Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Definisi Seni
Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang bererti indah, halus,
lembut, senang didengar, senang dilihat dan untuk menerangkan sesuatu. Art
berasal daripada bahasa Yunani, membawa maksud kecekapan dan
kebolehan,

sesuatu

yang

pancaindera atau deria.

selamat,

memberi

kepuasan

hati

melalui

Seni adalah kebudayaan yang dicetuskan oleh

semua kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai


fitrah semulajadi yang cinta kepada seni, yang menyenangkan hati dan
pancaindera. Manusia dikatakan makhluk seni yang cinta kepada sesuatu
yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera rasa.
Menurut Ibn Khaldun, seni itu suatu kebenaran, keindahan dan
kebaikan yang mengandungi ciri-ciri estetika, etika dan logika. (Shahnon
Ahmad, Dewan Budaya, april 1986). Kesimpulannya, seni boleh didefinisakan
sebagai membawa maksud halus, kecil, elok, tipis dan enak didengar. Seni
juga bermaksud karya, seperti sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang
dicipta dengan bakat atau kecekapan.

Selain daripada itu, seni boleh

ditafsirkan sebagai kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan


sebagainya yang indah-indah.Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan.
Din al-Islam meliputi agama kebudayaan, maka dengan sendirinya kesenian
merupakan sebahagian din al-Islam. Ia juga diturunkan untuk menjawab fitrah,
naluri atau keperluan asasi manusia yang mengarah kepada keselamatan dan
kesenangan.
Firman Allah yang bermaksud :
Wahai anak-anak Adam, pakailah perhiasan kamu keika waktu
sembahyang. Makanlah dan minumlah dan janganlah kamu berlebih-lebihan.
Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah
siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkanNya untuk
hamba-hambaNya

dan

rezeki

yang

baik.

(al-Araf,

ayat

31-32)

Pandangan dan sumbangan tokoh-tokoh seni dalam bidang seni adalah


sangat luas dan subjektif. Tokoh-tokoh seni yang akan dibincangkan pada kali
ini ialah;
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tokoh Seni Islam Sidi Ghazalba dan Al-Ghazali


Tokoh Seni Cina
- Ma Yuan dan Guo Xi
Tokoh Seni India
- Mirr Sayyid Ali dan Khwaja Abdus Samad
Tokoh Seni Jepun - Kobayashi Kokei dan
Tokoh Seni Barat - Herbert Read dan Plato
Tokoh Seni Malaysia
- Dato Mohd Hussein Enas dan
Dzulkifli Buyung

Pandangan Tokoh Seni Islam


Karya seni Islam lebih mementingkan pengabdian kepada Allah dengan
menonjolkan kaligrafi khat, membicarakan ayat-ayat Allah, melukis arabes di
masjid-masjid agar manusia yang beribadah akan merasa tenang. Seperti
diperjelaskan oleh Dr. Ismail Hamid, Seni dalam Islam menanamkan rasa
khusyuk kepada Allah disamping memberi ketenangan kepada jiwa manusia
sebagai makluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang suka kepada
kesenian. Oleh itu seni dalam Islam tidak berslogan seni untuk seni, tetapi
seni kerana Allah untuk manusia.

Sidi Ghazalba
Drs Sidi Gazalba- dalam bukunya Pandangan Islam tentang Seni
menjelaskan bahawa seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang
dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok
masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni, yang
menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Oleh itu, manusia
dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat,
memuaskan dan memberi kepuasaan hati melalui pancaindera rasa.
Sidi Ghazalba menyatakan bahawa Seni adalah bekaitan dengan
kebudayaan.

Oleh itu perkaitan kebudayaan adalah kehidupan manusia,

maka kebudayaan itu mencetuskan seni. Oleh yang demikian untuk dikaitkan
dengan seni, Sidi menyatakan bahawa Kebudayaan Islam perlu disuburkan
2

melalui cita rasa taqwa.

Taqwa ialah sikap hidup yang dibentuk melalui

aqidah, ibadat dengan panduan dari Al Quran dan Hadis. Menurutnya lagi
setiap perbuatan muslim perlu berpangkalkan kerana agama (kerana Allah),
sementara kebudayaan adalah untuk sesama manusia.
Kenyataan di atas dipersetujui oleh Dr. Ahmad Suhaimi dalam
buku Aspek-aspek Kesenian Islam yang menyatakan bahawa Seni adalah
sebahagian daripada unit yang terkandung dalam lingkungan budaya.
Kewujudannya merupakan artifak-artifak fizikal yang menjelma di permukaaan
benda-benda yang lembut dan pepejal.
Jelas sekali bahawa kesenian dalam Islam ada hubungannya dengan
kebudayaan, lantaran itu pelukis yang menghasilkan karya seni perlu merujuk
kepada tujuan penghasilan iaitu pengabdian kepada pencipta (Allah)
sebagaimana yang dinyatakan oleh Ernst Diez: " sebenarnya seni Islam atau
Kesenian Islam adalah merupakan kesenian yang menambahkan pengabdian
diri kepada Allah".
Kesimpulannya, menurut Sidi Ghazalba, seni tidak melampaui batas
kesulitan, seni bertunjangkan daripada Allah kepada Allah, hasil seni
bertunjangkan mardatillah iaitu diredhai Allah dan seni membentuk peribadi
muslim.

Al-Ghazali (1058 - 1111)


Imam al-Ghazali dalam Kimya al-Saadah menjelaskan bahawa keindahan itu
terbahagi kepada keindahan lahir yang bersifat inderawi yang dapat dialami
bukan saja oleh anak-anak bahkan binatang dan keindahan batin yang hanya
dapat ditanggapi oleh mata hati dan cahaya jiwa. Keindahan seni dari sudut
ini bukan semata-mata memberi kepuasan inderawi tetapi merupakan salah
satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Sesungguhnya keindahan alam adalah nisbi dan manifestasi Allah
yang bersifat abadi. Jika keindahan alam yang bersifat sementara itu
dikagumi, maka lebih-lebih lagilah untuk keindahan yang abadi.
Hadith nabi yang bermaksud:
3

Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan.
(riwayat Muslim dalam kitab al-Iman)
Al-Ghazali juga mengatakan bahawa keindahan seni bukan sekadar bersifat
fizikal tetapi perlu dihayati. Penghayatan seni perluperlu dihayati dari sudut
luaran dan dalaman. Selain daripada itu, penghayatan dalam penghasilan
seni berkait rapat dengan nilai-nilai estetika, kerohanian dan keagamaan.
Kesimpulannya, Al-Ghazali berpendapat bahawa seni bersandarkan
daripada Allah kepada Allah, seni menuju kepada Al-Falah (keredhaan Allah)
dan seni sebagai pemangkin kepada ketaqwaan (tawadduk dan beriman)

Pandangan tokoh seni Cina


Falsafah dalam seni catan cina ialah melukis tanpa sombong iaitu
memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna.

Pelukis juga haruslah

bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis
bagi mendapatkan kerja yang sempurna. Selain daripada itu, pelukis cina
suka menggambarkan keindahan alam semulajadi seperti Shang Shui iaitu
gunung dan air. Konsep Yin dan Yang menjadi teras dalam stail catan yang
menunjukkan keseimbangan dalam kekuatan dan kelemahan.
Ma Yuan (c. 1160 1225)
Ma Yuan dilahirkan di Qiantang, sekarang dikenali sebagai Hangzhou,
Zhengjiang. Beliau ialah pelukis yang terkenal daripada ahli keluarga pelukis
Cina yang dihormati pada zaman Dynasti Song.

Bersama-sama rakan

pelukisnya, Xia Gui (juga dieja dengan Hsia Kuei), Ma Yuan telah
menghasilkan sebahagian daripada lukisan landskap dengan menggunakan
dakwat terkenal pada awal tahun 1200-an pada Zaman Song (Sung) Selatan
di China.

Beliau juga telah bekerjasama dengan Xia Gui menubuhkan

sekolah seni yang diberi nama Ma-Xia.


Ma Yuan merupakan seorang pelukis yang sangat berkaliber dengan
teknik dan gaya yang tersendiri iaitu mempunyai elemen hiasan pokok pine
dan gunung-gunung.

Ciri-ciri yang terdapat pada lukisan beliau dikenali


4

sebagai one-corner composition. Ianya banyak menggambarkan kedudukan


objek yang tertolak ke satu arah atau satu bahagian sahaja dan membiarkan
satu bahagian yang lain dalam keadaan yang kosong. Kebanyakannya
menggunakan dakwat dan dilukis pada kertas. Landskap beliau juga banyak
memberi fokus yang baik pada sudut bahagian bawah. Manakala ada tulisan
kaligrafi di bahagian atas. Ia dikenali sebagai assymmetric in nature yang
memberi pengaruh baru kepada lukisan tradisi cina pada masa itu.

Dancing and Singing


(Peasants Returning from Work)

Kuo Shi (1020 1090)


Guo Xi

(Kuo Hsi) dilahirkan semasa Dynasti Northern Song.

Beliau

merupakan pelukis landskap dari Henam Province. Ciri-ciri landskap beliau


adalah khusus

kepada gambar pokok

pine yang besar dan suasana

pemandangan yang berkabus. Lukisan beliau juga menggambarkan gununggunung yang berbentuk kerinting, garis-garis textures dan pokok-pokok
bergulung seperti cakaran ketam.

Kaligrafi dipaparkan pada setiap lukisan

Guo Xi.
Pandangan Tokoh Seni Barat
Herbert Read
5

Herbert Read berpendapat bahawa Pendidikan seni seharusnya berasaskan


aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam
melahirkan pernyataan dirinya.

Seni menjadi alat untuk pendidikan dan

pembentukan diri, memupuk minat murid, memperkembangkan bakat,


membentuk peribadi yang kreatif, citarasa yang baik dalam menikmati
keindahan alam, membuat ekspresi diri dan kemunikasi serta melahirkan idea
dan perasaan dalam sesuatu ciptaan.
Menurut Herbert Read lagi, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang
menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Kesenangan
estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak penerima mesej.
Komunikasi yang berkesan hanya akan berlaku dengan sempurna apabila
mesej pengirim dapat diterima dengan tepat oleh si penerima. Keceriaan,
keseronokan dan kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada
samada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni.
Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesankesan tersebut.
Kesimpulannya, Herbert Read berpendapat bahawa seni adalah
penghasilan rupa dan bentu yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan
kedamaian estetik. Seni juga merupakan alat untuk mendidik seseorang dan
menyatukan semua Negara.

Plato (347 SM)


Plato berpendapat bahawa lukisan adalah 3 kali terpisah daripada kebenaran.
Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran, kebaikan,
kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. Dikatakan dengan perlakuan,
akhlak, nilai dan moral. Manusia mencipta sesuatu persekitaran yang
berbudaya dalam meningkatkan perpaduan. Lukisan dibincangkan dengan
konsep imitasi dan membandingkan lukisan dengan kebenaran. Pelukis
meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.
Pandangan Tokoh India
Mirr Sayyid Ali (714 786 H)

Mir Syed Ali bin Shahab-ud-Din Hamadani, seorang pelukis Parsi yang
dilahirkan pada Isnin 12 Rejab, 714 Hijrah (1314 C) di Hamadan.

Beliau

berasal daripada keluarga yang berpendidikan yang sangat pandai dan


pantas berfikir dan membaca Al-Quran.
menyebarkan

Islam

dan

membentuk

Sangat berpengaruh dalam

budaya

di

Kashmir.

Beliau

menggambarkan budaya Kashmir melalui hasil-hasil karpet. Beliau sentiasa


berfikir untuk memajukan Kashmir dan semua rakyat mesti berusaha untuk
menghasilkan sesuatu demi kemajuan Kashmir.

Kesimpulannya, Lembah

Kashmir telah menyediakan satu kehidupan kepada penduduk Kashmir.


Semua itu adalah hasil sumbangan Mirr Sayyid Ali melalui mughalnya
terhadap Kashmir.

Mir Sayyid Ali, a young scholar in the Mughal Empire,


reading and writing a commentary on the Quran in the year 1559.

Khwaja Abdus Samad


Khwaja Abdus Samad juga dikenali sebagai Abd al Samad yang bermaksud
slave of thr eternal. Beliau merupakan pelukis Parsi yang telah berpindah ke
India pada abad ke-16 dan menjadi salah seorang pelukis Mughal miniature
tradition.
Pandangan Tokoh Jepun
Ciri-ciri catan landskap Jepun tertumpu kepada kepercayaan Shinto yang
membawa pengertian terhadap keseluruhan catan.

Pelukis berinteraksi

secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan falsafahnya melalui


catan. Bermiripkan konsep Yin dan Yang daripada catan landskap cina.
Kobayashi Kokei
Kobayashi Kokei, nama sebenarnya ialah Kobayashi Shigeri dilahirkan pada
11 Februari 1883, di Niigata, Jepun. Kobayashi ialah seorang pelukis hebat
yang telah menyumbangkan kepada seni moden Jepun.

Beliau telah

berpindah ke Jepun semasa berusia 17 tahun dan belajar tentang lukisan


tradisi Jepun dengan Kajita Hanko (1870 1917). Beliau telah menyertai
Akademi Seni Jepun dan telah menjadi salah seorang ahli tetap akademi
tersebut.

Kobayashi mula melukis the traditional subject matters seperti

Taketori monogatari (1914; Tale of the Bamboo Cutter). Kemudian, beralih


kepada lukisan berbentuk kontemporari. Antara hasil nukilan Kobayashi yang
terkenal ialah Amida-do (1914; The Amitabha Hall), Ideyu (1918; Hot
Spring) dan Kami (1931; Tresses).

Hashida Shunso (21 Sept. 1874 16 Sept 1911)


Hashida Shunso, nama sebenar beliau ialah Hishida Miyoji. Dilahirkan pada
21 September 1874 pada zaman Meiji. Beliau mengemukan teknik bahru
dalam

seni

catan

dengan

mengunakan

gradiation

of

colour

untuk

menggantikan garisan. Beliau terkenal dengan lukisan kucing hitam- black


cat ( Kuroki Neko) pada tahun 1910. Ciptaan beliau The Fallen Leave, 1910
telah disiapkan dalam jangkamasa yang singkat kerana beliau mengalami
sakit tenat.
Pandangan Tokoh Malaysia
Dato Mohd Hossein Enas

Mohamed Hoessein Enas dilahirkan di Bogor, Jawa, Indonesia pada tahun


1924. Beliau telah berhijrah ke Malaysia pada 1947. Bakat seni beliau adalah
semulajadi dan beliau telah banyak meneliti kejadian alam dan kehidupan
manusia dengan merujuk kepada keindahan wajah dan budaya tempatan.
Hasil karya beliau adalah menuju kepada aliran realistik dan naturalistik
Hossein Enas dikenali menerusi catan potret dalam medium pastel dan cat
minyak yang memberi gambaran betapa kaya dan pelbagainya hasil seni
moden.

Dalam karya ini Dato menggambarkan, seorang gadis yang berambut hitam,
bersanggul, bibir yang tebal, beranting-anting, memandang ke satu tempat,
dan memakai baju kebaya. Rambut yang hitam dan bibir yang tebal memberi
makna seorang gadis Melayu yang asli. Baju kebaya pula membawa makna
kemodenan. Karya potret ini secara keseluruhannya membawa makna
seorang gadis Melayu yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden.
Ini juga merupakan fesyen gadis Melayu di zaman itu.Disini beliau cuba
menimbulkan identiti kebangsaan dengan imej figura rakyat tempatan yang
digambarkan secara natural.Di dalam potret ini, beliau telah melahirkan rasa
bangga dan kagum beliau terhadap identiti gadis-gadis melayu dengan
feyennya dimasa itu dengan mengabadikannya di dalam potret agar boleh
dilihat dan terus kekal selagi hasil karyanya ini masih ada.

Gambar hiasan : Karya Dato Mohd Hussein Enas

Dzulkifli Buyung
Dzulkifli Buyung, seringkali menggunakan imej- imej figura di dalam

karyanya dan beliau menerapkan unsur-unsur kebudayaan melayu. Terdapat


beberapa karya beliau yang telah menjadi catatan sejarah seni moden
Malaysia seperti Murid sekolah,(1962),

Kelambu, (1964),

Kapal Kertas,

(1966) dan Membakar Semut, (1967).

Kelambu: Dzulkifli Buyung1964


Di dalam salah satu karya beliau iaitu Kelambu, 1964 dapat dilihat dengan
jelas bahawa beliau gemar menggunakan watak - watak figura yang naif
didalam karyanya. Apa yang ternyata di dalam karya adalah imej lima figura
wanita dan juga imej kelambu yang menjadi subjek utama di dalam karya
10

beliau. Setiap figura yang ditampilkan di dalam karyanya membawa watak


yang tersendiri. Empat figura di dalam karya tersebut membawa watak
sebagai anak gadis manakala seorang lagi figura memainkan peranan
sebagai ibu menjelaskan bahawa kesemua figura didalam karya tersebut
adalah

sebuah

memperlihatkan

keluarga.
pergerakan

Figura

yang

figura

di

mendorong

dalam
kepada

catan

tersebut

visual

yang

menjelaskan bahawa mereka sedang melakukan tugas masing-masing. Catan


tersebut juga memperlihatkan suasana di dalam bilik dimana situasi yang
dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur bersama.
Figura yang berperanan sebagai ibu dilihat sedang memasang ubat nyamuk
bagi mengelakkan anak-anaknya digigit nyamuk. Dzulkifli Buyung dalam
setiap karyanya adalah pengolahan imej figura yang lebih menjurus ke arah
imej lukisan kanak-kanak dan berbentuk seni naif. Beliau telah membentuk
sebuah identiti tersendiri bagi dirinya dan juga bagi seni tampak moden.

tamat

11

12

Anda mungkin juga menyukai