Anda di halaman 1dari 18

NOTA: Bahan-bahan ini belum disemak, berhati-hati dengan kandungannya

Seni Islam

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal
bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang
nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi
menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam
jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan
keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang,
didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa.
Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan
kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan,
Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa
manusia yang sesuai dengan fitrahnya.

Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini adalah
disebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama. Walau
bagaimanapun seni masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan dengan moral.
Seni juga boleh dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, di
mana seni untuk seni adalah bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini
dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni
untuk masyarakat pula menyatakan bahawa seni dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya
mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak.

Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai
kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi
istilah ilmu berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan
yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan
atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya
'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian
daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok
masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati
melalui pancaindera yang lima. Justeru itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta
kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera. Seni
secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama :

 Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara dan
sebagainya.
 Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina,
seni pakaian dan sebagainya.
 Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo,
teater, filem dan sebagainya.
 Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi
dan prosa.

Konsep Seni Menurut Perspektif Islam

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni
Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung
dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan
daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni
merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang
melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang yang melampaui batas."

Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas
segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan
sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat
manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar
menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang
cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk
lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza
dengan peradaban Islam yang lain.

Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek
akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan
satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan
semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar
bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta
membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai
perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan
terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam
hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk
meningkatkan ketaqwaan.

Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai
persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang
menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt.

2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika,


kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.

3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada


keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi
ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap.

4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan
SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang
membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.

5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia
dan juga makhluk.

Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seni untuk
masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan.
Antaranya:

(a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut
boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk
binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk
mengunjungi rumah Allah swt tersebut.

(b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan
umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan
beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran.

(c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak
diperlukan oleh manusia.

(d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :

 Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa


tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan
kifayah.
 Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak
(betul) dan yang batil (salah).
 Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai
kemaksiatan yang lain.
 Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan
bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau.
 Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada
kayu, batu dan lain-lain.
 Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan,
bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari
tekanan jari. Sesetengah ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk
pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga
alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang
pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.
 Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak
bermoral seperti tarian terkini (kontemporari).
 Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan
kesombongan.

(e) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.
Matlamat Kesenian

Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupun keseronokan.
Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia.
Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada
berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya
betul pembawaan seni itu, ia dikira ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak
tahu bagaimama untuk membawa kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan
kepada Allah swt. Seni Islam dibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan
beradab.

Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan
pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf
(kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian
manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya
yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia
menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia
menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.

Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa
manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan
keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana
Allah untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang
merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang
berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat
meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi.

Bidang-bidang Kesenian Islam

a) Tulisan Khat

Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya
dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni
tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya
mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga
disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis
ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama').

Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua
bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan tulisan
indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni
tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf
lain adalah dari segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan
dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.

Kepentingan Seni Khat

1. Ia mempunyai kaitan denganpeningkatan tahap tamadun itu sendiri. Sebab itu ia merupakan
hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.

2. Salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhamad s.a.w agar umat Islam membaca dan
menulis ayat-ayat al-Quran dengan baik. Dan dengan cara ini difikrkan untuk memudahkan lagi
mereka mempelajari dan menghafalnya.

3. Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa
penulisnya.

4. Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : "
Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya narata kunci rezeki".

5. Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan
merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".
Jenis-jenis Seni Khat

Tamudun Islam kaa dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Khatnya
mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini.
Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan
Raihani.

Khat Kufi berasal dai Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada
pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk
ukiran timbul.

Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-
Quran), nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.

Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku
berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta tidak
mengelirukan

Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia
banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah
dan surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.

Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat
menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota
kuliah.

Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan secara meluas
emasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk
penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya
juga adalah sebagai hiasan.
Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya , rumit
penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan
sebagainya.

Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta
ditambah dengan tanda-tanda syakal.

b) Penulisan (Sastera)

Manakala seni penulisan ula dikaitkan dengan seni kesusatetraan. Seni kesusasteraan
sememangnya mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan umat Islam dan ianya
terjadi kerana kesusateraan Islam bersumberkan al-Quran dan al-sunnah yang mana
kesusasteraan al-Quran dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan bahasa dan dari segi
isinya. Di sini dapat dilihat bahawa hasil atau sumbangan kesusateraan yang berteraskan al-
Quran dan al-Sunnah telah menyebabkan ramai kaum musyrikin yang telah memeluk agama
Islam hanya apabila mendengar al-Quran. Contohnya al-Walid l-Mughirah yang merupakan
penyair yang terkenal pada zaman Jahiliyyah dan pengkritik yang paling tajam terhadap
Rasulallah s.a.w, Umar al-Khattab serta Labid, Rabiah dan Jubair bin Mat'am.

AlQuran telah berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan Arab dari segu
keindahan bahasa kesusteraan dan yang lebih menakjubkan lagi ianya bukan sahaja
menggetarkan jiwa mereka yang memahami bahasa arab malah melintasi batas periadi,
bahasa, keturunan, kebudayaan, geografi, pangkat dan sebagainya. Kesusteraan Islam mula
disebarkan oleh Rasulallah s.a.w dan terus berkemabang pada zaman khalifah-khalifah al-
Rashidin, Umaiyah dan Abbasiyyah. Selain al-Quran, karya kesusteraan Islam juga meliputi
Syair, Rubai', Burdah, Prosa dan sebagainya.

c) Lukisan dan Arca ( Ukiran)

Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan
untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran eni halus inijuga
terdapat pada perabut rumah, piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan
lain-lain. Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan
logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya
bewarna emas, perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air,
buyung, tungku dan topi besi perang. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring
dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding,
tikar permaidani, sejadah, barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias pula
biasanya berbentuk seperti kerawag, lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-
lain.

Seni lukis ula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera pada
helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk
araesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar
warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-
buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak
termasuk benda-benda bernyawa yan boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

d) Seni binaan.

Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. Seni
bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang direka oleh
manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling
utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu
berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur.
Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni
bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan
hampir runtuh.

Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan iala seni bina masjid. Ini adalah
kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai cri terpenting sesebuah bandar. Ini dapat
kita perhatikan daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara
yang pertama baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid. Masjid
pertama menjadi lanmbang kekuatan aqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin. Masjid
pertama yang didirikan di Madinah ialah Masjid al-Nabawi yang digunakan oleh Rasulallah s.q.w
sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi,
peradaban, perang dan sebagainya. Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya,
masjid ekemudiannya dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur dekoratif-
ornamentif berdasarkan latarbelakang budaya persekitaran umat Islam.

Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun berbanding dengan barat, kerana
unsur-unsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan nilai
kerohanian dan pada masa yang sama pembangunan fizikal dankebendaan tidak dipinggirkan.
Konsep penting dalamseni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu',
aman dan damai serta merendah hati kepada keagungan Allah s.w.t. Pengagunan dan erhiasan
bukanlah menjadi matlamat seni bina Islam, tetapi kerana kreativiti dan inovasi mat, artis,
seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi suatu seni yang bernilai tinggi yang disepadukan
bersama penggunaan corak, warna dan eka bentuk yang dibuat berdasarkan ajaran al-Quran.
Kepentingan seni bina masjid di bandar silam Islam digambarkan dengan terdapat 241 buah
masjid. Di Kaherah pada abad ke 15 masehi pula terdapat 88 buah masjid jamek (masjid
uatama) dan 19 masjid kecil

Dari segi strktur dalaman dan luaran masjid, beberapa perkara dapat dilhat khususnya dari asek
mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang erkumpul, tang dan pilar utama, anjug dan
serambi, mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-
lain lagi. Perkaraperkara i merupakan karektiristik sebi bin a masjid yang memperlihatkan
keuhikannya yang tersendiri berbanding dengan seni-bina yang lain. Selain itu, seni bina masjid
banyak mengetengahkan bentuk-bentuk blat yang merupakan bentuk yang paling sempurna
yang mencerminan kelembutan dan kehalusan seolah-lah ia tidak berkesedahan.

Selain daripada masjid, seni bina Islam juga merangkumi bangunan-bangunan kediaman, kedai,
jambatan, saluranair, rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya. Seni
bina mencirikan kepada lambang islam dan berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t serta
menitikberatkan kepada reka bentuk islam banyak dipengaruhi oleh seni bina masjid seperti
istana-istana, taj Mahal, kota-kota seperti kta Baghdad malah di Malaysia sendiri seerti
bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan kerertapi tanah melayu, bangunan daya bumi dan
pintu gerbang darul ehsan.
e) Seni Muzik ( Suara, lagu dan Bunyi)

Antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati serta menenangkan
telnga ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam selagi tidak dicampuri lirij-lirik koto, cabul
dan yang dapat mengarahkan kepada perbuatan dosa dan dengan muzik yang tida
membangkitkan nafsu bahkan disunatkan hiburan itu seperti pada hari raya, perkhawinan,
aqiqah dan waktu lahirnya seorang bayi. Daripada Aisyah r.a bahawa ketika dia menghantar
pengantin perempuan ke tempat lelaki Ansar, maka nabi bertanya : "Hai Aisyah ! Apakah
mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab rang-orang ansar gemar sekali terhadap
hiburan".

Tidak terdapat perkataan arab yang boleh diertikan dengan istilah Inggeris "muzik" yang
menyeluruh. Ensiklopedia Pelajar Oxford mentadbirkan muzik sebagai bunyi yang disusun pada
pola yang sedap didengar atau yang boleh melahirkan perasaan.

CONTOH KARYA

CATAN
KHAT

ARCA
SENI BINA
Kesenian Mengikut Perspektif Islam

Kesenian ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu seni ukir,seni


muzik,kesasteraan,seni bina dan pelbagai lagi yang terdapat di dunia ini. Seni adalah
sesuatu yang bersifat abstrak,ia dapat dipandang,didengari dan di sentuh tetapi ia tidak
dapat dinyatakan melalui kata-kata. Kesenian berasal dari perkataan latin yang
bermaksud kemahiran,cara atau kaedah.

MAKSUD KESENIAN
HERBERT READ : Pendapat beliau pula seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-
bentuk yang menenangkan,nilai-nilai indah ,tidak cantik adalah bidang yang termasuk
dalam seni dan nilai keindahan dalam kehidupan manusia yang kadang- kadang lebih
berpengaruh dalam bidang logik.

AL-GHAZALI : Al-ghazali pula menjelaskan bahawa seni dengan maksud kerja yang
berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrah.

AL-FARABI : menurut beliau seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahaan

MAKSUD KESENIAN MENURUT TOKOH :


Seni untuk masyarakat - Seni yang dicipta oleh pencipta hendak lah difahami semua
golongan masyarakat kerana seni itu dihasilkan dengan suatu tujuan.Iaitu bertujuan
untuk paparan umum,dan di hasilkan untuk kemasyarakat,politik dan akhlak.

Seni untuk seni - Bertujuan untuk menghasilkan seni sahaja.Mereka yang mempunyai
kesenian tersendiri boleh mencipta pelbagai ciptaan secara bebas tanpa halangan dan
tanpa tujuan yang mutlak.mereka boleh mencipta seni itu sama ada berunsurkan baik
ataupun jahat.Seni ini tidak di galakkan dalam islam kerana ia boleh membawa
kemudaratan kepada banyak pihak.

TUJUAN KESENIAN.
Terbahagi kepada 2 :
Seni yang dinikmati melali bacaan seperti hasil karya sastera yang berbentu puisi dan
prosa. drama.teater.filem dan lain-lain. Seni penglihatan dan pendengaran
dihasilkan melalui penglihatan shaja tanpa pendengaran Seni penglihatan seperti
muzik,prosa,diklamasi sajak,syair,seni suara Seni pendengaran

BAHAGIAN DI DALAM KESENIAN.


Terbahagi 4 bahagian :
Kesenian dalam islam ialah kesinambungan daripada zaman dahulu kala yang telah
berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah s.w.t. Islam
memiliki sejarah kazanah kesenian yang tersendiri dan amat unik.Islam terus
berkembang didalam bentuk dan falsafahnya yang berorentasikan sumber islam yang
menitik beratkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan syara’.

KESENIAN DALAM ISLAM.


Hukum seni adalah harus.Iaitu harus dilakukan tetapi jika tidak dilakukan tidak
berdosa.Apabila terdapat perkara yang ditentangan dengan hukum syarak maka ia akan
menjadi Haram. Seni mestilah menjadi alat untuk meningkatkan ketakwaan. Setiap
aktiviti kesenian hendak lah kerana ALLAH S.W.T. dan di redhai NYA dan juga
mendapat ketakwaannya. Kesenian itu mestilah bersifatkan amar makruf nahi
mungkar.iaitu dilakukan dengan tujuan yang baik dan mengikut landasan yang benar
dan meningalkan larangan NYA. Dalam aspek islamiah,untuk membangunkan
kesenian islam focus utama adalah,para pencinta seni mestilaj mempunyai
akhlak,keimanan,matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan dalam diri masing-
masing.Agar tidak terpesong dari landasan syara. Tujuan kesenian islam ialah kerana
Allah S.W.T Seni islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan islam.

KONSEP KESENIAN DALAM ISLAM


Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan
nilai-nilai persekitran dan sejagat.

PRINSIP-PRINSIP KESENIAN ISLAM.


Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan Allah, alam sekitar dan sesama
manusia serta makhluk lain.Kesenian Islam terpancar dari wahyu Allah, sama seperti
undang-undang dan syariat.Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai
yang tergantung kpd keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Mementingkan persoalan
akhlak dan kebenaran yg menyentuh aspek- aspek estatika, kemanusiaan, moral dan
lain-lain lagi.
Selawat ke atas Rasullulah dalam sambutan maulidurasul dan bertaranum (seni lagu) Al-
Quran. Mengadakan persembahan seperti Nasyid,Qasidah, SUNAT : Masjid merupakan
tempat orang muslim menunaikan kewajipan kepada Allah,dan sebagai hambanya
manusia wajib membina dan mencantikkan reka bentuk berserta rekaan seni taman bagi
maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah tersebut.

HUKUM SENI DIDALAM ISLAM.


Apa saja bentuk seni yang tidak ada perkara yang mengharamkannya.

HARUS :
Contohnya: Menghalalkan perempuan/lelaki yang bukan mahram. Membuat manusia
khayal dengan keadaan sekeliling sehinggakan manusia tersebut melakukan perkara
yang tidak benar sehinggakan tidak dapat membezakan yang betul dan yang
palsu.Contohnya:Meninggalkan solat lima waktu,ibadat fardhu ain dan kifayah.

HARAM :
Contohnya:Hasil seni lukis seseorang perlukis yang tidak memberi erti kepada umat
islam.

MAKHRUH :
Seni lukis tidak diharamkan dalam Islam asalkan dalam Islam ia tidak bercanggah
dengan ajaran islam . Antara cirri-ciri lukisan yang telah digariskan dalam islam ialah
bermotifkan tauhid kepada Allah S.W.T yang Maha Esa.Seni khat atau kaligafi
merupakan satu bidang kesenian yang unik seta mempunyai identiti keIslaman yang
tersendiri.Dimana seni khat adalah fenomena seni rupa yang indah,menarik,unik dan
tersusun,digolongkan sebagai kemuncak etika kesenian Islam yang begitu tinggi.

BIDANG-BIDANG KESENIAN ISLAM.


Orang – orang Arab mempunyai seni persembahan yang dinamakan Qasidah yang
asalnya dalam bentuk puisi yang pada asalnya mempunyai 50 – 100 baris. Qasidah
biasanya diiringi dengan muzik dan biasanya memperkatakan tentang kehidupan orang
– orang Arab di padang pasir. QASIDAH - Kesenian dalam islam sering dikaitkan dengan
hukum haram dan harus. Di kalangan ahli sufi islam menyatakan bahawa seni
persembahan yang tergolong di dalamnya,seni muzik merupakan wahana penting dalam
meningkatkan kerohanian,kedamaian rasa di samping membentuk jiwa yang lembut.

SENI LAKONAN
Syair merupakan satu lagi cabang seni bangsa Arab. Syair beerti puisi. Syair mempunyai
irama pada tiap-tiap hujung baris yang dipanggil Qafiyah. Puisi atau syair Melayu jika
dibandingkan dengan syair Arab.SYAIR - Puisi merupakan satu saluran yang sesuai bagi
ahli-ahli sufi untuk menyatakan segala hati nurani mereka. Puisi – puisi ahli sufi yang
terpopular ialah cinta ilahi,haramlah semua yang asyik,memandang selain
dia,memancarlah sinar terang dan lahirlah menjelang rupa puisi
Berdasarkan penjelasan di atas,maka kita dapat melihat perkaitan erat antara Islam
dengan seni yang memaparkan rasa keindahan dan estetik bersandarkan prinsip ALLAH
S.W.T . Seni adalah fitrah dan ia adlah kehendak setiap manusia. Dari sini akan
terhasillah matlamat seni iaitu kearah mendekatkan diri pada Allah SWT, bagaimanakah
matlamat mulia itu dapat dicapai sekiranya penseni islam yang memaparkan akhlak yang
bercanggah dengan sikap dan nilai hidup yang disaran syarak. Tanggungjawab seni
adalah wasilah untuk mencari keredhaan Allah dan membawa masyarakat agar menjadi
hamba Allah yang taat. Pengiat seni seharusnya menambah nilai positif,murni dan baik
dalam kehidupan bermasyarakat dan menjadi model kepada masyarkat. Justeru dapat
mengaplikasikan tanggungjawab sebenar muslim bertepatan dengan konsep “seni untuk
islam” iaitu bagi melaksanakan tuntutan menyuruh yang makruf dan melarang yang
mungkar.

MATLAMAT SENI DALAM ISLAM


Terdapat beberapa peranan kesenian Islam yang dapat menunjukkan betapa pentingnya
sesuatu yang dinamakan seni. Kita perlu mengetahui bahawa kesenian itu memberi
kepentingan yang mendalam dalam diri seseorang induvidu. Kesimpulannya,seni hanya
mengabdikan diri kepada Allah SWT dan seni adalah wasilah kearah mendekatkan diri
kepada Allah SWT. Demi seni segala perlakuan yang lain dihalalkan asalkan tidak
mencabuli prinsip islam itu sendiri. Seni Islam adalah untuk kebaikan kepada
masyarakat,agama,bangsa dan negara serta ummah.

tambahan

Seni Islam merangkumi seni tampak yang dihasilkan sejak abad ke-7 oleh penduduk wilayah
Islam.[2] Ia termasuk bidang-bidang yang berbeza, antaranya seni bina, seni khat, lukisan, dan
tembikar.
Biasanya tetapi bukan pada keseluruhannya, seni Islam menumpukan penggambaran corak dan
seni khat Arab kerana ketakutan banyak orang Muslim bahawa penggambaran bentuk orang
merupakan penyembahan berhala yang diharamkan di dalam al-Qur'an dan justera itu, melakukan
dosa kepada Allah.
Seni Islam bukannya seni yang setakat menumpukan agama tetapi juga merangkumi kebudayaan
Islam yang kaya dan berbagai-bagai. Ia seringnya menggunakan unsur sekular serta juga unsur
yang tidak disenangi ahli teologi Islam, walaupun jika tidak diharamkan.[3]
Seni Islam berkembang daripada banyak sumber, dengan gaya-gaya seni Rom, seni Kristian
awal, dan seni Byzantine diserap ke dalam seni dan seni bina awal Islam, khususnya seni
Sassanid Parsi pra-Islam. Gaya Asia Tengah juga diserap menerusi serangan mendadak oleh
pelbagai puak nomad. Seni Cina juga merupakan salah satu pengaruh yang penting dalam
lukisan, tembikar, dan tekstil Islam."[4]
Lukisan Islam mengandungi unsur-unsur berulang, misalnya penggunaan reka bentuk geometri
berbunga-bunga atau bersayur-sayuran dalam gaya ulangan yang dikenali sebagai arabes. Arabes
dalam lukisan Islam sering dipergunakan untuk melambangkan sifat Allah yang unggul, tidak
terbahagi, dan tidak terbatas.[5] Kesilapan pengulangan dalam lukisan Islam mungkin
disengajakan sebagai penampilan rendah hati oleh pelukisnya yang mempercayai bahawa hanya
Allah dapat menghasilkan kesempurnaan. Walau bagaimanapun, teori ini telah
dipertikaikan.[6][7][8]
Kebanyakan penganut Islam Sunah Waljamaah dan penganut Islam Syiah mempercayai bahawa
penggambaran makhluk umumya adalah haram (Anikonisme dalam Islam). Bagaimanapun,
lukisan yang berkenaan manusia boleh didapati pada seluruh zaman seni Islam. Perlambangan
manusia bagi tujuan penyembahan berhala diharamkan oleh hukum Islam yang dikenali sebagai
Syariah. Meskipun begitu, terdapat banyak Nabi Muhammad, Nabi utama Islam, dalam sejarah
seni Islam.[9][10]

Anda mungkin juga menyukai