Anda di halaman 1dari 14

CTU 281 : KEINDAHAN DAN KREATIVITI ISLAM

Silibus Kursus Penilai Kursus Pelan Pengajaran Panduan Penyediaan Assignment

Tajuk 1 : Konsep Seni Islam


Manusia adalah ciptaan Allah swt yang penuh dengan nilai-nilai seni. Alam yang indah ciptaan Allah swt buat manusia mengenali penciptanya. Karya seni ciptaan manusia terhasil oleh seniman dengan kesedaran diri serta alam yang ada sekelilingnya Karya seni Islam adalah pernyataan seniman muslim tentang kepercayaan dan agama yang diamalkan dalam kehidupan seharian.

Hubungan Seni Dengan Agama


Daniel J.Boors, kebanyakan karya seni teragung sejarah manusia dicetuskan ilhamnya oleh agama. Osman Bakar, agama adalah asal-usul seni. Bangunan bersejarah seperti piramid, Taj Mahal, Borobudur, Angkor Watt, St. Peter Chetedral didirikan atas kesedaran agama.

Gagasan Seni Untuk Seni


Seni yang menumpukan kepada keindahan semata-mata. Memuja ciptaan Allah swt yang indah tanpa mengenali penciptaNya. Mengambil yang indah dari ciptaan Allah sebagai ilham seni tanpa mengucapkan kebesaran dan keagungan Allah. Seni untuk seni adalah bertentangan dengan Islam.

Pengertian Seni
Kamus DBP, sesuatu yang tipis dan halus, enak didengar, comel dan lembut, karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan oleh bakat. Kamus Fajar, keindahan, kemurnian dan keharuan. Ciptaan yang indah, yang luar biasa dalam semua bidang sama ada bahasa, binaan, lukisan, suara dan sebagainya.

Menurut Bahasa Arab


AL-FAN, penjelmaan rasa keindahan umumnya, rasa keharuan khususnya untuk kesejahteraan hidup. Rasa itu disusun dan dinyatakan oleh fikiran sehingga menjadi bentuk yang dapat disalur dan dimilikki. Usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan (pleasure).

Menurut Sidi Ghazalba


Bentuk yang dapat memuaskan penghayatan keindahan sehingga kita mampu mengapresiasikan (menghargai) hubungan formal antara persepsi dan penghayatan yang berkait rapat dengan keindahan. Dalam bahasa Inggeris disebut art.

Encyclopedia Americana
Kemahiran seni yang berkait rapat dengan kreativiti dalam bentuk sastera, sajak, drama, muzik, tarian dan sebagainya. Longman, sesuatu yang menitik beratkan tentang kemahiran serta kreativiti imajinasi seseorang terutama dalam menghasilkan keindahan. Plato menurut Encyclopedia Americana, kemahiran dalam menghasilkan sesuatu karya. Ia merupakan imitasi semula oleh seniman yang dituangkan melalui kanvas.

Kesenian Islam-Menurut Sidi Ghazalba


Sidi Ghazalba, satu cetusan pernyataan jujur manusia bagi menyatakan suara jiwanya terhadap Khaliq. Aduan rasa dan ucap syukur terhadapNya atas segala keindahan yang telah dicipta. Bentuk kesenian Islam yang indah mesti mengandungi nilai etika Islam iaitu akhlak.

Kesenian Islam-Menurut Kamal Hasan, Prof.Dr.


Kesenian meningkatkan kehalusan dan keindahan budi manusia dalam membentuk hubungan antara manusia dengan khaliq dan antara manusia dengan manusia serta manusia dengan alam. Nilai estetika kesenian Islam mestilah sepadu, mengambilkira semua dimensi, peringkat dan manifestasi keindahan. Bermula dengan keindahan jasmani hingga Yang Maha Indah. Keindahan yang terpancar dari nilai Tauhid, syariat dan akhlak yang membawa kepada kebaikan dan kebenaran.

Kesenian Islam
Bertujuan untuk menyedarkan manusia tentang fungsi serta tanggungjawab dirinya terhadap Pencipta, makhluk dan alam semesta. Kesenian yang memberi kepuasan kepada keinginan keimanan dengan tunduk kepada peraturan yang selaras dengan syariat untuk mencapai hasanah fiddunnya dan hasanah fil akhirah.

Menurut Syed Hossein Nasr


Seni Islam bukan sekadar berkaitan dengan bahan-bahan material tetapi berunsur religious menjiwai bahan-bahan material tersebut berteraskan Al Quran dan As Sunnah. Ahmad Kamal Abdullah, kesenian Islam adalah adunan yang organik terdiri dari pengalaman, keyakinan, sudut pandangan, keilmuan pendidikan dan lain-lain sehingga ia mempunyai identiti tersendiri yang membayangkan ketinggian mutu serta jiwa senimannya.

Menurut Sayyid Qutb


Kesenian dalam Islam mestilah menyedarkan orang akan kekuatan atau potensi dirinya dan menampakkan tujuan-tujuan hidup yang layak bagi manusia sebagai manusia. Bukan setakat memenuhi kekosongan jiwa dengan kenikmatan lahiriah atau memuaskan nafsu yang membawa kepada pemikiran atau perbuatan negatif.

Kesimpulan
Kesenian Islam adalah : 1. Bentuk-bentuk kesenangan dan keindahan yang tercipta dan dicipta. 2. Kesenian yang dicetuskan oleh iman dan tauhid (keagamaan+ketuhanan) 3. Salah satu methode dakwah 4. Hasil ciptaan manusia yang berteraskan kepada aqidah, syariah dan akhlak.

Anda mungkin juga menyukai