Anda di halaman 1dari 25

BUAH NAGA

PENGENALAN
Buah naga atau umumnya dikenali sebagai Pitaya. Tanaman ini sudah lama popular di negara kita. penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia kerana buah ini mengandungi pelbagai khasiat yang tinggi berbanding buah lain. Sejarah buah naga ini sebenarnya berasal dari negara-negara Amerika Latin iaitu Chile, Argentina, Peru, dan Mexico.

Buah naga atau nama saintifiknya hylocereus undatus sebenarnya tergolong dalam keluarga Cactaceae atau kaktus. Buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu varieti putih (Hylocereus undatus), varieti merah (Hylocereus polyrhizus), dan varieti kuning (Hylocereus megalanthus).

Divisi: Magnoliophyta Kelas: Magnoliopsida Order: Caryophyllales Famili: Cactaceae Genus: Hylocercus

IKLIM
Tanaman

ini sesuai di iklim sederhana panas iaitu purata suhu antara 25-30oC Hujan yang berlebihan akan menyebabkan pokok kurang mengeluarkan bunga. Memerlukan banyak cahaya matahari. Bersifat 'long day plant' iaitu ia memerlukan cahaya matahari yang panjang pada waktu siang. Dari golongan 'Crassulacean Acid Metabolic' iaitu tumbuhan yang memproses makanannya pada waktu malam.

bersifat epipitik dan memerlukan para untuk menyokong batangnya yang lembut serta memanjat dan menjalar.

kesan akibat terik matahari yang terlalu panas

TANAH
Sesuai

dengan tanah berpasir dan tanah loam berpasir yang kaya dengan bahan organik, dan tanah mestilah mempunyai saliran semulajadi yang efisien. Tanah yang mengandungi 10-30% pasir sangat sesuai. Tanah gembur pada cerun kurang dari 60 dan bersaliran baik adalah sesuai. Ia boleh juga ditanam di tanah rendah. Bagi penanaman di tanah berpasir pula ia memerlukan lebih baja organik untuk membaikpulih tanah. Berasaskan peta agroiklim, kawasan yang sesuai untuk penaman buah naga ialah sama seperti kebanyakan buah-buahan lain kecuali tanah terendam dan tanah yang cerunnya melebihi 12o.

PENYEDIAAN KAWASAN TANAMAN


oKawasan

yang semak perlu dibersihkan dan dibajak bagi tanah mineral. oBatas tanaman disediakan menggunakan jentera pembajak dengan jarak antara batas sejauh 2.3. oPenanaman di atas batas sesuai untuk kawasan yang rata dan agak rendah supaya air dapat disalir ke luar kawasan dengan cepat. oTanah perlu dikapur untuk mengurangkan kemasamannya. Kadar yang biasa digunakan untuk tanah mineral ialah 2-3 tan. oBaja organik sebanyak 1.25 kg/pk dan baja CIRP sebanyak 50 g/pk, digaul ke lubang tanaman sebelum kerja-kerja menanam

Contoh penyediaan kawasan penanaman

Semaian
Pokok buah naga boleh dibiak dengan semaian biji atau keratan batang. Penanaman melalui keratan batang lebih baik kerana bahan tanaman mudah di peroleh dan pokok membesar dengan cepat. Keratan benih tersebut dikeringkan di tempat yang sesuai dan di tanam ke dalam polibag. Keratan boleh juga terus ditanam di ladang sekiranya tapak dan tiang para sudah disediakan. Pokok yang telah ditanam akan menjalar ke atas mengikut tiang. Pokok yang telah ditanam hendaklah diikat pada tiang supaya ia tidak mudah terkulai dan patah. Apabila pokok buah naga sudah membesar dan memenuhi para sokongan, ia hendaklah dijarangkan supaya ia tidak bertindih-tindih. Sulur air (stem) yang memanjang hendaklah dijaga supaya tidak mudah patah.

Pembungaan Pokok buah naga mengeluarkan bunga selepas satu tahun penanaman. Terdapat beberapa peringkat dalam proses pengeluaran bunga iaitu;
1. Peringkat pembungaan 2. Peringkat pembentukan buah 3. Peringkat tumbesaran buah 4. Peringkat matang 5. Penuaian hasil.

Pokok naga akan mula berbunga selepas satu tahun ditanam dan kembang pada waktu malam. Terdapat beberapa cara untuk proses pendebungaan berlaku, antaranya adalah lebah, kupu-kupu, dan semut. Bau bunga yang harum semasa berkembang menarik perhatian serangga ini untuk datang dan memindahkan bunga ke stigma. Cara manual juga boleh dilakukan dengan sendiri selain dari menggunakan serangga

Penyelengaraan
meliputi beberapa aspek iaitu aspek pembajaan, pengurusan air,pemangkasan ,pengawalan rumpai,pengurusan penyakit dan perosak.aspek-aspek yang dinyatakan mempunyai kaitan yang kukuh terhadap persekitaran penanaman buah naga.

PEMBAJAAN
Baja

dan air perlu mencukupi supaya pokok tumbuh dengan subur dan mengeluarkan banyak bunga dan buah. Pelbagai jenis baja digunakan oleh pengusaha tanaman buah naga dengan kadar, kekerapan dan kaedah membaja yang tertentu. Ada yang menggunakan baja organik, ada yang menggunakan baja organik dan butiran secara bergilir-gilir dan ada yang menggunakan baja cecair tertentu secara fertigasi.

Pemberian baja foliar tertentu juga didapati dapat membantu memberi kesan segera kepada pertumbuhan tanaman. Pemberian baja juga bergantung kepada keadaan atau jenis tanah, dimana tanah yang mempunyai lebih kandungan pasir memerlukan lebih baja

PENGURUSAN AIR
pokok

buah naga perlu disiram diperingkat awal penanaman supaya tunas yang keluar mempunyai ruas yang panjang dan cepat meninggi dan seterusnya cepat membentuk kanopi pokok. Sistem pengairan renjis mini yang menggunakan kadar siraman air yang rendah. Pada peringkat awal penanaman pokok disiram 2-3 hari sekali. Apabila akar kelihatan tumbuh pokok disiram 1-2 kali seminggu mengikut keadaan cuaca. pokok buah naga boleh juga bergantung kepada air embun dan air hujan untuk

Pemangkasan Pemangkasan ialah aktiviti penjagaan yang penting. Dahan yang telah cukup panjang dan dahan yang telah menghasilkan buah perlu dipangkas dan dahan matang yang dipangkas boleh dijadikan keratan untuk bahan tanaman. Panjang keratan dan saiz batang akan mempengaruhi masa pembungaan pada penanaman yang akan datang.

Pengawalan rumpai Pokok buah naga sangat sensitif pada racun rumpai. Batangnya yang berkulit nipis mudah melecur dan mengelupas apabila terkena racun rumpai. Oleh itu kerja pengawalan rumpai tidak menggunakan sebarang bahan racun atau kimia. Pangkal pokok perlu dibersihkan dengan cermat supaya batang tidak terluka. Pembersihan rumput akan dilakukan dengan mengunakan tangan ataupun mekanikal

PENGURUSAN PENYAKIT DAN PEROSAK


Haiwan

perosak yang biasa menyerang tanaman buah naga ialah burung, tupai, siput, tikus dan kelawar. -Lalat buah iaitu Dacus dorsalis juga sangat penting dikawal. Lalat buah juga boleh dikawal dengan menggunakan kertas atau jaring pembungkus.
Sementara

itu semut api juga akan menyebabkan kerosakkan pada tunas-tunas pokok. tanaman buah naga diserang beberapa jenis penyakit yang

Antara perosak lain yang menyerang adalah kumbang Xylopetrus. Penanaman buah naga seeloknya dijalankan dikawasan yang tidak mempunyai kadar kelembapan yang tinggi

Penuaian hasil Buah yang masak akan menukar warna kulitnya daripada hijau kepada merah dan mempunyai berat antara 200-600gm keatas dan kemungkinan boleh mencapai lebih sekilogram sebiji. Adalah dijangkakan pada tahun kedua, purata hasil seekar per bulan adalah 300-500 kg. Hasil akan meningkat dua kali ganda pada tahun berikutnya. Melalui penjagaan yang betul, hasil dapat dikeluarkan pada bulan ke-7 selepas di tanam. Mutu buah dinilai dari segi saiz dan berat buah dan juga kemanisannya. Secara amnya cara penggreddan buah yang diguna pakai bagi industri buah naga ketika ini adalah seperti berikut:

GRED AA A B C D

BERAT 601 gm ke atas 451 gm 600 gm 356 gm 450 gm 350 gm 250 gm 250 gm ke bawah

PEMPROSESAN HASIL TANAMAN

Proses hasil tanaman memerlukan kerja penelitian dan tempat pemprosesan yang baik dan sesuai. Kualiti setiap buah perlu dititik beratkan agar pelanggan berpuas hati dengan keluaran dari sesebuah ladang tanaman. Penggunaan bahan efektif mikro yang dihasilkan daripada kajian universiti tempatan selain baja asli organik bagi tujuan tumbesaran dan kawalan serangan serangga membolehkan hasil pengeluaran tanaman mencapai kadar memuaskan. Kaedah kawalan secara biologi berbanding penggunaan bahan kimia memberi kesan baik kepada kawalan serangga perosak, sekali gus buah naga yang dihasilkan bermutu tinggi dan selamat untuk

-Buah ini juga diproses menjadi produk hiliran makanan seperti aiskrim, jem, jus buah, jeli buah, pudding, dan lain-lain.

Kesimpulan Melalui kajian terhadap buah naga ini. Kami dapat mengetahui tentang pengenalan, semaian, pengurusan tanah, dan sistem penanaman bagi pengeluaran tanaman Buah Naga. Selain itu buah naga mempunyai banyak khasiatnya untuk tubuh badan manusia..

Anda mungkin juga menyukai