Anda di halaman 1dari 19

1.1 MENGAPA SAINS PERLU DIAJAR DI SEKOLAH RENDAH?

Dua matlamat utama pendidikan sains sekolah rendah adalah;

i. Untuk memupuk literasi saintifik bagi membolehkan seseorang membuat keputusan yang
munasabah tentang isu –isu sains yang berkaitan dengan kehidupan mereka.

ii. Untuk menghasilkan profesional yang kompeten dalam pelbagai bidang saintifik.

Literasi saintifik adalah kapasiti atau keupayaan untuk menggunakan pengetahuan saintifik,
untuk mengenalpasti soalan-soalan dan menghasilkan kesimpulan berasaskan bukti bagi
tujuan memahami dan membantu membuat kesimpulan tentang alam semula jadi dan
perubahan-perubahan yang dilakukan keatasnya melalui aktiviti manusia.Literasi saintifik
akan membantu populasi untuk;

i. Membina penyelesaian masalah yang berkesan

ii. Mengukuhkan kecintaan kepada alam semula jadi

iii. Mengelakkan menjadi mangsa dogmatism atau kesaksuban

iv. Kebolehan menggunakan teknologi-teknologi baru.

Terkandung dalam Wawasan 2020 adalah cabaran bagi mencapai masyarakat yang saintifik
dan progresif, satu masyarakat yang inovatif dan berpandangan jauh. Cabaran juga adalah
bagi menghasilkan masyarakat yang bukan sahaja boleh menggunakan teknologi tetapi juga
boleh menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi dimasa hadapan.Kurikulum
pendidikan sains sekolah rendah kita dibina selari dengan visi ini.

Matlamat kurikulum sains sekolah rendah adalah bagi membina minat pelajar dan
kreativiti mereka melalui pengalaman seharian dan penyiasatan yang menggalakkan
pemerolehan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir disamping memupuk sikap saintifik
dan nilai-nilai murni. Kurikulum sains sekolah rendah direka bentuk bagi merangsang sifat
ingin tahu pelajar dan membina minat disamping membolehkan mereka mempelajari ilmu
berkaitan diri mereka serta dunia disekeliling mereka melalui aktiviti-aktiviti berpusatkan
pelajar. Ini akan menyediakan pengalaman-pengalaman yang berguna bagi meningkatkan
minat dalam sains dan memberi peluang bagi pelajar memperolehi kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikit;
”Penekanan dalam kurikulum sains sekolah rendah adalah pembelajaran melalui
pengalaman yang releven kepadakehidupan harian pelajar,membina kemahiran saintifik
dan kemahiran berfikir, mengaplikasikan prinsip-prinsip saintifik serta memupuk sikap
saintifik dan nilai-nilai murni” (Yeoh P.C. & Gan C.M. 2003 ms22)

Penerokaan sains bagi kanak-kanak adalah inkuiri sains – menerokai bahan-bahan/ peristiwa,
bertanya soalan-soalan, penyiasatan, merekod/ membentangkan hasil kerja mereka,
membuat refleksi tentang apa yang telah mereka pelajari dan lakukan serta apakah
maknanya . Semua ini akan membolehkan mereka mencipta teori-teori baru atau idea-idea
tentang bagaimana dunia ini berfungsi. Kemahiran-kemahiran ini, sikap, dan cara berfikir
adalah penting dalam banyak bidang pembelajaran seumur hidup. Di sekolah rendah, pelajar
belajar kemahiran saintifik kerana:

o Kaedah-kaedah ini digunakan oleh pasa saintis semasa melakukan penyelidikan dan
mencari jawapan-jawapan kepada soalan-soalan tentang alam semula jadi. Melalui
penggunaan kemahiran proses sains, pelajar-pelajar mempelajari sains dengan cara yang
sama dengan cara seseorang saintis menjalankan kajian.

o Pembelajaran bermakna berlaku bila pelajar menggunakan kemahiran proses sains


bagi meneroka persekitaran dan mendapatkan maklumat dari internet , memandu mereka
dalam proses membina pengetahuan mereka sendiri.

o Pengetahuan dan kemahiran ini juga penting bukan saja dalam pembelajaran subjek
sains tetapi juga boleh digunakan merentas disiplin dan pengalaman-pengalaman semasa
menyelesaikan masalah personal juga bagi menyelesaikan masalah.

o Teori-teori saintifik dan prinsip-prinsip ini boleh diubahsuai atau digantikan bila
didapati tidak konsisten dengan bukti-bukti yang baru. Tidak seperti Pengetahuan saintifik,
kemahiran proses tidak akan ketinggalan zaman.

(Wan Yoke Kum et. al, 2003 ms 33)

Pengajaran kemahiran saintifik perlu disepadukan ke dalam kandungan sains. Kemahiran


proses Sains perlu diajar secara eksplisit di peringkat permulaan dan dikukuhkan melalui
latihan lanjut. Kemahiran ini sepatutnya diperkenalkan secara berperingkat-peringkat sesuai
dengan peringkat perkembangan kognitif pelajar. Pada tahap satu. pelajar dikehendaki
mempelajari asas kemahiran proses sains . Pada peringkat kedua pula, kemahiran proses
asas akan dilanjutkan untuk diperkukuhkan dengan memperkenalkan kemahiran proses
bersepadu.

2.0 KEMAHIRAN MANIPULATIF

Sains menekankan inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian
masalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di gunakan. Kemahiran saintifik adalah
penting dalam sebarang penyiasatan saintifik saperti menjalankan eksperimen dan projek.
Kemahiran saintifik merangkumi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Apakah dia kemahiran manipulative? Manipulatif bermaksud mengawal atau kebolehan


menggunakan sesuatu dengan mahir. Oleh itu kemahiran manupulatif adalah kemahiran
psikomotor yang membolehkan kita untuk melaksanakan kerja-kerja amali yang melibatkan
perkembangan koordinasi mata-tangan dan kebolehan mengendalikan projek. Sebagai
contoh seorang pelajar menggunakan sepasang tweezer. .dan kanta pembesar untuk
mengamati organ dalaman tumbuhan berbunga.

Kemahiran manipulatif di dalam penyiasatan saintifik adalah kemahiran psikomotor yang


membolehkan pelajar menguasai :

a) Jenis dan unit pengukuran

b) Pengguanaan dan pengendalian alatan sains

c) Melukis gambarajah dan alatan dengan tepat

d) Pengendalian specimen dengan cara yang betul dan

cermat

e) Pembersihkan peralatan sains dengan betul

f) Penyimpanan alatan sains dan bahan makmak dengan

betul dan selamat

Dengan menguasai kemahiran manipulatif para saintis mampu mendapatkan keputusan


yang sah. Ia juga akan menghindarkan kemalangan dan

1. Lukis dan namakan peralatan yang pernah anda gunakan untuk pengajaran sains
sekolah rendah

2. Terangkan bagaimana anda menggunakan peralatan tersebut dengan betul.


Bila menggunakan kemahiran manipulatif pelajar perlu mengambil kira keselamatan diri dan
rakan-rakan.Langkah-langkah yang perlu diambil termasuk semasa menggunakkan alatan
yang pecah ,tidak mencucuk bahan yang tajam dan panas kepada rakan-rakan ,
mengelakkan specimen yang tajam,serangga yang berbisa dan memakan bahan yang
beracun secara tidak sengaja. Melatih sikap tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan
orang lain adalah sikap yang baik dan murni.

2.1 JENIS DAN UNIT PENGUKURAN

2.1.1 PENGUKURAN PANJANG

Untuk mengukur panjang, kita boleh menggunakan pembaris atau pita ukur. Ukuran terkecil
pada pembaris meter adalah 0.1 cm. Pembaris meter hanya boleh mengukur panjang
dengan tepat sehingga 0.1 cm.

Angkup vernier dan micrometer screw gauge adalah alat yang biasa digunakan didalam
makmal dan industry. Angkup vernier sesuai untuk mengukur panjang objek, diameter luar
(OD) objek berbentuk sfera atau silinder, diameter dalam (ID) paip dan kedalaman lubang.

2.1.2 MENGUKUR MASA

Masa boleh diukur dengan menggunakkan alat seperti jam, atau sebarang alat yang
mengalami gerakan secara berkala.

Jam randik analog Jam randik digital

JAM RANDIK

Jam randik digunakan untuk mengukur julat masa yang pendek. Terdapat dua jenis jam
randik iaitu jam randik digital dan analog. Jam randik digital lebih tepat dari jam randik
analog kerana ia boleh mengukur masa dalam julat 0.01saat manakala jam randik analog
hanya boleh mengukur masa dalam julat 0.1 saat..

Oleh kerana jam randik adalah alat yang sensitif dua atau tiga bacaan perlu diambil dan
masa purata dirakamkan. Ini disebabkan masa bermula dan berakhir tidak sama diantara
individu.

2.1.3 MENGUKUR ISIPADU

Isipadu adalah jumlah ruang yang di isi biasanya diukur dengan menggunakan bikar, flask
konikal, flask volumetrik, silinder bersenggat, picagari, buret dan pipet. Ahli kimia
menggunakan unit liter(l) dan milliliter(ml). Senggatan pada bikar dan flask konikal adalah
anggaran dan tidak boleh digunakan untuk mendapatkan ketepatan pengukuran.
Pipet,buret dan flask volumetrik digunakan bagi tujuan tersebut.

2.1.5 TERMOMETER
Termometer raksa adalah termometer yang selalu di gunakan dalam makmal sains. Merkuri
didalam bulb akan mengembang apabila dipanaskan. Pengembangan ini akan menolak
keatas benang merkuri dalam tiub kapilari. Bulb ini diperbuat daripada kaca yang nipis
supaya haba dapat dikonduksikan dengan cepat kepada merkuri .Batang kaca yang
berbentuk silinder bertindak sebagai kanta pembesar supaya suhu boleh dibaca dengan
mudah.

.1.5 MENGUKUR JISIM

Jisim adalah kandungan jirim sesuatu objek. Kita selalunya menggunakan neraca tiga palang
untuk mengukur jisim. Ianya mendapat nama neraca tiga palang kerana ia mempunyai tiga
palang yang menunjukkan jisim yang berada pada setiap beam
Ukur arus eletrik AMMETER

Untuk mengukur jumlah arus elektrik ammeter boleh digunakan. Ammeter disambungkan
secara siri dengan litar elektrik. . Bacaan skala maksikum adalah pesongan penuh skala.

Kebanyakan ammeter mempunyai skala berkembar. Ammeter adalah alat yang sensitif.
Untuk mengelakan kerosakan ammeter langkah-langkah berjaga-jaga berikut perlu
diperhatikan;

1. ammeter mempunyai julat yang sesuai untuk mengukur arus.

2. jika arus yang diukur adalah besar daripada pesongan maksimun skala ,arus
berlebihan akan mengalir melalui ammeter dan merosakkanya.

3. adalah penting untuk dimulakan dengan julat yang tertinggi bila menggunakan
ammeter.

4. ianya adalah penting untuk menyambungkan ammeter dengan cara yang betul
untuk mengelakkan kerosakan bila jarum penunjuk bergerak dalam arah yang salah.
Terminal positif ammeter perlu disambungkan kepada terminal positif bateri atau punca
kuasa. Begitu juga dengan terminal negatif ammeter.

5. sebelum menggunakan ammeter pastikan jarum ammeter berada pada kedudukan


sifar. Ini boleh dilakukan dengan melaraskan pelaras sifar dibawah jarum tersebut.

VOLTMETER

Beza keupayaan merentasi 2 titik dalam sesuatu litar boleh diukur dengan menggunakan
voltmeter. Voltmeter perlu disambungkan secara selari merentasi komponen yang di ukur.
Langkah-langkah berjaga-jaga sama saperti penggunaan ammeter.

2.2. PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN ALATAN SAINS

2.2.1 Mikroskop

Mikroskop cahaya – kebanyakan modul yang digunakan di sekolah menggunakan kanta dan
cahaya untuk membesarkan objek. Kanta yang digunakan membiaskan cahaya untuk
membuatkan objek nampak lebih dekat.

Stereoskop – mikroskop ini membenarkan penglihatan binocular untuk melihat objek yang
lebih besar.

2.2.2 PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN BAHAN KIMIA

 Jangan memanaskan pelarut yang mudah terbakar dengan api


 Pelarut yang tidak di gunakan perlu disimpan semula didalam stor pelarut atau di
lupuskan tanpa penangguhan.
 Elakkan tumpahan dan basuh tangan segera dengan sabun dan air jika berlaku
sentuhan..
 Campurkan bahan kimia kedalam air dan tidak sebaliknya Gunakan spatula yang
berlainan untuk bahan kimia yang berbeza
 Hadkan penggunaan jumlah bahan kimia yang digunakan dalam makmal.

PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN ALATAN ELEKTRIK

 Pastikan semua kable elektrik dalam keaadaan yang baik.


 Pastikan litar tidak melampaui beban. Penyambungan yang dibuat perlu betul.
 Jangan sentuh peralatan elektrik yang disambungkan pada punca dengan tangan
yang basah.
 Jangan gunakan bahan-bahan logam atau barangan kemas bila bekerja dengan
alatan elektrik.
 Ambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan tumpahan keatas alatan
elektrik.

MELUKIS RAJAH DAN ALATAN DENGAN TEPAT

Disini terdapat beberapa tip untuk melukis specimen.

1. gunakan kertas kosong yang mempunyai banyak ruang .

2. gunakan pensil yang tajam..

3. lukis apa yang anda Nampak sahaja.

4. lakar rajah yang besar dan mudah.

5. lukis dengan menggunakan skala yang betul dan sesuai.

6. jangan melorek atau mewarnakan rajah. . Use stippling to indicate a

darker area

7. gunakan pembaris untuk melukis garisan.jangan merintangi garis

yang berlabel.

8. labelkan bahagian-bahagian objek.

9. berikan tajuk untuk lukisan anda.

Benda hidup yang dibawa ke bilik darjah perlu di jaga untuk tempoh masa yang
pendek atau panjang. Oleh yang demikian ianya memerlukan kediaman yang khusus
dan penjagaan yang berkala. Jika boleh bina suatu kawasan lapangan di luar bilik
darjah .anda perlu mengambil langkah-langkah keselamatan apabila mengendalikan
specimen.
Kebersihan dan keselamatan apabila mengendalikan specimen perlu diberikan
perhatian yang lebih.pastikan pelajar membasuh tangan mereka denga sabun dan
air selepas mengendalikan specimen hidup. Penjagaan yang lebih perlu diberikan
apabila specimen itu mempunyaui cirri-ciri yang boleh membahayakan pelajar( e.g
kaktus yang mempunyai duri yang tajam,serangga yang mungkin menyengat atau
menggigit atauyang boleh menyebabkan irritasi) . ingatkan pelajar supaya tidak
merasa atau memasukkan apa jua kedalam mulut mereka.

Aktiviti1 : Biji Kacang Hijau

1. Sediakan tiga lembaran lapisan kapas diatas kepingan tail yang berbeza.
2. Letakkan lima biji kacang hijau ke atas setiap satu lapisan kapas.
3. Tinggalkan kering lapisan kapas yang pertama.basahkan lapisan kapas yang
kedua dengan lima sudu air dan lapisan ketiga dengan 20 sudu air.
4. Siram lapisan kedua dan ketiga dengan isipadu air yang sama selama lima
hari.
5. Perhatikan tumbesaran anak benih dan rekodkan ketinggian dan bilangan
daun setiap hari.

Aktiviti 2 : Ikan dan Cicak

1. Sediakan satu akuarium dengan ikan dan cicak. Perhatikan haiwan tersebut.
2. Kenalpasti dan bandingkan cirri-ciri kedua haiwan tersebut.
a) Apakan ciri yang biasa haiwan tersebut?
b) Apakah ciri yang berbeza?

3.2. PENGENDALIAN BAHAN-BAHAN BIOLOGI

 Semua aktiviti yang melibatkan tangan ke mulut perlu dielakkan


 Serangga dan haiwan kecil harus diletakkan di dalam sangkar atau akuarium.
 Kecederaan yang disebabkan oleh haiwan yang dikaji hendaklah di rawat
dengan menggunakan antiseptic dan rawatan selanjut perlu diberikan.
 Luka perlu sembuh sepenuhnya sebelum mula bekerja. Pertimbangkan
penggunaan filem,videos dan computer untuk aktiviti dissection..
 Alatan kaca dan slaid mikroskop perlu di basmi kuman dan digunakan
semula.
 Sebarang tumpahan atau kemalangan perlu direkodkan walaupun tiada
kecederaan.

Tumbuhan
 Lakukan pemerhatian di lapangan
 Pulangkan semula specimen di lapangan
 Jangan buang specimen kedalam tong sampah
 Jangan kendalikan tumbuhan yang beracun

Binatang
 Perhatikanserangga yang hidup didalam piring petri yang tertutup.
 Lepaskan serangga selepas aktiviti.
 Untuk pastikan keselamatan sebelum memulakan kerja balut semua
luka.
 Tangan perlu dibasuh dengan sabun.
 Jika digigit rawat luka dengan antiseptic.

3.3. MEMBERSIH ALATAN SAINS DENGAN BETUL

 Bersihkan alatan kaca dengan menggunakan bahan cuci,bilas dengan air dan
keringkan.
 Untuk pengeringan biarkan alatan kaca berdiri,digantung atau dibiarkan
kering diatas rak atau papan pengering.
 Selepas menggunakan sebarang alat pastikan ianya bersih sebelum
disimpan.

3.4. MENYIMPAN ALATAN SAINS DAN BAHAN DENGAN BETUL DAN


SELAMAT

 Alatan yang besar dan bekas bahan kimia yang besar seharusnya disimpan
pada rak yang bawah.
 Bahan perlu disimpan pada suhu yang sesuai.
 Jangan letakkan bahan yang bahaya dalam bekas yang tidak stabil.
 Racun perlu dikunci dalam cabinet.
 Simpan semua bahan kimia yang aktif dalam bekas yang gelap
 Asid dan bahan yang mengkakis perlu disimpan dalam cabinet bukan logam
dan berlubang.

MEMERHATI
Apa itu memerhati?
Tahukah anda apa itu memerhati? Kebanyakan daripada
kita memahami bahawa memerhati itu melibatkan deria
mata untuk melihat dan memahami benda-benda di
sekitar. Sebenarnya ia adalah lebih daripada
itu.Memerhati adalah asas kemahiran proses sains yang
melibatkan semua lima deria untuk mencirikan objek-
objek, mengenalpasti perubahan-perubahan,
persamaan dan perbezaan untuk memahami dunia di
sekitar kita. Di sebalik itu juga kita boleh mengatakan
bahawa memerhati juga melibatkan proses mengumpul
maklumat berkaitan dengan objek-objek atau peristiwa-
peristiwa dengan menggunakan kelima-lima
pancaindera, lihat, dengar, sentuh, rasa dan
bau.Memerhati dalam sains, memerlukan murid-murid
memberi perhatian secara menghalusi.Memandang,
melihat dan memerhati hendaklah difahami dengan
jelas.Memandang dan melihat dianggap sebagai
pendekatan pasif manakala memerhati pula dilihat
sebagai pendekatan aktif.
Apabila kita hendak mengenali sesuatu buah, kita akan
mengguna mata untuk melihat bentuk dan warna buah
itu.Anda juga akan menyentuh dan menghidu buah
tersebut untuk mengetahui samada buah itu masak atau
tidak. Kadangkala anda mencuba rasa mengguna lidah
untuk memastikan samada buah itu manis atau tidak.
Ada kalanya kita menggoncang dan mendengar bunyi
untuk menguji isi terkandung.Disini kita mengguna
kesemua pancaindera untuk mengenali dan memahami
buah tersebut.Pemerhatian jenis ini disebut sebagai
pemerhatian kualitatif.Jika kita hendak mengetahui
dengan lebih lanjut, tentang berat dan panjang buah
tersebut misalnya 200 g dan 30 cm, pemerhatian itu
disebut pemerhatian kuantitatif sebab ia melibatkan
nombor atau kuantiti. .
Pemerhatian kuantitatif memberi maklumat dengan
lebih tepat berbanding dengan pancaindera kita.Maka
pelajar, lebih-lebih lagi kanak-kanak, memerlukan
bantuan untuk membuat pemerhatian yang baik. Jika
seseorang pelajar itu sedang menerangkan apa yang dia
lihat, dia akan menerangkan tentang warna objek itu
sahaja tetapi tidak berkenaan dengan saiz atau bentuk
objek itu. Pemerhatian yang bagus dan produktif adalah
berbentuk penjelasan yang ditulis atau dilukis secara
menyeluruh dan tepat dan pelajar perlu dilatih untuk
menghasilkan penerangan yang
menyeluruh.Penerangan yang panjang dan lengkap oleh
pelajar, maka barulah boleh meningkatkan pemahaman
tentang konsep yang sedang dikaji.

Bagaimanakah kita membimbing pelajar-pelajar kita


memberi penerangan yang baik dan menyeluruh.?

• Beri arahan kepada pelajar supaya focus kepada


objek atau peristiwa yang sedang dikaji dan kenalpasti
ciri-cirinya.

• Berikan mereka peluang untuk menyatakan


pemerhatian kualitatif awal. Kemudian minta mereka
memberi huraian secara menyoal atau memberi mereka
alatan yang boleh membantu mereka menjalankan
pemerhatian kualitatif atau kuantitatif yang selanjutnya.

• Jika berlaku sebarang perubahan dalam


pemerhatian, pelajar perlu menyatakan apa yang
mereka lihat sebelum, semasa dan selepas kejadian
berlaku dalam pemerhatian. Jika boleh pelajar perlu
digalakkan menamakan apa yang mereka perhati.

• Gunakan rujukan, merujuk kepada benda yang


telah menjadi biasa kepada semua orang untuk
menerangkan dengan lebih jelas sesuatu pemerhatian.
Contohnya, kita menerangkan warna dengan rujukan,
seperti langit biru, rumput hijau kuning emas untuk
menerangkan warna biri, hijau atau kuning.
• Apabila kita membuat ukuran, kita
membandingkan sifat dengan rujukan unit. Sesuatu
kenyataan ukuran mengandungi dua bahagian, nombor
memberitahu berapa bilangan, dan nama unit untuk
memberitahu berapa banyak kandungan isinya.
Penggunaan nombor menunjukkan ukuran itu
pemerhatian kuantitatif. Contoh, helaian daun diikat
dalam bilangan lima, atau ukuran berat daun ialah lima
gram.
Apa itu mengkelas?

Sama ada disedari atau tidak, kita selalu mengkelaskan barang-barang


dalam kehidupan seharian kita.Kita mengkelaskan buku-buku di
perpustakaan mengikut subjek dan menyimpan perkakasan sains di dalam
stor mengikut jenis perkakasan.Para majikan mengkelas pekerja mengikut
jenis pekerjaan pekerjanya dan kerajaan mengkelas kita mengikut jantina,
umur, pendapatan dan sebagainya. Mengkelas boleh ditakrif sebagai proses
mengumpul objek mengikut ciri-ciri tertentu untuk sesuatu tujuan. Kita perlu
mengenalpasti persamaan dan perbezaan semasa mengenalpasti ciri-
cirinya. Oleh itu, kita boleh katakan bahawa mengkelas ialah proses
mengumpul objek atau peristiwa mengikut persamaan atau perbezaannya.
Ini adalah satu langkah penting ke arah kefahaman yang lebih baik bagi
objek atau peristiwa yang berbeza di dalam dunia ini.

Bilakah kita perlu mengkelas?Kita mengkelas apabila ada banyak item atau
maklumat yang tidak tersusun. Untuk mengkelas item-item kita boleh ikuti
langkah-langkah berikut :

1. Kenalpasti ciri-ciri umum item-item tersebut


2. Isihkan item yang sama ciri mengikut kumpulan masing-masing
3. Kenalpasti ciri-ciri lain
4. Ulangi langkah 1 – 3 sehingga tinggal hanya satu item dalam setiap
kumpulan.

Indicator Untuk Pengkelasan yang dibina oleh Pusat Perkembangan


Kurikulum (PPK, 1994) boleh digunakan sebagai panduan untuk mengkelas
item atau maklumat dengan cara betul, iaitu,

 Kenalpasti persamaan dan perbezaan


 Kumpulkan objek mengikut ciri-ciri umum
 Perjelaskan kaedah pengkelasan dalam bahasa mudah
 Ciri-ciri lain boleh digunakan untuk mengumpul objek
 Objek boleh dikumpulkan dalam pelbagai cara

Ada 3 jenis pengkelasan

 Sistem Siri :
Ini adalah pengkelasan yang paling mudah.Objek disusun mengikut
sifat tertentu.Contoh, pelajar disusun bersiri mengikut tinggi, atau
bijirin sarapan berbeza boleh disusun secara bersiri mengikut bilangan
calori per hidangan.

Contoh :

 Sistem Binari:
Dalam sistem ini, suatu set objek dibahagi kepada dua subset. Ini
dilakukan berasaskan sama ada objek-objek mempunyai atau tidak
sifat-sifat tertentu. Contoh, haiwan boleh dikelaskan kepada dua
kumpulan : yang mempunyai tulang belakang atau yang tidak
mempunyai tulang belakang. Pengkelasan secara sistem binari juga
boleh dilakukan secara mempunyai sifat lebih daripada satu.Objek
dalam kumpulan itu memiliki semua sifat yang telah ditetapkan.
Contoh :

ATAU
 Sistem Pelbagai Lapisan (Multilevel):
Pengkelasan pelbagai lapisan boleh dibangunkan dengan membentuk
beberapa peringkat pengkelasan binari kepada satu set objek dan
kemudian dilaksanakan kepada subset seterusnya. Hasilnya ialah
sistem pengkelasan yang mengandungi pelbagai peringkat atau
lapisan. Pengkelasan pelbagai lapisan adalah sempurna apabila
setiap objek dalam set asal tadi telah dipisahkan ke dalam kategorinya
sendiri. Pengkelasanyang biasaterhadap alam haiwan dan tumbuhan
adalah contoh pengkelasan pelbagai lapisan.Satu aktiviti yang
berguna untuk kanak-kanak yang boleh dibuat ialah pengkelasan
pelbagai lapisan untuk haiwan di persekitaran mereka mengikut sifat
MANUSIA fizikal dan atas persamaan atau perbezaan kelakuan haiwan tersebut.

PEREMPUAN
Contoh :

BENTUK
MANUSIA

2 DIMENSI 3 DIMENSI
CINA INDIA ORANG ASLI

BULATAN SEGI TIGA SEGI EMPAT

KUBOID KIUB KON SFERA SILINDER


BERKOMUNIKASI

Berkomunikasi ialah kemahiran menyampaikan maklumat atau idea kepada


orang lain sama ada secara lisan atau berbentuk tulisan. Pelajar-pelajar
harus berkomunikasi untuk berkongsi pemerhatian mereka dengan orang
lain. Komunikasi mestilah jelas dan berkesan jika seseorang itu hendak
difahami maklumat yang disampaikan.Komunikasi berkesan semestinya
jelas, tepat dan tidak kabur dan seterusnya mengguna kemahiran yang
perlu dikembang dan diamalkan.

Apa itu berkomunikasi? Berkomunikasi ialah satu proses penerimaan,


penyebaran, dan perkongsian maklumat dan idea. Anda sedang
berkomunikasi apabila anda :

1. Bercakap, mendengar atau menulis untuk menyatakan idea atau


maksud.
2. Mencatat maklumat daripada penyiasatan atau kajian.
3. Melakar atau mangambil nota.
4. Mengguna atau menjelaskan makna symbol
5. Mengguna carta, graf, dan jadual bagi menyampaikan maklumat.
6. Menyoal dengan jelas.
7. Mengguna rujukan
8. Menulis laporan eksperimen bagi membolehkan orang lain
mengulangi eksperimen tersebut.

Idea berkomunikasi mengguna perkataan deskriptif dimana dua orang


mempunyai atau berkongsi persefahaman. Ada tiga langkah yang
menunjukkananda sedang berkomunikasi apabila :

1. Mencatat maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber.


2. Menterjemah maklumat kepada bentuk lain seperti carta, graf, dan
jadual.
3. Menyebarkan maklumat melalui pelbagai bentuk dan cara.
Kita boleh berkomunikasi dengan berkesan jika kita :

1. Menerangkan hanya apa yang kita perhati (lihat, dengar, bau dan
rasa) bukannya apa yang kita buat inferen atau andaian berkenaan
sesuatu objek atau peristiwa.
2. Menjelaskan secara ringkas mengguna bahasa dan istilah yang tepat.
3. Menyampaikan maklumat dengan betul mengguna banyak
pemerhatian kualitatif seperti yang dikehendaki oleh keadaan.
4. Mengambil kira pandangan dan pengalaman lampau orang yang kita
sedang berkomunikasi.
5. Membuka ruang untuk mendapat maklum balas dari orang yang kita
sedang berkomunikasi supaya dapat menentukan keberkesanan
komunikasi kita.
6. Membina penyampaian alternatif jika keadaan memerlukan.

Bercakap dan berbual semasa menjalankan aktiviti sains, membuat catatan


dalam buku jurnal, menyusun data, membanding keputusan dan berkongsi
dapatan adalah aktiviti-aktiviti yang boleh membantu kanak-kanak
mengembangkan cara berkesan untuk berkomunikasi. Mempelajari
mengguna alat komunikasi boleh membantu kanak-kanak membuat cara
yang terbaik bagaimana berkomunikasibagi menyampaikan pemerhatian
dan idea.

ALAT BERKOMUNIKASI

Simbol Bahasa Badan Bahasa Lisan

Graf Muzik

Model BERKOMUNIKASI Peta

Lakaran
Carta

Peta Konsep Jadual Penulisan Penomboran


Para pendidik sains bersetuju bahawa mempelajari kemahiran proses sains bermaksud
‘mempelajari cara belajar’. Kanak-kanak belajar melalui pemikiran kritikal dan mengguna
maklumat secara kreatif.Kenapa kita harus berkomunikasi? Kemahiran berkomunikasi akan
membantu kita :

1. Menyebarluaskan idea atau maklumat.

2. Berkongsi idea atau maklumat.

MEMBUAT RAMALAN

Kemahiran yang penting adalah membuat ramalan. Membuat ramalan adalah proses yang
menggunakan pemerhatian yang lampau atau data bersama pengetahuan sains untuk
meramal peristiwa atau hubungan. Ianya adalah membentuk idea mengenai jangkaan hasil
apa yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan kini dan kefahaman ,pemerhatian dan
inferen. Suatu kenyataan yang tidak berdasarkan pemerhatian adalah bukan ramalan. Ia
hanyalah tekaan. Ia boleh di klassifikasikan kepada : a) Interpolasi – adalah ramalan data
yang baru berdasarkan kepada tren atau corak yang diperhatikan dari data lampau yang
diperhatikan. b) Extrapolasi – adalah ramalan data baru diluar atau menjangkau julat data
yang diperolehi sebelum ini.

Membuat ramalan adalah tekaan yang bijak terhadap apa yang akan berlaku. Ia perlu
diikuti dengan menulis atau penerangan secara lisan untuk mengkelaskan idea dan
mendedahkan sebarang miskonsepsi atau maklumat yang hilang. Anda mungkin boleh
bertanya ‘apa yang akan berlaku?’,” kenapa anda berfikir itu berlaku?” ,” adakah cara anda
boleh mencari penyelesaian?” Membuat ramalan mempunyai hubungan yang rapat dengan
pemerhatian,membuat inferen dan pengkelasan. Membuat ramalan adalah berdasarkan
kepada pemerhatian yang teliti dan inferen yang dibuat terhadap hubungan diantara
peristiwa yang diperhatikan. Inferen adalah penerangan atau interpretasi yang dibuat
daripada pemerhatian. Pengkelasan digunakan apabila kita hendak mengenalpasti
persamaan atau perbezaan terhadap objek atau peristiwa.

Kita memahami persekitaran disekiling kita dengan cara pemerhatian perkara yang berlaku
dan kemudian membuat interpretasi dan membuat penjelasan. Kita selalunya boleh
mengesan corak dari apa yang diperhatikan.

Kerapkali kita boleh membuat ramalan apa yang akan berlaku pada masa akan dating.
Contoh-contoh membuat ramalan adalah:

• Saya melihat hari hujan dan matahari muncul. Mungkin akan ada pelangi.

• Jika saya melepaskan kedua-dua bola pada masa yang sama, mungkin ia akan jatuh
ketanah pada waktu yang sama.

Setiap pernyataan ramalan adalah berdasarkan pemerhatian dan corak yang


diperkembangkan daripada pemerhatian yang lampau. Bagaimana kita menerangkan dan
membuat interpretasi apa yang kita perhatikan memberkan kesan kepada bagaimana kita
membuat ramalan. Menguji ramalan kita akan menjurskan kita untuk melakukan lebih
banyak pemerhatian yang akan menyokong atau tidak menyokong ramalan yang asal.
Apabila pemerhatian yang baru konsisten dengan corak pemerhatian yang diramal maka kita
mempunyai keyakinan dalam ramalan kita. Walaubagaimanapun jika pemerhatian yang baru
tidak menyokong ramalan awal kita,maka kita mungkin akan menolak atau menilai semula
pemerhatian kita. Pemerhatian yang baru akan mengarahkan kepada inferen dan ramalan
yang baru. Dibawah menunjukkan peta bagi kemahiran membuat ramalan:

Meramal

Memerhati Inferen

Selagi data yang baru (pemerhatian) dikumpul,teori (inferen) dicadangkan untuk


menerangkan apa yang telah diperhatikan dan meramal tentang perkara yang belum
diperhatikan. Sesuatu teori hanya dapat diterima dalam sains ianya perlu memenuhi tiga
lapisan ujian.

Boleh menerangkan apa yang telah diperhatikan

Boleh meramal apa yang belum diperhatikan

Boleh diuji dengan melakukan pemerhatian selanjutnya dan diubahsuai mengikut


keperluan data yang baru

MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

Mengukur dan menggunakan nombor adalah proses memerhati secara kuantitatif


menggunakan alatan piawai atau alat pengukuran yang dipiawaikan sebagai unit-unit
rujukan.

Alatan piawai- alat-alat yang dihasilkan seperti pembaris, pita pengukur, selinder penyukat
(alat yang diterima secara universal).

STANDARDISED TOOLS (alatan yang dipiawaikan) – adalah alatan yang boleh digunakan
untuk mengukur kuantiti objek menggunakan unit yang tidak diterima secara universal
seperti cawan, sudu dsb.Pebngukuran melibatkan proses membuat pemerhatian kuantitatif
dengan membandingkan dengan sesuatu unit piawai seperti sentimeter, inci, gram, liter dsb

Pelajar membuat pemerhatian kuantitatif dengan membandingkan unit piawai dengan


bukan piawai. Mereka akan berupaya menerangkan perhubungan antara objek dengan
menggunakan graf, carta. Diagram dan jadual. Radas seperti thermometer, jam, pembaris
dsb. Digunakan untuk membuat pengukuran. Kita perlu mengukur dan menggunakan
nombor-nombor untuk mendapatkan pengukuran yang lebih tepat seperti indeks jisim
badan kita.

Anda mungkin juga menyukai