Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,

guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Memperdayakan Gajah dan Paus Pada suatu hari ketika berada di tepi laut, arnab terdengar suara bercakap-cakap. Arnab mendapati gajah sedang bercakap dengan paus. Arnab pun bersembunyilah di sebalik batu yang besar itu. Paus berkata kepada gajah, Kau paling kuat di darat sementara aku paling kuat di laut. Mengapa kita tidak bersatu? Jika kita bersatu, semua haiwan akan tunduk kepada kita. Gajah sangat gembira mendengar cadangan paus itu. Sebelum menjelang senja,gajah pun pulang ke dalam hutan dan paus pula berenang ketengah laut. Arnab sungguh marah kepada gajah dan paus yang berniat jahat itu. Arnab mahu menghalang mereka berdua daripada berkuasa di tempat itu. Akhirnya, arnab mendapat satu akal. Pada keesokan harinya, arnab mengumpulkan haiwanhaiwan di hutan itu. Arnab memberitahu mereka tentang niat jahat gajah dan paus.

Kamu semua jangan bimbang,kata arnab kepada semua binatang.Aku ada satu akal. Arnab pergi menemui paus. Arnab membawa bersamanya seutas tali yang panjang lagi kukuh. Arnab berkata kepada paus,Tuan, bolehkah tuan tolong binatang yang lemah itu? Tolong siapa?kata paus. Seekor lembu terjatuh ke dalam lumpur di sebelah sana, kata arnab. Bolehkah tuan tolong menariknya keluar? Aku akan cuba,kata paus. Arnab berkata kepada paus, aku akan ikat salah satu hujung tali itu pada ekor tuan dan hujung tali yang satu lagi pada tanduk lembu.. Apabila aku beri isyarat,tuan tariklah tali itu kuat-kuat. Paus bersetuju dengan cadangan arnab. Kemudian arnab pergi menemui gajah. Arnab menceritakan perkara yang sama kepada gajah. Gajah pun bersetuju untuk menarik keluar lembu itu. Arnab segera mengikat hujung tali yang satu lagi pada belalai gajah lalu memberi isyarat kepada kedua-dua haiwan yang besar itu. Pada ketika itu haiwan-haiwan di hutan pula datang untuk menyaksikan peristiwa tersebut.

Paus dan gajah mula menarik tali masing-masing. Mereka menarik tali itu sekuat-kuat hati. Mereka menyangka lembu itulah yang ditarik oleh mereka. Akibatnya, gajah tertarik ke pantai. Kedua-dua haiwan yang besar itu berpandangan kehairanan. Selepas beberapa ketika gajah berkata,Engkaukah yang menarik tali ini tadi? Tepat jangkaan kau, gajah,kata paus. Mengapa kau pula yang menarik tali ini? Adakah kau hendak menunjuk-nunjuk yang kau lebih kuat? Gajah sungguh marah kepada paus. Gajah fikir, paus sedang mempersendakan kekuatannya. Gajah menarik tali itu dengan lebih kuat. Paus tidak mahu mengaku kalah. Paus juga menarik tali itu sekuat-kuat hatinya. Tiba-tiba, tali itu terputus. Kedua-dua haiwan itu hilang imbangan lalu rebah. Sejak itu gajah dan paus menjadi musuh. Arnab berjaya memberi pengajaran kepada gajah dan paus supaya tidak berbangga dengan kekuatan diri mereka. Begitulah kawankawan, orang yang kuat itu akan kalah kepada orang yang bijak. Oleh itu kita janganlah berasa sombong dengan kekuatan yang kita miliki.

Anda mungkin juga menyukai