Anda di halaman 1dari 17

TAJUK 4 APRESIASI KARYA SENI BARAT DAN SENI

ORIENTAL

4.1 Sinopsis

Topik ini akan membincangkan mengenai apresiasi karya-karya seni barat dan
seni oriental .Anda telah pun mempelajari mengenai sejarah aliran-aliran seni dalam
topik 1 modul ini.Dalam topik ini anda akan dapat membuat apresiasi mengenai
beberapa karya barat dan oriental yang dikenalpasti menimbulkan stail yang berbeza
mengikut aliran dalam sejarah seni. Dalam topik ini juga terdapat perbandingan karya ,
pandangan tokoh, falsafah dan stail.

4.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:


i. mengapresiasi beberapa contoh karya seni barat
ii. membandingbezaalirandan karya seni mengikut aliran, tokoh dan stail.
iii. Menganalisis penulisan tokoh danteori apresiasi untuk melihat dan
menghayati karya seni.
iv. Menganalisis dan menghargai kesenian pelbagai budaya dalam aspek-
aspek bidang, konsep dan nilai serta karya-karya terkenal.

4.3 Kerangka Tajuk-Tajuk

1
4.4 Kandungan

Apresiasi Karya Seni Barat

Sebelum kita membuat apresiasi tentang karya-karya barat seharusnya anda


seharusnya tidak melupakan tentang sejarah seni barat itu sendiri.Tanpa mengaitkan
antara sejarah seni sesuatu karya adalah tidak lengkap untuk kita memulakan apresiasi
terhad
ap karya.Sebagaimana yang anda pelajari dalam topik 1 modul ini iaitu mengenai
sejarah perkembangan seni barat tentunya anda masih ingat mengenai period dan
aliran-aliran seni dalam karya barat.Dalam topik ini anda akan membincangkan pula
beberapa karya oleh tokoh-tokoh seni barat yang dipilih.Lima tokoh seni barat dipilih
bagi menunjukkan perbezaan yang jelas dalam memaparkan perbezaan aliran dalam
berkarya. Lima tokoh seni barat tersebut ialah:
1. Vincent Van Gogh
2. Pablo Picasso
3. Edward Munch
4. Leornando Da Vinci

Apresiasi Karya Seni Oriental

Menurut Drs. Sidi Ghazalba, dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Seni
menerangkan seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh
sekelompok manusia melalui pancaindera kelima ekoran fitrah semula jadi yang
cinta kepada seni. Manusia memerlukan satu media perantaraan untuk meluahkan
perasaaan dan emosi untuk dikongsi bersama manusia lain.

Menurut Zakaria Ali, apresiasi seni adalah latihan yang melibatkan deria pandang
dan sentuh yang mampu membantu kita menikmati karya dengan lebih seronok
lagi.

2
Menghayati seni adalah satu bidang yang perlu diberikan perhatian. Penghayatan
karya seni memerlukan bahasa seni iaitu bahasa lisan dan tulisan. Penerapan
bahasa dalam penghayatan seni adalah dalam bahasa visual atau seni tampak.

Di dalam dunia ini terlalu banyak karya-karya seni telah dihasilkan secara individu atau
berkumpulan. Karya seni yang dihasilkan biasanya mempunyai tujuan yang tersirat dan
tersurat. Sebagai contoh, karya seni yang dihasilkan pada zaman Pra Sejarah lebih
menggambarkan situasi dan aktiviti mereka sendiri.

Istilah Seni Oriental secara tradisionalnya merujuk kepada aktiviti seni dari daerah
Timur Tengah, Asia Selatan dan Asia Timur. Ia termasuklan Seni Islam, Seni China dan
Seni India. Istilah Oriental telah digunakan oleh masyarakat Barat untuk menjelaskan
tentang kebudayaan, negara-negara dan peralatan yang berasal dari kawasan tersebut.

Philos dalam bahasa Yunani bermaksud kecintaan terhadap sesuatu manakala


Sophia bermaksud kebijaksanaan atau pengetahuan. Maka Philosophia secara
jelasnya membawa maksud mencintai akan kebijaksanaan.

Socrates, Plato dan Aristotle merupakan ahlli falsafah Yunani yang terkenal. Idea
mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah seni di barat juga di Malaysia.

Falsafah seni adalah sesuatu yang global dan secara umumnya terbahagi kepada
falsafah barat, falsfah Islam dan falsafah timur. Falsafah seni pula adalah proses
mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan gambaran gabungan
nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni
dalam seni yang dihasilkan.

Falsafah seni bukan sahaja merupakan proses mencari jawapan kepada keindahan
malahan juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai keindahan, rasa dan
simbol yang dipersembahkan oleh seorang pengkarya seni dalam karya yang mereka

3
hasilkan. Tohoh-tokoh falsafah yang ternama adalah seperti Socrates, Plato, Leonardo
da Vinci, Atistotle. Mohd Taib Osman dan lain-lain. Tokoh-tokoh tersebut boleh
diibaratkan sebagai kompas yang memberi panduan, pendapat dan idea tentang
keindahan seni kepada para seniman.

Tuliskan esei pendek mengenai pengertian seni oriental dan ciri-cirinya.

Apresiasi Seni Islam

Sejarah telah membuktikan bahawa, kesenian Islam berbeza dengan bentuk kesenian
lain. Kesenian yang dihasilkan adalah berlandaskan kepercayaan kepada kitab Al
Quran dan hadis Nabi.

Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh
oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa.Sukar untuk
mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan
kesenangan itu sendiri.Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk
keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan
dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.

Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan
pengabdian kepada Allah swt.Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara
ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak.Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah
asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut
kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan
akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau
dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan
penciptaanNya.

4
Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi
ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang
gemar kepada kesenian dan keindahan.Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak
berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan alam
sekitar'.Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan
dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat
menanamkan sifat bertaqwa dan beriman.Seni juga dapat meningkatkan daya intelek
dan bukan sahaja emosi.

Manakala menurut Al-Faruqi, konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep Tauhid
dan pengabdian diri kepada Tuhan.Beliau menegaskan bahawa:Setiap motif
arabesque dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika yang
tiada Tuhan melainkan Allah. Dia adalah Pencipta yang Esa dan Mutlak.

Seni Islam membenarkan umatnya berimaginasi dan berkreativiti dalam pemikiran


mereka, perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat. Kesenian Islam
berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan agama.Seni harus
menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah.Kesenian Islam hendaklah
memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah.Tiada pemisahan antara seni dan
agama.

Elemen dalam kesenian Islam yang diulang-ulang berbentuk geometri.Tiada elemen-


elemen figura kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk
mempertingkatkanagama.Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada
Tuhan.Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan
Allah.Tiada pemisahan antara seni dan agama.

Perkaitan antara Islam, seni dan estetika adalah erat dan rapat sekali.Sifat dinamik
ajaran Islam membolehkan penganut-penganutnya menghayati keindahan dalam
pelbagai bidang; tidak tertumpu hanya dalam bidang seni sahaja.Dalam mendiskusikan

5
tajuk ini perlu didefinisikan apakah Islam, seni dan estetika secara berasingan sebelum
boleh dilihat perkaitan yang berfaedah dan yang tidak berfaedah.

Ini penting dari kita menolak secara melulu menurut dogma semata-mata, bertaklid buta
atau menerima tanpa diskusi mendalam. Secara amnya, Islam adalah agama yang
diwahyukan Allah s.w.t semenjak Nabi Adam a.s sehingga ke nabi dan Rasul terakhir,
Nabi Muhammad s.a.w. Islam dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud
beriman kepada Allah s.w.t., mengimani para Nabi dan Rasul, para Malaikat, hari
akhirat, qadha dan qadar dan kitab-kitab yang diwahyukan Allah s.w.t. Manusia diberi
amanah melalui Islam bahawa mereka dan para jin dijadikan semata-mata untuk
menyembah Allah s.w.t.

Islam juga adalah penyerahan secara mutlak melalui hati, pengucapan lisan dan
tingkah laku melalui refleksi amalan dan ibadat.Seni pula punya pelbagai definisi dan
tafsiran.Namun secara umumnya seni boleh didefinisi sebagai satu manifestasi dan
pancaran rasa keindahan, pemikiran, kesenangan dan perasaan yang lahir daripada
seniman atau pengkarya.Kebanyakkan takrif seni lebih menekan dan menjurus
mengenai keinginan manusia untuk menghasilkan sesuatu aktiviti.Estetik membawa
maksud kepekaan.Estetik ialah kajian tentang keindahan (science of beauty) iaitu
penghujahan tentang persepsi atau pengamatan tentang bidang seni.Justeru dapat
dilihat perkaitan erat antara Islam sebagai petunjuk dan wahyu dengan seni yang
memaparkan rasa keindahan dan estetik yang menghuraikan rasa keindahan tersebut.

Ini amat bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w bahawa "Allah itu indah dan
sukakan keindahan." Namun apa yang penting ialah apakah tugas seseorang
pengkarya Islam? Bagaimanakah seseorang pengkarya Islam dapat mengaitkan rasa
kesenian dan estetik keindahan dengan cara hidup Islam? Persoalan ini teramat
penting kerana sebagai individu Islam, selain dari menunaikan kewajipan dan suruhan
Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w, umat Islam turut bertanggungjawab memaparkan rasa
keindahan tersebut agar kehidupan di dunia ini dapat dilestarikan sehingga ke

6
akhirat.Rasa keindahan itu juga seharusnya selari dengan tuntutan dan perintah syariat
dengan menunaikan segala kewajipan dan meninggalkan segala laranganNya.

Umat Islam juga diperintahkan agar menunjukkan segala perbuatan dan amar makruf
yang baik dan terpuji selari dengan ajaran Al-Quran.Ini dapat melahirkan penseni Islam
yang bertanggungjawab terhadap karya-karya mereka dan tidak terbawa-bawa oleh
arus teori-teori Barat tanpa menyaring dan mengkajinya.Bagaimana yang dikatakan
bertanggungjawab terhadap karya-karya mereka?Apakah penseni Islam yang
memaparkan kebobrokan dan kejelikan sikap dan nilai hidup dapat
dipertanggungjawabkan? Apakah nilai yang akan dibawa oleh penghayat yang
menghayati karya-karya sebegitu? Apakah karya-karya mereka akan menambah nilai
positif, murni dan baik dalam kehidupan bermasyarakat atau semakin menambahparah
lagi keadaan sosial dan akhlak masyarakat?

Inilah persoalan yang seharusnya difikir terlebih dahulu oleh penseni Islam sebelum
mereka melahirkan sesebuah karya agar selari dengan tuntutan Islam.Pengkarya Islam
seharusnya menjadi pemangkin terhadap segala persoalan hidup bermasyarakat dan
bersosial agar selari dengan tuntutan murni Islam dan bukan membelakanginya apatah
lagi mencemuh. Justeru dapat mengaplikasikan tanggungjawab sebenar Muslim iaitu
menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar dalam konteks kepatuhan penuh
kepada Allah s.w.t. mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Wallahu'alam.

Seni China

Corak catan China berbeza dengan catan Barat.Pada zaman awal interaksi antara
orang Cina dengan Barat menyaksikan bagaimana orang barat membuat kajian
terhadap lukisan Cina dan sering mengkritik lukisan Cina.Seorang Padri Jesuit yang
pernah sampai ke China pada abab ke 17 iaitu Matteo Ricci menyatakan seniman Cina
tidak mempunyai pengetahuan dalam seni catan.Pendapat beliau dikongsi bersama
oleh kebanyakkan orang Barat yang pernah sampai ke China pada abab ke 17 hingga
ke 19.hanya segelintir orang Barat yang mengakui dan menghargai lukisan Cina.

7
Perbezaan antara seni catan Cina dan Barat adalah pendekatan yang digunakan
oleh kedua-dua pihak.Barat gagal memahami motif dan kaedah yang digunakan oleh
pelukis Cina.Karya-karya Cina berkait rapat dengan falsafah, nilai-nilai dan citarasa
masyarakat Cina.Dalam hal ini, pengaruh fahaman Taoisme amat kuat mempengaruhi
karya-karya Cina.Bagi masyarakat Cina lukisan dipandang tinggi.Lukisan bagi mereka
tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan mereka.Lukisan umpama memberi
ketenangan bagi mereka. Kadang-kala orang Cina boleh leka melihat lukisan-lukisan
yang bergantung dinding rumah mereka. Ini kerana bagi mereka lukisan mempunyai
erti. Berbeza dengan lukisan bangsa lain, Lukisan orang Cina tidak mementingkan rupa
tetapi maknanya. Oleh itu, kebanyakkan catan yang dilukis berbentuk ringkas.Oleh
kerana itu, kebanyakkan catan yang ditonjolkan oleh pelukis tidak menggunakan
banyak warna.Manakala alat yang digunakan oleh meraka agak mudah seperti dakwat
hitam dan berus yang dibuat darpada bulu kambing. Catan akan dilukis pada kain
sutera atau kertas serap yang diperbuat daripada pulpa buluh. Namun demikian, seni
catan Cina juga boleh didapati di dinding-dinding istana.Keadaan ini banyak berlaku
pada zaman klasik.

Tiga Gaya Catan China

(a) Gaya Teliti

Dalam gaya ini, objek yang ingin dipaparkan bersifat detail, kecil dan halus.
Sebagai contoh dalam catan burung dan ikan, sisik dan bulu burung
ditunjukkan.Justeru itu, pengendalian berus dilakukan secara perlahan-lahan dan
berhati-hati.Selain dari dakwat, penggunaan warna yang terang juga turut digunakan.
Biasanya arts akan menggunakan permukaan yang tidak menyerap air seperti sutera
alam.
(b) Gaya Spontan

8
Ia dikenali sebagai gaya golongan cendekiawan dan dipengaruhi oleh kaligrafi
Cina dan pantun. Semasa Dinasti Sung, gaya ini dominant sehingga penggunaan yang
sepenuhnya.

(c) Gaya Langsung

Melalui gaya ini, artis akan membuat penaksiran semula terhadap alam. Sapuan
berus dilakukan secara cepat dan tangkas.Karya kelihatan abstrak.

Catan bertemakan ikan dan bunga


Tajuk: Pa-ta Shan-jen
Dilukis pada tahun 1624-1705
Sumber : http://www.chinapage.com/painting/pata05.html

Perlambangan dan Falsafah dalam Catan Cina

Terdapat banyak perlambangan dan falsafah yang wujud dalam catan Cina seperti:

Shan gunung, chi- atmosfera dan hsing bentuk. Merupakan tiga unsur yang
lazimnya ada pada sesebuah catan Cina.

Gunung lambang kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh


mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera.

9
Awan awan cerah melambangkan keharmonian, awan gelap menimbulkan suasana
kemuraman.

Pokok Pokok besar seperti ru dan pine membawa maksud pasak bumi dan
kedudukan mengikut hirarki. Pokok buluh melambangkan kekayaan, lanjut usia,
kejujuran, kebenaran serta mampu menghalau hantu. Pokok orkid melambangkan
musim luruh manakala pokok plum blossom melambangkan kecantikan dan lanjut usia.

Ikan Tui melambangkan pertambahan rezeki. Jika bewarna


keemasanmelambangkan status kaya, manakala hitam kehidupannya biasa sahaja.
Ikan kelisa melambangkan kekayaan dan keuntungan.

Sungai- melambangkan kegembiraan dan keharmonian.

Falsafah Catan lanskap China

(a) Melukis tanpa sombong secara memperelokkan lagi hasil yang telah
sempurna bagi mempertingkatkan mutu catan.
(b) Tidak menghadapi kerja dengan lalai
(c) Bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum
melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna.
(d) Menggambarkan alam semulajadi secara merakamkan keindahan
suasana
(e) Merujuk perkataan Shang Shui yang membawa maksud gunung dan
air.
(f) Konsep Yin dan Yangyang menjadi teras dalam stail catan yang
menunjukkan keseimbangan dalam kekuatan dan kelemahan

Apresiasi Seni China

Mencius, seorang ahli falsafah China menyatakan bahawa semua benda di dunia ini
termasuk ilmu terbahagi kepada dua kategori umum: Yin dan Yang.

10
Yin dan Yang adalah simbol mengenai keharmonian yang saling bertindak di antara
unsur-unsur yang bertentangan dan berpasangan pada alam ini seperti kegelapan dan
kecerahan, kelembapan dan kepanasan, langit dan bumi serta lelaki dan perempuan.
Kesinambungan dan perhubungan di antara kedua-dua unsur yang berpasanagn dan
bertentangan ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat China.

Confucius pula mempunyai pendapat bahawa manusia bukan hidup berseorangan atau
bersendirian serta terasing daripada masyarakat. Oleh itu, manusia perlu dididik
tentang cara bagaimana mereka harus bertindak dalam masyarakat mengikut suatu
upacara adat istiadat.

Jika wujud sifat hormat menghormati, kesopanan, kesusilaan dan tanggungjawab


dalam masyarakat maka akan wujudnya keamanan dalam keluarga, masyarakat dan
negara.

Menurut Falsafah Toisme pula, kerajaan yang paling berkesan ialah kerajaan yang
paling kurang memerintah. Undang-undang dan peraturan yang paling sedikit yang
diperkenalkan oleh sesebuah kerajaan itu, akan memudahkan kefahaman rakyat.
Penekanan kepada alam pula telah menggalakkan pengikut Toisme menerokai sains
dan teknologi. Falsafah Toisme juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang
kesusasteraan dan kesenian masyarakat China.

Pokok buluh pula adalah simbol kepada kekuatan, kesabaran menanggung


penderitaan kepada kepantasan pembangunan dan perluasan kebudayaan di China.

11
Rajah : Falsafah China terbahagi kepada Mencius, Confucius dan Toisme

Tuliskan satu essei pendek tentang konsep Yin dan Yang


berdasarkan catan lanskap
.

Apresiasi Seni India

Terdapat Enam aliran (sekolah) dalam Sistem Falsafah India iaituNyaya, Vaisheshika,
Sankhya, Yoga, Mimamsadan Vedanta.Kesemua aliran ini menerima sepenuhnya
ajaran kitab Veda.Dikenali sebagai astika darshana.

Pendukung aliran Nyaya ialah Gautama dan karyanya Nyaya Sutra bertarikh kurun ke-2
SM.Nyaya bermaksud pertimbangan logik. Terdapat empat sumber ilmu pengetahuan
iaitu persepsi (pratyaksha), Inferens (anumana), Analogi/perbandingan (upamana) dan
Testimoni/pembuktian (shabda)

Aliran Vaisheshika dikenali sebagai Vaisheshika Darshana.Pengasas aliran ini ialah


Kanada (kurun ke-3 SM) dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra. Semua benda
dikatakan diperbuat daripada 4 jenis paramanu (atom) iaitu atom bumi, air, apidan
udara. Terdapat 5 unsur dlm pembentukan dunia iaitudik (ruang),kala (masa),akasha
(eter), manas (minda) dan atma(jiwa ).

Aliran Sankhya merupakan Sistem falsafah terawal.Dipelopori oleh Kapila (kurun ke-
7SM) dan karyanya ialah Sankhya Sutra.Sankhya bererti bilangan iaitu falsafah yang
menghuraikan mengenai realiti dalam bilangan yang terhad dan pengetahuan yang
sempurna.Dua realiti mutlak iaitupurusha (jiwa) dan prakriti (jirim), sebab dan akibat.
KonsepTriguna(tigasifat)alamsemesta iaitu Sattva, Rajas .dan Tamas

12
Pendukung Aliran Yoga ialah Patanjali (kurun ke-2 SM) dan karyanya ialah Yoga
Sutra.Konsep Tuhan mutlak iaitu memperjelaskan realiti Tuhan.Penyatuan roh individu
dengan roh duniawi menjadi tujuan hidup.Latihan minda dan fizikal iaitu latihan
mengawal serta mematikan
fungsianggotabadan,pancaindera,minda,intelekdanegotanpa menghilangkan kesedaran
diriiaitu pengalaman jiwa.Disiplin minda dan fizikal membantu mencapai moksha.

Mimansa bererti siasatan.Objektif utama ialah menegakkan kewibawaan kitab Veda


serta ritualnya.Pendukungnya ialah Jaimini yang menyusun falsafah ini secara
sistematik dan mencipta teks Purva-mimansa Sutra pada 400 SM. Kepentingan
sistem tafsiran Veda.

Vedanta dikenali sebagai Uttara Mimansa.Pelopor ialah Badarayana yang mencipta


karyaBrahma Sutra (400SM) atau juga dikenali sebagai Vedanta Sutra.Teks asas ialah
karya-karya Upanishad, Brahma Sutra dan Bhagavad Gita.Pendukung falsafah ini yang
terkenal ialah Sankara.Dua aliran utama iaituAdvai ta (non-dualistic) dandvaita
(dualistic).Advaita (yang didukung oleh Sankara) menyatakan Atman (jiwa) dan
Brahman (Tuhan)bukanlah dua entiti yang berbeza.Dvaita (didukungolehRamanuja dan
Madhva) menyatakan Atman danBrahman adalah berlainan tetapi tidak terpisah.Aliran
Ramanuja disebutVis is tadvaita- Vedanta dan Madhva dikenali sebagai Dvaita-
Vedanta.

Ahimsa terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang, simpati, belas kasihan,
murahhati, jasa dan pengorbanan diri. Mengelak daripada melakukan kekejaman atau
mencederakan.Satya kebenaran. Pengetahuan benar yg merangkumikebaikan,
keadilan, tindakan ygbenar,ucapan dan pemikiranyangbenardanjuga realiti mutlak atau
Tuhan.

Perpaduan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama, penting menggalakkan


hubungan erat dan keharmonian masyarakat.

13
Falsafah dalam Seni Ukir dan seni arca Hindu

Seni ukir adalah salah satu kesenian agama Hindu yang telah berkembang sejak
zaman lembah Indus. Pada zaman ini, ia telah mendapat tempat yang tinggi di
kalanagan masyarakat dan setrusnya berkembang pada zaman-zaman berikutnya.
Seni ukir ini adalah meliputi penghasilan patung, tiang berukir dan sebagainya.Seni unir
ini boleh didapati dalam kehidupan seharian hari ini di seluruh India.

Ikon-ikon atau perlambangan agama dalam kesenian seni ukir dan seni arca
agama Hindu dijelmakan pada bentuk-bentuk figura dan bentuk-bentuk yang telah
ditentukan.Lebih daripada 2000 tahun yang dahulu, bentuk-bentuk figure suci ini digelar
sebagai murti. Ikon-ikon Hindu dan imej-imej suci ini dijelmakan menerusi sifat-sifat
antropomorfik menyifatkan bentuk-bentuk perwatakan manusia kepada dewa,binatang
dan sebaginya. Dewa-dewa ini mengadaptasi lebih kepada bentuk-bentuk manusia dan
juga di dalam bentuk-bentuk abstrak. Figura-figura dewa ini telah dilihat sejak zaman
dahulu dengan pembentukan figura-figura terra-cotta di Lembah Indus hinggalah ke
imej miden dugra di hari ini dan pelbagai bentuk arca yang lain.

Perkataan murti telah digunakan di dalam Upanishads dan Bhagavad Gita


sebagai lambang kesucian yang amat tinggi. Ikon-ikon atau perlambangan agama
Hindu secara visualnya adalah rumit untuk difahami dan ia bertentangan dengan sifat-
sifat realiti. Sebagai contohnya ia dilihat pada imej kepala arca Nataraja (the head of
Nataraja), arca empat tangan tuhan Vishu (the four arms of Vishu), kepala gajah tuhan
Ganesha (Ganeshas elephant head), enam kepala tuhan Skanda (Skandas six heads)
dan pelbagai perlambangan dan ikon-ikon yang lain yang berbentuk sangat hebat tetapi

14
tidak mudah difahami. Ia adalah bertentangan dan keluar daripada bentuk-bentuk
reality dan juga menggambarkan status kehebatan dan imej-imej bentuk yang suci.

Pembentukkan imej-imej suci tuhan dan dewa ini dinyatakan secara jelas di
dalam teks Shilpa Shartras. Di dalam teks ini dinyatakan ukuran bagi setiap bahagian
badan dewa, gaya dan posisi dewa yang betul, bilangan tangan dan kepalanya, vahana
(animal vehicle) yang sesuai, pergerakan tangan (mudras), lambang dan senjata yang
dimiliki, tempat duduk yang sesuai (asana) dan banyak lagi peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan.

Seni arca Hindu digolongkan kepada dua iaitu seni arca tunggal dan seni arca
timbulan.Ciri-ciri seni arca tunggal berbentuk dewa-dewi yang telah dimanusiakan
(human & superhuman) secara ideal dan secara reality dengan saiz yang
pelbagai.Kebanyykan arca yang diperbuat dariapada batu adalah lebih besar dariapada
manusia manakala arca yang diperbuat dariapada tembaga dan gangsa bersaiz lebih
kecl dariapada manusia.Arca-arca tunggal tersebut diukir dengan kostum yang dipenuhi
dengan hiasan dan aksesori.Ekspresi yang terpampar pada wajah arca adalah tenang
atau statik dengan keadaan mata yang terpenjam dan gerakkan tangan dan kaki yang
tertentu. Posisi tubuh arca pula berdiri dengan gaya tribangga atau S shape dan
terdapat juga arca dalam keadaan duduk bersila. Arca relief atau arca timbulan pula
merupakan bentuk penampilan arca high relief yang menggambarkan sesuatu
peristiwa dalam epik agama Hindu.Ia juga menampilkan kelompok figura dengan aksi-
asksi tetentu dan posisi figura teratur secara bertingkat denganmengikut status yang
berbeza atau dikenali sebagai hirarki. Setiap posisi figura yang diatur akanmembentuk
sebuah komposisi yang berbeza.Dalam seni arca relief Hindu relief panel berfungsi
sebagai tempat pemujaan dan penyembahan serta sebagai penghias dinding luaran
dan dalaman candi.

Simbol dalam Seni Arca Agama Hindu

15
Kebanyakkan penganut agama Hindu dan Buddha mempercayai bahawa
kewujudan dewa adalah sebagai perantara antara manusia dengan tuhan dan
penyelamat dunia.Juateru, berdasarkan kepercayaan ini kedua-dua kesenian Hindu
dan Buddha menonjolkan simbol raja dan dewa sebagai imej patung arca
penyembahan mereka.

Bagi masyarakt Hindu, dewa yang paling agung ialah dewa Vishu, Shiva dan
Brahman.Berdasarkan penganut Hindu, raja dikatakan bersatu kembali dengan dewa,
malah ada sebilangannya yang menganggap raja sebagai tuhan.Contoh arca yang
mengataptasi simbol dewa dan raja ialah arca yang dijumpai di gua Elephanta di India
pada kurun ke 16, berukuran 17 kaki tinggi.Imej shiva dipaparkan sebagai mahadeva
yang mempunyai tiga wajah yang menunjukkan perbezaan cirri dewa. Mahadeva juga
dikenali sebagai Tuhan agung atau Pemerintah Agung. Shiva yang dianggap
sebagai dewa memperlihatkan wajah yang tenang dan tingkah laku yang seimbang.

Figura atau bentuk manusia merupakan salah satu persamaan yang terdapat di
dalam pembinaan seni arca atau patung bagi agama Hindu dan Buddha. Simbol figura
begitu banyak digunakan kerana ia berkait rapat dengan kehidupan manusia sama ada
melibatkan penceritaan kehidupan sekarang atau kehidupan selepas mati. Di dalam
kesenian Hindu, arca simbol manusia sering kali menjadi tumpuan utama dan
kebanyakkan terdapat di dalam kuil, sama adaa dalam bnetuk arca binaan dan ataupun
arca timbulan. Selain dari nilai estetik, arca simbol manusia juga ada maksud tersirat.

RUMUSAN

Falsafah seni oriental seperti falsafah seni yang lain juga merupakan satu proses
mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan gambaran tentang
gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang
pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan. Falsafah seni Islam lebih berkonsepkan
keagamaan. Kesenian Islam dilarang meniru bulat-bulat keindahan ciptaan tuhan, di
mana hasil seni tidak harus menyerupai apa-apa objek sekalipun. Maka hasil seni

16
Islam kebanyakannya berbentuk geometrik. Falsafah China mengutamakan kehalusan
seni dan direalisasikan dengan sangat abstrak dan kreatif. Pemahaman falsafah
China dipecahkan pula kepada Mencius, Confucius dan Taoisme. Manakala falsafah
India pula disebut Darsana, yang bersifat ketuhanan, spiritual dan percaya bahawa
seni berkait rapat dengan masyarakat.

Latihan 4.1

Jelaskan tentang perbezaan seni Islam dengan seni Chinadari sudut falsafah dan
budaya.

Latihan 4.2

Hasilkan satu esei pendek mengenai enam aliran dalam sistem falsafah India.

17

Anda mungkin juga menyukai