikat untuk membentuk gajet yang diingini. Sudah pasti
dahan yang dipilih mestilah kukuh supaya tidak mudah patah dan roboh.

Foto: Ampaian Foto: Meja

• Kraf tali (Ropes craft)


Kraf tali ialah ilmu berkaitan dengan cara menggunakan tali dan
mengikatnya. Tali merupakan bahan yang penting untuk dibawa dalam
perkehemahan kerana ianya wajib dan boleh digunakan dalam pelbagai

6
situasi. Sebagai contoh tali boleh dipasang sebagai penunjuk arah,
pemegang ketika mendaki atau menuruni gunung dan bukit.
Tetapi dalam konteks kraf, tali digunakan untuk mengikat gajet seperti
meja, ampaian, dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis tali yang boleh
digunakan sewaktu perkhemahan, iaitu tali nylon, tali polyster, tali cotton dan
tali manila. Ikatan juga terbahagi kepada beberapa jenis. Tetapi biasanya
ikatan buku sila, tindih kasih, bunga geti dan simpul manuk akan digunakan
sewaktu perkhemahan kerana mudah untuk diikuti. Jenis ikatan ini juga kerap
diajar kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dalam sesi Kokurikulum
terutama sekali dalam Persatuan pengakap dan Tunas Puteri.

Foto: Ikatan buku sila Foto: Ikatan tindih kasih

Foto: Ikatan bunga geti Foto: Ikatan Simpul Manuk

• Kraf peralatan (Tool craft)


Tool craft ialah kemahiran dalam menggunakan peralatan semasa
perkhemahan. Kemahiran ini amat penting untuk memudahkan kerja kerja
perkhemahan terutama sekali di dalam hutan. Peralatan juga terdiri daripada
senjata yang dibuat sendiri. Antara senjata yang boleh dibuat sendiri ialah

7
pisau, belantan dan juga kapak. Kesemua ini telah dipraktikkan oleh manusia
dari zaman dahulu lagi dengan mencipta senjata daripada batu dengan
membentuk batu tersebut kepada senjata yang mereka inginkan. Tapi rata-
rata masyarakat sudah bersedia dengan membawa pisau dan parang dari
rumah untuk dibawa ke perkhemahan. Hal ini kerana untuk mencipta senjata
sendiri bagi mereka yang tidak biasa dan mahir amatlah sukar dan memakan
waktu. Berikut di bawah merupakan foto Donny Dust iaitu professional
‘cavemen’ yang sering membuat video beliau membuat peralatan dan senjata
menggunakan batu di aplikasi TikTok. Beliau juga sering terpapar di
televisyen dalam saluran The History Channel.

Foto: Donny Dust mencipta pisau Foto: Donny Dust mencipta kapak

2.4 Khemah
Khemah ialah tempat tinggal sementara yang boleh didirikan dan boleh
disimpan. Terdapat beberapa jenis dan saiz khemah serta masing masing
mempunyai kelebihan yang tersendiri. Contohnya Ridge tent boleh dimuati ramai
orang kerana khemahnya besar dan mempunyai tiang yang melintang di
sepanjang bumbung. Khemah ini boleh dilihat biasanya digunakan oleh pihak
tentera dalam ‘base camp’ mereka sewaktu berperang. Contoh khemah yang
seterusnya ialah Frame tent. Khemah ini amat besar dan cantik serta biasanya
dapat dilihat pada berlangsungnya majlis perkahwinan dan perlu didirikan pada
kawasan yang lapang. Khemah yang ketiga ialah Dome tent. Khemah ini yang
biasa digunakan rata rata masyarakat sewaktu berkemah tidak kira pelajar
sekolah, remaja dan bahkan dewasa dan warga emas ketika memancing. Khemah

8
ini amat sesuai digunakan di dalam hutan memandangkan saiznya yang medium
dan tidak besar namun hanya beberapa orang sahaja yang muat dalam satu
masa. Khemah yang terakhir ialah Bell tent. Khemah ini berbentuk bulat dan
terdapat satu tiang ditengah-tengah khemah untuk menstabilkan khemah
tersebut. Akan tetapi, khemah ini jarang dilihat digunakan pada waktu kini.
Sewaktu aktiviti perkhemahan juga, peserta perlu melantik ketua dan jawatan
jawatan lain untuk membahagikan tugas dan mengelakka pertindihan autoriti.
Khemah juga perlulah dijaga dengan baik, sentiasa membersihkan khemah
samaada sebelum atau selepas menggunakannya. Sentiasa memastikan
pancang yang sedia ada mencukupi supaya dapat menetapkan keudukan
khemah. Selain itu, sebelum memasang khemah, peserta perlulah memastikan
kedudukan kawasan khemah dalam keadaan baik. Antara kedudukan kawasan
perkhemahan yang baik ialah kawasan yang luas dengan bilangan peserta, tidak
berkhemah di bawah dahan yang reput, tidak terlalu dekat dengan sungai ataupun
laut dan kawasan yang mempunyai kemudahan asas.

Foto: Ridge tent Foto: Frame tent

Foto: Dome tent Foto: Bell tent

9
3.0 Kesimpulan
Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti yang tidak asing lagi di seluruh dunia. Aktiviti
tersebut banyak memberi manfaat kepada masyarakat selain menyihatkan badan. Aktiviti
tersebut juga dapat memberikan banyak pengetahuan kepada masyarakat. Selain itu,
ilmu pengetahuan tentang dunia luar juga dapat ditambah dengan menganalisa cara
kehidupan flora dan fauna sewaktu perkhemahan. Masyarakat juga akan tahu cara untuk
‘survive’ apabila berhadapan dengan dunia luar. Aktiviti ini juga dapat mengelakkan
remaja zaman kini daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti
berjudi, berbual kosong tanpa matlamat dan sebagainya. Akhir kata, perkhemahan ialah
aktiviti yang mempunyai banyak kelebihan dan menyeronokkan.

10

Anda mungkin juga menyukai