Anda di halaman 1dari 16

Tegangan permukaan

Daya yang bertindak di sepanjang permukaan sesuatu cecair dan menyebabkan permukaan cecair itu bertindak sebagai suatu lapisan kulit kenyal dikenali sebagai tegangan permukaan Dalam sesuatu cecair,molekul A mengalami daya lekitan dari semua arah,maka daya paduan yang bertindak ke atas molekul A adalah sifar 0

Molekul B yang berada di permukaan cecair hanya mengalami daya lekitan ke bawah kerana tiada molekul cecair di luar permukaan cecair. Ini bermakna molekul-molekul di permukaan suatu cecair sentiasa dikenakan suatu daya paduan yang bertindak ke bawah, maka permukaan cecair berada dalam keadaan tegang seperti suatu lapisan kulit yang kenyal

Oleh kerana semua molekul di permukaan cecair mengalami daya paduan yang menariknya ke bawah dan dalam cecair,permukaan cecair akan cenderung untuk mencapai luas permukaan kecil Kecenderungan ini menyebabkan permukaan cecair sentiasa berada dalam keadaan tegang Ketegangan ini dinamakan ketegangan permukaan

Maka ketegangan permukaan ialah daya yang bertindak di sepanjang permukaan suatu cecair dan menyebabkannya bertindak sebagai selapisan kulit kenyal

Contoh:
Serangga boleh berjalan diatas permukaan air: cth:seperti kutu air,disebabkan oleh tegangan permukaan. cth:sebatang jarum kecil yang diletakkan di atas sekeping kertas turas diturunkan ke permukaan air dengan perlahan,jarum kecil kelihatan terapung di atas permukaan air,

Titisan air berbentuk bulat: titis air yang tergantung pada muncung paip sebelum menitik keluar kelihatan berbentuk sfera. Tegangan permukaan air cuba menghasilkan luas permukaan yang paling kecil untuk suatu isipadu air tertentu

TINDAKAN KAPILARI
Digelar sebagai rerambut Dua tiub rerambut yang berlainan diameter dicelup didalam air,air naik dalam tiub-tiub kapilari dan membentuk suatu permukaan cekung atau meniscus yang melengkung Ini disebabkan oleh daya lekatan di antara molekul-molekul air dan kaca adalah lebih besar daripada daya lekitan diantara molekulmolekul air itu sendirii

Tegangan permukaan air adalah sama dengan berat air yang naik,maka tiub yang diameternya lebih kecil mempunyai paras air yang lebih tinggi. Dalam tiub berdiameter lebih besar,daya lekatan perlu menampung berat air yang lebih besar Apabila tiub rerambut yang berlainan diameter dicelupkan didalam merkuri,merkuri turun dalam kedua-dua tiub dan membentuk suatu permukaan meniscus cembung

Lebih kecil diameter tiub,lebih rendah paras merkuri. Aras merkuri juga berbentuk meniscus tetapi melengkung ke ata Ini adalah kerana daya lekitan di antara molekul-molekul merkuri adalah lebih besar daripada daya lekatan di antara molekulmolekul kaca dan molekul merkuri

Oleh kerana tegangan permukaan merkuri adalah sama dengan berat merkuri yang turun,maka tiub yang diameternya lebih kecil mempunyai aras merkuri yang lebih rendah

Tindakan kapilari membolehkan: i)air diserap kebahagian atas pokok melalui xilem tumbuhan ii)air di serap ke atas oleh benang iii)sumbu lampu menyerap minyak tanah ke atas iv)ujian kromatografi ringkas

Faktor-faktor yang mempengaruhi tegangan permukaan


1. Suhu

Tegangan permukaan suatu cecair berkurangan jika suhu cecair itu bertambah Apabila suatu titisan minyak dititiskan ke atas permukaan air di dalam suatu talam yang ditaburkan dengan serbuk likopodium,titisan minyak merebak menjadi satu tompok minyak Jika sedikit air panas dititiskan dengan teliti ke dalam kawasan tompok minyak itu,tompok minyak menjadi lebih besar Tegangan permukaan air panas lebih kecil,maka tegangan permukaan air sejuk ditepinya menarik tompok minyak supaya lebih besar

2. Bendasing
Tegangan permukaan suatu cecair berkurangan jika bendasing dicampurkan kedalam cecair Sebatang jarum yang diletakkan dengan teliti di atas permukaan air akan terapung pada permukaan air Jika sedikit larutan sabun dicampurkan kedalam air,jarum itu akan tenggelam Tegangan permukaan air telah dikurangkan dengan kehadiran larutan sabun,maka daya di permukaan air tidak cukup untuk menyokong berat jarum itu Kesan pengurangan tegangan permukaan itu membolehkan air sabun menembusi celah baju dengan mudah

KEKENYALAN
Sifat kenyal bagi bahan 1.Cth sifat kenyal bagi bhn: Sebiji bola dan sebiji limau dijatuhkan dari ketinggian yang sama Bola itu akan melantun semula dan kembali kepada bentuk yang asal manakala limau tidak melantun dan mungkin berubah bentuk apabila menghentam lantai

Apabila suatu spring dipanjangkan atau dimampatkan wujud satu daya yang bertindak menyebabkan perubahan pada panjang spring tersebut. Spring itu kembali ke bentuk asal apabila daya tidak lagi bertindak,ini dinamakan sifat kenyal bagi spring Sifat kekenyalan suatu bahan boleh didefinisikan sebagai keupayaan suatu bahan itu untuk memanjang apabila dikenakan daya dan kembali ke bentuk asal

Jarak antara atom adalah malar(tetap) Dalam keadaan normal,daya tolakan dan daya tarikan itu adalah dalam keadaan seimbang Kewujudan ke dua-dua daya tarikan dan daya tolakan pada sesuatu pepejal menjadikan sesuatu pepejal itu bersifat kenyal

Anda mungkin juga menyukai