Anda di halaman 1dari 19

Sejarah dan Apresiasi - Seni Oriental

Sinopsis
Menurut Drs. Sidi Ghazalba, dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Seni
menerangkan seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan
oleh sekelompok manusia melalui pancaindera kelima ekoran fitrah semula jadi
yang cinta kepada seni. Manusia memerlukan satu media perantaraan untuk
meluahkan perasaaan dan emosi untuk dikongsi bersama manusia lain.

Prof.Dr.Zakaria Ali
Menurut Zakaria Ali, apresiasi seni adalah latihan yang melibatkan deria
pandang dan sentuh yang mampu membantu kita menikmati karya dengan lebih
seronok lagi.
Menghayati seni adalah satu bidang yang perlu diberikan perhatian.
Penghayatan karya seni memerlukan bahasa seni iaitu bahasa lisan dan tulisan.
Penerapan bahasa dalam penghayatan seni adalah dalam bahasa visual atau
seni tampak.

Hasil Pembelajaran:
1) Menganalisis penulisan tokoh dengan menggunakan pengetahuan dan
pengalaman.
2) Mengaplikasikan teori apresiasi untuk melihat dan menghayati karya seni.
Pengenalan Seni Oriental
Di dalam dunia ini terlalu banyak karya-karya seni telah dihasilkan secara
individu atau berkumpulan. Karya seni yang dihasilkan biasanya mempunyai
tujuan yang tersirat dan tersurat. Sebagai contoh, karya seni yang dihasilkan
pada zaman Pra Sejarah lebih menggambarkan situasi dan aktiviti mereka
sendiri.
Istilah Seni Oriental secara tradisionalnya merujuk kepada aktiviti seni dari
daerah Timur Tengah, Asia Selatan dan Asia Timur. Ia termasuklan Seni Islam,
Seni China dan Seni India. Istilah Oriental telah digunakan oleh masyarakat Barat
untuk menjelaskan tentang kebudayaan, negara-negara dan peralatan yang
berasal dari kawasan tersebut.
Seni Islam

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan


antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai
akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh
seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana
tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah
satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang
melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang yang melampaui batas."
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia
tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama.
Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada
semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan,
nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan
keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu
adalah seni.
Islam membenarkan umatnya berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran
mereka, perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat. Seni
Islam terdiri daripada elemen yang diulang-ulang berbentuk geometri. Tiada
elemen-elemen figura. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan
untuk mempertingkatkan agama. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri
kepada Tuhan.
Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah.
Tiada pemisahan antara seni dan agama. Seseorang seniman perlu memahami
ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan,
muzik, seni bina dan seni pentas. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yang
jelas. Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yang baik dan
insan yang hampir kepada Allah. Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial
dalam konteks syariah islamiah.
Seni Cina
Menurut ahli sejarah, Kesenian Cina yang terawal sekali ditemui pada akhir
Zaman Batu ialah Seni Tembikar.Bidang Kesenian Cina Seni Tembikar
Kebanyakkan tembikar neolitik yang terbaik di dunia datanganya dari negeri
Cina. Tembikar Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan
perhiasan hitam. Bentuk-bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu
bermulut tebal dan berbadan kecil.
Seni India
Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya, tahun 132 s.m. Berasaskan kepada
keagamaan dan pemujaan. Ianya mencapai kegemilangan pada zaman Gupta,
contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Ia berkembang
maju pada zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Zaman Muslim, kombinasi gaya
Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid.
Seni Bina dan Seni Ukir berkembang maju pada zaman Maurya, contoh Tiang
Asoka. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej
Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi

(Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Nilai-Nilai
Dharma dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan
apa yang harus dilakukan. Dharma individu memerlukan apa yang harus
dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan.
Dharma dikaitkan degan tugas, tanggungjawab dan aturan memberi makna
kepada kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna kepada
peranannya dlm hidup. Kepercayaan kepada Tuhan kepercayaan kepada satu
entiti yang melampaui batas pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas
pemikiran agama orang Hindu. Karma prinsip asas bagi aliran pemikiran
falsafah dan agama yang berasal dari India.
Falsafah dan Stail
Philos dalam bahasa Yunani bermaksud kecintaan terhadap sesuatu manakala
Sophia bermaksud kebijaksanaan atau pengetahuan. Maka Philosophia secara
jelasnya membawa maksud mencintai akan kebijaksanaan.
Socrates, Plato dan Aristotle merupakan ahlli falsafah Yunani yang terkenal. Idea
mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah seni di barat juga di
Malaysia.
Falsafah seni adalah sesuatu yang global dan secara umumnya terbahagi kepada
falsafah barat, falsfah Islam dan falsafah timur. Falsafah seni pula adalah proses
mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan gambaran
gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang
pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan.
Falsafah seni bukan sahaja merupakan proses mencari jawapan kepada
keindahan malahan juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai
keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seorang pengkarya seni
dalam karya yang mereka hasilkan. Tohoh-tokoh falsafah yang ternama adalah
seperti Socrates, Plato, Leonardo da Vinci, Atistotle. Mohd Taib Osman dan lainlain. Tokoh-tokoh tersebut boleh diibaratkan sebagai kompas yang memberi
panduan, pendapat dan idea tentang keindahan seni kepada para seniman.
Falsafah Seni Islam
Sejarah telah membuktikan bahawa, kesenian Islam berbeza dengan bentuk
kesenian lain. Kesenian yang dihasilkan adalah berlandaskan kepercayaan
kepada kitab Al Quran dan hadis Nabi.
Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan
disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa.
Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep
keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai
ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan
maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan
fitrahnya.
Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid
dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan
perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah

ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam
membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt.
Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan
antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia
menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.
Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi
ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan
fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam
Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia,
makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang
merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka
seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman.
Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi.
Manakala menurut Al-Faruqi, konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep
Tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan. Beliau menegaskan bahawa:Setiap
motif arabesque dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran
estetika yang tiada Tuhan melainkan Allah. Dia adalah Pencipta yang Esa dan
Mutlak.
Seni Khat
Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal,
penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang
tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai
kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut
penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan
pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis
ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama').
Tulisan ini mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Seni khat mempunyai
kaitan rapat dengan jiwa islam, memandangkan penulisannya menggunakan
huruf-huruf al-quran. Antara Seni Khat yang terkenal ialah Nasakh : diperindah
oleh Ibn Muqla Khat Riq'ah : tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat dan
sesuai dengan gerakan tangan. Khat Diwani : Catatan atau antologi karangan.
inspirasi dari model khat lain. Hanya digunakan untuk hiasan sahaja. Khat
Diwani Jali : Lebih bervariasi berbanding khat diwani. Khat Thuluth : digunakan
untuk hiasan seperti dalam mushaf Usmani, nama kitab atau buku.
Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang
kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga
menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya
pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada
perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari
segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan
dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.
Jenis-jenis Seni Khat
Tamudun Islam kaya dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai
sei khat. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan

cabang dari lapan-lapan model ini. Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth,
Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani.
Khat Kufi berasal dari Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai
hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan
dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul. Khat Thuluth kebanyakannya digunakan
hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran), nama buku atau
kitab serta untuk tujuan lain.
Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan
buku-buku berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca,
jelas serta tidak mengelirukan Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia).
Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia banyak digunakan untuk penulisan
buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar.
Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.
Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan
untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan
madrasah untuk mengambil nota kuliah.
Khat Diwani.
Diwani membawa erti catatan atau antologi karangan. Digunakan secara meluas
semasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia
digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat
penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.
Khat Diwani Jali.
Jika dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya, rumit
penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan,
burung dan sebagainya.
Khat ini dicipta oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan Kerajaan
'Utmaniyyah. Khat ini dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani
biasa. Khat ini dinamakan Jali yang bererti jelas kerana terdapat kelainan yang
jelas dari segi bentuk tulisannya. Tujuan penggunaannya ialah untuk tulisan
rasmi diraja dan surat-menyurat kepada kerajaan asing.
Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan
berupa geometri yang tersusun indah. Daripada jenis khat ini terciptalah
bermacam-macam rupa bentuk hasil karya penulis-penulis khat yang mahir.
Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani
Jali Hamayuni, dan Diwani Jali Zauraq (bentuk Perahu). Khat Diwani Jali Mahbuk
ditulis dengan menyusun huruf dan ragam hias dengan teratur dan dapat
melahirkan bentuk tulisan yang indah, sepertimana pada contoh utnuk terbitan
kali ini. Khat Diwani Jali Hamayuni pula biasanya ditulis oleh penulis-penulis khat
Turki yang ditugaskan untuk menulis titah Sultan. Khat Diwani Jali Zauraq adalah
jenis khat yang dipengaruhi oleh seni lukis. Kebanyakan penulis khat
menghasilkan khat ini dengan menulis ayat-ayat sehingga membentuk seakan
perahu atau kapal laut. Khat Diwani Jali Zauraq ini dikatakan agak mencabar dan
sukar untuk menulisnya, ianya memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi

dalam menghasilkan sesebuah karya.


Kesimpulannya, khat Diwani Jali ini dapat dilihat pada seninya bentuk tulisan,
penyusunan huruf yang indah dan keserasian kalimah-kalimah yang diadun
dengan begitu sempurna.
Khat Raihani
Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan
panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal. Khat Raihani merupakan
perpaduan antara Khat Thuluth dan Khat Nasakh yang di kembangkan oleh para
ahli kaligrafi pada masa kerajaan Usmaniah. Khat Raihani lazim digunakan untuk
penulisan ijazah oleh seorang guru kaligrafi kepada muridnya, oleh kerana itu
Khat Raihani disebut juga Khat ijazah.
Pencipta gaya khat ini adalah pakar kaligrafi besar Ali Ibnu Hilal atau Ibnu
Bawab, namun berhubungan erat dengan Ali Ibnu Al-Ubaidah Al-Raihan (w 834
M), bersempana dengan itu ia dinamakan Khat Raihani. Terdapat juga sumber
lain mengatakan nama Raihani adalah dari kata Raihan yang bererti ( harum
semerbak ) kerana keindahan dan popularitinya.
Menurut Hashim Muhammad al-Khuttat dalam kitabnya Qawaid al-Khatti li alAraby bahawa menulis kaligrafi dengan gaya Raihani sangat mengasyikkan dan
menarik. Kerana tulisan ini lebih sederhana, tidak terdapat tulisan yang
menumpuk, fleksibel, elastik mudah untuk dibentuk sesuai dengan tempat tanpa
mengorbankan keasliannya.
Jenis Khat ini menjadi lebih menarik, indah dan mempesona apabila dihasilkah
oleh seorang seniman naturalis. Tulisan ini dibuat lebih menyerupai benda-benda
seperti buah-buahan, perahu, hewan, gelas ataupun tumbuhan. Dan bentuk
tulisan inilah yang merupakan hasil karya seni paling indah dalam
perkembangan seni Islam khsusnya dalam bidang kaligrafi Arab.

Seni Bina
Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang
mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan
bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina
merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan
lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan
pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat
diukur. Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada
zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun
dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh.
Lukisan dan Arca ( Ukiran)
Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang
dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan
ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabot rumah, piring, kulit buku, jubin,
tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat
pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak
diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna
emas, perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air,
buyung, tungku dan topi besi perang. Begitu juga seni seramik yang juga
terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk
kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang
tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti
kerawang, lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain
Rajah 1.1: Corak-Corak Arabes

Diwani ialah satu daripada beberapa gaya skrip seni khat Islam. Ia skrip
melengkung yang dikembangankan semasa zaman awal pemerintahan
Uthmaniyyah (abad ke-16 hingga awal abad ke-17). Ia direka oleh Housam
Roumi dan kemuncak penggunaannya tercapai semasa pemerintahan
Suleyman I Agung (15201566).

Thuluth (Bahasa Parsi: solos, Bahasa Turki: Sls, daripada Bahasa Arab:
"satu pertiga") ialah sejenis skrip seni khat yang direka oleh seorang Ibn
Muqlah Shirazi, seorang berbangsa Parsi. Skrip ini muncul buat kali
pertamanya dalam kurun ke-11 M (kurun keempat Hijri). Bentuk lurus dan
bersudut skrip Kufi digantikan dengan skrip garisan yang melengkung dan
condong (oblik)
Seni lukis pula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia
biasanya tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak
lukisan bunga dan gambar berbentuk arabesque dengan pilihan warna emas,
buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik
seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku
cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak
termasuk benda-benda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan,
dewa atau patung.
Falsafah Seni China
Mencius, seorang ahli falsafah China menyatakan bahawa semua benda di dunia
ini termasuk ilmu terbahagi kepada dua kategori umum: Yin dan Yang.
Yin dan Yang adalah simbol mengenai keharmonian yang saling bertindak di
antara unsur-unsur yang bertentangan dan berpasangan pada alam ini seperti
kegelapan dan kecerahan, kelembapan dan kepanasan, langit dan bumi serta
lelaki dan perempuan. Kesinambungan dan perhubungan di antara kedua-dua
unsur yang berpasanagn dan bertentangan ini telah mempengaruhi kehidupan
masyarakat China
Confucius pula mempunyai pendapat bahawa manusia bukan hidup
berseorangan atau bersendirian serta terasing daripada masyarakat. Oleh itu,
manusia perlu dididik tentang cara bagaimana mereka harus bertindak dalam
masyarakat mengikut suatu upacara adat istiadat.

Jika wujud sifat hormat menghormati, kesopanan, kesusilaan dan tanggungjawab


dalam masyarakat maka akan wujudnya keamanan dalam keluarga, masyarakat
dan negara.
Menurut Falsafah Toisme pula, kerajaan yang paling berkesan ialah kerajaan
yang paling kurang memerintah. Undang-undang dan peraturan yang paling
sedikit yang diperkenalkan oleh sesebuah kerajaan itu, akan memudahkan
kefahaman rakyat. Penekanan kepada alam pula telah menggalakkan pengikut
Toisme menerokai sains dan teknologi. Falsafah Toisme juga mempunyai
pengaruh yang besar dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat
China.
Pokok buluh pula adalah simbol kepada kekuatan, kesabaran menanggung
penderitaan kepada kepantasan pembangunan dan perluasan kebudayaan di
China.
Seni Tembikar
Kebanyakan tembikar neolithic yang terbaik di dunia datangnya dari negeri Cina.
Tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan
perhiasan hitam, bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut
tebal berbadan kecil. Tembikar Cina zaman akhir Neolithic pula berwarna hitam
dan berkilat. Tembikar Dinasti Zhou mempunyai lapisan glaze yang terang pada
permukaan tembikarnya. Tembikar zaman Wangsa Ha, menggunakan glaze
kelabu kekuningan yang diperbuat dari timah hitam.

Tembikar semasa Diasti Zhou

Seni Tembaga
Kesenian tembaga bermula pada zaman Wangsa Shang. Kebanyakan kesenian
tembaga ketika itu adalah peralatan rumah dan sebahyang yang ditiru dari
bentuk-bentuk tembikar. Pada akhir Wangsa Chou, ada terdapat bukti teknik
tuangan bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana
berasaskan bentuk binatang, bejana tersebut digunakan untuk 2 tujuan iaitu
kegunaan harian dan istiadat keagamaan
Catan

Bamboo and Rock - Chu Sheng 1749

Dikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang. Catan Cina lazimnya
dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat. Perkembangan seni catan
terkenal di Zaman Wangsa Tang yang banyak berunsur ugama Budha, Taoism
dan Confucianism. Zaman Sung, pelukis Cina menggunakn ciri-ciri pemandangan
dan kemanusiaan
Ciri-ciri catan
Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat.
Kebayakan catan menggambarkan keindahan panorama alam semulajadi. Catan
mempunyai falsafah
Arca dan Ukiran
Dikesan sejak zaman Wangsa Shang dengan terjumpanya dua arca
berbentuk harimau dan burung hantu, diperbuat daripada marmar. Terdapat
banyak imej-imej Budha ditemui di candi-candi di Gua Yun Kang, Shensi. Di guagua Tung Huang, Kansu terdapat imej-imej Budha diukir pada dinding gua
tersebut. Arca-arca diperbuat daripada tanah liat yang diwarnakan, batu dan
tembaga.
Seni kaligrafi
Seni kaligrafi Cina berkaitrapat dengan keunikan bentuk-bentuk hurufnya yang
berkembang seiring peradabannya. Ia merupakan salah satu kesenian Cina yang
terulung. Kaligrafi merupakan salah satu daripada empat kemahiran asas dan
disiplin golongan seniman Cina sekali dengan karya catan, peralatan muzik
bertali dan permainan berasaskan papan seperti permainan Go dan Mah
Jong .

Karya Chen Hongshou(1768-1822)

Seni tulis cina yang terawal ditemui pada zaman Wangsa Shang (2000 S.M) yang
ditulis di atas permukaan buluh, tulang dan kulit kura-kura. Kehadiran Confucius
dan Lao-Tzu pada zaman Wangsa Chao, membantu menggalakkan pertumbuhan
falsafah, kesenian dan tulisan orang China. Dalam tahun 1928-221 SM, terdapat
banyak tulisan pada permukaan bejana tembaga dan batu. Tulisannya
mempunyai ukuran yang sama. Terdapat 3 tulisan dicipta dalam zaman wangsa
Han, iaitu tulisan bentuk biasa (pattern script), tulisan bentuk kasar (Rough
Script) dan tulisan sambung (Curcive Script)

Senibina
Senibina di China dikatakan dapat dilihat dengan pesat pada zaman Ming,
apabila Peking dijadikan Pusat Pentadbiran menggantikan Nanking
Ciri-ciri Senibina
Berdinding kayu beratap genting curam. Bangunan kuil dan pagoda mempunyai
pintu gerbang, beratap genting melengkung ke atas.
Catan lanskap

Ilustrasi sebuah cerita lama orang Cina yang membawa maksud Confucianism,
Taoism, dan Buddhism adalah satu. Dilukis mengikut gaya Litang mengisahkan
tiga orang lelaki yang sedang ketawa berhampiran anak sungai, Karya abad ke
12 Dinasti Song.
Catan lanskap mendapat tempat yang istimewa sekali dalam perkembangan seni
catan China. Catan lanskap China (Shan Shui) membawa maksud gunung dan
air. Sejarah catan China berkembang dengan pesat dalam zaman Dinasti Sung.
Ciri-ciri Catan lanskap
Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepasda ekspresi yang
membawa pengnertian terrhadap keseluruhan catan. Seorang artis harus dapat
berinteraksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan
falsafahnya melalui catan. Konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan
lanskap China iaitu keseimbangan dengan yang melalui perlambangan kabus,
air, awan, burung dan lembah.
Hukum Catan China
Pada abad ke 6 M, Hsieh Ho telah menyenaraikan 6 prinsip seni melalui
penelitiannya terhadap seniman terdahulu dan karya-karya mereka melalui
bukunya Ku Hua Pin Lu atau Rekod-rekod Para Pelukis Zaman Dulu.
Prinsip-prinsip tersebut ialah:
"Spirit Resonance," or vitality, and seems to translate to the nervous energy
transmitted from the artist into the work. The overall energy of a work of art. Xie
He said that without Spirit Resonance, there was no need to look further.
2. Penggunaan berus untuk membina struktur.( Ku fa yung pi)
"Bone Method," or the way of using the brush. This refers not only to texture and
brush stroke, but to the close link between handwriting and personality. In his
day, the art of calligraphy was inseparable from painting.
3. Bersikap jujur terhadap objek-objek yang dilukis.(Ying mu hsieh hsing)
"Correspondence to the Object," or the depicting of form, which would include
shape and line.

4. Penggunaan warna dengan betul demi merakamkan objek-objek. (Sui lei fu


tsai)
"Suitability to Type," or the application of color, including layers, value and tone.
5. Merencanakan komposisi gambar.(Ching yin wei chin)
"Division and Planning," or placing and arrangement, corresponding to
composition, space and depth.

6. Meniru karya para masters dari zaman silam supaya tidak mengulangi
kesalahan yang telah meraka buat.(Ching mu i hsieh)
"Transmission by Copying / Respecting Tradition," or the copying of models, not
only from life but also the works of antiquity. By copying their teachers and
duplicating established forms, an artists becomes free to give life to that form.
An exact duplication lacks vitality. An artist should strive for spontaneity and
free expression while showing reverence for the past.

Falsafah Seni India


Terdapat Enam aliran (sekolah) dalam Sistem Falsafah India iaitu Nyaya,
Vaisheshika, Sankhya, Yoga, Mimamsa dan Vedanta. Kesemua aliran ini
menerima sepenuhnya ajaran kitab Veda. Dikenali sebagai astika darshana.
Pendukung aliran Nyaya ialah Gautama dan karyanya Nyaya Sutra bertarikh
kurun ke-2 SM. Nyaya bermaksud pertimbangan logik. Terdapat empat sumber
ilmu pengetahuan iaitu persepsi (pratyaksha), Inferens (anumana),
Analogi/perbandingan (upamana) dan Testimoni/pembuktian (shabda)
Aliran Vaisheshika dikenali sebagai Vaisheshika Darshana. Pengasas aliran ini
ialah Kanada (kurun ke-3 SM) dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra. Semua
benda dikatakan diperbuat daripada 4 jenis paramanu (atom) iaitu atom bumi,
air, api dan udara. Terdapat 5 unsur dlm pembentukan dunia iaitu dik (ruang),
kala (masa), akasha (eter), manas (minda) dan atma (jiwa ).
Aliran Sankhya merupakan Sistem falsafah terawal. Dipelopori oleh Kapila (kurun
ke-7SM) dan karyanya ialah Sankhya Sutra. Sankhya bererti bilangan iaitu
falsafah yang menghuraikan mengenai realiti dalam bilangan yang terhad dan
pengetahuan yang sempurna. Dua realiti mutlak iaitu purusha (jiwa) dan prakriti
(jirim), sebab dan akibat. Konsep Triguna (tigasifat) alam semesta iaitu Sattva,
Rajas dan Tamas
Pendukung Aliran Yoga ialah Patanjali (kurun ke-2 SM) dan karyanya ialah Yoga
Sutra. Konsep Tuhan mutlak iaitu memperjelaskan realiti Tuhan. Penyatuan roh
individu dengan roh duniawi menjadi tujuan hidup. Latihan minda dan fizikal iaitu
latihan mengawal serta mematikan fungsi anggota badan, pancaindera, minda,
intelek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa.

Disiplin minda dan fizikal membantu mencapai moksha.


Mimansa bererti siasatan. Objektif utama ialah menegakkan kewibawaan kitab
Veda serta ritualnya. Pendukungnya ialah Jaimini yang menyusun falsafah ini
secara sistematik dan mencipta teks Purva-mimansa Sutra pada 400 SM.
Kepentingan sistem tafsiran Veda.
Vedanta dikenali sebagai Uttara Mimansa. Pelopor ialah Badarayana yang
mencipta karya Brahma Sutra (400SM) atau juga dikenali sebagai Vedanta Sutra.
Teks asas ialah karya-karya Upanishad, Brahma Sutra dan Bhagavad Gita.
Pendukung falsafah ini yang terkenal ialah Sankara. Dua aliran utama iaitu Advai
ta (non-dualistic) dan dvaita (dualistic). Advaita (yang didukung oleh Sankara)
menyatakan Atman (jiwa) dan Brahman (Tuhan) bukanlah dua entiti yang
berbeza. Dvaita (didukung oleh Ramanuja dan Madhva) menyatakan Atman dan
Brahman adalah berlainan tetapi tidak terpisah. Aliran Ramanuja disebut Vis is
tadvaita- Vedanta dan Madhva dikenali sebagai Dvaita- Vedanta.
Ahimsa terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang, simpati, belas
kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Mengelak daripada melakukan
kekejaman atau mencederakan. Satya kebenaran. Pengetahuan benar yg
merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yg benar,ucapan dan pemikiran yang
benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.
Perpaduan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama, penting menggalakkan
hubungan erat dan keharmonian masyarakat.
Seni Bina dan Seni Ukir
Bidang Kesenian India, Seni Arca Merupakan kesenian tertua di India dan berkait
rapat dengan patung-patung keagamaan. Dibuat daripada batu marmar, kerana
ia lebih tahan dari tanah liat. Zaman kegemilangan seni arca India ialah pada
zaman Guptas.
Berkembang maju pada zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Mencapai
kegemilangan pada zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan
Bodhisattva di India Utara. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan
Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid.

Bangunan Taj Mahal terletak di Agra India dibina oleh Kerajaan Mogul pada
1647 di bawah pemerintahan Shah Jahan sebagai makam untuk mengenang
isterinya, Mumtaz Mahal.
Seni arca bermula dengan patung, maka banyak patung-patung berbentuk
manusia yang disimpan di kuil-kuil untuk tujuan keagamaan. Ada juga
menggunakan bahan-bahan dari besi dan gangsa.

Penulis dalam kunjungan ke Candi Borobudur

Patung Lord Siva antara arca seni dalam pergerakan istimewa. Telah mendorong
ramai tukang-tukang arca India menghasilkan pelbagai bentuk arca.

Stupa dan Borobudur

Seni Lukis
Dalam bidang Seni Lukis pula kesannya boleh dilihat di dinding istana dan ruang
dalam rumah golongan kaya. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan.
Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. Contoh Gua
Ellora, Badami dan Bagh. Zaman Muslim- merupakan zaman pemulihan seni lukis
iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi.
Dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. Kuil-kuil dihiasi lukisan
bersifat keagamaan. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan
Mahabhrata. Contoh Gua Ellora, Badami dan Bagh. Zaman Muslim- pemulihan
seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi.

Lukisan Miniatur Rajasthani

Lukisan Miniatur Radhe Krishna

PERBANDINGAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH


Pandangan Tokoh Islam
Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Menurut
Al Ghazali, keindahan yang terhasil mempunyai nilai tersendiri yang perlu
dihayati. Beliau menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan
rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Al Ghazali tidak melihat
sesuatu karya seni dari aspek fizikal kerana baginya manusia yang taksub pada
kebendaan tidak akan berjaya memperoleh kebahagiaan yang hakiki.
Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang
Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada
kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap
kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang
menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu, manusia
dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat,
memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera.
Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama:

Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara dan
sebagainya.
Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni
bina, seni pakaian dan sebagainya.
Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama,
tablo, teater, filem dan sebagainya.
Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang
berbentuk puisi dan prosa.
Al Faruqi, cendekiawan Islam yang dilahirkan di Jaffa Palestin pada tahun 1921
telah membincangkan hal berkaitan karya seni Islam dan estetikanya. Al Faruqi
menegaskan bahawa Tauhid merupakan prinsip utama dalam estetika Islam.
beliau turut menegaskan bahawa Tuhan tidak dapat digambarkan dalam bentuk
estetika. Estetika yang terhasil adalah berdasarkan daripada pengamatan dan
pengalaman manusia itu sendiri.
Pandangan Tokoh China
Seni China dikatakan mempunyai kepelbagaian gaya. Pandangan ahli-ahli
falsafah mengenai spentingeni China telah bercanggah sejak zaman China purba
lagi. Confucius telah menyumbangkan peranan dalam kesenian dan
kemanusiaan (terutama dalam bidang muzik dan puisi). Namun pendapat
tersebut ditentang oleh Mozi yang menyatakan bahawa seni muzik dan seni
halus adalah satu pembaziran dan membuang masa kerana ianya dikatakan
untuk golongan berada dan bukan golongan miskin.
Gu Kaizhi telah menjelaskan teori dalam seni lukis yang membantu pengkarya
seni dalam menghasilkan karya seni mereka. Keagamaan dan falsafah akan
mempengaruhi setiap penghasilan karya seni mereka. Keagamaan dan falsafah
akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni yang banyak.
Pandangan Tokoh India
Seni Hindu adalah berbentuk spiritual dan falsafah, berhubungkait dengan
gambaran simbolisme. Berdasarkan Kapila Vatsayan, bentuk seni bina klasik
Hindu, seni arca, seni catan, sastera (kaavya), muzik dan tarian mempunyai
aturan tersendiri. Setiap bentuk seni dalam kesenian Hindu ini mempunyai
perkaitan antara satu sama lain iaitu gambaran persembahan antara simbol dan
bentuk spiritual ang lebih sempurna.
Konsep saster Hindu seperti Rasa, adalah gambaran emosi yang diluahkan oleh
penulis yang berkaitan dengan sensitiviti penonton. Kalidasa pula menghasilkan
puisi yang mengaitkan karya seni beliau dengan rasa yang mengetengahkan
konsep estetika sepenuhnya. Teori rasa mula berkembang dengan teks Sanskrit
iaitu Natyashastra iaitu karya seni yang dihasilkan untuk Bharata Muni iaituTuhan
dalam persembahan drama Fifth Veda. Krya seni ini adalah gambaran
keagamaan.
Teori rasa juga berkembang secara signifikan dengan estetika Kashmiri dalam
puisi klasik.

RUMUSAN
Falsafah seni oriental seperti falsafah seni yang lain juga merupakan satu proses
mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan gambaran
tentang gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh
seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan. Falsafah seni Islam lebih
berkonsepkan keagamaan. Kesenian Islam dilarang meniru bulat-bulat keindahan
ciptaan tuhan, di mana hasil seni tidak harus menyerupai apa-apa objek
sekalipun. Maka hasil seni Islam kebanyakannya berbentuk geometrik. Falsafah
China mengutamakan kehalusan seni dan direalisasikan dengan sangat abstrak
dan kreatif. Pemahaman falsafah China dipecahkan pula kepada Mencius,
Confucius dan Taoisme. Manakala falsafah India pula disebut Darsana, yang
bersifat ketuhanan, spiritual dan percaya seni berkait rapat dengan masyarakat

Anda mungkin juga menyukai