Anda di halaman 1dari 21

TINJAUAN TAHAP PENCAPAIAN DAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM KALANGAN GURU PELATIH PISMP

HAIRIAH BT MUNIP CHIN CHEE KEONG JABATAN SAINS IPG KAMPUS TUANKU BAINUN ABSTRAK Kemahiran proses sains merupakan komponen penting dalam pembelajaran sains yang kurang diberi perhatian dalam pengajaran sains oleh guru sains. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan sejauh mana pelaksanaan kemahiran proses sains dalam kalangan 28 guru pelatih PISMP major sains di IPG Kampus Tuanku Bainun. Keputusan ujian objektif menunjukkan kemahiran yang kurang dikuasai oleh guru pelatih ialah membuat hipotesis (54.2%) dan definisi operasi (33.3%). Sebaliknya kemahiran mengukur dan menggunakan nombor (95.8%), menginterpretasi data (95.8%) serta membuat pengelasan (91.7%) dapat dikuasai oleh majoriti guru pelatih. Analisis buku rekod mengajar guru pelatih menunjukkan guru pelatih mencatatkan kemahiran proses sains dalam sesuatu pelajaran semata-mata untuk memenuhi keperluan format penulisan rancangan mengajar tanpa pemahaman bagaimana menggunakan kemahiran tersebut dalam pelajaran yang dirancang. Catatan refleksi guru pelatih juga tidak pernah menyebut tentang masalah bagaimana untuk menerapkan kemahiran proses sains dalam pengajaran sains. Implikasi dapatan ini adalah kemahiran proses sains diberi perhatian yang amat rendah oleh guru pelatih dalam penyampaian pelajaran sains. Hasil temubual pula mendedahkan hakikat guru pelatih tidak memahami sepenuhnya kemahiran proses sains yang disampaikan dalam kuliah semasa pengajian di institut pendidikan guru. Pertalian yang lemah antara konsep kemahiran proses sains dengan prosedur pengajaran dan pembelajaran sains yang menerapkan kemahiran proses sains mungkin telah menyebabkan guru pelatih kurang memberi penekanan yang sewajarnya terhadap kepentingan dan pelaksanaan kemahiran proses sains dalam pendidikan sains di sekolah rendah.

1.0 PENGENALAN Kurikulum sains sekolah rendah dan menengah telah menekankan penguasaan kemahiran saintifik (kemahiran proses dan manipulatif) serta kemahiran berfikir di samping pemahaman prinsip asas sains serta sikap saintifik dan nilai murni. Ini bertujuan supaya sistem

persekolahan di Malaysia dapat melahirkan rakyat yang progresif dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, ia juga bertujuan memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan pengetahuan sains dan teknologi sebagai persediaan mereka melanjutkan pelajaran serta bekerjaya dalam bidang pembangunan dan perindustrian. Salah satu cabaran bagi guru sains sekolah rendah adalah bagaimana menerapkan kemahiran proses sains dalam pengajaran pembelajaran mata pelajaran sains. Bagi melaksanakan penerapan kemahiran proses sains ini, guru sains telah dilatih dan diberi kemahiran di Pusat Pengajian seperti Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang dapat menerapkan kemahiran proses sains. Penguasaan kemahiran proses sains ditekankan selain daripada penguasaan fakta-fakta dan prinsip sains. Ini adalah kerana pengetahuan sains terhasil daripada aktiviti menyelesaikan masalah secara saintifik bergantung kepada kemahiran murid terhadap proses sains (Harlen,2000). Langkah Kerajaan Malaysia memperkenalkan mata pelajaran sains di tahun satu dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 adalah satu langkah yang disokong oleh semua warga pendidikan. Ini dapat menggalakkan daya pemikiran yang kritis dan kreatif serta memupuk perasaan ingin tahu murid terhadap persekitaran mereka. Justeru,guru yang mengajar perlu menguasai kemahiran proses sains dengan sebaik-baiknya bagi menjamin pelaksanaan kurikulum berkesan (Burns.et al,1985).

1.1 Latar belakang kajian


Mata pelajaran sains dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh Malaysia mulai tahun persekolahan 1994/1995. Bagi melaksanakan kurikulum Sains, penekanan diberi kepada

kepada guru pelatih bagi menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir, pemahaman kepada prinsip asas sains, pemupukan sikap saintifik dan nilai murni serta pembelajaran menerusi pengalaman yang relevan kepada kehidupan harian murid. Kemahiran saintifik diberi

tumpuan utama dalam kurikulum sains di samping isi kandungan sains. Kemahiran saintifik yang dimaksudkan dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah ini terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif (PPK, 1993). Langkah ini dijangka memberi persediaan yang sesuai dan mencukupi untuk murid-murid mengikuti pendidikan sains di peringkat sekolah menengah.

Kemahiran proses sains dapat dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu (Padilla, 1980). Kemahiran proses sains asas (KPSA) merangkumi kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang dan masa. Manakala kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) pula terdiri dari kemahiran mentafsir maklumat, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Menurut Wellington (1991)

kemahiran-kemahiran proses sains tersebut merupakan asas kepada kemahiran berfikir yang digunakan oleh sama ada seorang ahli sains, guru ataupun pelajar apabila mempelajari sains.

Kemahiran proses sains ini perlu dikuasai oleh guru dalam menyampaikan pengajaran fakta-fakta sains dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana sains bukan sahaja ilmu pengetahuan malahan ia adalah suatu cara untuk memahami alam persekitaran dan prosesnya secara sistematik. Murid memerlukan kemahiran proses sains untuk mempelajari mengenai dunia sains dan teknologinya dengan lebih mendalam. Justeru, guru pelatih perlu mengetahui dan menguasai kemahiran proses sains ini terlebih dahulu sebelum kemahiran tersebut dapat disampaikan kepada murid. Guru dengan tahap pencapaian dan penguasaan kemahiran proses sains yang berlainan akan mengajar kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran sains dengan kualiti yang berbeza.

Kemahiran proses sains asas merangkumi memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang dan masa. Memerhati (observing)-Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena dengan menggunakan semua atau sebahagian daripada deria. Alat atau instrumen yang dicipta atau direka boleh juga dilaksanakan untuk membantu deria. Pemerhatian yang dilakukan mungkin pemerhatian kualitatif, pemerhatian kuantitatif atau pemerhatian perubahan. Mengelas (classifying)-Pengumpulan objek berdasarkan ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan ke dalam kumpulan yang sama. Mengukur dan menggunakan nombor (measuring and using numbers)- Pemerhatian yang dibuat secara kuantitatif dengan menggunakan unit rujukan atau alat berunit piawai. Membuat inferens (inferring)-Kenyataan tentang sesuatu objek atau peristiwa berdasarkan pemerhatian yang merupakan penerangan. Penerangan tersebut mungkin betul atau tidak. Meramal (predicting)-Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan datang berasaskan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Berkomunikasi (communicating)-Cara untuk mengemukakan idea atau menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, model, jadual, graf, gambarajah, carta, peta, simbol, persamaan matematik dan sebagainya. Menggunakan perhubungan ruang dan masa (using space/time relationship)- Satu proses memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.

Kemahiran proses sains bersepadu merangkumi mengintepretasi data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen. Mengintepretasi data (intepreting data)-Mengorganisasikan data dalam bentuk graf dan membuat kesimpulan berdasarkan graf Mendefinisi secara operasi (defining operationally)-Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan. Ia membolehkan pembezaan di antara contoh dan bukan contoh bagi konsep yang dihuraikan. Mengawal pembolehubah (identifying variables)-Mengenalpasti pembolehubah yang boleh mempengaruhi hasil eksperimen iaitu pembolehubah bersandar, memalarkan pembolehubah lain dan memanipulasikan pembolehubah tidak bersandar. Membuat/ menyatakan hipotesis (making/stating hypothesis)-Menyatakan

1.2 Pernyataan masalah


Kajian awal oleh Tan dan Chin (2001) yang melibatkan guru sains Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) 14 minggu di Maktab Perguruan Batu Lintang mendapati cuma 56.82% guru pelatih menguasai kemahiran proses sains membina hipotesis manakala 26.73% guru pelatih menguasai kemahiran proses sains mengenali pembolehubah. Mereka juga berpendapat bahawa respons yang tidak betul kepada soalan berkaitan kemahiran proses sains membina hipotesis menunjukkan wujudnya kerangka alternatif atau pun miskonsepsi dalam kalangan guru tersebut. Dapatan sampingan oleh Tan dan Chin (2001) menunjukkan ramai guru sains (26.73%) tidak dapat mengenal pasti pembolehubah yang tepat dalam merangka hipotesis. Hasil kajian oleh Kassim, Abu Hassan and Hussin, Rohana (2003) menunjukkan tahap penguasaan kemahiran proses sains, khususnya kemahiran membuat inferens dan mengenalpasti pemboleh ubah, serta tahap penguasaan kimia di kalangan pelajar adalah

sederhana. Walau bagaimanapun, tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran membuat hipotesis, mentafsir maklumat seterusnya membuat ramalan berasaskan maklumat yang diperolehi adalah baik; manakala, pelajar menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran mengeksperimen. Terdapat korelasi positif yang rendah antara kemahiran proses sains pelajar dengan pencapaian mereka dalam kimia. Tan (1996) telah meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu dalam kalangan guru pelatih pengkhususan sains di dua buah maktab perguruan di Pulau Pinang. Beliau melaporkan bahawa pencapaian kemahiran proses sains bersepadu dalam kalangan guru pelatih adalah rendah berbanding dengan pencapaian murid dalam kajian yang serupa yang telah dijalankan di Amerika Syarikat dengan menggunakan instrumen yang sama iaitu TIPS (Burns, Okey & Wise, 1985).

Kajian yang cuba menilai penguasaan KPS dalam kalangan guru-guru sains, khususnya guru pra perkhidmatan masih kurang dijalankan. (Mohamed Isa, 2008). Kajian-kajian sebelum ini menunjukkan bahawa masih terdapat kelemahan dalam penguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan murid, guru dan guru pelatih. Penguasaan kemahiran proses sains yang lemah dalam kalangan murid mungkin disebabkan oleh kelemahan guru yang tidak begitu memahami dan menguasai kemahiran proses sains. Guru yang terlatih berasal daripada guru pelatih. Oleh itu, semua guru pelatih yang menjalani praktikum harus diberi perhatian.

Dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Sains Sekolah Rendah), IPG di seluruh Malaysia sedang dan terus melatih guru-guru sains untuk ditempatkan di sekolah rendah. Kumpulan pertama guru-guru telah berjaya ditempatkan pada awal tahun 2011 barubaru ini.

Tempoh masa praktikum selama empat kali dalam empat semester membawa kepada jumlah 28 minggu adalah amat sesuai dan memadai untuk mempraktikkan pelaksanaan kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Tempoh masa ini adalah mencukupi untuk guru pelatih menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah dan makmal bagi mempraktikkan pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran serta memberi peluang keemasan bagi guru pelatih menyampaikan pelajaran Sains dalam keadaan yang sebenar di sekolah. Oleh yang demikian, latihan di IPG distrukturkan untuk melatih guru pelatih dengan pelbagai kaedah untuk menerapkan kemahiran proses sains di dalam pengetahuan mata pelajaran sains. Justeru, fokus kajian ini adalah untuk meninjau tahap pencapaian dan pelaksanaan kemahiran proses sains dalam kalangan guru pelatih PISMP.

1.3 Tujuan kajian


Kajian ini bertujuan untuk membuat tinjauan tahap pencapaian kemahiran poses sains guru-guru pelatih PISMP(Sains Pendidikan Rendah) dan pelaksanaannya dalam pengajaran pembelajaran sains semasa praktikum.

1.4 Objektif kajian


Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:1. Mengesan tahap pencapaian kemahiran proses sains(KPS) guru pelatih PISMP 2. Meninjau pelaksanaan kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran sains semasa praktikum.

1.5 Soalan kajian


Berdasarkan objektif khas yang dinyatakan, kajian ini menjawab soalan-soalan berikut:1. 2. Apakah tahap pencapaian KPS guru pelatih PISMP? Apakah tahap pelaksanaan KPS dalam pengajaran & pembelajaran sains oleh guru pelatih PISMP semasa praktikum?

1.6 Kesignifikanan kajian


Adalah diharapkan agar hasil kajian awal ini dapat memberi suatu gambaran yang sebenar tentang tahap pencapaian kemahiran proses sains guru pelatih PISMP secara keseluruhan dan pelaksanaan kemahiran proses sains dalam pengajaran pembelajaran sains semasa praktikum. Maklumat ini penting bagi membantu para pensyarah dan pendidik untuk mengenalpasti kemahiran proses sains yang lemah dalam kalangan guru pelatih dan seterusnya merancang latihan dan aktiviti yang sesuai supaya pencapaian dan pelaksanaan kemahiran proses sains dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan.

Bagi pihak IPGM pula, perhatian diberi kepada penambahbaikan dan pengemaskinian kurikulum PISMP selaras dengan tuntutan dan keperluan pendidikan semasa. Seterusnya, ia memberi maklumat sama ada latihan. perguruan yang berstruktur ini cukup membantu guru pelatih PISMP untuk menjadi guru permulaan yang berkualiti dan cemerlang dari segi pencapaian dan pelaksanaan kemahiran proses sains dengan isi kandungan sains dengan lebih berkesan atau tidak.

Rumusannya,maklumat ini perlulah disalurkan kepada semua para pendidik khususnya pensyarah mata pelajaran sains di IPG untuk meningkatkan lagi taraf profesionalisme guru-guru di Malaysia.

1.7 Batasan kajian


Kajian ini dibataskan kepada guru pelatih PISMP (Sains Pendidikan Rendah) di sebuah Institut Pendidikan Guru di Malaysia pada tahun 2010. Kajian ini menumpukan perhatian kepada penggabungan kemahiran proses sains dengan isi kandungan dalam pengajaran sains sekolah rendah. Oleh yang demikian, kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua guru

pelatih di seluruh Institut Perguruan di Malaysia.

1.8 Methodologi
Kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjauan ke atas 28 orang guru pelatih di Semester 7 pengkhususan sains pendidikan rendah pada tahun 2010. Ujian Pencapaian KPS telah

diberikan kepada 28 guru pelatih PISMP (Sains Pendidikan Rendah) di Semester 7 untuk mengesan tahap pencapaian KPS. 30 soalan aneka pilihan ditadbir selama 1 jam. Soalansoalan yang dibina meliputi sepuluh aspek KPS iaitu kemahiran memerhati, mengelas, menggunakan nombor, membuat inferens, berkomunikasi, definisi operasi, mengawal pembolehubah,membuat hipotesis, mengeksperimen dan menginterpretasi data.

Pembahagian item ujian dapat dilihat di dalam jadual 1.

Ujian KPS ini telah disahkan oleh pensyarah pakar yang mahir di dalam bidang sains. Penerangan secukupnya telah diberikan sebelum ujian ditadbirkan. Prestasi guru pelatih dalam ujian dikira berdasarkan peratus pencapaian berbanding dengan skor maksimum.

Jadual 1: Pecahan item ujian pencapaian KPS KPS Memerhati Mengelas Menggunakan nombor Membuat inferens berkomunikasi Definisi operasi Mengawal Pembolehubah Membuat hipotesis Mengeksperimen Menginterpretasi Data Item ujian 1,2,3,6,7 5,26 21,27 4,11,12,13 22,28 19,29 14,15,17 8,9,18,20 10,23,25 16,30

Pemerhatian pelaksanaan KPS semasa praktikum dan catatan KPS dalam penyediaan rancangan harian guru pelatih yang melibatkan 6 orang guru pelatih dijalankan untuk meninjau tahap pelaksanaan KPS dalam pengajaran Sains. Jadual 2 menunjukkan kategori kekerapan mengikut kekerapan pelaksanaan KPS semasa pengajaran dan pembelajaran dalam praktikum dijalankan. Data pemerhatian dianalisiskan secara kuantitatif.

Jadual 2: Pelaksanaan KPS Guru Pelatih ikut kategori Kategori Cemerlang Sederhana Lemah Kekerapan pelaksanaan KPS Lebih 6 kali 3-6 kali 0-2kali

Pelaksanaan KPS direkod dan diperhatikan melalui sesi pengajaran berbeza dan dikategorikan mengikut tahap

Temubual berstruktur berdasarkan tema dijalankan bagi mengukuhkan dapatan pelaksanaan KPS dan hasil temubual seterusnya ditriangulasi dengan penulisan refleksi guru pelatih. Protokol temubual berstruktur guru pelatih dibentuk bagi memperolehi maklumat tentang:

i. Kefahaman guru tentang perkaitan KPS dengan kehendak kurikulum ii. Pengetahuan KPS guru iii. Perancangan guru untuk memupuk KPS semasa pengajaran. iv. Sokongan terhadap guru pelatih dan prasarana yang disediakan oleh pihak pengurusan sekolah. v. Penjelasan lanjut tentang KPS yang diperhatikan semasa pengajaran sains.

2.0 DAPATAN KAJIAN

Jadual 3: Pencapaian Guru Pelatih dalam ujian KPS KPS Memerhati Mengelas Menggunakan nombor Membuat inferens Berkomunikasi Definisi operasi Mengawal Pembolehubah Membuat hipotesis Mengeksperimen Menginterpretasi Data % 70.8 91.7 95.8 61.6 62.5 33.3 61 54.1 79.1 95.8 Kategori Sederhana Cemerlang Cemerlang Sederhana sederhana Lemah Sederhana Lemah Sederhana Cemerlang

120 100

Graf 1:Pencapaian Guru Pelatih dalam ujian KPS

80 60 40 20 0
Memerhati

91.7 70.8

95.8

61.6

62.5

% Pencapaian
33.3

Mengelas

Menggunakan nombor

Membuat inferens

berkomunikasi Definisi operasi

Graf 1:Pencapaian Guru Pelatih dalam Ujian KPS


120 100
Pencapaian(%)

80 60 40 20 0
Mengawal Membuat Hipotesis Mengeksperimen Pemboleh Ubah

95.8 79.1 61 54.15


% Pencapaian

Meninterpretasi Data

KPS

Jadual 4: Pencapaian Guru Pelatih dalam Ujian KPS ikut kategori

Kategori

KPS

Cemerlang (80-100 markah)

Mengelas Menggunakan nombor Menginterpretasi data

Sederhana (61-79 markah)

Memerhati Membuat inferens Berkomunikasi Mengawal pembolehubah Mengeksperimen Definisi Operasi Membuat hipotesis

Lemah (bawah 60 markah)

3.0 Perbincangan Analisis Pencapaian Dapatan dari jadual 3 ,graf 1 dan graf 2 serta jadual 4 menunjukkan pencapaian KPS dalam kalangan guru pelatih terhadap tiga kemahiran iaitu kemahiran mengelas, menggunakan nombor dan menginterpretasi data adalah pada tahap cemerlang. Manakala pencapaian KPS dalam kalangan guru pelatih dalam lima kemahiran iaitu kemahiran memerhati,membuat

inferens, berkomunikasi,mengawal pembolehubah dan mengeksperimen adalah pada tahap sederhana. Selain itu, pencapaian KPS dalam kalangan guru pelatih dalam dua kemahiran lagi iaitu definisi operasi dan membuat hipotesis adalah pada tahap lemah terutamanya bagi KPS definisi operasi di mana % menjawab betul hanya 33.3% sahaja.

Jadual 5: Tahap Pelaksanaan KPS Guru Pelatih semasa Praktikum KPS Memerhati Mengelas Menggunakan nombor Membuat inferens Berkomunikasi Definisi operasi Mengawal pembolehubah Membuat hipotesis Mengeksperimen Menginterpretasi data Meramal Jumlah pelaksanaan S1 2 0 0 0 4 0 0 0 0 0 0 6 S2 2 3 0 0 7 0 0 1 1 1 1 16 S3 2 0 1 1 3 0 0 0 1 1 3 12 S4 3 0 2 1 5 0 1 1 1 1 1 16 S5 2 0 0 0 6 0 0 0 0 0 0 8 S6 3 2 1 1 5 0 0 0 0 0 1 13 Kekerapan 14 5 4 3 30 0 1 2 3 3 6 71

Graf 3:Tahap Pelaksanaan SPS Guru Pelatih semasa Praktikum 35 30 Kekerapan 25 20 15 10

30 14

5 0

Kekerapan

KPS

7 6 5 Kekerapan 4 3 2 1 0

3 1 2

3
Kekerapan

KPS

Jadual 6: Pelaksanaan KPS oleh Guru Pelatih dalam Praktikum ikut kategori Kategori Cemerlang KPS Berkomunikasi Pemerhatian Pengelasan Menggunakan nombor Membuat inferens Definisi Operasi Membuat hipotesis Mengawal pembolehubah Menginterpretasi data mengeksperimen

Sederhana

Lemah

3.1

Perbincangan Pelaksanaan KPS

Dapatan dari Jadual 5 dan graf 2 yang mengesan tahap pelaksanaan KPS di kalangan guru pelatih dalam dua kemahiran iaitu memerhati dan berkomunikasi adalah pada tahap

cemerlang. Kesemua sampel mengaplikasikannya semasa pengajaran dan pembelajaran dan terdapat catatan di dalam buku rekod mengajar. Manakala pelaksanaan KPS di kalangan guru pelatih dalam tiga kemahiran iaitu kemahiran mengelas, menggunakan nombor dan membuat inferens adalah pada tahap sederhana. Terdapat sampel yang tidak mengaplikasikan ketiga-

tiga KPS semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sementara pelaksanaan KPS di kalangan guru pelatih dalam lima kemahiran iaitu Definisi Operasi membuat

hipotesis,mengawal pembolehubah, menginterpretasi data dan mengeksperimen adalah pada tahap lemah contohnya kesemua sampel tidak mengaplikasikan KPS definisi operasi semasa pengajaran dan pembelajaran.

3.2

Analisis temu bual berfokus

Q1: Bagaimana guru merancang untuk memupuk KPS semasa pengajaran? S1: Dengan mengintegrasikan dalam setiap pengajaran melalui penyediaan aktiviti yang sesuai ,seperti menjalankan eksperimen dapat memupuk pelbagai KPS seperti memerhati ,mengelas,interpretasi data dan berkomunikasi S2: Menjelaskan KPS dengan terperinci sebelum mengajar dan melibatkan murid dengan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran Q2: Apa yang anda faham tentang perkaitan KPS dalam memenuhi kehendak kurikulum? S1:Peningkatan dalam penguasaan KPS dapat memupuk motivasi mempelajari sains. Peningkatan ini menjurus kepada perkembangan 3 domain utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor S2:KPS penting untuk aplikasi teori, dengan menyediakan pengalaman dan situasi yang sebenar. KPS dapat memupuk sikap saintifik dan nilai murni Q3: Apa pendapat guru pelatih terhadap sokongan pihak sekolah dan prasarana yang disediakan bagi membantu pelaksanaan KPS? S1:Pihak sekolah menyokong dengan menyediakan prasarana seperti mikroskop untuk KPS memerhati. S2: Sekolah menyediakan bahan mencukupi contoh bikar untuk KPS memerhati dan buku untuk proses interpretasi data

3.3

Rumusan analisis temubual

Bagi soalan temubual berstruktur pertama yang mengesan bagaimana pelatih merancang untuk memupuk KPS dalam pengajaran dan pembelajaran adalah hampir kesemua pelatih merancang menjalankan pelbagai aktiviti terutamanya eksperimen di mana ia dapat merangkumkan pelbagai KPS dalam satu aktiviti. Ini menunjukkan guru pelatih semasa

penyediaan rancangan pelajaran harian cuba mengintegrasikan KPS di dalam pengetahuan yang cuba disampaikan.

Bagi soalan 2 yang menguji sejauhmana pelajar memahami perkaitan KPS dengan kehendak kurikulum adalah pelatih dapat membuat perkaitan dengan baik. Guru pelatih dapat menjelaskan kepentingan untuk mengaplikasikan teori adalah dengan menyediakan

pengalaman dan situasi yang sebenar. KPS tersebut dapat memupuk sikap saintifik dan nilai murni.

Bagi soalan 3 yang menilai pendapat pelatih terhadap sokongan pihak sekolah dalam melaksanakan KPS adalah pelatih menjawab bahawa pihak sekolah memberi sokongan yang sangat positif. Walau demikian, contoh-contoh yang telah diberi bagi menggambarkan sokongan pihak sekolah wajar dipertikaikan kerana jawapan seperti pihak sekolah menyediakan bikar untuk kemahiran memerhati dan buku untuk proses interpretasi data adalah contoh yang tidak jelas. Hasil temubual pula mendedahkan hakikat guru pelatih tidak memahami

sepenuhnya kemahiran proses sains yang disampaikan dalam kuliah semasa pengajian di IPG. Dapatan juga tersebut menunjukkan guru pelatih agak kabur dalam memahami keperluan kemahiran Proses sains. Guru sendiri tidak faham KPS mengakibatkan kesukaran dalam

merancang pengajaran dan menyukarkan penglibatan pihak sekolah (Sharifah Nor Ashikin, 2005). Ini dijelaskankan oleh hasil temubual yang mendapati guru pelatih tidak dapat menjelaskan di mana pelaksanaan KPS berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran berdasarkan KPS yang dicatat dalam rancangan pengajaran harian.

3.4

Refleksi Guru Pelatih

Hasil pembacaan refleksi terhadap keenam-enam folio praktikum sampel guru pelatih mendapati tiada sebarang penulisan refleksi terhadap KPS dapat dikesan.

3.5

Kesimpulan

Tahap pencapaian KPS guru pelatih adalah cemerlang pada aspek kemahiran mengelas, menggunakan nombor dan menginterpretasi data , sementara tahap sederhana pada aspek kemahiran memerhati,membuat inferens, berkomunikasi,mengawal pembolehubah dan

mengeksperimen, manakala aspek definisi operasi dan membuat hipotesis adalah pada tahap lemah .

Tahap pelaksanaan KPS guru pelatih semasa pengajaran dan pembelajaran dalam praktikum adalah cemerlang pada dua kemahiran iaitu memerhati dan berkomunikasi, sementara tahap sederhana bagi kemahiran mengelas,menggunakan nombor dan membuat inferens, manakala lima kemahiran lagi iaitu definisi operasi, membuat hipotesis,mengawal pembolehubah, menginterpretasi data dan mengeksperimen adalah pada tahap yang lemah.

BIBLIOGRAFI

Burns, J. C., Okey, J. R. dan Wise, K. C. (1985). Development of Intergrated Process Skill Tests: TIPS II . Journal of Research in Science Teaching. 22(2): 169-176
Harlen, W. (2000). Teaching, learning &assessing science 5-12 (Ed. 3). London: Kassim, Abu Hassan and Hussin, Rohana (2003) Tahap penguasaan kemahiran proses sains dan hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar tingkatan empat daerah Johor Bahru. In: Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Puteri Pan Pasific, Johor Bahru. Padila,M,J.,Okey,J.R. and Dillashaw,F.G.1983. The Relationship between science process skill and formal thinking abilities, journal of research in education,vol.20,3,pp 239-246. Pusat Perkembangan Kurikulum. (1993). Laporan kajian pelaksanaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah di sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Sharifah Nor Ashikin S. A. Rahman (2005). Keberkesanan Program Peka dalam penguasaan Kemahiran proses Sains Bersepadu. Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya Tan Ming Tang & Chin Teoi Peng (2001).Satu Tinjauan awal Konsepsi Kemahiran Proses Sains di Kalangan Guru sains PKPG 14 Minggu di Maktab perguruan Batu Lintang. Wellington, J. (1989). Skill and process in science education: An introduction. In Wellington, J. (Ed), Skills and process in science education: A critical analysis. London: Routledge. Yeam, Koon Peng (2007) Tahap Pencapaian Dan Pelaksanaan Kemahiran Proses Sains Dalam Kalangan Guru Pelatih. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

KAJIAN TINDAKAN

TINJAUAN TAHAP PENCAPAIAN DAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM KALANGAN GURU PELATIH PISMP

HAIRIAH BT MUNIP CHIN CHEE KEONG

JABATAN SAINS IPG KAMPUS TUANKU BAINUN 2010

Anda mungkin juga menyukai