Anda di halaman 1dari 18

KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS

Anda akan dibantu untuk mencapai lapan kemahiran proses sains asas. Ke semua lapan ini telah disenaraikan mengikut urutan yang menaik dalam kompleksitinya. Untuk memperoleh kemahiran ini dengan baik, anda dinasihatkan untuk mengikut aktiviti mengikut urutan. Klik pada kemahiran untuk menjalankan aktiviti berkaitan. Pemerhatian: proses pemerhatian melibatkan penggunaan satu atau lebih daripada pancaindera kita dalam persepsi ciri-ciri sesuatu objek atau sesuatu perkara yang sedang berlaku; pemerhatian boleh dibuat secara langsung dengan pancaindera atau pun secara tidak langaung melalui peralatan sains Pengkelasan: proses pengkelasan melibatkan penyusunan objek atau perkara yang berlaku mengikut ciri-cirinya Menggunakan nombor: proses ini diperlukan untuk membuat pengukuran atau membuat perbandingan serta untuk menyusunkan objek Berkomunikasi: proses ini melibatkan perpindahan data; data boleh dipindahkan melalui percakapan, penulisan, graf, rajah, lukisan, peta atau pun formula; kemahiran seperti menyoal, berbincang, memberi penerangan juga adalah kemahiran berkomunikai Pengukuran: proses ini akan menyusunkan objek atau perkara melalui magnitud seperti panjang, luas, isipadu dan jisim; proses ini melibatkan penggunaan peralatan sains Membuat inferens: proses ini menggunakan logik untuk membuat kesimpulan daripada pemerhatian; proses ini akan kemukakan penerangan atau sebab untuk sesuatu situasi Membuat ramalan: ramalan adalah berasaskan pemerhatian, pengukuran serta inferens tentang perhubungan di antara pembolehubah; ramalan adalah spekulasi; ramalan adalah cadangan apakah yang mungkin berlaku Penggunaan perhubungan ruang-masa: proses ini melibatkan memperihalkan perhubungan spatial objek dan perubahannya dengan masa; contohnya adalah pergerakan, arah, bentuk dan penyusunan spatial.

Kemahiran Proses Sains

Kurikukum Sains sekolah Rendah bukan sahaja berfokuskan pemerolehan pengetahuan tetapi ia juga memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran saintifik serta pemupukan sikap saintifik dan nilai murni. Oleh itu adalah wajar semua guru pelatih dapat menguasai kemahirankemahiran ini sebelum mereka mula menjadi guru terlatih. Kemahiran Proses terbahagi kepada:
Kemahiran Proses Asas memerhati mengelas mengukur dan menggukan nombor membuat inferens meramal menggunakan hubungan masa dan ruang berkomunikasi Kemahiran Proses Bersepadu mentafsir maklumat mengawal pembolehubah mendeginisi secara operasi membuat hipotesis mengeksperimen

Mengapa kita perlu menggalakkan penguasaan kemahiran proses sains? Ada dua jawapan yang utama kepada persoalan ini. Pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Apabila muridmurid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru.

Pendidik di Victoria, Australia berpendapat pembelajaran sains bukan lagi difokuskan kepada pengetahuan isi kandungan semata-mata tetapi ia juga perlu merangkumi aspek-aspek berikut:penyelesaian masalah harian melalui teknologi Sains dalam konteks budaya & sosial peluang untuk murid perkembangan kendiri Di Amerika Syarikat kemahiran seperti memerhati dan mengelas diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak mereka berusia lima tahun lagi. Tujuannya adalah untuk melatih kanak-kanak menggunakan kemahiran ini dalam kehidupan mereka. Di Malaysia, Kurikulum Sains Sekolah Rendah menyarankan supaya strategi pengajaran dan pembelajaran adalah berbentuk inkuiri penemuan yang terbimbing. Melalui inkuiri penemuan murid-murid akan dapat menguasai kemahiran-kemahiran proses sains dengan lebih mudah dan bermakna.

Sains sebagai suatu mata pelajaran dilaksanakan di semua sekolah rendah di

seluruh Malaysia mulai tahun persekolahan 1994/1995. Unsur sains didedahkan di Tahap 1 (Tahun 1-3) melalui penyepaduan mata pelajaran bahasa pengantar dan matematik dan diperkenalkan sebagai suatu mata pelajaran di Tahap II (Tahun 4-6). Langkah ini dijangka memberi persediaan yang sesuai dan mencukupi untuk muridmurid mengikuti pendidikan sains di peringkat sekolah menengah. Dalam kurikulum sains sekolah rendah (KSSR), penekanan diberi kepada penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir, pemahaman kepada prinsip asas sains, pemupukan sikap saintifik dan nilai murni serta pembelajaran menerusi pengalaman yang relevan kepada kehidupan harian murid. Kemahiran saintifik diberi tumpuan utama dalam kurikulum sains di samping isi kandungan sains. Kemahiran saintifik yang dimaksudkan dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah ini terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif (PPK, 1994). Kemahiran proses sains boleh dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu (Padilla, 1980). Kemahiran proses sains asas (KPSA) merangkumi memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang dan masa. Manakala kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) pula merangkumi mentafsir maklumat, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993). Kemahiran proses sains asas perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum 2 seseorang dapat menguasai kemahiran proses sains bersepadu (Roadrangka et al, 1996). Menurut Parker dan Roy (1991) kemahiran-kemahiran proses sains yang

disebutkan itu merupakan subset kepada kemahiran berfikir yang digunakan oleh sama ada seorang ahli sains, guru ataupun pelajar apabila mempelajari sains. Kemahiran proses sains digunakan oleh ahli-ahli sains untuk menyiasat dan meneroka (Roadrangka, Muhamad Nor Ahmad & Said Manap, 1996) dan hanya akan memainkan peranannya apabila digunakan dalam kontek aktiviti sains seperti penyiasatan dan diintepretasikan dengan pemahaman saintifik (Woolnough, 1994; Maloney, 2007). Kemahiran proses sains ini perlu digunakan oleh guru dalam menyampaikan pengajaran fakta-fakta sains dengan berkesan. Hal ini adalah kerana sains bukan hanya merupakan ilmu pengetahuan sahaja malahan ia merupakan suatu cara untuk memahami alam persekitaran secara sistematik. Kemahiran proses sains diperlukan oleh murid untuk mempelajari mengenai dunia sains dan teknologinya dengan lebih mendalam. Guru-guru perlu mengetahui dan menguasai kemahiran proses sains ini terlebih dahulu sebelum kemahiran tersebut dapat diajarkan kepada murid. Justeru, guru dengan tahap pencapaian dan penguasaan kemahiran proses sains yang berlainan akan mengajarkan kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dengan kualiti yang berbeza. Apabila seseorang guru telah menguasai kemahiran proses sains dengan baik, adalah diharapkan bahawa mereka dapat melaksanakannya dengan berkesan semasa pengajaran sains di kelas. Untuk penguasaan yang berkesan, kaedah penyampaian kemahiran proses sains harus menekankan aktiviti hands-on yang menarik (Maloney2007). Strategi inkuiri yang berpusatkan murid dengan aktiviti, penyiasatan dan

eksperimen akan memupuk dan mengasah kemahiran-kemahiran proses sains. Seterusnya, kemahiran berfikir murid juga akan dipertingkatkan. Kajian yang dijalankan 3 oleh Padilla, Okey dan Dillashaw (1983) menunjukkan bahawa kemahiran proses sains khasnya bersepadu mempunyai korelasi dengan kemahiran berfikir aras formal seperti yang dikemukakan oleh Piaget. Kemahiran berfikir ini adalah penting kerana terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ramai orang dewasa belum dapat mencapai kebolehan menaakul pada peringkat formal (Chiapetta, 1976),

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif sains yang telah dikenalpasti untuk diperkembangkan dalam kalangan murid sekolah rendah melalui Kurikulum Sains Sekolah Rendah. Dalam hal ini, sebanyak tujuh kemahiran proses sains asas, lima kemahiran proses sains bersepadu dan lima kemahiran manipulatif sains telah dikenalpasti. (PPK, 1993). 1.6.2 Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. 11 1.6.3 Kemahiran manipulatif sains merupakan kemahiran psikomotor dalam menjalankan aktiviti sains. Ia melibatkan: Penggunaan dan pengendalian peralatan dan bahan sains dengan betul Penyimpanan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat Pembersihan peralatan sains dengan cara yang betul Pengendalian spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat Pelakaran spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat dan berkadaran Betul

Di Filipina, Segumpan (1998) juga membina ujian kemahiran proses sains Science Inquiry Skills Test (SIST) yang telah digunakan untuk menilai pencapaian kemahiran proses sains guru pelatih di Brunei dalam kemahiran memerhati, mengelas, membanding, mengukur dan menggunakan nombor, perhubungan masa dan ruang, membuat inferens, meramal, membuat hipotesis, mengintepretasi data, mengawal pembolehubah dan mengeksperimen.

Rujukan Abu Hassan Bin Kassim (2004). Siri Program Perguruan: Perspektif Amali SainsKemahiran Saintifik. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor: Fakulti Pendidikan. Breg, C.A. dan Smith, P. (1994). Assessing Students Abilities To Construct And Interpret Line Graph: Disparities Between Multiple Choice And Free Response Instruments, Science Education, 78 (6). 5527-554. Gan Bee Kean (2003). Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Bagi Kemahiran Mentafsir Malklumat, Kemahiran Mengenal Pasti Pemboleh Ubah Serta Kemahiran Mengukur Di

Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Sains. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Habibah dan Shahrom. Tahap Kefahaman Kemahiran Mengukur Dan Kemahiran Mengenal Pasti Pemboleh Ubah Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Merentasi Aliran. Tesis Ijazah Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Jabatan Sains Dan Matematik (1998). Penguasaan Dan Amalan Penggunaan Kemahiran Proses Sains Dalam Pengajarn Dan Pembelajaran Di Sekolah Rendah Daerah Meradong. Maktab Perguruan Rajang, Bintangor. Jones, T. P. Creative Learning In Perspective, Science Education. Great Britain; Butler And Tanner Ltd, Frome And London; 60-66. 1972 Mardyana (1999). Tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran proses sains dan perkaitannya dengan keputusan UPSR dalam mata pelajaran sains bagi pelajar tingkatan 1 di Daerah Batu Pahat. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Norazreen (2007). Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Di Kalangan Pelajar Fizik Sekolah Menengah Daerah Alor Star. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Ostlund, K. What The Research Says About Science Process Skills. The University Of Texas At Austin. June 1998; EJSE V2 N4. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Rozita (2000). Kajian tahap penguasaan kemahiran proses sains membuat inferens, mengawal

pembolehubah dan mengeksperimen dikalangan pelajar sekolah menengah daerah Rembau, Negeri Sembilan. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Sahari Akim. Pelita Brunei. Peratus Pelajar Mengambil Sains, Matematik Membimbangkan; Minat Perlu Dipupuk Strategi Perlu Dirancang. 2005. Tan (1991). Menyiasat tahap kemahiran-kemahiran proses sains bersepadu dikalangan pelajar tahun 1 UTM sesi 1990/1991 dan kesan kursus amali yang di ikuti. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Weinburgh, M. (1995). Gender Differences In Student Attitude Toward Science: a MetaAnalysis Of The Literature From 1970 To 1991. Journal Of Research In Science Teaching. 32 (4). 387-398. Yew, K.S. (2000). Tahap Kefahaman Kemahiran Membuat Inferens Dan Menganalisis Kajian Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Zurida Ismail (1998), Penguasaan Kemahiran Proses Sains Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah. Jurnal Kurikulum.-.109-120.

Sejak tahun 1989, kurikulum sains di negara England telah menguji kebolehan pelajar sekolah untuk menjalankan tugas penyiasatan saintifik seperti membuat pengukuran, membandingkan ciri-ciri yang diperhatikan, mencari perhubungan di

antara pembolehubah-pembolehubah dan lain-lain lagi.

Mengikut Millar dan Driver (1987), walaupun kemahiran proses seperti membuat pengukuran ini penting, tetapi keputusan untuk mengulangi sesuatu pengukuran itu adalah jauh lebih penting daripada tindakan mengambil pengukuran kerana dengan mengulangi pengukuran, pelajar sebenarnya belajar cara menyiasat secara saintifik.

Jadi kemahiran proses adalah proses-proses kognitif atau cara pelajar berfikir semasa mereka menjalankan penyiasatan (membuat melalui pemikiran). Ianya bukan kemahiran manipulatif berbentuk psikomotor (Gott dan Dugan, 1995). Mengikut Gott dan Duggan lagi, kemahiran proses ini juga berbeza dari kemahiran prosedural sains yang merupakan asas-asas membuat keputusan dalam kaedah saintifik iaitu asas untuk menentukan sama ada sesuatu penyiasatan itu menyokong hasil sains yang dibentuk atau tidak.

Bersepadu Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, Hasrat pendidikan di Malaysia Masyarakat

berilmu, saintifik dan progresif PENDAHULUAN Sains sebagai bidang ilmu pengetahuan inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Warganegara yang berbudaya sains dan teknologi mempamerkan ciri-ciri seperti bersemangat ingin tahu dan ingin mencuba, celik sains, bersifat terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata, menghargai sumbangan sains dan teknologi, menghargai keseimbangan alam, mempunyai iltizam dan

kesanggupan untuk menyumbang terhadap kemajuan sains dan teknologi. Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu

pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu2 pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan sains ini menjadi lebih bermakna kepada murid apabila mereka dibimbing untuk menghubungkaitkan fakta dengan konsep, membuat pengitlakan, mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada serta mengaplikasikan ilmu ini dalam kehidupan harian. Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap yang positif. Pembelajaran sains menggalakkan sikap saintifik dan nilai murni termasuk semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, tabah, prihatin terhadap hidupan dan menghargai alam sekitar. Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Kurikulum ini digubal berdasarkan penguasaan kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni.

Fokusnya adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran. Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah Sains untuk sekolah rendah, dan Sains untuk sekolah menengah. Mata-mata pelajaran elektif ditawarkan di sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan. Mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah dan Sains untuk sekolah menengah rendah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. Sains untuk sekolah menengah atas pula Sains sebagai proses inkuiri Tujuan matamata pelajaran sains di sekolah rendah dan sekolah menengah Kurikulum sains dari

sekolah rendah ke sekolah menengah3 di samping menghasilkan murid yang celik sains, inovatif, juga menyediakan murid untuk menceburi bidang sains dan teknologi yang lebih umum. Manakala mata-mata pelajaran sains elektif bertujuan untuk menyediakan murid yang cenderung, berminat dan berupaya dalam bidang sains untuk menceburi kerjaya bidang sains dan teknologi yang khusus dan profesional. Golongan murid ini akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah merupakan program tiga tahun untuk murid Tahap II. Ia bertujuan untuk membolehkan murid mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar mereka melalui pengalaman dan juga penyiasatan. Melalui program ini murid berpeluang memahami sesuatu konsep atau fenomena yang berlaku di sekeliling mereka dan memberi penjelasan secara saintifik tentang kejadian fenomena tersebut. Program ini memberikan asas yang kukuh kepada murid dalam pengetahuan sains, kemahiran berfikir, kemahiran saintifik serta sikap

saintifik dan nilai murni untuk menyediakan mereka mempelajari sains di sekolah menengah. Melalui program ini murid dapat menghubungkan fakta dengan konsep, membuat pengitlakan dan menghubungkaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada mereka. Kurikulum diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran(SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) untuk setiap mata pelajaran. SP menggariskan penekanan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum secara umum. HSP memperincikan kehendak kurikulum mengikut Tahun. HSP mengandungi maklumat tentang matlamat dan objektif kurikulum, penerangan ringkas tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, strategi pengajaran dan pembelajaran, dan isi kandungan. Kandungan dokumen kurikulum Fokus mata pelajaran Sains Rendah4 Isi kandungan memberi spesifikasi tentang kurikulum melalui Hasil Pembelajaran yang dihasratkan dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Di samping itu bahan sokongan

kurikulum yang bertujuan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum dengan berkesan juga disediakan

Kemahiran manipulatif sains merupakan kemahiran psikomotor dalam menjalankan aktiviti sains. Ia melibatkan: Penggunaan dan pengendalian peralatan dan bahan sains dengan betul Penyimpanan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat Pembersihan peralatan sains dengan cara yang betul Pengendalian spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat Pelakaran spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat dan berkadaran betul.

Kemahiran proses sains bersepadu merangkumi mengintepretasi data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen. Mengintepretasi data (intepreting data)-Mengorganisasikan data dalam bentuk graf dan membuat kesimpulan berdasarkan graf Mendefinisi secara operasi (defining operationally)-Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan. Ia membolehkan pembezaan di antara contoh dan bukan contoh bagi konsep yang dihuraikan. Mengawal pembolehubah (identifying variables)-Mengenalpasti pembolehubah

yang boleh mempengaruhi hasil eksperimen iaitu pembolehubah bersandar, memalarkan pembolehubah lain dan memanipulasikan pembolehubah tidak bersandar. Membuat/ menyatakan hipotesis (making/stating hypothesis)-Menyatakan hasil eksperimen yang dijangka berdasarkan data yang ada Mengeksperimen/ mereka bentuk penyiasatan (experimenting/ designing investigation)- Mengendalikan suatu eksperimen termasuk mengemukakan soalan yang relevan, menyatakan hipotesis, mengenalpasti dan mengawal pembolehubah, mendefinisikan pembolehubah secara operasi dan mengintepretasikan hasil eksperimen.

Anda mungkin juga menyukai