Anda di halaman 1dari 20

Pendahuluan Islam tidak pernah memisahkan antara keperluan duniawi dan keperluan ukhrawi.

Sifatnya sebagai al-Din mencakupi seluruh aspek kehidupan termasuk budaya dan seni. Kesenian telah dimanifestasikan melalui seni kaligrafi, seni hias, tempat-tempat ibadat yang dihias bagi menggambarkan kebesaran Allah s.w.t. Istilah seni agama, seni sekular dan seni muslim tidak tepat, memisahkan Islam daripada aspek hidup yang luas. Sebagai agama yang syumul, Islam membenarkan imaginasi dan kreativiti yang sihat dan positif kerana manusia memiliki akal dan bakat/potensi yang perlu dijaga dan dihargai, dalam ruang dan batasan yang diharuskan oleh syariat Manusia memerlukan seni dan seni tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia. Hubungan yang terjalin antara kesenian dan Islam meletakkan satu garis pemisah antara kesenian Islam dan kesenian bukan Islam. Kesenian Islam terpancar dari wahyu Allah sama seperti undang-undang dan syariat Allah. Penonjolan Islam sebagai sumber budaya bertujuan meletakkan nilai-nilai asas bagi mengelakkan penyelewengan hidup. Seni adalah sebahagian daripada unit yang terkandung dalam komponen budaya. Ia terjelma dalam bentuk artifak di permukaan kubah, dan halaman al-Quran. Hasil-hasil seni Islam tetap subur dan hidup dalam kehidupan seharian manusia. Dari segi makna literal, seni ialah halus, indah atau permai. Dari segi istilah, seni ialah segala yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu, ia membawa nilai halus, indah, baik dan suci : berguna dan bermanfaat serta mempunyai fungsi dan nilai sosial. Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia yang menikmati keindahan itu. Ia dapat dirasa, ditanggapi dan dihayati. Allah adalah sumber daya dan sumber pemikiran manusia manakala imaginasi dan keupayaan mencipta yang ada pada manusia adalah percikan dari daya kreatif Allah. Oleh itu, seni boleh dibahagikan kepada 2 : a) Seni ciptaan Allah b) Seni ciptaan manusia

Dengan memperakukan bahawa seni juga termasuk apa yang dicipta oleh Allah , ia tidak bermakna kita mencampuradukkan seni ciptaan manusia dengan seni ciptaan Allah. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan bahawa seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Menurut perspektif Islam, daya kreatif seni adalah dorongan atau desakan yang diberikan oleh Allah yang perlu digunakan sebagai bantuan untuk memeriahkan kebesaran Allah. Berseni haruslah bermatlamatkan kepada perkara-perkara makruf (kebaikan), halal, dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah s.w.t. Fungsi seni lebih kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaannya. Konsep kesenian menurut perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benarbenar baik dan beradab. Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu, seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari daripada batas-batas syariat.

Kesenian Dalam Islam Seni adalah merupakan sesuatu yang elok, lembut, indah, senang didengar atau dilihat. Ini termasuklah seni tampak, seni lukis, seni suara dan sebagainya. Kesenian Islam adalah salah satu kebudayaan Islam yang berkonsepkan keindahan atau sesebuah karya yang dizahirkan melalui daya kreatif yang pelbagai dengan tujuan untuk membantu memeriahkan kebesaran Allah s.w.t Kesenian menurut perspektif Islam adalah untuk membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t dan mestilah bersifat

"Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran).

Berseni seharusnya meliputi aspek yang positif serta dapat membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Seni juga boleh dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, di mana seni untuk seni adalah bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk masyarakat pula menyatakan bahawa seni dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak. Hakikatnya, pembangunan kesenian di dalam Islam mestilah bertunjangkan aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Karya seni dalam Islam adalah merupakan satu usaha dan perantaraan untuk menzahirkan keindahan Islam dan kebesaran Allah serta menjadi alternatif medan dakwah yang ditundukkan kepada tujuan demi mencari keredhaan Allah s.w.t.

Falsafah Seni Dalam Islam Seni itu indah dan keindahan itu adalah kesenian. Sebagaimana hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan Dia sukakan keindahan. Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah s.w.t lantas segala yang diciptakannya juga merupakan pancaran keindahannya.Sebagaimana manusia yang dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Allah menciptakan manusia dengan penuh keseniaan dari segi perbezaan rupa dan warna kulit. Bahkan, kesenian unggul dalam Islam sendiri terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia. Jika seni membawa seseorang itu kepada kelalaian dan melupakan Allah, maka seni itu telah lari dari prinsip islam yang sebenarnya. Oleh itu, setiap pencinta seni haruslah memahami maksud seni dalam islam. Motif seni dalam islam mestilah menjurus kepada yang makruf dan mengutamakan yang akhlak. Islam telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada para seniman untuk melahirkan pengucapan rasa keindahan dan pengalaman yang lahir dari naluri asasi manusia yang sememangnya menjurus ke arah keselamatan, kesenangan dan keindahan. Seni pada asasnya tidak bertentangan dengan Islam. Apa yang menjadi isu sebenarnya adalah apabila perlaksanaan tidak menghalalkan cara. Atau secara jelasnya,bagaimana cara perlaksanaannya (cara seni itu dikendalikan dan dilaksanakan), adakah ianya dibenarkan dalam islam serta sejajar dengan tuntutan tauhid dan syara. Sebagai contoh, seni suara misalnya, perlu dilihat dari aspek di mana dia menyanyi, bagaimana pemakaiannya-menutup aurat atau tidakbagaimana seni katanya dan siapakah pula pendengarnya. Jika perlaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip Islam, maka ia tidak dilarang. Seorang pencinta seni harus mengetahui apa yang sesuai dengan Islam. Mana-mana yang bertentangan mestilah ditinggalkan. Motif berseni tidak seharusnya bermatlamatkan kepada hiburan, tujuan keduniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada

berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan, sekiranya betul pembawaan seni itu, ianya dikira sebagai ibadah. Walaubagaimanapun, setiap apa pun yang kita lakukan haruslah dengan penuh kesederhanaan. Ketaksuban yang melebihi batas terhadap sesuatu amat ditegah dalam Islam. Ini kerana ia boleh mengundang kepada kemudharatan dan akhirnya menimbulkan syirik kepada Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas." Bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud: Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kaum (umat Islam) umat yang pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.. Ini kerana, sehebat mana pun hasil kesenian ciptaan manusia, tiada apa pun yang dapat menandingi kehebatan dan kebesaran ciptaan serta kuasa Allah s.w.t. Kesenian adalah bertujuan untuk melahirkan rasa kagum akan kebesaran dan keindahan alam ciptaan Allah. Tujuan utama seni adalah menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk. Kerana itu, kita harus berhati-hati agar rasa takjub kita terhadap keindahan dunia tidak melebihi rasa takjub kita kepada kebesaran Allah s.w.t.

Prinsip Seni Dalam Islam Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama : 1. Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, seni suara dan sebagainya. 2. Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainya. 3. Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, teater, filem dan sebagainya. 4. Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa.

Untuk memastikan seni Islam sejajar dengan tuntutan tauhid dan syara. Prinsip-prinsip berikut haruslah dititikberatkan. Antaranya ialah: 1. Seni haruslah memartabatkan akhlak islam Selari dengan motif seni dalam Islam yang menjurus kepada yang makruf dan mengutamakan yang akhlak. Sebagaimana yang telah diterangkan dalam konsep kesenian dalam Islam, seni adalah untuk membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t dan mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran). Bidang nyanyian khususnya, hakikatnya suara yang merdu dan indah adalah anugerah dari Allah buat hambanya. Dan Islam tidak melarang ummatnya untuk berhibur dengan keindahan seni suara selagimana ia tidak melanggar batas syariat. Keindahan suara yang merdu boleh dizahirkan dalam bentuk nasyid, qasidah dan taranum. Seni kata lagu atau nyanyian hendaklah mengandungi unsur nasihat dan pengajaran serta tidak melalaikan ataupun bertujuan untuk menarik perhatian semata-mata. Ramai orang pada masa kini berhibur bukan dengan cara sepatutnya. Menyanyi dalam keadaan yang tidak menutup aurat, menjerit-jerit serta tidak menjaga batas pergaulan diantara lelaki dan wanita. Ini adalah merupakan sesuatu yang menyalahi prinsip kesenian dalam Islam. Begitu juga dengan seni lakonan, ianya mampunmenjadi medan dakwah yang efektif sekiranya ia tidak melanggar batas-batas syariat seperti menjaga batas pergaulan, berpakaian menutup aurat seta berunsur nasihat dan Islamik. 2. Meningkatkan nilai kemanusiaan Dari segi istilah ilmu berkebudayaan, seni membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Setiap ciptaan manusia adalah seni yang lahir daripada cetusan ilham melalui pengamatan dan kajian kita tentang alam persekitaran. Kesenian ialah segala aktiviti yang berkaitan dengan seni yang menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia adalah ciptaan Allah s.w.t ataupun dihasilkan melalui fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia.

Setiap hasil seni yang tercipta seharusnya memberi kemaslahatan kepada manusia dan kehidupan dan bukannya kemudharatan. Seperti seni lukis, seni ukir, seni hias, dan seni bina, ia adalah merupakan seni yang boleh dihayati dengan penglihatan mata. Keindahan hasil seni lukis, seni ukir dan seni hias mampu memukau pandangan mata dengan keindahan warna, ukiran dan hiasan yang dilkakukan. Namun jika ia disalah gunakan seperti melukis gambar lucah, atau mengukir benda yang bernyawa seperti patung manusia, atau pun haiwan sehingga menjadi benda yangg boleh mensyirikkan Allah, sudah pasti ianya adalah amat salah disisi islam. Islam mengutamakan ajaran tauhid yang asli kerana itu ia menghindar dari sebarang pencemaran syirik, maka penggunaan mitos serta lambang-lambang tertentu yang memesongkan tauhid adalah dilarang. Di dalam kesenian mukadas, bukan saja perutusan atau isinya sahaja yang mesti suci, bentuk atau salurannya juga mesti suci. Lukisan atau karikatur yang berunsurkan hinaan, sindiran atau menyentuh sensitiviti keagamaan atau perkauman boleh menimbulkan dendam, dan pergaduhan. Maka sudah nyatalah perkara ini adalah sesuatu yang negatif dan boleh menimbulkan kemudharatan kepada hubungan sesama manusia. Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud: Tidak mudharat dan tidak memudharatkan. (Riwayat Ibn Majah). Justeru, jadikan seni sebagai sesuatu yang boleh menimbulkan kemaslahatan dan bukannya kemudharatan. Kerana setiap perkara yang boleh menimbulkan kemudharatan adalah dilarang dalam Islam. Islam menggalakkan ummatnya agar mengetahkan konsep wasatiyah

(kesederhanaan/pertengahan) dalam melakukan apa jua tindakan dan perbuatan. Membangunkan seni perlulah mengambil kira aspek-aspek seperti matlamat, akibat dan manfaat seni yang dilahirkan kepada alam dan manusia. 3. Seni Islam berdasarkan wahyu Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan Syariatnya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam. Menjadikan Al-quran, hadis dan sunnah sebagai pegangan dan sumber rujukan utama dalam berseni. Islam itu adalah syumul (sempurna/halus), setiap garis panduan yang telah ditetapkan dalam wahyu Allah iaitu al-quran adalah sempurna dan bersesuian dengan fitrah manusia, pada semua tempat, dan zaman.

Dalam seni ukir khususnya, islam membenarkan ahli seni untuk membuat ukiran atau memahat bentuk-bentuk tidak bernyawa seperti pemandangan, tumbuhan, gunung-ganang dan sebagainya. Namun apa yang dilarang dalam islam ialah mengukir atau memahat bentuk-bentuk yang bernyawa contohnya seperti manusia atau haiwan kerana ianya boleh menjadi bahan yang boleh dipuja dan akhirnya menimbulkan syirik kepada Allah. Pada zaman sekarang, menyimpan tangkal dan mempercayainya sebagai pelindung diri sudah menjadi perkara yang lazim dikalangan kita. Sebagai contoh, menyimpan keris lama atau cincin dan mempercayai bahawa benda itu boleh memberikan perlindungan dan menghindarkan diri daripada bala. Ini sudah jatuh kepada perkara syirik kerana mempercayai ada yang lebih berkuasa melainkan Allah s.w.t. Walhal, benda-benda tersebut adalah hasil daripada ciptaan tangan dan kesenian manusia juga. Ianya tidak mampu memberikan apa-apa kuasa mahupun kekuatan. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang maha kuasa dan dapat memberi perlindungan kepada kita. Tiada apa yang mampu menandingi kekuasaannya dan dialah yang telah menciptakan sekalian alam.

Peranan Seni Terhadap Manusia Dalam Islam, seni sepatutnya dapat memberi kesan dalam jiwa manusia serta dapat menghubungkan hamba dengan penciptanya. Menimbulkan rasa kagum dengan kekuasaan dan keesaan Allah serta menyedari bahawa setiap keindahan yang ada dunia ini adalah datangnya dari kekuasaan Allah. Berseni adalah bakat dalam diri manusia, dan bakat itu adalah anugerah kurniaan Allah. Membina kekhusyukan dan ketenangan jiwa- secara fitrahnya, manusia cenderung ke arah sesuatu yang indah dan seni. Sebagaimana yang telah dijelaskan, seni adalah merupakan sesuatu yang elok, lembut, indah, senang didengar atau dilihat. Kesenian islam seharusnya membawa nilai yang positif kepada kehidupan manusia. Sebagaimana seni alunan suara yang merdu dan indah juga, segala alunan yang berbentuk pujian-pujian kepada Allah dan rasulnya sama ada zikir, qasidah atau pun nasyid, jika dialunkan dengan merdu dan indah pasti akan dapat menimbulkan rasa tenang dan khusyuk didalam jiwa. Kerana tiada apa yang lebih tenang selain daripada mengingati Allah s.w.t sebagaimana dalam firmannya dalam surah ArRaad ayat 28 yang bermaksud: Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang. Menanam rasa takwa kepada Allah melalui seni yang berpaksikan tauhid- pembangunan kesenian didalam islam mestilah bertunjangkan aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt serta berlandaskan Al-quran, hadis dan sunah Rasulullah s.a.w. Setiap apa pun yang kita lakukan adalah demi mencari keredhaan Allah s.w.t. Seni adalah sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari daripada batasbatas syariat.Seni seharusnya dapat membimbing manusia kearah kehidupan yang lebih bertamadun dan beradab. Kesenian Islam tidak bermotifkan hiburan semata-mata malah ianya menjurus ke arah mentarbiah masyarakat menjadi insan yang beriman, berakhlak, berilmu dan beramal soleh. Oleh itu, sesuatu itu bukanlah dianggap seni sekiranya ia tidak dapat menjalankan fungsinya untuk membimbing manusia ke arah yang lebih baik dan mengingati Allah s.w.t.

Bidang Seni Dalam Islam a) Seni suara b) Seni rupa c) Seni pakaian d) Seni sastera Seni Suara Menurut pandangan Islam, seni suara dibahagikan kepada 2 kriteria iaitu seni suara yang baik dan seni suara yang buruk. Seni suara yang baik merangkumi bacaan al-Quran dengan suar yang merdu, syahdu dan lunak, melagukan azan, menyanyikan lagu-lagu jihad, berzikir, mendendangkan nyanyian hari-hari raya, menyanyikan selamat jalan dan selamat kembali kepada para jemaah haji, berzanji dan lain-lain. Seni suara yang buruk pula merangkumi nyanyian-nyanyian yang sering menimbulkan nafsu berahi, lagu-lagu joget dan tarian yang bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, lagu-lagu yang boleh merosakkan budi pekerti muda mudi serta melalaikan mereka dari beribadat kepada Allah. Bacaan Al-Quran Al-Quran adalah kalam Allah dan kitab suci umat Islam. Ia bukan sahaja mempunyai nilai sastera yang amat indah dan tinggi tetapi juga mempunyai seni bacaan yang unik. Oleh itu, membaca al-Quran diberikan prioriti yang pertama dan utama dalam Islam. Kita dituntut oleh syariat Islam supaya membaca al-Quran mengikut tajwidnya yang betul dan dengan suara yang baik bukan dengan cara berlagu sebagaimana lagu-lagu qasidah. Ini kerana ia boleh merosak dan mungkin akan menambah atau mengurangkan huruf-huruf al-Quran dan dianggap suatu bidaah pula. Menurut Ibn Hajar al-Haithami dalam kitabnya, Kaff al-Ria al Muharramat al-Sama, kesengajaan membaca al-Quran secara berlagu dengan menambahkan huruf atau menguranginya untuk memperelokkan dan memperhiaskannya adalah fasiq. Bahkan menurut fatwa Imam alNawawi mengenai golongan yang membaca al-Quran dengan berlagu yang buruk serta banyak perubahannya, maka hukumnya adalah haram menurut ijmak para ulama.

Nyayian Dan Seni Muzik Nyanyian dan muzik boleh mengubah sikap ke arah pencapaian peradaban yang bererti di samping mempunyai kekuasaan tersendiri hingga boleh menukar emosi menjadi terharu, sedih, pilu, menangis bahkan gila. Ini menunjukkan bahawa nyanyian dan muzik sangat rapat hubungannya dengan jiwa manusia. Oleh itu, ia perlu dikawal dan diberi perhatian supaya tidak merosakkan jiwa dan moral manusia. Islam dari segi falsafahnya menyatakan nyanyian dan muzik haruslah bertujuan kearah pembentukan peribadi dan sebagai tali penghubung ke arah taqwa kepada Allah. Islam tidak mengizinkan nyanyian dan muzik yang melalaikan manusia dari kewajiban terhadap Allah. Seni yang merosakkan adalah seni sesat yang hukumnya haram dan patut dijauhi. Pandangan Ulama Dan Fatwa Berhubung Seni Muzik ) Pandangan Imam al-Ghazali - tidak terdapat keterangan yang jelas dari sunnah Rasulullah yang melarang penggunaan alat-alat muzik - sebahagian instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang - seni muzik yang dilarang ialah seni muzik yang berada di dalam keadaan yang bersekongkol dengan kumpulan pemabuk, perzinaan dan perbuatan dosa yang lain - mendengar lagu itu ada 5 hukum iaitu harus, sunat, wajib, makruh dan haram

) Pandangan Imam Syafie - Menyatakan bahawa nyanyian itu adalah makruh dan melalaikan di dalam kitabnya, Adab al-Qada. - Ia menyamai kebatilan dan sesiapa yang mendengarnya maka dia adalah seorang safih dan penyaksiannya ditolak.

- Mendengar nyanyian dari wanita yang bukan mahram tidaklah harus dalam apa jua keadaan samada di tempat terdedah atau di tempat tertutup, samada wanita yang merdeka atau hamba - Jika tuan kepada hamba abdi wanita mengumpulkan orang ramai agar mendengar nyanyian abdinya itu, maka dia juga seorang safih dan penyaksiannya ditolak. ) Pandangan Imam Malik - Melarang mendengar nyanyian ) Pandangan Ibn Taimiyyah - Membezakan antara mendengar nyanyian dan muzik yang bermanfaat pada agama dan antara apa yang diberi pengecualian untuk mengelakkan dosa, dan antara pendengaran muqarrabin dan pendengaran orang-orang biasa. ) Pandangan Dr.Yusuf al-Qaradawi - Membuktikan mengenai hukum seni muzik yang pada asalnya bersifat harus tetapi boleh berubah kepada hukum-hukum lain berdasarkan beberapa syarat iaitu : Bukan semua lagu itu harus. Isi kandungannya hendaklah bertepatan dengan kesopanan Islam serta ajarannya. Nyanyian-nyanyian yang menyanjung pemerintah yang zalim, taghut dan fasiq adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana Islam melaknat para pelaku kezaliman dan para pengampunya. Cara persembahannya juga mesti diambil kira. Kadangkala tajuk lagunya tidak menjadi masalah tetapi cara penyampaian penyanyinya itu yang boleh menyebabkan hukumnya haram, syubhah atau makruh. Ini termasuklah cara nyanyian yang memberangsangkan ghairah seks para pendengar melalui tema-tema cinta berahi. Hendaklah nyanyian itu tidak diiringi dengan perkara yang haram

seperti meminum arak, mendedahkan aurat atau bercampur diantara lelaki dan perempuan tanpa batas dan had. Seperti perkara-perkara harus yang lain, nyanyian hendaklah tidak dilebih-lebihkan terutama nyanyian yang menyentuh perasaan dan kerinduan yang berlebihan. Sekiranya unsur-unsur yang berlebihan ini tidak dikawal, ianya akan mengabaikan hak akal, rohani dan kehendak seseorang, masyarakat dan agama. Sekiranya terdapat unsur nyanyian yang menaikkan nafsu syahwat, mendorong ke arah kejahatan, menjadi lalai dan leka untuk mengerjakan ibadah maka menjadi kewajipan ke atas pendengar untuk menjauhinya, menutup pintu fitnah tersebut demi memelihara dirinya dan agama. Tarian Islam tidak dapat menerima apa yang dikenali kini sebagai budaya rock. Bahkan semua perbuatan yang membawa kepada keghairahan syahwat seperti nyanyian-nyanyian lucah dan drama-drama liar meskipun ianya dianggap sebagai seni dan dikatakan kemajuan. Ini kerana, nilai dan kemajuan dalam Islam berbeza dengan Barat yang tidak mengambil kira agama sebagai panduan atau kayu pengukurnya. Islam mengharamkan sebarang interaksi bebas insan yang berlainan jantina tanpa perkahwinan yang sah. Demikian juga sebarang perbuatan atau kegiatan yang membawa kepada yang diharamkan seperti perbuatan zina di mana Islam tidak saja melarang dengan sebutan jangan berzina tetapi semua yang membangkitkan syahwat dan keghairahan nafsu. Seni Rupa Secara umumnya para ulama membahagikan seni rupa kepada 2 iaitu: a) Seni rupa yang mempunyai imej ataupun bentuk dan hasilnya dinamakan patung b) Seni rupa yang tidak mempunyai imej mahupun bentuk dan hasilnya dinamakan gambar atau lukisan

Seni Ukir Seni ukir Islam mempunyai nilai yang tinggi baik dalam susunan komposisi cara pengisian bidang yang dihias ataupun dalam cara mensejajarkan motif-motif ukirannya Pembahagian bidang diatur berdasarkan geometri, motif-motif tabii seperti daun, akar, bunga dan sebagainya Dalam seni ukir Islam wujud paduan yang harmoni antara rasa dan akal Ia juga dikenali sebagai seni pahat yang merangkumi apa-apa sahaja yang diukir atau yang dipahat Patung Islam mengharamkan patung di dalam rumah yang dijadikan perhiasan dan sebagainya kerana malaikat rahmat akan menjauhi rumah tersebut Jika si pembuat patung tersebut mengetahui bahawa patung itu akan disembah maka dia adalah seorang kafir Jika si pembuat patung itu tidak sengaja dan tidak mengetahui bahawa patung itu akan disembah, maka dia berdosa sahaja dengan perbuatannya itu Terdapat hadith yang menyatakan bahawa si pembuat patung akan dipaksa memberi nyawa kepada patungnya. Dia akan diseksa selama mana ia tidak dapat memberikan nyawanya kepada patung tersebut. Seni Khat Khat merupakan seni yang mengandungi keindahan estetika Merupakan kesenian yang paling asas di dalam Islam kerana ia merupakan wadah kepada pengaliran ilmu Kaligrafi atau seni khat berasal daripada perkataan latin iaitu kalios yang bererti indah manakala graph bermaksud garisan atau tulisan

Seni khat bermula serentak dengan turunnya wahyu Ilahi kepada Rasulullah kerana pada zaman jahiliah, orang-orang Arab berpegang kepada tradisi lisan untuk menyimpan maklumat dan komunikasi mereka Ahli-ahli kaligrafi sangat dimuliakan : mereka diberi hadiah dan kedudukan yang istimewa oleh para raja dan orang-orang besar di seluruh dunia Islam Karya-karya mereka memaparkan kewibawaan luarbiasa para seniman silam malah menjadi sumbangan yang hidup kepada tamadun Islam yang melahirkan mereka. Seni Bina Seni bina Islam telah berkembang seiring dengan seni ukir dan seni khat Islam Seni bina Islam mempunyai ciri-cirinya tersendiri dan bersifat unik : mengandungi seni khat, bentuk arabesque, corak geometrid an motif seni reka Wujud pengaruh yang kuat daripada ayat-ayat al-Quran, hadith dan syair-syair bahasa Arab Selepas kewafatan Rasulullah, seni bina terus berkembang terutama di zaman Khulafa al-Rasyidin khususnya melalui pembinaan masjid yang dihias dengan tulisan khat Di zaman Bani Umayyah, istana-istana khalifah turut diukir dengan seni ukir yang unik. Buktinya, istana Amarah yang terletak di timur Laut Mati dan di Masjid al-Haram tersergam indah dengan seni bina Islam dan ukiran yang bercirikan Islam Di zaman kerajaan Islam di Sepanyol (Andalusia), unsur-unsur seni bina Islam amat terserlah pada bangunan dan istana seperti yang terdapat pada Istana Alhambra dan Masjid Cordova Di zaman kerajaan Islam Abbasiyyah, seni bina Islam mencapai zaman keemasan kerana ciri-ciri seni bina Islam mampu bersepadu dengan seni bina Parsi yang tidak mempunyai unsur-unsur seni yang bertentangan dengan Islam Kerajaan Dawlah Uthmaniyyah yang berpusat di Turki turut mencatatkan

kehebatan di dalam perkembangan seni bina Islam. Buktinya, pembinaan Masjid Mihrimah, Sehzade, Suleymaniye dan Selimiye. Seni bina ini terhasil dengan kepakaran para arkitek Islam seperti Sinanuddin Yusuf b. Abdullah, Khayruddi dan Ahmad Pasha Seni Pakaian Pakaian merupakan kebudayaan manusia yang dibenarkan bahkan dituntut oleh agama Islam agar manusia kelihatan sopan dan cantik : berbeza dengan haiwan yang tidak berakal. Dalam Islam, seni pakaian diserahkan kepada kebijaksanaan umat Islam sendiri menggubahnya untuk disesuaikan dengan adat, tradisi dan keadaan setempat. Islam amat menitikberatkan soal kebersihan kerana melihatnya sebagai asas bagi setiap perhiasan yang baik dan pemandangan yang elok dalam pakaian. Pakaian yang diperbuat daripada bulu kambing, sutera, kulit binatang yang halal, pakaian dari benang guni dan sebagainya adalah dihalalkan. Begitu juga dengan seni memperagakan pakaian. Ia dihalalkan selagi tidak melanggar batas-batas hukum Islam. Pakaian berfungsi sebagai usaha menutup aurat dan untuk menghias diri. Oleh itu, sesuatu pakaian yang tidak dapat menutupi aurat meskipun dapat dijadikan perhiasan diri seperti kain yang jarang adalah dianggap tidak menurut hukum Islam. Pakaian yang dapat memelihara diri dari panas dan kesejukan serta dapat mempertahankan diri dalam peperangan juga dihalalkan dalam Islam. Selain itu, terdapat hadith yang menganjurkan agar kita berpakaian menutup aurat pada setiap masa. Lebih-lebih lagi sewaktu solat dan mengerjakan haji agar dapat dibezakan atau dibanteras amalan orang-orang Arab jahiliah masa lampau. Ini kerana, semasa ingin beribadat mereka membuka seluruh pakaian mereka. Apa sahaja perhiasan yang didapati dari perut laut seperti mutiara, batu-batu berharga dan lain-lain boleh dijadikan pakaian dan perhiasan manusia terutamanya kaum wanita. Dalam hal warna pakaian pula, tidaklah terlalu dititik beratkan oleh Islam. Namun begitu, adalah lebih baik jika berwarna putih. Pakaian yang diperbuat dari sutera dan perhiasan emas dihalalkan bagi kaum wanita memakainya tetapi diharamkan bagi kaum lelaki. Haram bagi kaum lelaki untuk memakai atau mengguna apa saja yang diperbuat daripada emas seperti gelang, rantai, bekas rokok, gigi emas dan sebagainya. Tetapi tidak diharamkan mereka memakai atau mengguna apa sahaja yang diperbuat daripada perak, logam, besi dan sebagainya.

Seni Sastera Sastera ertinya bahasa, seni sastera ialah seni bahasa. Susastera bermaksud Bahasa Yang Indah. Kesusasteraan pula bermaksud sejumlah tulisan yang menggunakan bahasa yang indah bagi melahirkan perasaan yang indah. Sastera adalah salah satu cabang seni manakala seni itu adalah suatu yang indah yang dapat dihubungkaitkan dengan keindahan mutlak Allah itu sendiri. Kesusasteraan ialah satu bentuk tulisan yang dicipta oleh manusia dengan bantuan bahasa dengan tujuan menikmati penerokaannya ke dalam pengalaman-pengalaman semasa hidup. Bentuk utama sastera ialah sifat pengisahan yang terdapat di dalam pernyataannya. Ahli karya sastera peka bertindak balas ke atas fakta-fakta penghidupan dan mempersembahkan kepada pembaca hasil kesedaran instuitif. Pada umumnya, segala karangan atau karya tulisan yang menggunakan bahasa yang indah dapat dibahagikan kepada 2: a) Prosa Nathr karangan bebas yang tidak terikat dengan sebarang peraturan. b) Puisi Syair- karangan atau gubahan perkataan yang terikat dengan peraturan tertentu seperti sajak, pantun, dan sebagainya. Terdapat pengecualian bagi penyair yang rongganya penuh dengan syair-syair memuji Allah atau Rasulnya, demikian juga syair-syair yang memuatkan zikrullah dan ajaran-ajaran agama, maka ianya tidaklah dilarang dan tidak dicela sebegitu keras. Para sasterawan tidak dilarang sama sekali malah digalakkan agar mereka menghasilkan karya yang mengandungi nasihat agama, semangat perjuangan untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan menghapuskan kemiskinan dalam masyarakat. Karya-karya mereka pada zaman dahulu penuh dengan ilmu pengetahuan, menganjurkan kerjasama, persahabatan dan perpaduan ummah serta mengandungi puji-pujian terhadap Allah, selawat ke atas nabi, pujian ke atas para sahabat pilihan, para malaikat, kitab-kitab suci dan lain-lain. Syair dan usaha syair tidak dilarang jika ianya digarap untuk tujuan meningkatkan semangat jihad, memperbaharui tekad, menghibur juga menghilangkan penat lelah berkerja, menyeru melaksanakan amar maruf nahi mungkar, menyebut syurga neraka, menyelar perbuatan zina, minum arak atau mengambil dadah, menimbulkan keraguan terhadap berhala dan penyembahannya.

Kesimpulan Kesenian Islam bertunjangkan tauhid, iaitu keesaan Tuhan yang bertolak dari pengajaran alQuran dan as-Sunnah. Bacaan al-Quran yang teliti telah menciptakan suatu cabang muzik baru. Pemeliharaan naskahnya telah melahirkan tulisan atau khat Arab yang indah. Pembinaan masjidmasjid sebagai tempat ibadah kaum Muslimin pula telah mengembangkan seni bina dan seni hias. Di dalam menjaga keseimbangan antara keperluan jasad dan jiwa, Islam telah menganjurkan sikap sederhana dalam semua perkara dan membawa kepada bakat-bakat alami di dalam jurusan-jurusan yang benar dan telah mencuba untuk mengembangkan suatu keseluruhan yang harmonis dalam diri manusia. Dalam sabda-sabda Nabi, terdapat teks-teks yang menegaskan keprihatinan Islam terhadap pelbagai aspek seni. Islam tidak menentang seni, selagimana seni tersebut tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip seni dalam Islam. Prinsip seni dalam Islam mestilah memartabatkan akhlak Islam, meningkatkan nilai kemanusiaan, dan berlandaskan wahyu serta menghubungkan manusia dengan penciptanya. Fungsi seni dalam Islam adalah untuk menggiat akal manusia ke arah perkaitan alam rohani dan jasmani. Membina jiwa yang tenang dan khusyuk serta menambahkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Antara contoh-contoh bidang kesenian dalam Islam ialah, Seni khat, seni bina, seni suara seni muzik dan pelbagai lagi. Secara fitrahnya, manusia dan seni memang tidak dapat dipisahkan. Seni yang pelbagai mampu menjadi medan dakwah yang efektif jika para pencinta seni benar menghayati konsep kesenian yang sebenar mengikut Islam

Rujukan https://sites.google.com/site/khazalii/8udi3052keseniandalamislam(bab8) Prof Madya Dr Mohd Yusuf Amad ,Open University Malaysia (OUM),MPW1143/2143Pengajian Islam. Meteor Doc Sdn.Bhd:Selangor,2010 . http://electro-rk86.blogspot.com/2012/04/seni-dalam-pengertian-islam.html http://tmaarh66.blogspot.com/2011/02/sejarah-pembinaan-masjid-nabawi.html Al-Quranul Karim, surah Al-Baqarah ayat 143. Al-Quranul Karim, Surah Ar-Raad ayat 28.

Anda mungkin juga menyukai