Anda di halaman 1dari 15

UDI3052 Kesenian Dalam Islam (BAB 8)

Muka Hadapan Sumber Terbuka Artikel Subjek UDI 3052


Pengenalan

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa
mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah
agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat,
zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan
akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya
rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat
abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan
melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk
menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni
sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan
maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.

Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini adalah
disebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama.
Walau bagaimanapun seni masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan
dengan moral. Seni juga boleh dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni
untuk masyarakat, di mana seni untuk seni adalah bertujuan untuk seni sahaja dan orang
mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik
atau jahat. Manakala seni untuk masyarakat pula menyatakan bahawa seni dicipta untuk
sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk
kemasyarakatan, politik dan akhlak.

Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai
kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari
segi istilah ilmu berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah.
Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan,
ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Drs.
Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa
kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok
manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta
kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu, manusia
dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan
memberi kepuasan melalui pancaindera. Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan
kepada empat bahagian utama :

• Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara

dan sebagainya.

• Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni
bina, seni pakaian dan sebagainya.
• Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama,
tablo, teater, filem dan sebagainya.

• Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang
berbentuk puisi dan prosa.

Konsep Seni Menurut Perspektif Islam

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni
Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang
terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga
merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah
kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi
Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud
: "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."

Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt
lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia
dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang
merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah
swt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga
mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia
yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian
dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.

Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-
aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah
merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam,
menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni
mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik
dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan
membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktiviti
kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan
ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan
berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.

Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan


nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi
seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada
keredhaan Allah swt.

2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek


estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.

3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada


keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai
tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang
mantap.
4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah
dan SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini
yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.

5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama
manusia dan juga makhluk.

Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seni
untuk masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika
diperincikan. Antaranya:

(a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu
tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan
mencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud
menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut.

(b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat
penyatuan umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw
yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu
(tarannum) al-Quran.

(c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang
tidak diperlukan oleh manusia.

(d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :

• Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa


tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain
dan kifayah.

• Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara


yang hak (betul) dan yang batil (salah).

• Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai
kemaksiatan yang lain.

• Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti
pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau.

• Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat
daripada kayu, batu dan lain-lain.

• Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat
tiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat
muzik dari tekanan jari. Sesetengah ulama mengatakan harus hukumnya jika
digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan
yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan
dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.

• Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk
tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari).
• Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk
dan kesombongan.

(e) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

Matlamat Kesenian

Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupun


keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah
semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah
manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan
dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira ibadah pula.
Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimama untuk membawa
kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah swt. Seni Islam
dibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab.

Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan
pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara
ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal
kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut
kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal
supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan
alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.

Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan
di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada
kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni'
tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam
terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap
keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa
dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi.

Bidang-bidang Kesenian Islam

a) Tulisan Khat

Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal,
penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat
merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian.
Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan tulisannya
seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan
dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai
(hukama').

Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua
bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan
tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang
mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbezaannya
dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan
kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat
suci.
Kepentingan Seni Khat

1. Ia mempunyai kaitan denganpeningkatan tahap tamadun itu sendiri. Sebab itu ia


merupakan hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.

2. Salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhamad s.a.w agar umat Islam membaca dan
menulis ayat-ayat al-Quran dengan baik. Dan dengan cara ini difikrkan untuk
memudahkan lagi mereka mempelajari dan menghafalnya.

3. Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa
penulisnya.

4. Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : "
Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya narata kunci rezeki".

5. Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana
tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Jenis-jenis Seni Khat

Tamudun Islam kaa dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat.
Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-
lapan model ini. Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani,
Diwani Jali dan Raihani.

Khat Kufi berasal dai Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada
pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam
bentuk ukiran timbul.

Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf
thmani (al-Quran), nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.

Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-
buku berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta
tidak mengelirukan

Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke
kanan. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk
karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis
dengan khat ini.

Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk
tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk
mengambil nota kuliah.

Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan secara
meluas emasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan
untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya.
Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.

Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya , rumit
penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan
sebagainya.
Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang
serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.

b) Penulisan (Sastera)

Manakala seni penulisan ula dikaitkan dengan seni kesusatetraan. Seni kesusasteraan
sememangnya mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan umat Islam dan
ianya terjadi kerana kesusateraan Islam bersumberkan al-Quran dan al-sunnah yang
mana kesusasteraan al-Quran dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan bahasa dan
dari segi isinya. Di sini dapat dilihat bahawa hasil atau sumbangan kesusateraan yang
berteraskan al-Quran dan al-Sunnah telah menyebabkan ramai kaum musyrikin yang
telah memeluk agama Islam hanya apabila mendengar al-Quran. Contohnya al-Walid l-
Mughirah yang merupakan penyair yang terkenal pada zaman Jahiliyyah dan pengkritik
yang paling tajam terhadap Rasulallah s.a.w, Umar al-Khattab serta Labid, Rabiah dan
Jubair bin Mat'am.

AlQuran telah berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan Arab dari
segu keindahan bahasa kesusteraan dan yang lebih menakjubkan lagi ianya bukan sahaja
menggetarkan jiwa mereka yang memahami bahasa arab malah melintasi batas periadi,
bahasa, keturunan, kebudayaan, geografi, pangkat dan sebagainya. Kesusteraan Islam
mula disebarkan oleh Rasulallah s.a.w dan terus berkemabang pada zaman khalifah-
khalifah al-Rashidin, Umaiyah dan Abbasiyyah. Selain al-Quran, karya kesusteraan Islam
juga meliputi Syair, Rubai', Burdah, Prosa dan sebagainya.

c) Lukisan dan Arca ( Ukiran)

Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang
dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran
eni halus inijuga terdapat pada perabut rumah, piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun
pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti
berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan
Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak dan tembaga contohnya
pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi besi perang. Begitu
juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman
dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah,
barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti
kerawag, lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain.

Seni lukis ula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera
pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan
gambar berbentuk araesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi
dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku
hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada
lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yan boleh menjadi
pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

d) Seni binaan.

Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan.
Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang
direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas
tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu
tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu
tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang
agung. Pada zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd
waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh.

Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan iala seni bina masjid. Ini
adalah kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai cri terpenting sesebuah
bandar. Ini dapat kita perhatikan daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda berhijrah
ke Madinah, perkara yang pertama baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai
untuk membina masjid. Masjid pertama menjadi lanmbang kekuatan aqidah, kesatuan
dan perpaduan umat Muslimin. Masjid pertama yang didirikan di Madinah ialah Masjid al-
Nabawi yang digunakan oleh Rasulallah s.q.w sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan
pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan sebagainya.
Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya, masjid ekemudiannya
dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur dekoratif-ornamentif
berdasarkan latarbelakang budaya persekitaran umat Islam.

Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun berbanding dengan barat, kerana
unsur-unsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan
nilai kerohanian dan pada masa yang sama pembangunan fizikal dankebendaan tidak
dipinggirkan. Konsep penting dalamseni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal,
taqwa dan tawadhu', aman dan damai serta merendah hati kepada keagungan Allah s.w.t.
Pengagunan dan erhiasan bukanlah menjadi matlamat seni bina Islam, tetapi kerana
kreativiti dan inovasi mat, artis, seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi suatu seni yang
bernilai tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan eka bentuk yang
dibuat berdasarkan ajaran al-Quran. Kepentingan seni bina masjid di bandar silam Islam
digambarkan dengan terdapat 241 buah masjid. Di Kaherah pada abad ke 15 masehi pula
terdapat 88 buah masjid jamek (masjid uatama) dan 19 masjid kecil

Dari segi strktur dalaman dan luaran masjid, beberapa perkara dapat dilhat khususnya
dari asek mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang erkumpul, tang dan pilar
utama, anjug dan serambi, mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin
melaungkan azan, kubah dan lain-lain lagi. Perkaraperkara i merupakan karektiristik sebi
bin a masjid yang memperlihatkan keuhikannya yang tersendiri berbanding dengan seni-
bina yang lain. Selain itu, seni bina masjid banyak mengetengahkan bentuk-bentuk blat
yang merupakan bentuk yang paling sempurna yang mencerminan kelembutan dan
kehalusan seolah-lah ia tidak berkesedahan.

Selain daripada masjid, seni bina Islam juga merangkumi bangunan-bangunan kediaman,
kedai, jambatan, saluranair, rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan
sebagainya. Seni bina mencirikan kepada lambang islam dan berlandaskan tauhid kepada
Allah s.w.t serta menitikberatkan kepada reka bentuk islam banyak dipengaruhi oleh seni
bina masjid seperti istana-istana, taj Mahal, kota-kota seperti kta Baghdad malah di
Malaysia sendiri seerti bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan kerertapi tanah melayu,
bangunan daya bumi dan pintu gerbang darul ehsan.

e) Seni Muzik ( Suara, lagu dan Bunyi)

Antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati serta
menenangkan telnga ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam selagi tidak dicampuri
lirij-lirik koto, cabul dan yang dapat mengarahkan kepada perbuatan dosa dan dengan
muzik yang tida membangkitkan nafsu bahkan disunatkan hiburan itu seperti pada hari
raya, perkhawinan, aqiqah dan waktu lahirnya seorang bayi. Daripada Aisyah r.a bahawa
ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat lelaki Ansar, maka nabi bertanya
: "Hai Aisyah ! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab rang-orang ansar
gemar sekali terhadap hiburan".

Tidak terdapat perkataan arab yang boleh diertikadengan istilah Inggeris "muzik" yang
menyeluruh. Ensiklopedia Pelajar Oxford mentadbirkan muzik sebagai bunyi yang disusun
pada pola yang sedap didengar atau yang boleh melahirkan perasaan.

Ringkasan tajuk ini.


UDI3052 Kesenian Dalam Islam
Muka Hadapan Sumber Terbuka Artikel Subjek UDI 3052

8. KESENIAN DALAM ISLAM


Islam adalah agama yang nyata (waq'ie) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada
semua tempat, zaman dan situasi yang menepati cita rasa, kehendak, sifat, keinginan,
nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia.

Dalam diri manusia tertanamnya perasaan suka pada keindahan. Keindahan itu dalah
seni.

Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh
jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata atau bahasa.

Al-farabi : menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan.

al-Ghazali : seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan jiwa manusia yang sesuai
dengan fitrah.

Seni ada 2 tujuan :

i. Seni untuk seni : bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan
untuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau
jahat.

ii. Seni untuk masyarakat : Seni dicipta utnu sesuatu tujuan maka ianya mestilah
difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk
kemasyarakatan, politik dan akhlak.

Seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian :

i. Seni melalui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara dan
sebagainya.

ii. Seni yg diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina,
seni pakaian dan sebagainnya.

iii. Seni yg diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo,
teater, filem dan sebagainya.

iv. Seni yg dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yg berbentuk puisi
dan prosa.
8.1 Konsep Seni menurut perspektif Islam

* Seni islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan islam.


* Perbezaan seni Islam dan bukan Islam sari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang
terkandung dalam hasil seni islam.
* Tujuan seni Islam adalah kerana Allah.
* Dalam pembangunan seni kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-
aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehiudpan manusia.
* Seni mestilah bersifat Amar makruf dan nahi mungkar.
* Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan keredhaan Allah dan
ketakwaan)
* Seni mestilah menjadi alat untuk meningkatkan ketqwaan.
* Hukum asal kesenian dan hiburan adalah HARUS
* menjadi haram kerana wujudnya perkara yang bertentangan dengan syara'

8.2 Prinsip-Prinsip Kesenian

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan


nilai-nilai persekitran dan sejagat.
- Alam sekitar gelerinya dan manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur
kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredaan NYA.
2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yg menyentuh aspek-aspek estatika,
kemanusiaan, moral dan lain2 lagi.
3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kpd
keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri.
- menurut Islam kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah
ketaqwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap.
4. Kesenian Islam terpancar dr wahyu Allah, sama seperti undang2 dan syariat.
- Harus beradda di bawah linkungan dan peraturan wahyu.
- Ini membezakan kesenian Islam dan kesenian bukan Islam.
5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan Allah, alam sekitar dan sesama
manusia serta makhluk lain.

Terdapat 5 hukum dalam seni :-


i. WAJIB : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yg mana tanpanya individu
tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan
mencantikkan reka bentuk masjid serta seni taman bagi maksud menarik orang ramai
untuk mengunjungi rumah Allah tersebut.
ii. SUNAT : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat
penyatuan uamt islam seperti nasyid, qasidah dan selawat kpd rasulallah dalam
sambutan maulidur rasul dan taranum (seni lagu) al-Quran.
iii. MAKRUH : Jika kesenian itu membawa unsur-unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya
seni yang tidak diperlukan manusia.
iv.HARAM : JIka kesenian itu berbentuk hiburan yang :
1. Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan2 yang berupa
tanggungjwab asas terhadap Allah khasnya spt ibadat fardu ain dan
kifayah.
2. Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dpat membezakan antara
yang hak (betul) dan yang batil ( palsu).
3. Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai
maksiat lain.
4. Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram spt
pergaulan bebas dlm bentuk bersuka-suka yang melampau.
5. Objek atau arca dl bentuk menyerupai patung sama ada dibut dr kayu, batu
dll.
6. Disertai dgn alat muzik yang diharamkan oleh Islam spt alat tiupan, bertali,
tabuhan yg bertutup bahagian atas serta alat muzik tekanan jari.
Setengah ulama mengatakan harus digunakan dlm pendidikan dan tidak
menarik kpd konsep al-malahi(hiburanyg keterlaluan). Alat-alat muzik di
atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah.
7. Seni yang merosakkan akhlak dan memudharatkan individu atau yang
berbentuk tidak bermoral seperti tarian.
8. Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat untuk menunjuk-
nunjuk dan kesombongan.
v. HARUS : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

8.3 Bidang-bidang kesenian

8.3.1 Tulisan (Khat)

- khat, segala tulisan yang cantik untuk hiasan


- menjadi haram sekiranya digunakan untuk fitnah, lucah, syirik dan sebagainya
* Kepentingan seni khat :
i. Ia mempunyai kaitan dgn peningkatan tahap tamadun itu sendiri. sebab itu ia
merupakan hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.
ii. salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhammad s.a.w agar umat Islam membaca
dan menulis ayat2 al-quran dgn baik. Dan dengan cara ini difikirkan untuk
memudahkan lagi mereka mempelajari dan menghafalnya.
iii. Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta
citarasa penulisnya.
iv. Rasulallah menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasulallah bermaksud " Hendaklah
kamu mengindahkan seni khat kerana ianya antara kunci sumber rezeki".
v. Saidina Ali (k.w) pernah berkata : " Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis
kerana tulisan merupakan perkara paling mustahak dan menyeronokkan".

* Jenis-jenis khat :-
i. Khat Khufi : berasal dr Kufah.
ii. Khat Riq'ah : dapat ditulis dgn cepat
8.3.2 Penulisan
* Dikaitkan dengan seni kesusasteraan.
* Mendapat sambutan hangat umat islam kerana seni ini bersumberkan ayat al-quran dan
al-sunnah.
* al-Quran dilihat dr segi keindahan bahasa dan isi kandungannya.
* al-Quran berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan arab dr segi
keindahan bahasa
* Ramai arab Quraish memeluk Islam kerana mendengar al-Quran seperti Umar al-
Khattab, al-Walid al-Mughirah, Rabiah dan Jubair bin Mat'am.
* Selain al-Quran kesusteraan islam meliputi Syair, Ruba'i, Burdah dan prosa dll.

8.3.3 Lukisan dan arca

-Dikenali juga sebagai seni halus.


- Seni lukis bermula pada zaman Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera
pada helaian safhah al-Quran ygn dihisai dgn corak lukisan bunga dan gambar berbentuk
Arabesque dgn pilihan warna emas.
- Seni lukis islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk
benda-benda bernyawa yg boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.
- harus melukis dan membentuk sesuatu yang tidak bernyawa
- haram membentuk patung dan melukis makhluk yang bernyawa
- dibolehkan melukis makhluk yang bernyawa kerana keperluan yang diiktiraf seperti
pendidikan.
- gambar foto tidak termasuk dalam lukisan tetapi mestilah memenuhi syarat :
1) Menutup aurat sekiranya untuk umum
2) Tiada pergaulan bebas, percampuran dengan bukan mahram

8.3.4 Suara, Muzik dan lakonan

- asal suara wanita tidak aurat, menjadi aurat apabila diubah menjadi lunak dan
menimbulkan fitnah
- seni suara asalnya halal dan boleh menjadi haram dengan sebab:
1) Penyanyi: tidak menutup aurat, percampuran lelaki dan perempuan
2) Lirik : berbentuk syirik, lucah, menghina Islam
3) Alat muzik: yang sering digunakan oleh orang-orang kafir
- hukum muzik:
1) Pasti harus: nasyid, qasidah, lagu kanak-kanak, lagu menaikan semangat jihad
dan alat
yang jelas harus ialah kompang.
2) Pasti haram: muzik-muzik semasa yang ditiru daripada barat dan tidak
selamat daripada syarat-syarat atau sebab-
sebab di atas.
3) Mukhtalafun fihi:, iaitu muzik yang berada ditengah-tengah di antara kedua-
duanya, di sini ada tiga pandangan
ulamak:
i. Pasti haram
ii. Pasti harus
iii. Tafsil, sekiranya lebih mirip kepada yang pertama hukumnya harus dan
sekiranya lebih mirip kepada yang kedua
hukumnya haram.
- lakonan harus asalkan tidak ada perkara yang bercanggah dengan syara' seperti:
1) Dedah aurat
2) Percampuran di antara lelaki dan perempuan
3) Berlakon sembah patung, minum arak, berpelukan

8.3.5 Binaan

- harus asalkan tiada unsur syirik, pemujaan, syiar orang-orang kafir dan sebagainya.
- Aspek seni bina islam terpenting ialah masjid.
- Konsep penting dalam seni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan
tawadu', aman dan damai serta merendahkan hati kepada keagungan Allah.
- Kepentingan seni bina masjid di bandar silam islam digambarkan dengan bilangan yang
agak banyak seperti :
~di Damsyik pada abad 12 M terdapat 241 buah masjid.
~Di Kaherah pada 15M terdapat 88 buah masjid jamed dan 19 buah masjid kecil.
- Selain masjid seni bina islam mengakumi bangaunan2 kediaman, jambatan, saluran air,
rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya.
- Keindahan seni bina islam banyak dipengaruhi oleh seni bina masjid spt istana2,
Tajmahal, kota-kota di Baghdad.
- Seni bina di malaysia yg ada unsur seni bina islam spt Bangunan sultan abdul samad,
bangunan keretapi tanah melayu, Daya bumi, pusat pentadbiran putrajaya.

8.4 Matlamat kesenian

- Seni dalam islam tidak bermatlamatkan hiburan, tujuan keduniaan ataupun keseronokan
semata.
- Seni islam dibentuk untuk melahirkan seseornag yang benar-benar baik dan beradab.
- Motif seni islam mesti bermatlamatkan :
~makruf ( kebaikan)
~halal
~berakhlak.
- menanam rasa khusyuk kepada Allah disamping memberi ketenangan jiwa manusia
sebgai makhluk Allah yg diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada keindahan.
-Kesenian Islam terpancar dari tauhid yang merupakan yang merupakan satu penerimaan
dan penyaksian terhadap keesaan allah swt.
- Seni perpaksikan tauhid dapat menanam sikap bertaqwa dan beriman.
- Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan emosi.
- seni dalam islam merupakan keperluan tahsiniat
- mengisi kekosongan masa, masa yang kosong kalau tidak diisi dengan perkara kebaikan
atau paling kurang perkara harus
atau makruh, masa itu akan diisi dengan perkara kejahatan.
- salah satu cara berdakwah

8.5 Peranan seni dan masyarakat

- melengkapkan tiga proses kehidupan: kerja, ibadat dan rehat


- boleh menghimpunkan masyarakat

Seni Khat Islam 2


<<Khat sebelumnya Khat berikutnya>>

^ Kembali ke senarai Mutiara Hikmah ^

All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991

Anda mungkin juga menyukai