Anda di halaman 1dari 1

KISAH ARNAB DENGAN KURA-KURA

Sayang mungkin pernah dengar cerita tentang perlumbaan Arnab dengan Kura-kura
yang mana Arnab tertidur lalu Kura-kura yang slow & steady telah menang
perlumbaan tersebut.
Cerita itu tidak berakhir di sini saja sayangArnab yang kalah lalu bermuhasabah diri
dan membuat post moterm kekalahannya. Antara punca kekalahannya adalah ia
tidak fokus dan sombong dengan kekuatannya. Arnab berjumpa dengan Kura-kura
semula dan meminta perlumbaan kali kedua diadakan. Kura-kura bersetuju. Dihari
perlumbaan arnab terus memecut meninggalkan Kura-kura sehingga garisan
penamat. Kali ini Arnab tidak tertidur lagi dan ia fokus kepada perlumbaan sehingga
garisan penamat. Dengan mudah dan cepat Arnab memenangi perlumbaan kali
kedua.
Kura-kura yang kalah pada perlumbaan kali kedua membuat kajian punca
kekalahannya. Kura-kura sedar beliau tidak dapat mengalahkan Arnab yang pantas
dan cepat. Namun Kura-kura mempunyai cara bagaimana untuk mengalahkan Arnab.
Kali ini Kura-kura pula berjumpa Arnab untuk mengadakan perlumbaan untuk kali
ketiga. Kura-kura menetapkan perlumbaan kali ini mengikut laluan berbeza dan Arnab
tidak membantah.
Pada hari perlumbaan, rupa-rupanya Kura-kura menetapkan laluan melalui darat,
kemudian perlu menyeberangi sungai lalu penamatnya melalui laluan darat kembali.
Apabila Arnab yang pantas sampai di pinggir sungai, ia tidah dapat menyeberangi
sungai tersebut kerana ia tiada kebolehan untuk berenang. Kura-kura walaupun
lambat sampai di tebing sungai akhirnya dapat menyeberangi sungai tersebut dan
memenangi perlumbaan untuk kali ketiga tetapi masa yang diambil terlalu lama.
Arnab dan Kura-kura sedarapabila mereka bekerjasama mereka boleh menamatkan
perlumbaan dengan pantas. Apabila melalui jalan darat, Arnab membawa Kura-kura
dan apabila sampai di tebing sungai, Kura-kura pula membawa Arnab. Begitulah
seterusnya apabila sampai semula di darat sehingga ke penamat.
Sayangdaripada cerita ini beberapa teladan dapat kita jadikan pedoman:1.

Slow & steady dapat mengatasi kesombongan seseorang.

2. Jika kita bergerak secara fast & consistence ia adalah lebih baik berbanding
slow & steady kerana dapat mencapai matlamat lebih cepat.
3. Kita mungkin ada kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain dan begitulah
sebaliknya. Gunakanlah kelebihan itu untuk menutup kelemahan kita bagi tujuan
kebaikan.
4. Apabila kita bekerjasama, kita mungkin boleh mencapai matlamat dengan lebih
cepat.

Anda mungkin juga menyukai