Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan
Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai.
Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai
halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan
kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang
paling minimum di udara.
Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan
sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi
peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan ini
disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat
mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian
yang lancar.
Di peringkat antarabangsa acara yang dipertandingkan ialah 100 meter
( wanita ), 110 meter ( lelaki ) dan 400 meter ( lelaki dan wanita ). Namun begitu
acara 55 m, 70 m, 75 m dan 80 m boleh diadakan di sekolah untuk tujuan
mempopularkan acara ini.
2.0 Sejarah Lari Berpagar

Pada tahun 1886, Arthur Crooml' dari England merupakan orang pertama
melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin
Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai pingat emas dalam Olimpik

1990.
Pada tahun 1896, semua acara lari berpagar melebihi 100 meter. Pada 1900
dua acara untuk lelaki diperkenalkan iaitu 110 m dan 400 m. Acara lari
berpagar untuk wanita diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80 m.
Selepas itu 100m wanita diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti dengan
acara 400m pada tahun 1971.

3.0 Jenis-Jenis Pagar


NO
.
1

JENIS PAGAR
- National Aluminium Hurdle

PESERTA & KETINGGIAN


PAGAR
Atlet antarabangsa
-

Lelaki ( 1.067 m)
Wanita ( 0.840 m)

- UCS Ultimate Hurdle

- Polanik Hurdle

Pelajar sekolah menengah:


-

- Polanik Hurdle

Lelaki ( 0.840 m )
Wanita ( 0.762 m)

Murid sekolah rendah:


-

Lelaki
(0.762 m)
Perempuan (0.762m)

4.0 PERATURAN
a) Pelari berlari dalam lorong masing-masing.
b) Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari dalam keadaan
berikut:
- Mengheret kaki di bawah palang pagar.

- Melompat pagar di lorong lain atau,


- Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja.

5.0 FASA LARI BERPAGAR

Fasa
Permulaan
I.

Fasa
Lonjakan

Fasa
Layangan

Fasa
Mendarat

Fasa
Penamat

Fasa Permulaan

a) Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan


lapan langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di
hadapan blok permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja.
b) Lari dengan konsisten dari permulaan hingga dua langkah terakhir.
c) Pendekkan langkah terakhir supaya pusat gravity berada di hadapan
daripada kaki yang melangkah pagar.

II.

Fasa Lonjakan

a) Meninggalkan permukaan trek sama seperti lari pecut.

b)
c)
d)
e)
III.

Melonjak menggunakan hujung tapak kaki.


Kaki hadapan diangkat tinggi.
Kepala tegak memandang ke hadapan.
Pusat gravity ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak.

Fasa Layangan

a) Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar.


b) Ayunkan tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas.
c) Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi dengan tapak tangan mengarah
keluar.
d) Condongkan badan ke hadapan.
e) Badan seolah-olah melayang ke udara.
IV.

Fasa Mendarat

a) Jatuhkan kaki hadapan ke tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki

V.

belakang melepasi pagar.


b) Mendarat dengan hujung kaki hadapan.
Fasa Penamat

a) Lari pecut lalu membuka dada selangkah sebelum tiba di garisan


penamat.
6.0 REKOD LARI BERPAGAR

SUKMA 2008
Rayzamsyah Wan Sofian - 14.10s

SUKAN UNIVERSITI ASEAN 2008 (SUA 2008)


Mohd Robani Hassan - 14.07s

SUKAN SEA KORAT, THAILAND 2008

7.0 ANSUR MAJU LATIHAN LARI BERPAGAR


Latihan 1:
-

Tendangan Karate

Latihan 2:
-

Melompat dalam rotan hulahoop

Latihan 3:
-

Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun.

Anda mungkin juga menyukai