Anda di halaman 1dari 6

ANJING DAN BANGAU

Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka


bermain bersama-sama. Pada suatu hari, bangau mengajak
anjing pergi ke rumahnya. Bangau menghidangkan makanan.
Tetapi anjing tidak dapat makan. Bekas itu bermuncung panjang.
Anjing tidak dapat mengambil makanan di dalam bekas itu.
Bangau boleh makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan
sehingga kenyang. Anjing pulang dengan perut lapar.
Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke
rumahnya pula. Anjing menghidangkan makanan. Tetapi bangau
tidak dapat makan. Bekas itu leper. Bangau tidak pandai
mengambil makanan di dalam bekas leper. Anjing makan
sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar.

NILAI MURNI: Setiap perbuatan buruk pasti akan menerima


balasan buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik.

Sang Bangau Menipu Ikan


Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir
kering. Semua ikan berasa susah hati.
Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau
berpura-pura

mahu

menolong

ikan.

"Kamu

semua

boleh

berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering," kata bangau.


Semua ikan bersetuju. Mereka sangat gembira. Bangau
menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan itu
dibawanya pergi. Tetapi semua ikan itu dimakannya. Kemudian
tibalah giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh
bangau. Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan. Ketam
tahu bangau itu penipu.
Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi ketam segera
menyepit leher bangau. Matilah bangau itu.

NILAI MURNI:Jangan sekali-kali berbuat jahat. Setiap perbuatan


jahat pasti akan menerima balasan buruk daripada Tuhan.

Sang Merak dengan Sang Arnab

Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Arnab ingin


ekornya panjang dan cantik. Arnab mahu ekornya seperti ekor
merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia memuji
kecantikan ekor merak.
Pada suatu hari, arnab berjumpa dengan merak. Arnab
memuji kecantikan merak. Merak berasa bangga kerana dapat
pujian. Merak mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik.
Arnab terus memuji kecantikan merak.
Namun, arnab memuji merak kerana ada tujuan lain. Arnab
ingin meminjam ekor merak. Merak bersetuju meminjamkan
ekornya kepada arnab. Merak membuat pertukaran ekor dengan
arnab. Arnab memakai ekor merak. Merak memakai ekor arnab.
Alangkah gembiranya arnab apabila mendapat ekor merak.

Arnab berlari ke sana dan ke mari. Arnab menari-menari di


tengah padang. Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah
terperanjatnya merak kerana mendapati dirinya berekor kontot.
Pang!

Tiba-tiba

terdengar

bunyi

senapang.

Arnab

termengah-mengah lari masuk ke dalam hutan. Arnab pergi


berjumpa merak. Arnab menceritakan bahawa ia ditembak oleh
pemburu. Nasibnya baik kerana tidak terkena peluru pemburu.
Arnab minta semula ekornya. Mereka bertukar ekor masingmasing. Arnab tidak mahu memakai ekor merak lagi. "Biarlah
ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat," fikir
arnab.

NILAI MURNI: Kita haruslah bersyukur dengan apa yang


dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. Setiap kurniaan Tuhan
pastilah ada kebaikannya untuk diri kita.

Kisah Jari

Satu hari, dikisahkan bahawa kelima-lima jari di sebelah


tangan Ali boleh bercakap.
Ibu jari pun memulakan cerita: Antara kita semua, saya lah
yang paling hebat kerana orang lain akan gembira bila saya
berdiri, mereka tahu mereka sedang dipuji.
Jari telunjuk pula mencelah: Eh, mana ada. Saya lebih hebat
kerana apabila saya berdiri, semua orang akan patuh. Mudahnya
memberi arahan jika saya berdiri.
Tiba giliran jari hantu: Hei, sebenarnya saya lah yang paling
hebat

sebab

saya

paling

tinggi

antara

kita

semua.

Kemudian jari manis berkata: Kamu semua ni perasan lah.


Saya yang paling hebat dan terkenal, sebab cincin yang mahal
selalu disarungkan pada saya.
Setelah jari manis selesai berkata, ke-empat-empat jari itu
melihat jari kelingking dan menunggu apakah yang akan
diberitahunya. Namun, jari kelingking tertunduk dan berkata:

Antara kita semua, sayalah yang paling tidak penting. Sudahlah


rendah, tiada apa-apa kepentingan lagi. Jari-jari yang lain ketawa.
Ditakdirkan, jari Ali patah kerana dipijak rakannya semasa
bermain

bolasepak.

memegang

pensil,

Akibatnya,
makan,

Ali

dan

menjadi
melakukan

susah

untuk

kerja

yang

menggunakan tangan. Setelah itu baru jari-jari yang lain sedar,


bahawa mereka semua tidaklah sehebat mana jika tidak bersatu.

NILAI MURNI :
1.

Jangan menghina orang lain.

2.

Dalam sesebuah kelas, tidak ada istilah murid yang lembap


dan tidak mampu belajar.

3.

Bersatu membawa berkat dan kekuatan.

4.

Semua murid adalah sama penting dalam sesebuah kelas.

Anda mungkin juga menyukai