Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015


TARIKH : 18 MEI 2015 (ISNIN)
MASA :7.30 HINGGA 12.00 TGH
TEMPAT : DEWAN CEMERLANG SKKJ

ATURCARA MAJLIS
7.30 pagi : Perhimpunan Pagi
: Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
7.45 pagi

: Perarakan Guru Ke Dewan


: Bacaan Doa
: Ucapan Ketua Murid
: Ucapan Guru Besar
: Ucapan Yang Dipertua PIBG
: Bacaan Perutusan Hari Guru
: Bacaan Ikrar Guru dan Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia
: Sesi Fotograf
: Persembahan Guru dan Murid
: Penyampaian Anugerah Tokoh Guru dan Anugerah Khas Guru
: Edaran Hadiah oleh Murid

10.00 pagi : Rehat Murid Tahap 1


10.30 pagi : Rehat Murid Tahap 2
11.00 pagi : Sukaneka Hari Guru
12.30 tgh

: Jamuan Hari Guru & Penyampaian Hadiah Sukaneka

Mengumumkan perarakan masuk guru-guru SK Kampung Jawa ke Dewan


Cemerlang.

Para murid diminta memberikan tepukan yang gemuruh kepada barisan


guru kita yang dikasihi.

Istana Kota Sebelas Tingkat


Tempat Baharu Nakhoda Pekan
Sama Kata Sama Sepakat
Hari Guru Mari Raikan

Batu Bernama Si Batu Bata


Tempat Hinggap Si Burung Malam
Guru Itu Ibarat Pelita
Memberi Cahaya Setiap Malam

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
Dan Salam Sejahtera.
Yang Dihormati
Tn. Hj. Syed Sharapudin bin Syed Yahaya
Guru Besar Sk Kampung Jawa

Yang Berbahagia
En. Azhar Bin Ismail
Penolong Pengurus CCM Berhad

Yang Berusaha
Ir. Hj. Abd Aziz bin Mohd Yusof
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Kampung Jawa

Pn. Hjh. Laila bt Mohamed Salleh

- Penolong Kanan Kurikulum, SKKJ

Pn. Siti Hamidah bt Md Ali

- Penolong Kanan HEM, SKKJ

En. Ameer Hamzah bin Ibramsah

- Penolong Kanan Kokurikulum, SKKJ

Pn. Zulaiha bt Dakun

- Penolong Kanan Petang, SKKJ

Barisan guru-guru yang dikasihi, barisan AJK PIBG dan seterusnya rakanrakan yang dikasihi sekalian.
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015.

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan izin-Nya dapat
sama-sama kita berkumpul pada pagi yang indah ini untuk meraikan
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi tahun 2015.
Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak itulah tema
perayaan hari guru pada tahun ini.

Awal Bismillah Pembuka Bicara


Kta Disusun Untuk Keberkatan
Semoga Kebaikan Datang Jua
Doa Tulus Pinta Dilafazkan

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang


akan dilafazkan oleh _____________________________.
Dijemput dengan segala hormatnya.
(BACAAN DOA)

Amin Amin Ya Rabbal Alamain


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada __________________________
atas pimpinan doa itu tadi. Semoga yang baik kita mulai yang baik juga
kita didatangi. Insya-Allah.
Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat
Sekolah 2015, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Luqmanul Hakim
bin Abd. Aziz, wakil murid SK Kampung Jaw untuk menyampaikan ucapan
sekalung penghormatan dan penghargaan kepada guru-guru SK Kampung
Jawa.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
(UCAPAN WAKIL MURID)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih Luqmanul Hakim atas ucapan


yang disampaikan.
Meneruskan agenda pagi yang mulia ini, majlis dengan penuh sukacitanya
mempersilakan Yang Berbahagia Tn. Hj. Syed Sharapudin bin Syed
Yahaya, Guru Besar SK Kampung Jawa untuk menyampaikan ucapan
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(UCAPAN GURU BESAR)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn. Hj.
Syed Sharapudin atas ucapan beliau sebentar tadi.
Meneruskan agenda pada pagi ini, majlis menjemput Ir. Hj. Abd Aziz bin
Mohd Yusof, Yang Dipertua PIBG untuk tampil dan menyampaikan sepatah
dua kata.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
(UCAPAN YDP PIBG)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ir. Hj. Abd. Aziz atas
ucapan yang disampaikan itu tadi.
Seterusnya majlis menjemput En. Ameer Hamzah bin Ibramsah. PK KOkurikulum untuk tampil membacakan perutusan
Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia / Menteri Pelajaran Malaysia sempena Sambutan
Hari Guru bagi tahun 2015.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
(PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Ameer Hamzah atas
kesudian membacakan perutusan sebentar tadi.

Paluan Gendang Pembuka Majlis


Moden Tradisional Bersatu Senada
Seterusnya Bacaan Ikrar Jadi Perintis
Barisan Guru Tersenyum Bangga

Saat yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Setahun hanya sekali namun di
bawa hingga ke mati. Meneruskan agenda pada pagi yang indah ini, lafaz
ikrar dan janji untuk ibu pertiwi.

Oleh yang demikian, majlis dengan penuh hormat mempersilakan semua


guru SK Kampung Jawa tampil ke pentas bagi acara melafazkan ikrar yang
akan diketuai oleh En. Mohd Irwan bin Azmi.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(IKRAR GURU MALAYSIA)
(NYANYIAN GURU-GURU)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru SK Kampung


Jawa atas lafaz ikrar yang penuh semangat dan nyanyian itu tadi. Semoga
pengorbanan dan keringat yang ditaburkan demi mendidikan anak bangsa
akan mendapat balasan dari Yang Maha Esa.

Sebagai Tanda Ingatan Kita


Untuk Guru Yang Tercinta
Anugerah Dan Penghargaan Terus Dicipta
Mengangkat Memartabat Insan Mulia.

Bagi menyampaikan Anugerah Guru sempena Sambutan Hari Guru bagi


tahun 2015 ini, majlis degan segala hormatnya mempersilakan En. Ammer
Hamzah bagi mengiringi Tn. Hj. Syed Sharapudin ke pentas bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah.
Penyampaian Anugerah Guru dimulakan dengan :

1) Anugerah Guru Popular


Dipersilakan _____________________
2) Anugerah Guru Penyayang
Dipersilakan ________________________
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj. Syed Sharapudin
atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Tahniah kepada semua guru atas anugerah yang diberikan.

Kini tibalah kita ke kemuncak bagi Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
bagi tahun 2015 ini.

Guru Ibarat Intan Permata


Memberi Sinar Isi Semesta
Guru Bagaikan Kasturi Di Laman
Harum Nama Sebutan Berzaman
Curahan Jasa Pendidik Sentiasa Diberkati
Gelaran Tokoh Guru Pengiktirafan Tertinggi

Anugerah Tokoh Guru merupakan anugerah khas yang diberikan kepada


guru yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang yang
diceburinya. Penerima Anugerah Tokoh Guru akan menerima hadiah dan
penghargaan dari pihak sekolah dan juga hadiah khas dari pihak CCM
Berhad.
Jasamu Dikenang
Budimu Tak Terbilang
Semangatmu Dijulang
Kepimpinanmu Gemilang

Bagi menyampaikan Anugerah Tokoh Guru, majlis dengan ini


mempersilakan Ir. Hj. Abd. Aziz dan En. Mohd Azhar dengan diiringi oleh
Tn. Hj. Syed Sharapudin bke pentas.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Anugerah Tokoh Guru sempena Sambutan Hari Guru 2015 dianugerahkan
kepada _________________________.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ________________ ke
pentas untuk menerima hadiah dan penghargaan.

Sebagai tanda penghargaan, dipersilakan Tn. Hj. Syed Sharapudin


menyampaikan cenderamata penghargaan kepada En. Mohd Azhar.
Dipersilakan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------Majlis merakamkan ribuan terima kepada En. Mohd Azhar dan Ir. Hj. Abd
Aziz atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ucapan tahniah kepada _____________________


atas anugerah yang diperolehi. Semoga terus berjaya di masa hadapan
dan terus cemerlang.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------Demikianlah tadi Sambutan Hari Guru 2015 untuk fasa pertama. Pihak
majlis merakamkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada CCM
Berhad atas sumbangan Anugerah Tokoh Guru dan juga hadiah kepada
semua guru sempena hari guru 2015. Ucapan terima kasih juga diucapkan
kepada Ir. Hj. Abd Aziz YDP PIBG dan En. Mohd Azhar Wakil CCM atas
kesudian hadir ke majlis ini.
Terima kasih dari kami semua.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Ir. Hj. Abd Aziz dan En Mohd
Azhar dengan diiringi para pentadbir ke jamuan yang telah disediakan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------SEBAGAI TANDA MENGHARGAI SETIAP PERIT PENGORBANAN GURU-GURU,


DIPERSILAKAN KUMPULAN KOIR MURID TAHUN 2A UNTUK TAMPIL
MENDENDANGKAN 2 BUAH LAGU TERIMA KASIH GURU DAN TERIMA KASIH
CIKGU DIDEDIKASIKAN KHAS UNTUK SEMUA GURU-GURU SK KAMPUNG
JAWA.
DIPERSILAKAN.
(PERSEMBAHAN MURID)

MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPDA SEMUA MURID


TAHUN 2A ATAS NYANYIAN LAGU TERSEBUT. KUMPULAN KOIR INI
MENDAPAT BIMBINGAN DARI PN AIZAH DAN PN. YUSFAUZILAH.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------DIPERSILAKAN PENGAWAS UNTUK MEMBERIKAN HADIAH CCM DAN BKGK
KEPADA SETIAP GURU.
KEPADA MURID-MURID YANG LAIN, ANDA DIBERIKAN MASA 5 MINIT UNTUK
MEMBERIKAN HADIAH KEPADA GURU-GURU ANDA SEBELUM KITA
TERUSKAN MAJLIS PADA PAGI INI.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------ACARA BAGI SAMBUTAN HARI GURU AKAN DITERUSKAN LAGI DENGAN
SUKANEKA GURU.
DIPERSILAKAN GURU YANG BERTUGAS UNTUK SUKANEKA.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------MURID TAAHAP 1 REHAT DAN MURID TAHAP 2 DI DEWAN

MURID TAHAP 2 REHAT MURID TAHAP 1 DI DEWAN.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN DITERUSKAN LAGI DENGAN
PERSEMBAHAN KHAS DARIPADA GURU-GURU SESI PAGI DAN SESI PETANG.
TANPA MELENGAHKAN MASA DIJEMPUT KUMPULAN GURU SESI PAGI UNTUK
MENYAMPAIKAN PERSEMBAHAN MEREKA.
DIPERSILAKAN
(PERSEMBAHAN GURU PAGI)
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA GURU SESI PAGI ATAS PERSEMBAHAN
YANG MENARIK SEBENTAR TADI.
KINI TIBA PULA GILIRAN GURU SESI PETANG UNTUK MENYAMPAIKAN
PERSEMBAHAN MEREKA. DIPERSILAKAN.
(PERSEMBAHAN GURU PETANG)
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA GURU SESI PAGI ATAS PERSEMBAHAN
YANG MENARIK SEBENTAR TADI.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU SESI PAGI DAN PETANG KERANA
MEMBERIKAN PERSEMBAHAN YANG HEBAT.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------MAJLIS PADA PAGI INI AKAN DIITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN


HADIAH-HADIAH KEPADA PARA PEMENANG UNTUK PERTANDINGAN
SUKANEKA GURU YANG TELAH DIADAKAN SEBENTAR TADI.

DENGAN INI MAJLIS MENJEMPUTPN. HJH RUSNAWATI DENGAN DIIRINGI


OLEH PN. SITI HAMDIAH KE PENTAS UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS.
DIPERSILAKAN.
(PENYAMPAIAN HADIAH SUKANEKA)

MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PN. HJH. RUSNAWATI


ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH TERSEBUT.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------GURU UMPAMA DIAN
MEMBAKAR DIRI MENERANGI HIDUP INSAN
CINTANYA PADA PERADABAN
KASIHNYA PADA ANAK WATAN
SETIANYA PADA PERJUANGAN
KEKAL MENITI ZAMAN
JASANYA TETAP DIKENANG
GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI, 1 AGENDA
TERIMA KASIH CIKGU

MAKA DENGAN INI BERAKHIRLAH SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT


SEKOLAH 2014. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA
WARGA KERJA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2014.

TERSILAP TERSALAH HARAP DIAMPUN


TERKASAR BAHASA MAAF DIPOHON

AKHIR KATA SELAMAT HARI GURU 2014.


TERIMA KASIH CIKGU.

SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai