Anda di halaman 1dari 1

Analisis SWOT merupakan singkatan bahasa Inggeris daripada strenghts, weakness, opportunities,

dan threats adalah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman dalam suatu projek. Teknik ini dibuat oleh Albert Humphrey yang
mengetuai projek penyelidikan di Universiti Stanford pada dekad 1960-an dan 1970-an dengan
menggunakan data dari syarikat-syarikat Fortune 500.

Teknik SWOT telah digunakan bagi menganalisis Teori Pembelajaran Konstruktivis.


Antara  Strength atau kelebihan kaedah pengajaran konstruktivisme, pertama adalah, guru
merupakan penolong, pemudahcara dan perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan teori
pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea
yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan
peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan
penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas. Kelebihan kedua yang terdapat di dalam teori
ini ialah nilai koperatif dan kolaboratifditerapkan di dalam diri murid-murid. Murid diminta bekerjasama
dalam kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu topik
pelajaran yang dipelajari (boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah ini adalah sangat bagus kerana
boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan
kaedah atau teknik tradisional seperti, syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu
pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina di dalam minda mereka bukannya yang wujud
luar daripada minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang menarik serta
pelbagai juga akan membuatkan murid mudah faham dan berasa lebih seronok ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran. Keempat, peningkatan penguasaan teknik lisan dan bukan lisan dalam
diri murid-murid. Dalam teori ini, guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan
mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala aktiviti dalam kelas
memperkukuhkan lagi pemahaman murid tersebut. Hal ini bermakna, guru dan murid menggunakan
kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan
diaplikasikan

Anda mungkin juga menyukai