Anda di halaman 1dari 4

KEJOHANAN JUBLI EMAS BALAPAN DAN PADANG

PERINGKAT MSSD KLANG 2013


MASA

ATURCARA

SKRIP PENGACARA

3.40 ptg

Persiapan Perbarisan

Kontigen sekolah disusun di dalam padang


Pasukan menurunkan bendera bersedia di tepi padang

4.00 ptg

Ketibaan Dato
Nasaruddin

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Data Nasaruddin bin Md Zin,


Pembantu Penyelaras Parlimen Pelabuhan Klang dengan diiringi oleh Tn. Hj.
Syed Sharapudin bin Syed Yahaya, Guru Besar SK Kampung Jawa, PegawaiPegawai PPD dan Guru Besar-Guru Besar Sekolah Daerah Klang.

Ucapan Aluan

Bismillahirrahmanirrahim

4.05 ptg

Yang Berbahagia Dato Nasaruddin bin Md Zin


Pembantu Penyelaras Parlimen Pelabuhan Klang
Yang Berbahagia Pn. Hjh. Adliyah bt Ramli
Pegawai Pelajaran Daerah Klang
Yang Berusaha En. Badrul Hisham bin Mokhtar
Ketua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Klang
Yang Berusaha Tn. Hj. Syed Sharapudin bin Syed Yahaya
Guru Besar SK Kampung Jawa merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan Balapan dan Padang
Sekolah Rendah MSSD Klang 2013
Pegawai-Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Klang
Pengerusi AJK Pelaksana Balapan dan Padang MSSD Klang
Guru besar-guru besar Sekolah-sekolah Daerah Klang
Pegawai-pegawai Kejohanan
Pengurus-pengurus Pasukan, Jurulatih, Pelajar yang mengambil bahagian dan
hadirin sekalian.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur hadrat Illahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya
dapat kita bersama-sama dalam majlis Penutupan Kejohanan Jubli Emas
Balapan dan Padang MSSD Klang Kali yang ke-50. Semoga majlis ini menjadi
bertambah meriah, penuh dengan cemerlang dan membawa seribu makna
kepada kita semua.
Majlis juga mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato Nasaruddin bin
Md Zin, Pembantu Penyelaras Parlimen Pelabuhan Klang ke Majlis Penutupan
Kejohanan Jubli Emas Balapan dan Padang MSSD Klang Kali ke 50 ini.
Nyanyian Lagu
Negaraku dan
Negeri Selangor

Memulakan majlis petang ini dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu
Negeri Selangor.
Hadirin yang dihormati dipersilakan berdiri.
-

Lagu Negaraku

Lagu Negeri Selangor

Hadirin yang dihormati dipersilakan mengambil tempat.


4.10 ptg

Bacaan Doa

Bagi memohon keberkatan Illahi memberikan rahmat dan tanda syukur di atas
berjalan dengan jayanya Kejohanan Jubli Emas Balapan dan Padang MSSD
Klang Kali ke-50 ini, majlis menjemput Ustaz Mohd. Amin dari SK Kampung
Jawa untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Bacaan Doa

Amin Amin Ya Rabbal Alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Amin atas bacaan
doa itu tadi.

4.15 ptg

Ucapan Pegawai
PPD

Anak muda mengalun qasidah


Tiada kekok tampil ke depan
Pembuka kata berlalu sudah
Mari kita dengar ucapan
Majlis menjemput Yang Berbahagia Pn. Hjh. Adliyah bt Ramli, Pegaawai
Pelajaran Daerah Klang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Ucapan PPD Majlis merakan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pn. Hjh. Adliyah
bt Ramli. Pegawai Pelajaran Daerah Klang atas ucapan yang disampaikan tadi.
4.35 ptg

Ucapan Perasmian

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berbahagia Dato


Nasaruddin bin Md Zin, Pembantu Penyelaras Parlimen Pelabuhan Klang untuk
menyampaikan ucaptama dan seterusnya menutup dengan rasminya Kejohanan
Jubli Emas Balapan dan Padang MSSD Klang Kali ke 50.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Ucapan PPD Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato
Nasaruddin atas kesudian menyampaikan ucapan penutup Kejohanan Jubli
Emas Balapan dan Padang MSSD Klang Kali ke 50.
Jalan lengkok redup berkalis
Damba pedoman menyongsong arah
Ucapan Dato merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung meriah

4.55 ptg

Penyampaian hadiah

Kini tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan. Siapakah yang bakal


dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati bagi tahun 2013? Sekolah
manakah yang akan dinobatkan sebagai johan keseluruhan?
Oleh itu, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Syed
Sharapudin mengiringi Yang Berbahagia Dato Nasaruudin bagi
menyermpurnakan penyampaian anugerah kepada para pemenang.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Penyampaian anugerah dimulakan dengan kategori 12 tahun


i) Anugerah Olahragawan dinobatkan kepada _________________________
dari Sekolah ______________________________________.
ii) Anugerah Olahragawati dinobatkan kepada _________________________
dari Sekolah _____________________________________.

Bagi kategori 11 tahun


i) Anugerah Olahragawan dinobatkan kepada _________________________
dari Sekolah ______________________________________.
ii) Anugerah Olahragawati dinobatkan kepada _________________________
dari Sekolah _____________________________________.

Johan Keseluruhan bagi Kejohanan Jubli Emas Balapan dan Padang MSSD
Klang kali ke -50 dirangkul oleh Sekolah ____________________________

Demikian tadi upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang.


Seterusnya dijemput Tn. Hj Syed Sharapudin menyampaikan hadiah kenangkenangan kepada Yang Berbahagia Dato Nasaruddin.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato


Nasaruddin atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah
kepada para pemenang.
Kepada semua pemenang tahniah diucapkan. Kepada yang kurang berjaya, cuba
lagi pada tahun hadapan.
5.05 ptg

Upacara
Menurunkan
Bendera
Kejohanan

Seterusnya ialah upacara menurunkan bendera kejohanan. yang akan


dilaksanakan oleh gabungan anggota TKRS dan Pengakap SK Kampung
Jawa.
Dipersilakan.
- Upacara menurunkan bendera Bendera kejohanan ini akan diserahkan kepada Tn. Hj. Syed Sharapudin,
Guru Besar SK Kampung Jawa selaku Penganjur Kejohanan pada tahun
ini utnuk diserahkan kepada penganjur kejohanan pada tahun hadapan.

5.15 ptg

Penyerahan
bendera kejohanan

Dijemput En. _________________________ Guru Besar SK Bukit


Kemuning 2 untuk menerima bendera kejohanan Balapan dan Padang

MSSD sebagai tanda penyerahan tugas untuk kejohanan yang akan


datang.
Terima kasih.
5.20 ptg

Penyampaian
Cenderamata
Perasmi

Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, majlis menjemput Yang
Berusaha Tn. Hj. Syed Sharapudin mengiringi Yang Berusaha Pn. Hjh Adliyah
untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia
Dato Nasaruddin.
Dipersilakan.

Dijemput Yang Berbahagia Dato Nasaruddin menerima cenderamata kenangkenangan.

Dipersilakan.
- Penyampaian cenderamata -

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato


Nasaruddin atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.
5.25 ptg

Perbarisan Keluar
Kontigen

Seterusnya upacara perbarisan keluar padang oleh kontigen kejohanan


balapan dan padang.
Dipersilakan.
- Upacara perbarisan keluar padang -

Dengan upacara perbarisan keluar itu tadi maka sempurnalah Majlis


Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Klang kali ke 50.
Penutup

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, bagi pihak Jawatankuasa Penganjur, majlis


mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis
penutupan pada petang ini.
Majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Dato Nasaruddin atas kesudian menghadiri majlis ini.
Terima kasih.

5.30 ptg

Jamuan

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Syed Sharapudin,


Yang Berbahagia Pn. Hjh. Adliyah dan tetamu jemputan mengiringi Yang
Berbahagia Dato Nasaruddin ke jamuan yang telah disediakan.

Bersurai

Banyak keluk ke penarik


Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawalah balik
Nan tak elok tinggallah disini
Majlis berakhir di sini. Tahniah kepada semua pemenang.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai