Anda di halaman 1dari 11

NAMA:______________________________________________ NAMA:______________________________________________ TOPIK 2 PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MANUPULATIF

UNIT: ___________

Jenis dan unit ukuran Penggunaan dan pengendalian peralatan sains Melukis gambar rajah dan peralatan sains dengan tepat

SINOPSIS Topik ini membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran manipulatif dalam penyiasatan saintifik. Kemahiran psikomotor ini membolehkan pelajar untuk menguasai: 1. Jenis dan unit pengukuran 2. Mengguna dan mengendali alatan sains 3. Melukis gambarajah dan alatan dengan tepat

Hasil pembelajaran Pada akhir topik ini pelajar dapat: 1. Menerangkan kemahiran manipulaif sebagai proses psikomotor yang perlu dikembangkan melalui penyiasatan saintifik 2. Menerangkan termasuk: a) b) c) d) Jenis dan unit pengukuran Penggunaan dan pengendalian alatan sains Melukis gambarajah dan alatan dengan tepat Pengendalian spesimen dengan cara yang betul dan cermat
1

kemahiran

manipulatif

dalam

penyiasatan

saintifik

e) f)

Membersihkan peralatan sains dengan betul Penyimpanan alatan sains dan bahan makmal dengan betul dan selamat

KERANGKA TOPIK

KEMAHIRAN MANIPULATIF

Jenis dan unit pengukuran

Mengguna dan mengendali peralatan sains

Melukis rajah dan alatan dengan tepat

Mengendali spesimens dengan betul dan cermat

Membersihkan peralatan sains dengan betul

Menyimpan peralatan sains bahan dengan betul dan selamat correctly and safely.

Rajah 2 : Ringkasan Isipelajaran

2.0

KEMAHIRAN MANIPULATIF

Sains menekankan inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di gunakan. Kemahiran saintifik adalah penting dalam sebarang penyiasatan saintifik saperti menjalankan eksperimen dan projek. Kemahiran saintifik merangkumi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Apakah dia kemahiran manipulative?Manipulatif bermaksud mengawal atau kebolehan menggunakan sesuatu dengan mahir.Oleh itu kemahiran manupulatif adalah kemahiran psikomotor yang membolehkan kita untuk melaksanakan kerjakerja amali yang melibatkan perkembangan koordinasi mata-tangan dan kebolehan mengendalikan projek.Sebagai contoh seorang pelajar menggunakan sepasang tweezer..dan kanta pembesar untuk mengamati organ dalaman tumbuhan berbunga. Kemahiran manipulatif di dalam penyiasatan saintifik adalah kemahiran psikomotor yang membolehkan pelajar menguasai : a) b) c) d) Jenis dan unit pengukuran Pengguanaan dan pengendalian alatan sains Melukis gambarajah dan alatan dengan tepat Pengendalian specimen dengan cara yang betul dan

cermat e) f) Pembersihkan peralatan sains dengan betul Penyimpanan alatan sains dan bahan makmak dengan

betul dan selamat

Dengan menguasai kemahiran manipulatif para saintis mampu mendapatkan keputusan yang sah.Ia juga akan menghindarkan kemalangan dan

1. Lukis dan namakan peralatan yang pernah anda gunakan untuk pengajaran sains sekolah rendah 2. Terangkan bagaimana anda menggunakan peralatan tersebut dengan betul.

Bila menggunakan kemahiran manipulatif pelajar perlu mengambil kira keselamatan diri dan rakan-rakan.Langkah-langkah yang perlu diambil termasuk semasa menggunakkan alatan yang pecah ,tidak mencucuk bahan yang tajam dan panas kepada rakan-rakan , mengelakkan specimen yang tajam,serangga yang berbisa dan memakan bahan yang beracun secara tidak sengaja. Melatih sikap tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang lain adalah sikap yang baik dan murni.

Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai,bina satu peta konsep tentang kepentingan menguasai kemahiran manipulatif bagi pelajar.

2.1

JENIS DAN UNIT PENGUKURAN

2.1.1 PENGUKURAN PANJANG Untuk mengukur panjang, kita boleh menggunakan pembaris atau pita ukur. Ukuran terkecil pada pembaris meter adalah 0.1 cm. Pembaris meter hanya boleh mengukur panjang dengan tepat sehingga 0.1 cm.

1. Huraikan cara yang betul bagaimana untuk membaca skala pada pembaris untuk mengelakkan ralat parallak . 2. Huraikan bagaimana diameter sebiji bola ping pong boleh diukur dengan menggunakan pembaris meter dan sepasang set square

Angkup vernier dan micrometer screw gauge adalah alat yang biasa digunakan didalam makmal dan industry. Angkup vernier sesuai untuk mengukur panjang

objek, diameter luar (OD) objek berbentuk sfera atau silinder, diameter dalam (ID) paip dan kedalaman lubang.

Kumpul maklumat daripada pelbagai sumber mengenai angkup vernier dan micrometer screw gauge. .

2.1.2 MENGUKUR MASA Masa boleh diukur dengan menggunakkan alat seperti jam, atau sebarang alat yang mengalami gerakan secara berkala.

Jam randik analog

Jam randik digital

JAM RANDIK

Jam randik digunakan untuk mengukur julat masa yang pendek. Terdapat dua jenis jam randik iaitu jam randik digital dan analog. Jam randik digital lebih tepat dari jam randik analog kerana ia boleh mengukur masa dalam julat 0.01saat manakala jam randik analog hanya boleh mengukur masa dalam julat 0.1 saat.. Oleh kerana jam randik adalah alat yang sensitif dua atau tiga bacaan perlu diambil dan masa purata dirakamkan. Ini disebabkan masa bermula dan berakhir tidak sama diantara individu.

Masa reaksi yang biasa diambil oleh individu adalah diantara 0.2 hingga 0.3 saat. Fikirkan satu eksperimen untuk mengaggarkan masa reaksi untuk seseorang individu.

2.1.3 MENGUKUR ISIPADU

Isipadu adalah jumlah ruang yang di isi biasanya diukur dengan menggunakan bikar, flask konikal, flask volumetrik, silinder bersenggat, picagari, buret dan pipet. Ahli kimia menggunakan unit liter(l) dan milliliter(ml). Senggatan pada bikar dan flask konikal adalah anggaran dan tidak boleh digunakan untuk mendapatkan ketepatan pengukuran. Pipet,buret dan flask volumetrik digunakan bagi tujuan tersebut. Huraikan bagaimana menggunakan pipet dalam penitratan asid-bes dengan betul. Adakah asid atau bes yang dimasukkan kedalam pipet? Kenapa?

2.1.4 MENGUKUR SUHU

2.1.5 TERMOMETER

Termometer raksa adalah termometer yang selalu di gunakan dalam makmal sains. Merkuri didalam bulb akan mengembang apabila dipanaskan. Pengembangan ini akan menolak keatas benang merkuri dalam tiub kapilari. Bulb ini diperbuat daripada kaca yang nipis supaya haba dapat dikonduksikan dengan cepat kepada merkuri .Batang kaca yang berbentuk silinder bertindak sebagai kanta pembesar supaya suhu boleh dibaca dengan mudah.

1. Bincangkan cara yang betul bagaimana menggunakan termometer merkuri. 2. Apakah persamaan dan perbezaan di antara termometer merkuri dan termometer klinikal?

2.1.5 MENGUKUR JISIM

Jisim adalah kandungan jirim sesuatu objek.Kita selalunya menggunakan neraca tiga palang untuk mengukur jisim. Ianya mendapat nama neraca tiga palang kerana ia mempunyai tiga palang yang menunjukkan jisim yang berada pada setiap beam

Ini adalah gambarfoto neraca tiga palang. Anda mungkin telah menggunakan nya di sekolah.terdapat pelbagai jenis penimbang. Saintis memerlukan penimbang untuk mengukur jisim yang kecil.

Neraca tiga palang membandingkan jisim yang diketahui dengan jisim yang tidak diketahui dan ianya tidak dipengaruhi oleh gravity, tidak saperti penimbang spring yang mengukur berat.palang yang pertama mengukur jisim dari 0 hingga 10 grams. palang yang tengah mengukur dalam julat 100 grams dan beam yang akhir dalam
7

julat 10 grams.

Dengan menggunakan ketiga-tiga palang anda boleh mengukur

jisim objek yang anda kehendaki.

2.1.6 MENGUKUR ARUS ELEKTRIK/VOLTAN

AMMETER

Untuk

mengukur

jumlah

arus

elektrik

ammeter

boleh

digunakan.Ammeter

disambungkan secara siri dengan litar elektrik. . Bacaan skala maksikum adalah pesongan penuh skala.

Kebanyakan ammeter mempunyai skala berkembar.Ammeter adalah alat yang sensitif. Untuk mengelakan kerosakan ammeter langkah-langkah berjaga-jaga berikut perlu diperhatikan; 1. 2. ammeter mempunyai julat yang sesuai untuk mengukur arus. jika arus yang diukur adalah besar daripada pesongan maksimun skala ,arus berlebihan akan mengalir melalui ammeter dan merosakkanya. 3. adalah penting untuk dimulakan dengan julat yang tertinggi bila menggunakan ammeter. 4. ianya adalah penting untuk menyambungkan ammeter dengan cara yang betul untuk mengelakkan kerosakan bila jarum penunjuk bergerak dalam arah yang salah. Terminal positif ammeter perlu disambungkan kepada terminal positif bateri atau punca kuasa.Begitu juga dengan terminal negatif ammeter.

5.

sebelum menggunakan ammeter pastikan jarum ammeter berada pada kedudukan sifar. Ini boleh dilakukan dengan melaraskan pelaras sifar dibawah jarum tersebut.

VOLTMETER

Beza keupayaan merentasi 2 titik dalam sesuatu litar boleh diukur dengan menggunakan voltmeter.Voltmeter perlu disambungkan secara selari merentasi komponen yang di ukur. Langkah-langkah berjaga-jaga sama saperti penggunaan ammeter. multimeter adalah meter elektrik

pelbagai fungsi.

Bincangkan apa yang boleh diukur dan bagaimana menggunakannya

2.2. PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN ALATAN SAINS

2.2.1 Mikroskop Mikroskop cahaya kebanyakan modul yang digunakan di sekolah menggunakan kanta dan cahaya untuk membesarkan objek. Kanta yang digunakan membiaskan cahaya untuk membuatkan objek nampak lebih dekat.

Stereoskop mikroskop ini membenarkan penglihatan binocular untuk melihat objek yang lebih besar.

Bincangkan prosedur umum mengendalikan mikroskop.

bagaimana

menggunakan

dan

2.2.2 PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN BAHAN KIMIA Jangan memanaskan pelarut yang mudah terbakar dengan api Pelarut yang tidak di gunakan perlu disimpan semula didalam stor pelarut atau di lupuskan tanpa penangguhan. Elakkan tumpahan dan basuh tangan segera dengan sabun dan air jika berlaku sentuhan.. Campurkan bahan kimia kedalam air dan tidak sebaliknya Gunakan spatula yang berlainan untuk bahan kimia yang berbeza Hadkan penggunaan jumlah bahan kimia yang digunakan dalam makmal.

PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN ALATAN ELEKTRIK Pastikan semua kable elektrik dalam keaadaan yang baik. Pastikan litar tidak melampaui beban. Penyambungan yang dibuat perlu betul. Jangan sentuh peralatan elektrik yang disambungkan pada punca dengan tangan yang basah. Jangan gunakan bahan-bahan logam atau barangan kemas bila bekerja dengan alatan elektrik. Ambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan tumpahan keatas alatan elektrik.

MELUKIS RAJAH DAN ALATAN DENGAN TEPAT

Disini terdapat beberapa tip untuk melukis specimen. 1. gunakan kertas kosong yang mempunyai banyak ruang . 2. gunakan pensil yang tajam..
10

3. lukis apa yang anda Nampak sahaja. 4. lakar rajah yang besar dan mudah. 5. lukis dengan menggunakan skala yang betul dan sesuai. 6. jangan melorek atau mewarnakan rajah. . Use stippling to indicate a darker area 7. gunakan pembaris untuk melukis garisan.jangan merintangi garis yang berlabel. 8. labelkan bahagian-bahagian objek. 9. berikan tajuk untuk lukisan anda.

Lukis dan namakan alatan yang biasa digunakan dalam pengajaran sains sekolah rendah.

Akses internet untuk mengumpul maklumat tentang makmal maya.

Bagaimanakah ianya berbeza dengan bilik makmal sains biasa?

11

Anda mungkin juga menyukai