Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yang penuh dengan keberkatan , kerahmatan,


keampunan dan kemuliaan bagi seluruh umat Islam. Bertepatan dengan itu, SK
Methodist (M) di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling tidak melepaskan
peluang ini serta mengambil inisiatif mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan
mengadakan Program Indahnya Ramadhan.
Program ini dibahagiakan kepada dua pengisian iaitu. Ceramah Ramadhan dan juga
Pertandingan Mewarna Sampul Raya akan diadakan. Aktiviti ini diadakan dengan
harapan memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang kelebihan dan kemulian
bulan Ramadhan di samping menggalakkan mereka menjalani ibadah puasa dengan
ikhlas dan bersungguh-sungguh.

2.0OBJEKTIF

2.1. Meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang disyariatkan untuk berpuasa


2.2. Salah satu pendekatan mewujudkan murid-murid yang peka kepada
kedatangan Bulan Ramadhan
2.3. Mendedahkan kepada murid tentang kelebihan dan kemuliaan bulan
Ramadhan dan juga pengisian bulan Ramadhan seperti bersedekah dan solat
tarawih
2.4. Menonjol bakat kreatif murid-murid SK Methodist (M) yang terpendam

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 17 Jun 2017


Hari : Sabtu
Masa : 12.10 tengah hari hingga 3.30 petang
Tempat : Dewan dan Kelas

4.0 TENTATIF PROGRAM

12.10 tengah hari : Murid bergerak ke dewan dengan diiringi oleh pengawas
12.30 tengah hari : Ucapan Alu-aluan
12.40 tengah hari : Ceramah Indahnya Ramadhan “Kelebihan Tarawih dan
Lailatul Qadar”
1.40 petang : Rehat
2.00 petang : Pertandingan Mewarna Sampul Raya
3.30 petang : Bersurai
6.0 PENGISIAN AKTIVITI

6.1 Ceramah Ramadhan

 Disampaikan oleh Guru Agama SKMPK


 Pengisian ceramah berkisar tentang Solat Tarawih dan Lailatul
Qadar
6.2 Pertandingan Mewarna Sampul Raya
 Guru akan membuat edaran lembaran sampul
 Murid akan mewarna dan menggunting sampul raya
 Sampul yang telah siap akan dikutip dan diserahkan kepada Unit
Bimbingan dan Kaunseling

7.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Pengerusi : Tn. Hj. Ahmad Fuadi bin Ahmad Sarham


(Guru Besar, SK Methodist (M) Pelabuhan Klang)

Timbalan Pengerusi : En. Khairul Anuar bin Yusof


(GPK Petang, SK Methodist (M) Pelabuhan Klang)

Penyelaras : Cik Aminah Amal bt Abdullah


(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Jawatankuasa Pelaksana
AJK danNama Guru BidangTugas
 Mengendalikan program
Pengacara Majlis
 Memastikan program berjalan dengan
Cik Zaitun bt Mamat
baik dan lancar
 Memastikan alatan siaraya dalam
PA Sistem
keadaan baik untuk digunakan
En. Mohd Al-Hafiz bin Hassan
 Memastikan alatan siaraya ditutup
En. Mat Yunin bin Yusof
selepas program
Jurugambar  Mengambil gambars epanjang program
Pn. Nithya a/p Subramaniam  Menyerahkan gambar kepada Penyelaras
Dokumentasi  Menyediakan laporan program
Cik Aminah Amal bt Abdullah  Menyediakan laporan bergambar
 Memastikan murid dalam keadaan yang
terkawal
Kawalan Disiplin Murid  Memastikan murid tidak membuat
Semua Guru Sesi Petang bising di dalam dewan
 Memastikan tindakan di ambil sekiranya
murid membuat bising

7.0 PENUTUP
Adalah diharapkan dengan adanya program ini dapat memupuk minat murid untuk
lebih mendalami akan kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadhan yang hanya datang
setahun sekali. Dalam masa yang sama diharapkan juga agar murid dapat lebih
memahami konsep ‘sedekah” yang memberikan manafaat kepada semua.

Disediakan oleh Disemak oleh

......................................................... .................................................

Disahkan oleh

............................................................
TARIKH
17 JUN 2017 (SABTU)

TEMPAT
DEWAN DAN KELAS TAHUN 1, 2 DAN 3

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SKMPK

SESI MEWARNA SAMPUL RAYA 2017

Modul
Tajuk Sampul Raya Saya
1) Lembaran Sampul Warna
2) Pensel Warna
Bahan-Bahan
3) Gam
4) Gunting
1) Soal Jawab Sehala dan Dua Hala
Teknik Abad 21
2) Token
1) Memupuk sikap suka menghulurkan bantuan kepada orang lain
seperti menderma atau bersedekah
Objektif
2) Membimbing murid untuk mempunyai sikap rendah diri,
bersederhana dan bersyukur dengan segala yang ada pada mereka
1) Guru bertanya kepada murid apa yang mereka fikirkan apabila
melihat kotak derma yang diletakkan di hadapan tangga ke
pejabat.
2) Guru bertanya tentang fungsi kotak derma tersebut diletakkan di
situ.
3) Guru menjelaskan tentang konsep menderma atau bersedekah
dan juga kebaikan untuk menderma / bersedekah.
Langkah- 4) Kemudian guru akan mengedarkan lembaran sampul raya
langkah kepada murid-murid dan meminta murid mengikut arahan yang
diberikan :
a) Mewarna sampul raya tersebut dan juga menulis nama dan
kelas
b) Menggunting sampul mengikut ukuran yang diberikan dan
menggamkan sampul
c) Menyerahkan kembali sampul raya yang telah siap kepada
guru.

Anda mungkin juga menyukai