Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Saya _________________dari kelas____________ akan


menyampaikan sebuah pantun yang bertajuk Pantun Merdeka.

PANTUN MERDEKA

Bendera berkibar di rumah Pak Agos


Di halaman rumah pasang pelita
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos
Tarikh kemerdekaan negara kita

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia


Bumi bertuah indah permai
Enam puluh dua tahun kita merdeka
Rakyat hidup aman damai

Setiap tahun menyambut merdeka


Jalur Gemilang berkibar megah
Sejarah negara jangan dilupa
Beratus tahun kita dijajah

Kaum Melayu,Cina dan India


Hidup Sejahtera bersatu padu
Jasa pemimpin jangan dilupa
Rakyat terbilang negara maju

Sekian,Terima Kasih
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Saya _________________dari kelas____________ akan
menyampaikan sebuah pantun yang bertajuk Negaraku Tercinta.

Serikandi handal bermain senjata,


Bijak pula bermadah seloka,
Aman harmoni negara tercinta,
Berkat usaha sejak merdeka

Segak bergaya pahlawan gagah,


Mengembara sampai ke Andalusia
Di mata dunia terkenal megah,
Barangan buatan negara Malaysia

Mudik ke hulu berkayuh sampan,


Nakhoda belayar ke Pulau Jawa
Tanah airku pusaka warisan
Relaku korban harta dan nyawa

Jika tuan pergi ke kota


Jangan lupa membeli cendawan
Negara kita tanggungjawab kita
Jadi teras pemupuk perpaduan

Sekian,Terima kasih
Malaysia Gemilang

Malaysiaku
Di sini aku dilahirkan
Di sini aku didewasakan
Terasa bangga tidak terucap
Gemilang bumiku
Negara bertuah

Putrajaya
Engkau lambang bangsa merdeka
Pusat pentadbiran dan Bandar raya pintar
Keindahanmu bukan khayalan
Mercu tanda negara berwawasan

Menara berkembar
Engkau antara yang tertinggi di persada
Menjadi kunjungan pelancong dunia
Lambang generasi gemilang
Menggalas impian dan harapan dijulang

Litar Sepang
Di sini pelumpa dunia mengejar nama
Menjadi sebutan walau di mana
Kerana engkau bertaraf dunia

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur


Tersergam indah berteknologi canggih
Engkau antara yang terbaik di dunia
Membawa negara mengukir nama
Gemilang di serata dunia.

Anda mungkin juga menyukai