Anda di halaman 1dari 1

Monyet Dan Gajah

Suatu hari, gajah dan monyet bergaduh. Gajah yang gagah memberitahu monyet

bahawa menjadi gagah lebih baik daripada menjadi pandai. Monyet yang pandai dan

pantas tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh gajah. Dia pun berkata menjadi

seorang yang pandai lebih bagus. Gajah dan monyet tidak bersetuju, maka mereka pergi

berjumpa burung hantu.

Mereka pun bertanya kepada burung hantu. Burung hantu yang bijaksana pun

berfikir sebentar. Kemudian, dia meminta gajah dan monyet menyeberangi sebatang

sungai yang luas lalu memetik dua biji buah kelapa. Pokok kelapa itu sungguh tinggi.

Sekali lagi, gajah pun membawa monyet di atas belakangnya menyeberangi sungai.

Tidak lama kemudian, mereka kembali mengadap burung hantu. Burung hantu pun

memberitahu mereka bahawa jika gajah tidak gagah,kedua-dua mereka tidak mungkin

boleh menyeberangi sungai sama juga kalau monyet tidak pandai, mereka dua tidak

mungkin boleh memetik buah itu. Mereka pun sedar bahawa menjadi gagah dan pandai

sama bagus. Gajah dan monyet saling memandang lalu tertawa. Kemudian, mereka pun

berjalan pergi bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai