Anda di halaman 1dari 1

Gagak dan Merak

Suatu masa dahulu ada seekor gagak yang menganggap bulu hitamnya yang malap

nampak hodoh. Dia juga mahu bulu yang berwarna-warni seperti merak. Gagak

memerhatikan merak sepanjang hari. Dia gembira menemui beberapa helai bulu merak di

atas tanah. Dia memungut bulu yang berwarna-warni itu lalu menyelitkannya di celah-

celah bulu sendiri. Gagak pergi ke kolam dan melihat dirinya di dalam air. Dia berasa

bangga dengan bulu barunya itu. Dia yakin merak-merak akan membenarkannya

menyertai kumpulan mereka. Gagak terbang kembali ke sekumpulan merak. Sambil

meninggikan kepalanya, dia berjalan ke arah mereka. Gagak bodoh itu cuba

mengembangkan ekornya seperti kipas sebagaimana burung merak lain.

Seekor daripada merak itu memandang ke arahnya. Dia dapat melihat bahawa

gagak bukanlah dari kalangan mereka. Merak itu sangat marah kerana gagak itu

menyamar menjadi merak. Merak-merak itu mula menyerang gagak. Mereka mencabut

semua bulu berwarnanya.

Tidak lama kemudian, bulu merak berselerakan di atas tanah. Tetapi merak masih

mematuknya kerana merak-merak berasa bulu hitam mungkin juga bukan miliknya.

Akhirnya, semua bulunya habis tertanggal.

Kawan-kawan, kita jangan cuba menjadi orang lain atau kamu mungkin ditimpa

kesusahan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai