Anda di halaman 1dari 9

KISAH ARNAB DENGAN KURA-KURA

1. Cerita ini tentang arnab berlumba dengan kura-kura. 2. Punca berlakunya perlumbaan kerana arnab mengejek kura-kura yang berkaki pendek dan berjalan perlahan. 3. Kura-kura berasa terhina dan mengajak arnab untuk berlumba. 4. Tanpa berfikir panjang, arnab menerima cabaran itu kerana ia fikir mampu untuk mengalahkan kura-kura. 5. Hari perlumbaan ditetapkan dan musang dipilih menjadi pengadil.

1. Arnab dan kura-kura bersedia di garisan permulaan. 2. Musang meniup wisel, arnab terus melompat dan berlari dengan laju. 3. Kura-kura baru sedepa berjalan ke depan. 4. Arnab melihat kura-kura masih jauh dibelakang, ia ambil keputusan untuk berehat dan akhirnya tertidur.

1. Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Arnab dan menjadi juara. 2. Kura-kura sangat letih lalu pengsan. 3. Arnab tiba ketika kura-kura sedang dirawat. 4. Haiwan lain mengejeknya kerana kalah. 5. Arnab malu dan terus beredar.

1. Arnab mencabar kura-kura untuk berlumba sekali lagi. 2. Kura-kura terima. Hari dan tempat perlumbaan ditetapkan. 3. Kura-kura meramal ia akan kalah. Ia mencari helah untuk mengalahkan arnab untuk kali kedua.

1. Pada hari perlumbaan kedua, Arnab, Kura-kura dan pengadil bersedia di garisan permulaan. 2. Musang meniup wisel. Arnab berlari laju ke depan, Kura-kura merangkak perlahan-lahan sambil menjeling ke kiri dan kanan. 3. Binatang memberi sorakan kepada Kura-kura. 4. Binatang lain meramal Arnab akan menang kali ini.

1. Arnab terus meluncur laju ke garisan penamat. 2. Tiba-tiba semak bergerak. Muncul Kura-kura dan terus berjalan ke garisan penamat. 3. Arnab berlari sepantas mungkin tetapi Kura-kura sudah memenangi perlumbaan itu. 4. Arnab berasa malu tetapi tidak menunjukkannya. 5. Arnab bersalam dan memeluk Kura-kura sambil mengucapkan tahniah. 6. Perlumbaan itu tiada hadiah. Arnab dan Kura-kua pulang dengan tangan kosong.

1. Kura-kura berjaya menjadi juara dengan pertolongan rakan-rakannya. 2. Kura-kura berpakat dengan rakan-rakannya supaya bersembunyi di sepanjang sungai. 3. Arnab menoleh ke belakang, Kura-kura yang di hadapan perlu pura-pura berlari. Jadi, Arnab akan terus berlari. 4. Semasa Arnab sudah hampir dengan garisan penamat, seekor kura-kura lain sudah bersedia di situ.

1. Kura-kura muncul dan terus ke garisan penamat. 2. Dengan cara itu, Kura-kura berjaya menjadi juara. 3. Demikianlah kecerdikan Kura-kura.

Anda mungkin juga menyukai