Anda di halaman 1dari 3

Bincangkan cerita kura-kura dan arnab .

Terangkan pengajaran moral yang


terdapat dalam cerita ini.
Suatu ketika dulu, seekor arnab dan seekor kura-kura mengadakan suatu
perlumbaan untuk menyelesaikan perselisihan bahawa siapa boleh berlari
lebih cepat. Mereka bersetuju tentang masa dan jalan-jalan (track) yang
bakal dilalui dalam perlumbaan itu. Mereka memilih suatu hari yang sesuai
untuk memulakan perlumbaan itu. Pada permulaan, arnab lari selaju-lajunya.
Kemudian dia berhenti dan mendapati kura-kura tertinggal jauh di belakang.
Arnab pun mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sebatang
pokok di mana dia akhirnya tertidur dengan nyenyak. Kura-kura berjalan
dengan tidak berhenti-henti dan akhirnya dia memenangi perlumbaan itu.
Arnab terkejut dari tidur tetapi sudah terlambat kerana kura-kura telah
sampai ke garisan penamat.
Pengajaran dari cerita ini ialah biar pun lambat asalkan berhati-hati memberi
pengakhiran yang baik.
Inilah cerita yang telah disampaikan oleh emak ayah, datuk nenek kita turun
temurun sejak dulu. Tapi cerita itu tidak berakhir di situ, ada sesuatu yang
lebih menyeronokkan berlaku dan cerita itu disambung lagi...
Arnab sangat kecewa kerana kalah dalam perlumbaan itu. Dia cuba mengkaji
semula punca yang menyebabkan dia kalah. Kemudian dia menyedari
bahawa kekalahan itu hanya disebabkan dia terlebih yakin (overconfident),
tidak cermat dan lalai. Arnab berpendapat bahawa sekiranya dia bersikap
lebih

berhati-hati,

tentu

dia

dapat

mengalahkan

kura-kura

tersebut.

Kemudian dia mencabar kura-kura untuk berlumba sekali lagi dan kura-kura
turut bersetuju. Kali ini, arnab lari selaju-lajunya tanpa berhenti sehingga
sampai ke garisan penamat dan akhirnya dia menjadi pemenang dalam
perlumbaan itu.
Pengajaran dari cerita ini ialah cepat dan berhati-hati lebih baik daripada
lambat dan berhati-hati. (It's good to be slow and steady, but it's better to be
fast

and

reliable.)

Tetapi cerita itu tidak berakhir di situ, ada lagi yang lebih menyeronokkan
berlaku dan cerita itu disambung lagi...
Selepas kalah dalam perlumbaan itu, kura-kura juga berfikir dan mengkaji.
Dia menyedari bahawa dia tidak akan dapat mengalahkan arnab jika
perlumbaan itu diadakan melalui jalan-jalan yang sama. Kemudian, dia
mencabar arnab untuk mengadakan satu lagi perlumbaan tapi kali ini
perlumbaan itu harus mengikut jalan-jalan yang lain dan arnab pun bersetuju.
Perlumbaan dimulakan, arnab berlari selaju-lajunya tanpa berhenti sehingga
dia sampai di sebatang sungai yang lebar. Arnab berjalan mundar-mandir di
situ sambil berfikir apa yang harus dilakukannya untuk sampai ke garisan
penamat di seberang sungai tersebut kerana dia tidak tahu berenang..
Sementara

itu,

kura-kura

berjalan

perlahan-lahan

dan

dia

berenang

menyeberangi sungai tersebut kemudian berjalan sehingga tiba di garisan


penamat. Kali ini, kura-kura yang memenangi perlumbaan itu.
Pengajaran dari cerita ini ialah kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam
bidang yang anda mempunyai kelebihan.
Cerita ini belum berakhir...
Disebabkan tiga perlumbaan sebelum ini, arnab dan kura-kura telah menjadi
kawan baik. Mereka membuat kajian dan berfikir bersama-sama. Keduaduanya mengambil keputusan untuk mengadakan perlawanan terakhir tetapi
kali ini mereka akan

berlumba secara berpasukan.

Perlumbaan pun

dimulakan. Arnab membawa kura-kura lari sepantas mungkin tanpa berhenti


sehingga sampai ke tebing sungai. Di sini, kura-kura pula mengambil alih. Dia
berenang menyeberangi sungai tersebut dengan membawa arnab di
belakangnya. Apabila tiba di seberang sana, arnab lagi sekali membawa kurakura berlari sehingga mereka sama-sama sampai ke garisan penamat. Di
dalam perlumbaan terakhir ini, kedua-duanya sangat berpuas hati jika
dibandingkan dengan perlumbaan-perlumbaan sebelum ini.
Pengajaran dari cerita ini ialah walau sehebat mana pun seseorang individu,
pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik

berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu
kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.
Perhatikan dalam cerita di atas, kura-kura dan arnab masing-masing tidak
berputus asa. Mereka sentiasa berusaha keras untuk memenangi perlumbaan
demi perlumbaan walaupun ada ketikanya mereka terpaksa menukar strategi
perlumbaan. Dalam bidang pendidikan, kadang-kadang guru-guru harus
berusaha dengan giat malah ada juga ketika yang perlu menukar strategi dan
mencuba sesuatu yang baru agar dapat hasil yang memuaskan. Selain itu,
kerja berpasukan adalah perlumbaan untuk mengubah situasi dan suasana
ke arah kebaikan. Bidang pendidikan tidak akan berjaya tanpa kerjasama
semua pihak. Setiap individu di sekolah adalah sangat penting. Maka, sebagai
seorang guru, kita harus mampu mencapai sesuatu yang lebih baik dengan
bekerjasama secara berpasukan.

Anda mungkin juga menyukai