Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI-11 JUN 2019

Hari ini merupakan hari pertama saya di Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang tepat
jam 7.00 pagi dengan rakan praktikum saya Nagula A/P M.Rajendran. Setelah sampai di
sekolah kami berdua terus menuju ke pejabat sekolah untuk melapor diri kepada guru
penolong kanan. Beliau telah menjelaskan mengenai jadual waktu kami dengan jelas.
Selepas itu, kami berjumpa dengan guru pembimbing kami Pn Uma Devi dan berbincang
mengenai kursus major kami. Seterusnya, kami berjumpa dengan guru kokurikulum Pn.
Azizah ubtuk berbincang mengenai kelab, badan beruniform dan juga permainan yang akan
kami sertai sepanjang tempoh praktikum di sekolah tersebut.

Setelah semua urusan yang penting selesai kami berpeluang mengikut guru penolong
kanan pentadbiran iaitu En. Ong untuk melawat sekolah dan memerhati suasana sekolah.
Daripada pemerhatian saya, guru lebih fleksibel dan mengajar sambil duduk di hadapan kelas.
Selain itu, guru besar juga lebih fleksibel dan memneri banyak tunjukmajar bagi kami. Setelah
itu, kami berpeluang mengikut guru pembimbing ke kelas tahun 5 untuk mata pelajaran
Bahasa Tamil Komunikasi. Saya dapat memulakan tugasan dengan membuat pemerhatian
terhadap strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas
tersebut. Kami juga mengenali antara satu sama lain dengan murid-murid kelas tersebut.

Sepanjang hari berlangsung dengan agak lancar di sekolah tersebut. Guru-guru


sekolah tersebut juga melayan kami dengan amat baik. Pada pertama ini, murid sekolah
tersebut pulang pada pukul 1.40 petang. Kami juga mengadiri diri ke mesyuarat mengenai
taklimat Hari Terbuka/Waris dan Hari Apresiasi Kecemerlangan Murid pada pukul 2 petang.
Jadi saya dan juga rakan praktikum saya, setelah tanda kehadiran di pejabat telah pulang ke
rumah pada pukul 3 petang.

Anda mungkin juga menyukai