Anda di halaman 1dari 30

KESENIAN DALAM ISLAM

Islam adalah agama yang nyata (waq'ie) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi yang menepati cita rasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam diri manusia tertanamnya perasaan suka pada keindahan. Keindahan itu dalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata atau bahasa. Al-farabi : menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. al-Ghazali : seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan jiwa manusia yang sesuai dengan fitrah. Seni ada 2 tujuan : i. Seni untuk seni : bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. ii. Seni untuk masyarakat : Seni dicipta utnu sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak. Seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian : i. Seni melalui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara dan sebagainya. ii. Seni yg diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainnya. iii. Seni yg diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya. iv. Seni yg dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yg berbentuk puisi dan prosa.

8.1 Konsep Seni menurut perspektif Islam

* Seni islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan islam. * Perbezaan seni Islam dan bukan Islam sari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni islam. * Tujuan seni Islam adalah kerana Allah. * Dalam pembangunan seni kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehiudpan manusia. * Seni mestilah bersifat Amar makruf dan nahi mungkar. * Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan keredhaan Allah dan ketakwaan) * Seni mestilah menjadi alat untuk meningkatkan ketqwaan. * Hukum asal kesenian dan hiburan adalah HARUS * menjadi haram kerana wujudnya perkara yang bertentangan dengan syara'

8.2 Prinsip-Prinsip Kesenian

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitran dan sejagat. - Alam sekitar gelerinya dan manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredaan NYA. 2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yg menyentuh aspek-aspek estatika, kemanusiaan, moral dan lain2 lagi. 3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kpd keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. - menurut Islam kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap. 4. Kesenian Islam terpancar dr wahyu Allah, sama seperti undang2 dan syariat. - Harus beradda di bawah linkungan dan peraturan wahyu. - Ini membezakan kesenian Islam dan kesenian bukan Islam.

5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan Allah, alam sekitar dan sesama manusia serta makhluk lain.

Terdapat 5 hukum dalam seni :i. WAJIB : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yg mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk masjid serta seni taman bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah tersebut. ii. SUNAT : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan uamt islam seperti nasyid, qasidah dan selawat kpd rasulallah dalam sambutan maulidur rasul dan taranum (seni lagu) al-Quran. iii. MAKRUH : Jika kesenian itu membawa unsur-unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan manusia. iv.HARAM : JIka kesenian itu berbentuk hiburan yang : 1. Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan2 yang berupa tanggungjwab asas terhadap Allah khasnya spt ibadat fardu ain dan kifayah. 2. Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dpat membezakan antara yang hak (betul) dan yang batil ( palsu). 3. Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai maksiat lain. 4. Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram spt pergaulan bebas dlm bentuk bersuka-suka yang melampau. 5. Objek atau arca dl bentuk menyerupai patung sama ada dibut dr kayu, batu dll. 6. Disertai dgn alat muzik yang diharamkan oleh Islam spt alat tiupan, bertali, tabuhan yg bertutup bahagian atas serta alat muzik tekanan jari. Setengah ulama mengatakan harus digunakan dlm pendidikan dan tidak menarik kpd konsep al-malahi(hiburanyg keterlaluan). Alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah. 7. Seni yang merosakkan akhlak dan memudharatkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian. 8. Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat untuk menunjuk-nunjuk dan kesombongan. v. HARUS : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

8.3 Bidang-bidang kesenian


8.3.1 Tulisan (Khat)

- khat, segala tulisan yang cantik untuk hiasan - menjadi haram sekiranya digunakan untuk fitnah, lucah, syirik dan sebagainya * Kepentingan seni khat : i. Ia mempunyai kaitan dgn peningkatan tahap tamadun itu sendiri. sebab itu ia merupakan hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun. ii. salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhammad s.a.w agar umat Islam membaca dan menulis ayat2 al-quran dgn baik. Dan dengan cara ini difikirkan untuk memudahkan lagi mereka mempelajari dan menghafalnya. iii. Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya. iv. Rasulallah menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasulallah bermaksud " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat kerana ianya antara kunci sumber rezeki". v. Saidina Ali (k.w) pernah berkata : " Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara paling mustahak dan menyeronokkan".

* Jenis-jenis khat :i. Khat Khufi : berasal dr Kufah. ii. Khat Riq'ah : dapat ditulis dgn cepat

8.3.2 Penulisan * Dikaitkan dengan seni kesusasteraan. * Mendapat sambutan hangat umat islam kerana seni ini bersumberkan ayat alquran dan al-sunnah. * al-Quran dilihat dr segi keindahan bahasa dan isi kandungannya. * al-Quran berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan arab dr segi keindahan bahasa

* Ramai arab Quraish memeluk Islam kerana mendengar al-Quran seperti Umar alKhattab, al-Walid al-Mughirah, Rabiah dan Jubair bin Mat'am. * Selain al-Quran kesusteraan islam meliputi Syair, Ruba'i, Burdah dan prosa dll.

8.3.3

Lukisan dan arca

-Dikenali juga sebagai seni halus. - Seni lukis bermula pada zaman Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian safhah al-Quran ygn dihisai dgn corak lukisan bunga dan gambar berbentuk Arabesque dgn pilihan warna emas. - Seni lukis islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yg boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung. - harus melukis dan membentuk sesuatu yang tidak bernyawa - haram membentuk patung dan melukis makhluk yang bernyawa - dibolehkan melukis makhluk yang bernyawa kerana keperluan yang diiktiraf seperti pendidikan. - gambar foto tidak termasuk dalam lukisan tetapi mestilah memenuhi syarat : 1) Menutup aurat sekiranya untuk umum 2) Tiada pergaulan bebas, percampuran dengan bukan mahram

8.3.4

Suara, Muzik dan lakonan

- asal suara wanita tidak aurat, menjadi aurat apabila diubah menjadi lunak dan menimbulkan fitnah - seni suara asalnya halal dan boleh menjadi haram dengan sebab: 1) Penyanyi: tidak menutup aurat, percampuran lelaki dan perempuan 2) Lirik : berbentuk syirik, lucah, menghina Islam 3) Alat muzik: yang sering digunakan oleh orang-orang kafir - hukum muzik: 1) Pasti harus: nasyid, qasidah, lagu kanak-kanak, lagu menaikan semangat jihad dan alat

yang jelas harus ialah kompang. 2) Pasti haram: muzik-muzik semasa yang ditiru daripada barat dan tidak selamat daripada syarat-syarat atau sebabsebab di atas. 3) Mukhtalafun fihi:, iaitu muzik yang berada ditengah-tengah di antara kedua-duanya, di sini ada tiga pandangan ulamak: i. Pasti haram ii. Pasti harus iii. Tafsil, sekiranya lebih mirip kepada yang pertama hukumnya harus dan sekiranya lebih mirip kepada yang kedua hukumnya haram. - lakonan harus asalkan tidak ada perkara yang bercanggah dengan syara' seperti: 1) Dedah aurat 2) Percampuran di antara lelaki dan perempuan 3) Berlakon sembah patung, minum arak, berpelukan

8.3.5

Binaan

- harus asalkan tiada unsur syirik, pemujaan, syiar orang-orang kafir dan sebagainya. - Aspek seni bina islam terpenting ialah masjid. - Konsep penting dalam seni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadu', aman dan damai serta merendahkan hati kepada keagungan Allah. - Kepentingan seni bina masjid di bandar silam islam digambarkan dengan bilangan yang agak banyak seperti : ~di Damsyik pada abad 12 M terdapat 241 buah masjid. ~Di Kaherah pada 15M terdapat 88 buah masjid jamed dan 19 buah masjid kecil. - Selain masjid seni bina islam mengakumi bangaunan2 kediaman, jambatan, saluran air, rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya. - Keindahan seni bina islam banyak dipengaruhi oleh seni bina masjid spt istana2, Tajmahal, kota-kota di Baghdad.

- Seni bina di malaysia yg ada unsur seni bina islam spt Bangunan sultan abdul samad, bangunan keretapi tanah melayu, Daya bumi, pusat pentadbiran putrajaya.

8.4 Matlamat kesenian

- Seni dalam islam tidak bermatlamatkan hiburan, tujuan keduniaan ataupun keseronokan semata. - Seni islam dibentuk untuk melahirkan seseornag yang benar-benar baik dan beradab. - Motif seni islam mesti bermatlamatkan : ~makruf ( kebaikan) ~halal ~berakhlak. - menanam rasa khusyuk kepada Allah disamping memberi ketenangan jiwa manusia sebgai makhluk Allah yg diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada keindahan. -Kesenian Islam terpancar dari tauhid yang merupakan yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan allah swt. - Seni perpaksikan tauhid dapat menanam sikap bertaqwa dan beriman. - Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan emosi. - seni dalam islam merupakan keperluan tahsiniat - mengisi kekosongan masa, masa yang kosong kalau tidak diisi dengan perkara kebaikan atau paling kurang perkara harus atau makruh, masa itu akan diisi dengan perkara kejahatan. - salah satu cara berdakwah

8.5 Peranan seni dan masyarakat


- melengkapkan tiga proses kehidupan: kerja, ibadat dan rehat - boleh menghimpunkan masyarakat

PENGARUH TAMADUN ISLAM DALAM ASPEK KESENIAN Seni dapat dipandang dari pelbagai segi antaranya dari segi kemahiran, segi kegiatan manusia segi karya manusia, dari segi seni halus ( fine arts ) dan dari segi seni pandang (visual arts). Walaubagaimanapun, tiap-tiap pandangan itu merumuskan definasinya tersendiri, dimana definasi yang dirumuskan dipandang dari sudut karya manusia. Sehubungan itu, Herbert Read mendefinasikan bahawa seni adalah usaha untuk mencipta bentukbentuk yang menyenangkan . Selain itu, kesenian itu juga merupakan suatu ciri tamadun dimana

tamadun itu mampunyai tahap perkembangan kebudayaan yang tinggi. Diantara ciri-ciri tamadun ialah: bentuk negara dengan pentadbiran yang tersusun, kehidupan bandar, sains dan teknologi dan pendidikan yang mencapai perkembangan, arsitektur yang membina monumen dan bangunan bangunan besar, aktiviti kesenian yang berkesan. Sehubungan itu, kesenian merupakan pola kebudayaan sejagat dan ciri yang turut memperkembangkan kebudayaan suatu tamadun. Apabila dikaji kesenian merupakan salah satu ciri bagi tamadun islam. Sebagai contoh, Bandar dan bangunan-bangunan ditegakkan oleh tata kota dan seni bina. Oleh hal yang demikian, Islam telah merumuskan bahawa seni Islam ialah ciptaan bentuk yang mengandungi nilai estetik yang berpadu kepada nilai etika Islam. Sekalipun kesenian tiada hubungannya dengan agama Islam melainkan dengan kebudayaan Islam. Namun disebabkan kebudayaan yang tertakluk pada agama, maka disebabkan itu jugalah kesenian tertakluk dan dikendalikan oleh agama. Agama telah mengariskan syariat yang wajib ditempuh oleh kebudayaan di mana menyuruh melakukan Amar maruf, nahi mungkar. oleh itu dengan tertakluknya kesenian kepada agama, bermakna tertakluknya nilai estetika kepada nilai etika. perpaduan diantara nilai estetika dan nilai etika merupakan asas di atas mana-mana gagasan (konsepsi) Islam tentang kesenian. Justeru itu, ketika kebangkitan Islam dalam abad ke-15 H. para cendekiawan telah mengkaji tamadun Islam yang mencapai kejayaan pada zaman Abbasiyyah. Apa yang ditonjolkan dari warisan tamadun itu, yang menjadi bahanbahan pameran tamadun Islam adalah unsurunsur kesenian. Dalam kesenian, Islam mempertimbangkan diantara estika dan etika, iaitu antara keindahan dan kebaikan. Seandainya, Islam hanya menumpukan kepada keindahan sahaja seperti kata falsafah seni untuk seni dan tidak menghiraukan tentang aspek baik dan buruknya, ini bermakna berlaku berlebih-lebihan dalam kesenian. Situasi seperti ini tidak disukai Allah mahupun Islam itu sendiri.

Firman Allah S. W. T yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas (surah Al-Araff:31) Walaubagaimanapun, pada hakikatnya kesenian tamadun Islam telah mengukir sejarah selama 14 abad sehiggalah ke hari ini. Maka pengaruh tamadun Islam dalam aspek kesenian ini dapat dibahagikan kepada beberapa keadaan : Masa awal: 610-660 M Masa pertumbuhan :660-750 M Masa perkembangan : 750-1250 M Masa pembekuan dan kemunduran : 1250-1800 M Masa kesedaran dan kebangkitan : 1900- Masa Awal Seni Tamadun Islam (610-660) Masa awal kesenian meliputi zaman Rasulullah dan Khalifah Rasyidin. Ketika wilayah Islam berkembang luas, masyarakat Arab berbaur dengan pelbagai bangsa yang mana mempunyai kebudayaan dan kesenian. Oleh itu berlakulah anjakan paradikma terhadap kesenian dimana segala aspek diambil kira agar ianya tidak menyimpang daripada garis Islam. Maka tercetuslah seni rupa yang bermotifkan annabatiyah (tumbuh-tumbuhan) dan ai-handasiyah (geometric). Seni arca (patung) tijauhi kerana bimbang mereka akan mengingati penyembahan musryrik. Seni bina Disamping itu, dengan pembangunan masjid-masjid maka terciptalah seni bina khas Arab dengan unsur-unsurnya :bentuk pilar, busur, kubah, ukiran lebah bergantung dan menara yang menjulang tinggi. Oleh yang demikian, seni bina Islam boleh dibahagi kepada tiga cabang: i. Bangunan sipil(imarah madaniyah), yang menyatakan tentang bandarbandar dan gedung-gedung khusus. ii. Bangunan agama (imarah diniyah) yang wujud pada masjid masjid dan tempat-tempat ibadat lainnya. iii. Bangunan milter (imarah harbiyah) yang terjelma pada benteng dan menara pertahanan.

Pada zaman Khalifah Umar, ketika wilayah Hijaz menjadi wilayah yang makmur, maka ramailah arkitek-arkitek dari Jazirah Arab datang ke madinah. Lantaran itu seni bina Islam mula menampakkan kemajuan. Pada permulaan Islam banyak kota telah di bina. Pembinaan ini termasuk didalam seni bina kota. Diantara kota penting yang di bina dengan seni bina kota iaitu Basrah, Kaufah dan Fusthath. Disamping itu, masjid merupakan intipati kepada perkembangan seni bina. Masjid yang mulamula didirikan ialah Masjid Quba, Masjid Madinahdn 10 masjid lain di Madinah, Masjidil Haram dan 14 masjid di Makkah, Masjid al-Atiq atau JamiAmr Bin Ash diMesir. Seni sastera Sebelum kedatangan Islam orang Arab mengenali kesusasteraan dalam bentuk syair. Deklamasi dapat ditafsirkan sebagai bahan yang digunakan dari segi pengucapan dimana pada kebiasannya berunsur karya sastera. Selain itu, di zaman tamadun Islam banyak karyakarya syair telah dicipta. Hal ini kerana masyarakat di zaman itu sering menggunakan syair untuk meluahkan sesuatu perkara. Walaubagaimanapun terdapat jurang perbezaan yang ketara diantara syair berbanding dengan ayat-ayat Alquran. Al-quran yang diwahyukan Allah kepada Rasulullah s. a. w mempamirkan estetika bahasa yang tiada bandingannya. Namun pada hakikatnya Al-quran bukanlah karya sastera. . Fiman Allah dalam surah yassin yang bermaksud : Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan syair itu tidak patut baginya. Ini hanyalah pengajaran dan Al-quran yang memberikan penerangan (surah yassin ayat:69) Seni pidato(Fann Khithabah) Ketika Islam tumbuh dalam kelompok Arab, seni pidato berkembang pesat. Rasulullah sendiri merupakan seorang pidato yang ulung disamping para sahabat yang banyak sumbangan dalam Islamisasi. Khihabah pada mulanya di pengaruhi oleh uslub Al-quran yang menilai dari aspek balaghah dan hikmah dan diindahkan oleh ayat-ayat Al-quran yang berbentuk estetika agung.

Masa Pertumbuhan Seni Umat Islam (660-750) Zaman pertumbuhan seni meliputi zaman Daulah Umawiyah yang berpusat di Damsyik. Dalam kurun ini deferensiasi kesenian mulai diperluas dan cabang cabang kesenian semakin bertambah. Seni Bahasa Dalam kurun kedua ini pelbagai aspek kesenian mengalami kemajuan diantaranya poilitik, ekonomi sisal dan ilmu pengetahuan. Kemajuan tersebut membawa kepada pertumbuhann perbendaharaan kataseperti krosa kata dan istilah istilah baru. Antara gejala kesusasteraan ketika itu ialah: i. Terpelihara dari bahasa kasar di mana kesusasteraan Arab tetap dalam balaghah asli. ii. Banyak terdapat tasyib iaitu ucapan rindukan kekasih dalam bait-bait pertama sebagai permulaan sajak atau gasidah. iii. Polemik sastera antara penyair seperti politik Umawiyah. iv. Dengan pertambahan wilayah Islam, sastera Arab semakin meluas, maka kaum Mawaly bukan Arab muncul dimedan sastera. v. Kesusasteraan pemujaan vi. Sastera khamar di mana krisis akhlak akhir zaman Umawiyah telah melahirkan syair keindahan dan kesedapan khamar. Seni pidato Pada umumnya khalifah, gabenor panglima dan pembesar adalah seniman seniman pidato. Namun Fann Khithabah hanya berfungsi sebagai membangkitkan semangat jihad dan meniggikan martabat kabilah, tidak terpusat pada dajwah Islamiyah. Seni Insya Insya atau mengarang surat marupakan sebahagian daripada seni. Sekretaris-sekretaris yang mengarang biasanya menjadi terkenal kerana seninya. Seni Suara Perkembangan nyanyian yang terpenting antaranya ialah Qiraatul Quran,

ghasidah, muzik dan lagu-lagu yang yang bertemakan kasih sayang. Sejajar dengan itu, bahasa atau gerak biasa tidak mampu untuk mencipta emosi yang mendalam apatah lagi untuk melahirkan intonasi nada. Sebagai contoh, irama dan gaya dalam suara azan yang terbit dari seni bina pada pembina pembina Alhamra di Sepanyol. Lantaran itu, alunan dari suara qari mahupun qariah yang membaca Al-quran juga merupakan salah satu seni suara. Dalam suatu hadis daif menerangkan bahawa: Hendaklah kamu membaguskan bacaan Al-quran dengan suara yang bagus kerana suara yang bagus itu akan menambahkan kebagusan bacaannya (H. R. Imam-imam Al Hakim, Ad-Darimy dan Ibnu Nasar dari Al Bara bin Azib). Seni Rupa Seni ukir dan seni pahat merupakan cabang seni rupa yang mana menggunakan tulisan khat Arab sebagai motifnya. Pada kebiasaannya ayat Al-quran, Hadis, syair atau kata hikmah dipahat dan diukir pada dinding bangunan masjid, istana dan gedung lainnya. Seni Bina Terbinanya pelbagai masjid di merata dunia contohnya Masjid Kairawan, Afrika Utara yang terkenal dengan kubahnya yang dikenali sebagai Qubatul Bahwidan Masjid Cordova iaitu masjid yang terbesar di dunia Islam dengan seni binanya yang ajaib. Masa Perkembangan Seni Tamadun Islam (750-1250 M) Perkembangan tamadun berlaku ketika zaman Daulah atau Khalifah Abbasiyah di mana dunia seni Islam mengalami revolusi. pada ketika itu kesenian tidak lagi berlandaskan nilai estetika dan nilai etika Islam. Seni Bahasa Kebanyakan sastera dikarang atau disalin dari bahasa asing, buku-buku novel, riwayat, nasihat dan uraian sastera. Penghasilan drama juga telah mula menampakkan perkembangannya namun kurang sambutan kerana terdapat unsure-unsur yang bercanggah dengan nilai etika Islam seperti terdapat penampilan wanita.

Seni Suara Di zaman Umawiyah seni suara berkembang terus dan daerah hijaz merupakan tempat yang sesuai untuk menyebarkan muzik manakala madinah selaku pusatnya. Ketika zaman Abbasiyah seni muzik mencapai puncak kgemilangan di mana terdapat kelas yang disebut kelas utama(athbaqatul Ula). Seni Muzik Pada hakikatnya, muzik dapat disimpulkan sebagai hiburan kerana ianya dapat memberi keseronokan dan keasyikan. Dalam tamadun Islam juga terdapat hiburan seperti ini malah ketika zaman nabi juga berlaku beberapa kisah tentang kesenian berkaitan muzik atau hiburan. Bukhari dengan sanat dari Saidina Aisyah r. a diriwayatkan, bahawa ia mengahwinkan seorang perempuan dengan seorang lelaki Ansar. Maka kata Rasulullah s.a.w.: wahai Aisyah, adakah apa hiburan bersama kamu kerana orangorang Ansar berminat kepada hiburan. Pada riwayat yang lain pula, kata Aisyah :Abu Bakar datang dan padanya terdapat dua orang jariah pada hari Mina, keduanya sedang menyayi dan memukul kompang(duf). Kebanyakan kitab-kitab muzik disalin dari kitab-kitab yunanai, parsi dan India. namun orang pertama yang membiana kilang alatan muzik ialah orang Islam. Pusat kilang pembuatan kilang yang terkenal ailah Sevilla di Andalusia. Alatan muzik yang dihasilkan adalah seperti mizbar(kecapi klasik), murabba, qitara(gitar). Seni Tari Seni taribekembang luas ketika zaman Abbasiyah. Namun, tidak kesemua digolaog dalam seni Islam kerana ada sebahagian daripanya diketogerikan dalam seni muslim. pengarang kitab seni yang pertama dalam Islam ialah Al Faraby dengan bukunya yang bertajuk Kitabul raqs wal Zafn. Sebagai contoh gerak dan nada ialah seni tari dengan muzik (choreogrophic art). Sehubungan itu, tamadun Islam menyaksikan kurang perbahasan tentang

seni tari kerana di zaman Rasulullah ianya dibenarkan malah terdapat riwayat dan hadis yang menyatakan kenyataan tersebut. Ibnu Hajar Al-Haitami dalam kitabnya tuhfah menegaskan tentang tidak haramnya tarian: tidak diharamkan tari-menari dan tidak pula makruh, oleh karena tari-tarian itu semata-mata merupakan gerakan-gerakan lurus dan bengkok dan kerana Rasulullah s.a.w. menyuruh seorang bangsa Habsyi untuk menari-nari dalam satu masjid baginda di kala hari raya . (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Seni Pahat dan Ukir Seni pahat kebayakannya menghasilkan relief (bentuk gambar timbul). manakala seni khat menghasilkan tulisan khat yang duukir dengan ayat Alquran, hadis syair dan kata nasihat. Seni Sulam Seni sulam dihasilkan oleh golongan wanita di mana seni akan melahirkan kraftangan seperti sutera dewangga, jubah, serban dan permaidani. Seni Lukis Seni lukis Islam memperlihatkan kehalusan bentuk dan warna yang mana telah memberi ilham kepada orang Eropah. Buku bergambar pertama telah dikarang oleh Firdausi(995-1020 M) yang berjudul Syah Nama. Seni Bina Seni bina Islam ketika ini tidak tertumpu pada bangunan dan taman malah juga wilayah di mana kumpulan bangunan itu didirikan iaitu kota. Ibnu Khaldun pernah berkata kedudukan rohani, pandangan hidup, cita cita suatu bangsa dapat dirupakan pada ruparupa yang didirikan . Diantara kota-kota penting zaman Abbasiyah ialah: I. Baghdad II. Samara III. Kota Qathaiu, ibu kota mesir yang bersatu dengan Fusthath danAskar. IV. Kota Qahirah, pusat Daulah Fathimiyah

V. Kota Mahdiyah VI. Kota Mashuriyah VII. Kota Zahra:terdapat susunan kota iaitu kota atas, kota tengah, kota bawah VIII. Kota Zahirah yang dala perluasannya yang pesat bersambung dengan Cordova dan Zahra. Masa Pembekuan Dan Kemunduran Seni T amadun Islam (1250-1900) Cordova yang merupakan pusat tamadun Islam di sebelah barat telah jatuh ke tangan Nasrani pada tahun 1238 M. Manakala Baghdad yang merupakan pusat tamadun Islam di sebelah timur pula telah jatuh le tangan Mongol pada 1258. Bertitik tolak daripada kejadian itu berlakulah kemunduran tamadun Islam terutamanya kesenian Islam. Masa Kesedaran Dan Kebangkitan Seni Tamadun Islam (1900-. ) Semenjak kejatuhan tamadun Islam ke tangan Nepoleon yang mengalahkan Mesir, memaksa dunia Islam berhadapan dengan tamadun Barat. Maka timbullah grrakan modernisma, gerakan tajdid atau gerakan pembabaharuan. Gerakan ini lebih bersifat kebudayaan. Sebelum gerakan ini juga terdapat gerakan salaf yang mana cuba untuk melaksanakan reformasi bagi mengembalikan agama Islam ke tempat asalnya. Lantaran itu, kesenian juga mengalami pembaharuan dan tidak diharamkan kerana Islam sebagai kebudayaan iaitu cara hidup mempunyai relevansinya dengan kesenian. Di samping kesenian itu yang memiliki sifat mudah selama ia tertakluk kepada nilai-nilai etika Islam. Perkara ini membawa kita kepada pembicaraan mengenai aspek seni dan dakwah. Oleh itu sebagai kesimpulannya, kesenian dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut salurannya iaitu: 1. Audio (untuk didengar ) ; , seni suara, deklamasi syair, muzik 2. Audio-Visual (untuk didengar dan dipandang) ;drama, filem, teater, nyayian. . 3. Visual (untuk dipandang ) ; seni lukis, seni hiasan, seni bina, seni pakaian dan pameran serta seni ukir. 4. Verbal (untuk dibaca ) ;prosa, puisi, sajak sastera

Konsep Seni Menurut Perspektif Islam Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukanIslam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas." Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan,

kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islamyang lain. Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspekaspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan. Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam 1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt. 2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspekaspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi. 3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenianyang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap.

Pengenalan Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah

dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini adalah disebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama. Walau bagaimanapun seni masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan dengan moral. Seni juga boleh dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, di mana seni untuk seni adalah bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk masyarakat pula menyatakan bahawa seni dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak. Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi istilah ilmu berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera. Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama :

o o

Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara dan sebagainya. Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainya. Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya. Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa.

Konsep Seni Menurut Perspektif Islam Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas." Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain. Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah

bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar"(menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.

Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam 1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt. 2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspekaspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi. 3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap. 4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undangundang Allah dan SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam. 5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk. Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seni untuk masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan. Antaranya: (a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni

taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut. (b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran. (c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia. (d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :
o

Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah. Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul) dan yang batil (salah). Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan yang lain. Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau. Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu, batu dan lain-lain. Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah. Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari). Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan.

(e) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

Matlamat Kesenian Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimama untuk membawa kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah swt. Seni Islam dibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab. Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya. Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi.

Bidang-bidang Kesenian Islam

a) Tulisan Khat Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadangkadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.

Kepentingan Seni Khat 1. Ia mempunyai kaitan denganpeningkatan tahap tamadun itu sendiri. Sebab itu ia merupakan hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun. 2. Salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhamad s.a.w agar umat Islam membaca dan menulis ayat-ayat al-Quran dengan baik. Dan dengan cara ini difikrkan untuk memudahkan lagi mereka mempelajari dan menghafalnya. 3. Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya. 4. Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya narata kunci rezeki".

5. Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Jenis-jenis Seni Khat Tamudun Islam kaa dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini. Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani. Khat Kufi berasal dai Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul. Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran), nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain. Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini. Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah. Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan secara meluas emasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.

Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya , rumit penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya. Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.

b) Penulisan (Sastera) Manakala seni penulisan ula dikaitkan dengan seni kesusatetraan. Seni kesusasteraan sememangnya mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan umat Islam dan ianya terjadi kerana kesusateraan Islam bersumberkan al-Quran dan al-sunnah yang mana kesusasteraan al-Quran dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan bahasa dan dari segi isinya. Di sini dapat dilihat bahawa hasil atau sumbangan kesusateraan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah telah menyebabkan ramai kaum musyrikin yang telah memeluk agama Islam hanya apabila mendengar alQuran. Contohnya al-Walid l-Mughirah yang merupakan penyair yang terkenal pada zaman Jahiliyyah dan pengkritik yang paling tajam terhadap Rasulallah s.a.w, Umar al-Khattab serta Labid, Rabiah dan Jubair bin Mat'am. AlQuran telah berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan Arab dari segu keindahan bahasa kesusteraan dan yang lebih menakjubkan lagi ianya bukan sahaja menggetarkan jiwa mereka yang memahami bahasa arab malah melintasi batas periadi, bahasa, keturunan, kebudayaan, geografi, pangkat dan sebagainya. Kesusteraan Islam mula disebarkan oleh Rasulallah s.a.w dan terus berkemabang pada zaman khalifah-khalifah al-Rashidin, Umaiyah dan Abbasiyyah. Selain al-Quran, karya kesusteraan Islam juga meliputi Syair, Rubai', Burdah, Prosa dan sebagainya.

c) Lukisan dan Arca ( Ukiran) Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran eni halus inijuga terdapat pada perabut rumah,

piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi besi perang. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawag, lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain. Seni lukis ula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk araesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yan boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

d) Seni binaan. Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh. Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan iala seni bina masjid. Ini adalah kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai cri terpenting sesebuah bandar. Ini dapat kita perhatikan daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara yang pertama baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina

masjid. Masjid pertama menjadi lanmbang kekuatan aqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin. Masjid pertama yang didirikan di Madinah ialah Masjid al-Nabawi yang digunakan oleh Rasulallah s.q.w sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan sebagainya. Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya, masjid ekemudiannya dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur dekoratif-ornamentif berdasarkan latarbelakang budaya persekitaran umat Islam. Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun berbanding dengan barat, kerana unsur-unsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan nilai kerohanian dan pada masa yang sama pembangunan fizikal dankebendaan tidak dipinggirkan. Konsep penting dalamseni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan damai serta merendah hati kepada keagungan Allah s.w.t. Pengagunan dan erhiasan bukanlah menjadi matlamat seni bina Islam, tetapi kerana kreativiti dan inovasi mat, artis, seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi suatu seni yang bernilai tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan eka bentuk yang dibuat berdasarkan ajaran al-Quran. Kepentingan seni bina masjid di bandar silam Islam digambarkan dengan terdapat 241 buah masjid. Di Kaherah pada abad ke 15 masehi pula terdapat 88 buah masjid jamek (masjid uatama) dan 19 masjid kecil Dari segi strktur dalaman dan luaran masjid, beberapa perkara dapat dilhat khususnya dari asek mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang erkumpul, tang dan pilar utama, anjug dan serambi, mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-lain lagi. Perkaraperkara i merupakan karektiristik sebi bin a masjid yang memperlihatkan keuhikannya yang tersendiri berbanding dengan seni-bina yang lain. Selain itu, seni bina masjid banyak mengetengahkan bentukbentuk blat yang merupakan bentuk yang paling sempurna yang mencerminan kelembutan dan kehalusan seolah-lah ia tidak berkesedahan. Selain daripada masjid, seni bina Islam juga merangkumi bangunanbangunan kediaman, kedai, jambatan, saluranair, rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya. Seni bina mencirikan kepada lambang islam dan berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t serta menitikberatkan kepada reka bentuk islam banyak dipengaruhi oleh seni

bina masjid seperti istana-istana, taj Mahal, kota-kota seperti kta Baghdad malah di Malaysia sendiri seerti bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan kerertapi tanah melayu, bangunan daya bumi dan pintu gerbang darul ehsan.

e) Seni Muzik ( Suara, lagu dan Bunyi) Antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati serta menenangkan telnga ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam selagi tidak dicampuri lirij-lirik koto, cabul dan yang dapat mengarahkan kepada perbuatan dosa dan dengan muzik yang tida membangkitkan nafsu bahkan disunatkan hiburan itu seperti pada hari raya, perkhawinan, aqiqah dan waktu lahirnya seorang bayi. Daripada Aisyah r.a bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat lelaki Ansar, maka nabi bertanya : "Hai Aisyah ! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab rang-orang ansar gemar sekali terhadap hiburan". Tidak terdapat perkataan arab yang boleh diertikadengan istilah Inggeris "muzik" yang menyeluruh. Ensiklopedia Pelajar Oxford mentadbirkan muzik sebagai bunyi yang disusun pada pola yang sedap didengar atau yang boleh melahirkan perasaan.

Anda mungkin juga menyukai