Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1

TAJUK : BURUNG MERAK DENGAN BURUNG GAGAK

Pada zaman dahulu, burung merak dan burung gagak bersahabat baik. Mereka tidak
berdengki-dengkian antara satu sama lain kerana sama-samaa berbulu putih. Pada
suatu hari, mereka berbincang berdua tentang rupa mereka.

Hai sahabatku, rungut Gagak. Aku rasa tentu kamu sedar bahawa semua
burung sungguh cantik melainkan kita berdua. Tidak ada burung lain yangmempunyai
bulu sehodoh kita.

Begini, kata Merak. Kita memang dilahirkan tidak menarik. Aku fikir, kita
mesti menerima takdir. Kita tidak dapat buat apa-apa. Tentu kita boleh buat sesuatu
untuk menyelesaikan masalah ini, kata Gagak. Marilah kita saling mewarnakan
bulu kita supaya kelihatan cantik.

Merak sangat tertarik hati dengan buah fikiran Gagak. Ia bertanya kepada Gagak,
Bilakah kita akan melaksanakan rancangan tersebut? Sebaik sahaja kita dapat
mencari pewarna-pewarna, jawab Gagak.

Gagak terbang ke sana sini mencari pewarna-pewarna. Akhirnya, ia berjaya


membawa balik beberapa botol pewarna. Dengan menggunakan pewarna-pewarna itu,
gagak mewarnakan seluruh badan Merak. Lihat, betapa cantik kamu sekarang! kata
Gagak. Terima kasih, sahabatku, kata Merak dengan gembiranya. Kamu memang
pelukis yang handal. Sekarang giliran aku pula mewarnakan badan kamu.

Sebelum Merak sempat mewarnakan badan Gagak, kebetulan sekawan burung


terbang melintasi mereka. Marilah ikut kami, kata salah seekor daripada burung-
burung itu. Sekarang musim padi masak di sebelah selatan sana. Kelemahan utama
Gagak ialah kuat makan serta bersifat tamak.

Sahabatku Merak, kata Gagak. Aku tidak tahu selama mana kamu akan
selesai mewarnakan bulu aku. Lebih baik kamu tuangkan pewarna itu sahaja ke
seluruh badan aku supaya lebih cepat.
Gagak tidak sabar lagi hendak mengikut burung-burung tersebut. Ia tidak
mahu melepaskan peluang mendapatkan makanan yang lazat. Merak pula tidak mahu
bertengkar dengan Gagak. Ia pun menuangkan pewarna yang dicapainya itu ke
seluruh badan Gagak.

Gagak tidak sempat melihat rupa dirinya yang baharu. Iaterbang bersama
burung-burung lain pergi mencari makanan. Selepas musim menuai, gagak pulang ke
tempat asalnya. Ia bertemu dengan burung bangau sahabat lamanya.

Burung bangau mentertawakan Gagak kerana warna badannya yang


hitam legam. Pada ketika itu, barulah Gagak sedar akan rupa dirinya. Ia berasa sedih
kerana rupanya yang hodoh. Sejak itu, burung gagak kekal berwarna hitam.

Anda mungkin juga menyukai