Anda di halaman 1dari 1

Nor Hashima binti Hassim.

No:111, Jalan Bukit Belian 9,


Taman Bukit Belian,
71700 Mantin,
Negeri Sembilan

Tarikh: 21 OKTOBER 2020

Pengetua,
Sekolah Menengah Sains Rembau
Kg. Pilin,
Rembau,
Negeri Sembilan.

Tuan,

KETIDAKHADIRAN AHMAD HATIM HAKIMI BIN MOHAMAD HASBI (3 DAVINCI)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya saya memaklumkan bahawa saya tidak menghantar anak saya
pulang ke asrama pada 18 Oktober 2020 (Ahad), kerana mendapat berita mengejut bahawa datuk di
sebelah bapanya di Perak meninggal dunia pada pagi hari yang sama iaitu pada pukul 11.40 pagi
(Mohon rujuk Salinan Daftar Kematian). Oleh sebab saya tidak dapat menghantarnya ke Rembau
kerana ingin berada di Gunung Semanggol Perak sebelum pengkebumian dijalankan.

3. Saya juga mengesahkan bahawa anak saya tidak turut serta dalam perjalanan itu kerana terikat
dengan peraturan PKP Selangor dan Kuala Lumpur yang mengehadkan bilangan penumpang di
dalam kenderaan . Walaupun dia berada di rumah, di Mantin tetapi tiada siapa yang dapat
menghantarnya balik ke asrama. Saya dan suami berada di Gunung Semanggol dari 18 Oktober
(Ahad) hingga 20 Oktober (Selasa).

3. Saya akan menghantar anak saya kembali ke asrama pada 21 Oktober 2020 (Rabu). Sebarang
kesulitan adalah amat dikesali. Di atas keprihatinan pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian harap maklum .

Yang benar,

(NOR HASHIMA BINTI HASSIM)

SK
Guru Kelas dan Warden

Anda mungkin juga menyukai