Anda di halaman 1dari 2

NOVEL PERLUMBAAN KEDUA

Peristiwa 1: Sang Arnab menggariskan syarat-syarat penyertaan kepada Sang Kancil


Huraian: Apabila mendengar kesungguhan Sang Arnab itu, Sang Kancil berasa kesal dan
fikirannya runsing. Pembaca tertanya-tanya bahawa adakah Sang Kancil mampu menjayakan
pertandingan lumba lari muktamad itu. Hal ini demikian kerana kesanggupan Sang Arnab
menyahut cabaran itu membebani Sang Kancil, yakni terpaksa meredah hutan belantara untuk
menjejaki kura-kura.
Peristiwa 2: Pergaduhan antara suku-sakat kura-kura
Huraian: Semasa makan, Tuk Kura menyuruh kura-kura berdada bintik dan berleher jinjang
bergaduh dengan bersungguh-sungguh. Cucu-cucunya pun bergaduh. Semasa bergaduh, Tuk
Kura pura-pura memarahi cucu-cucunya. Dia juga membiarkan kura-kura berdada bintik
terkapai-kapai sendirian. Pembaca akan tertanya-tanya, mengapakah Tuk Kura bertindak
demikian.
Peristiwa 3: Pemilihan gelanggang perlumbaan di kawasan tinggi / bukit
Huraian: Apabila Sang Arnab menanyai Tuk Kura tentang perlumbaan itu, Tuk Kura memilih
satu kawasan tinggi supaya kesemua bintang dapat melihat perlumbaan itu dengan jelas.
Peristiwa ini menimbulkan pertanyaan dalam kalangan pembaca tentang tindakan Tuk Kura
memilih kawasan bukit sedangkan habitatnya ialah kawasan berair dan kelembapan
pergerakannya.
Peristiwa 4: Tuk Kura menolak tawaran bantuan Tuk Kura
Huraian: Selepas lokasi perlumbaan ditentukan, Sang Gajah menawarkan bantuan untuk
menurunkan Tuk Kura. Tetapi, Tuk Kura enggan. Penolakannya itu menyebabkan cucu-cucunya
dan para pembaca tertanya-tanya mengapa Tuk Kura menolak bantuan Sang Gajah.
Peristiwa 5: Sesi latihan di hutan dan di sungai
Huraian: Tuk Kura meminta kura-kura berdada bintik membawa rakan-rakannya ke hutan yang
mempunyai pohon tumbang yang tidak mencecah tanah. Manakala, kura-kura berleher jinjang
pula diminta membawa kawan-kawannya ke anak sungai yang berarus deras dan mempunyai
batu hampar. Anak-anak buahnya mempersoalkan latihan tersebut. Hal ini menimbulkan rasa
tertanya-tanya mengapa Tuk Kura memilih tempat itu sebagai tempat latihan sedangkan arena
perlumbaan yang ditetapkan ialah lereng bukit.
Peristiwa 6: Kehilangan Tuk Kura menjelang hari perlumbaan
Huraian: Sang Murai muncul membawa berita mengenai kehilangan Tuk Kura. Dia
menyampaikan berita itu kepada Sang Belang. Mereka kemudiaannya membawa berita itu
kepada Sang Gajah. Keluarga Sang Arnab juga mendapat tahu tentang berita kehilangan Tuk

Kura. Mereka turut mahu berjumpa dengan Sang Gajah bagi mengetahui keputusan yang akan
diambil kiranya benar Tuk Kura menarik diri. Semua warga rimba tertanya-tanya apakah
perlumbaan yang dirancang itu akan menjadi kenyataan.
PERHATIAN!!!: PILIH MANA-MANA 3 PERISTIWA SERTA HURAIAN SAHAJA.

Anda mungkin juga menyukai