Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN KARNIVAL PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2018


SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SUNGAI SIONG
SIBU, SARAWAK

1.0 RASIONAL

Karnival Perkhemahan Unit Badan Beruniform diadakan pada setiap tahun di sekolah ini. Ianya
bertujuan memupuk dan menjalinkan hubungan yang erat sesama murid dengan guru-guru di sekolah.
Murid dapat menimba sendiri pengalaman baru terutamanya dari segi kesedaran dalam hubungan
murid-guru dan seterusnya membina sahsiah yang baik semasa program perkhemahan. Selain itu,
pemupukan nilai-nilai murni seperti kerjasama, persefahaman dan semangat kerja pasukan dapat
diterapkan di antara murid-murid sepanjang program ini.

2.0 MATLAMAT

Unit Badan Beruniform merancang untuk memberi pendedahan kepada semua pemimpin dan ahli
supaya mereka lebih mahir dalam memimpin, berdikari, timbul rasa bertanggungjawab dalam unit
uniform yang diwakili. Melalui perkhemahan ini mereka dapat mengetahui cara-cara untuk
berkomunikasi dengan lebih baik antara ahli-ahli dengan guru-guru yang lain.

3.0 OBJEKTIF

 Memberikan pendedahan, pengetahuan dan kemahiran secara praktik mengenai program


perkhemahan.
 Menilai pretasi, kesungguhan dan semangat bekerjasama dalam kalangan ahli pasukan
beruniform.
 Memberikan keyakinan kepada murid-murid untuk mengendalikan program perkhemahan
dengan lebih berkesan pada masa akan datang.
 Membina sifat-sifat kepimpinan dalam kalangan murid agar dapat memimpin diri untuk
memimpin rakan sepasukan.
 Menggalakkan integrasi antara guru dan murid yang berbilang kaum.

4.0 TARIKH / MASA

15 – 16 November 2018 (Khamis – Jumaat : 2 hari 1 malam)

5.0 TEMPAT

SK Ulu Sungai Siong, Sibu

6.0 SASARAN
Program ini mensasarkan penglibatan 20 orang murid Tahun 3 hingga Tahun 6 dan semua
guru penasihat Unit Beruniform SK Ulu Sungai Siong, Sibu.

1
7.0 SENARAI AKTIVITI

 Pembinaan Gajet
 Aktiviti Burung Hantu
 Persembahan Peserta dalam kumpulan
 Latihan Komando
 Survival Cooking

8.0 JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN

Penasihat : En. Azizee bin Alli Ahmad (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : En. Roland anak Robert Imbang (GPK KoKurikulum)
: En. Muhammad Faiz Zuhairi Abdullah (GPK Kurikulum
: Pn.Ameliza anak Nyanung (GPK HEM)
Setiausaha : En. Jeffery bin Wahid
Penyelaras : En. Nicholas Empusut anak Anggit

JAWATAN KUASA KERJA PERKHEMAHAN

1. Kem Komandan : 2. Pen. Kem Komandan :


En.Nicholas Empusut anak Anggit En. Saiful Azrie bin Sahari

3. Urusetia: 4. Pendaftaran:
En. Jeffery bin Wahid Pn. Hartini Kassim

5. Makanan/ Minuman Peserta Perkhemahan: 6. Juruacara (Perasmian Penutup):


Pn Layla anak William Jarau(Ketua) En. Muhammad Nurul Hafiz bin Kamarudin
Pn. Catherine Layam anak Ubong
Pn. Martha Dhwie
Pn. Florence Anna anak Tait
Pn. Saiton anak Ringkai

7.Disiplin / Keselamatan: 8. Persiapan Tempat Aktiviti/ Alatan


En. Roland anak Robert Imbang(Ketua) Perkhemahan:
En. Jeffery bin Wahid En. Muhammad Faiz Zuhairi Abdullah (Ketua)
Pn. Jeliha binti Lebeni En. Muhammad Nurul Hafiz bin Kamarudin
En. Jeman anak Sli
En. Jawie anak Nyah

2
9. Fotografi dan Dokumentasi: 10. Sijil Penyertaan :
Cik Keristina Enchau Pn. Hartini Kassim

11. Peralatan & Siaraya: 12. Buku Program :


En. Saiful Azrie bin Sahari Pn. Jeliha binti Lebeni

13. Panel Rayuan : 14. Unggun Api:


En. Azizee bin Alli Ahmad En. Muhammad Faiz Zuhairi
En. Muhammad Faiz Zuhairi Abdullah En. Roland anak Robert Imbang
En. Roland anak Robert Imbang En. Jeffery bin Wahid
En. Jeman anak Sli
En. Jawie anak Nyah

15. Backdrop 16. Senaman pagi/Senamrobik:


En. Saiful Azrie bin Sahari Cik Keristina Enchau

17. Kebersihan : 18. Keselamatan /Kecemasan:


Pn. Saiton anak Ringkai En. Roland anak Robert Imbang
Pn. Florence Anna anak Tait Pn. Jeliha binti Lebeni
En. Jeman anak Sli
En. Jawie anak Nyah

Jawatankuasa Senarai Semak Tugas JK

3
Penyelaras Perkhemahan.  Memastikan semua program perkhemahan
berjalan dengan lancar.
Kem Komandan :  Membuat laporan dari semasa ke semasa di dalam
En Nicholas Empusut anak Anggit buku catatan.
Pen. Kem Komandan :  Menerima laporan daripada ketua pasukan
En. Saiful Azrie bin Sahari selepas aktiviti.
 Memastikan keluar masuk guru direkodkan.
 Memastikan peserta perkhemahan berada dalam
keadaan baik sepanjang tempoh perkhemahan.
 Sentiasa memantau kawasan perkhemahan supaya
berada dalam keadaan baik dan selamat.
Urusetia:  Menguruskan segala hal surat-menyurat
 Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan
 Memastikan perkhemahan berjalan mengikut
jadual
 Memastikan semua aktiviti dilaksanakan
mengikut jadual
 Sentiasa menghebahkan segala maklumat terkini.
 Menyediakan surat kebenaran khas perkhemahan
dan mengedarkan kepada semua peserta dua
minggu sebelum perkhemahan
 Membuat laporan setiap aktiviti yang dijalankan.
 Mengendalikan majlis penutupan
 Membantu urusan pendaftaran peserta
Pendaftaran:  Mengambil kedatangan peserta jam 1.40 petang
 Mengedar jadual aktiviti dan peraturan
perkhemahan.
 Memaklumkan tempat perkhemahan.
 Mengutip surat kebenaran ibu bapa.
Makanan/Minuman Peserta
Perkhemahan:  Memastikan guru dan peserta perkhemahan
makan dan minum mengikut masa yang di
tetapkan.
 menyelaras makanan dan minuman yang
mencukupi bagi semua guru yang terlibat dan
peserta perkhemahan.
Juruacara (Perasmian Penutup):
 Sediakan aturcara penutup.
 Laksanakan majlis penutup.

Disiplin / Keselamatan:  Maklumkan kepada pengawal keselamatan.


 Tetapkan peraturan khas perkhemahan – terutama
waktu malam.
Persiapan Tempat Aktiviti/ Alatan  Menyediakan, memasang dan menyiapkan semua
Perkhemahan: jenis peralatan bagi aktiviti yang akan diadakan.
 Mengemas dan menyimpan semula peralatan
yang telah digunakan di tempat yang sesuai.
 Menyediakan alatan yang diperlukan

Fotografi dan Dokumentasi:  Menyediakan alatan dan kemudahan untuk tujuan


dokumentasi.

4
 Hard copy dan soft copy
Sijil Penyertaan :  Menyediakan sijil penyertaan kepada semua
peserta perkhemahan.
Peralatan dan Siaraya  Menyediakan kendalian elektrik dan peralatan
siaraya yang baik di seluruh tapak perkhemahan
sepanjang tempoh kem diadakan.
 Memasang dan menguji siaraya di tempat yang
diperlukan – berfungsi.
 Menyediakan alatan tambahan yang diperlukan
oleh peserta.
 Mengemaskini peralatan yang telah digunakan
dan disimpan di tempat yang sesuai.
 Menguruskan dan menyediakan peralatan bagi
malam kebudayaan / persembahan.
Buku Program/Brosur:  Menyediakan buku program/ brosur lengkap
dengan pengenalan, matlamat, objektif,
senarai tugas guru, peraturan perkhemahan
serta jadual aktiviti.
 Mengedarkan buku program kepada semua
ahli jawatankuasayang terlibat.
 Mengedarkan jadual aktiviti dan peraturan
perkhemahan kepada peserta perkhemahan.

Senaman pagi/Senamrobik:  Menyediakan jadual bertugas pengendalian


senaman pagi
 Mengendalikan senaman pagi/senamrobik selama
tempoh kem berlangsung
 Nyanyian lagu Patriotik
Kebersihan :  Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam
keadaan bersih dan teratur semasa dan selepas
perkhemahan.
 Memastikan bilik air dan tempat solat berada
dalam keadaan bersih.
 Menyediakan tempat pembuangan sampah yang
secukupnya.
Keselamatan /Kecemasan:  Memastikan tahap keselamatan peserta dan segala
peralatan berada dalam keadaan yang baik.
 Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti
kecemasan yang lengkap dan tempatkan di
urusetia.
 Menyediakan jadual pengawasan dan kawalan
malam.
 Memberi taklimat keselamatan kepada semua
peserta dari semasa ke semasa.
Unggun Api :  Menyediakan peralatan untuk unggun api
mencukupi
 Menjaga keadaan unggun api sehingga padam.
 Mesatikan keselamatan murid supaya tidak
berdekatan dengan unggun api semasa aktiviti
dijalankan.
9.0 SUMBER
Bagi menjayakan program ini, sumber perbelanjaan didapati daripada:

5
i. Peruntukan Unit kokurikulum.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran
Bil Perkara Kuantiti Harga Kekerapan Jumlah (RM)
(RM)
Makan tengah
1. Murid 25 4.00 3 300.00
hari dan malam
Minum pagi dan
2. Murid 25 1.50 2 75.00
minum petang
Jumlah 375.00

11.0 ATURCARA PROGRAM

6
MASA /
15 November 2018 16 November 2018
HARI
 Bangun
5.00 a.m  Persiapan diri
 Motivasi pagi
 Senaman Pagi
5.30 a.m  Persiapan diri
 Sarapan pagi

 Latihan Komando
7.30 a.m
 Survival Cooking

 Sesi Refleksi
 Ucapan Penangguhan
10.30 a.m
 Mengemas tempat perkhemahan

 Merarau
11.30 a.m
 Bersurai

 Pendaftaran di SKUSS
1.40 p.m
 Taklimat

2.00 p.m  Merarau

2.45 p.m  Ice Breaking

3.15 p.m  Aktiviti mendirikan Khemah

3.45 p.m  Pembinaan Gajet

4.45 p.m  Kudapan

5.00 p.m  Riadah

5.30 p.m  Persiapan Diri

6.30 p.m  Makan Malam

 Persembahan Peserta dalam


7.30 p.m
kumpulan

8.30 p.m  Aktiviti Burung Hantu

10.30 Mlm  Minum Malam

11.00 mlm  Masuk Sarang

12.0 PERATURAN SEMASA PERKHEMAHAN

7
12.1 Arahan umum
12.1.1 Setiap peserta mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa/ penjaga.
12.1.2 Mematuhi arahan guru penasihat dan kem komanden.
12.1.3 Menepati waktu
12.1.4 Tidak dibenarkan keluar daripada kawasan perkhemahan melainkan
mendapatkan kebenaran daripada kem komandan.
12.1.5 Dilarang membuat perhubungan dengan pihak luar.
12.1.6 Dilarang membawa barang-barang berharga.
12.1.7 Senyap dan tidur selepas diarahkan.
12.1.8 Memberitahu guru/kem komandan jika sakit.
12.1.9 Ketua hendaklah mengira bilangan ahli pada setiap masa.
12.1.10 Menjalinkan silaturahim, kenal mengenali dan hormat menghormati antara
satu sama lain.
12.1.11 Bersaing secara sihat semasa menjalankan aktiviti pertandingan.
12.1.12 Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang
ditetapkan.
12.1.13 Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri sertã menepati masa dalam
setiap program.
12.1.14 Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.
12.1.15 Dilarang membuang sampah dimerata-rata tempat.
12.1.16 Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan perkhemahan.
12.1.17 Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
12.1.18 Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan
demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
12.1.19 Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak menjolok mata.
12.1.20 Semua peserta dikehendaki menunggu sehingga peserta yang terakhir
mengambil makanan dan membaca doa mengikut wakil yang ditetapkan
oleh kem komenden.
12.1.21 Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.
12.1.22 Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing,
selepas jam 11.00 malam.
12.1.23 Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa
kebenaran semasa perkhemahan.
12.1.24 Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan
oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.

8
12.1.25 Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa
perkhemahan.
12.1.26 Penjagaan diri/ peralatan/ harta persendirian perlu diberi keutamaan.
12.1.27 Tidak dibenarkan menghidupkan unggun api tanpa kebenaran.
12.1.28 Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan
pengawasan.
12.1.29 Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari
semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

“LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN


SEGERA”

12.2 Komunikasi / Alat Komunikasi

12.2.1 PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand


phone’ semasa perkhemahan. Semua telefon bimbit serta kamera hendaklah
diserahkan kepada pihak urusetia semasa waktu pendaftaran.

12.3 Keselamatan 

12.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak. 


12.3.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta
diikuti dengan arahan / arah pergerakan
12.3.3 PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.

12.4 AMARAN KERAS DAN TINDAKAN TATATERTIB

12.4.1 Semua jenis senjata, termasuk pisau dan parang adalah ditegah disimpan dalam
khemah peserta(perlu disimpan di bawah penyeliaan pihak urusetia)
12.4.2 Semua bentuk perbuatan sumbang atau menjolok mata ditegah 
12.4.3 Kawasan perkhemahan Puteri adalah larangan bagi peserta Putera dan
sebaliknya
12.4.4 Tindakan Keras dan Tatatertib ( termasuk dihantar pulang ) akan dikenakan jika
terdapat peserta yang ditangkap atau didapati melanggar amaran di atas sama
ada disengajakan ataupun tidak.

9
12.5 Ketetapan & Ketepatan Masa / Pergerakan Anggota

12.5.1 Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti
yang telah ditetapkan.
12.5.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/denda.
12.5.3 Semua pergerakan dalam kem/ sekolah perlu dalam kumpulan minimum 2
orang.
12.5.4 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem / sekolah.
12.5.5 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 11
malam (jam 2300) sehingga jam 5 pagi (jam 0500) kecuali terdapat sebarang
kecemasan atau diringi oleh pegawai.

12.6 Peraturan Kebersihan

12.6.1 Kawasan luar/ dalam khemah / kelas mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan
teratur.
12.6.2 Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah. / kelas
12.6.3 Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan
12.6.4 Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
12.6.5 Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di
kawasan perkhemahan atau sekitarnya
12.6.6 Dalam khemah hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
12.6.7 Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah
untuk kegunaan ramai dan bersama.
12.6.9 Bagi murid perempuan – sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu
sebelum dibuang ditempat yang sepatutnya.

10
13.0 BARANG-BARANG KEPERLUAN PESERTA PERKHEMAHAN

BIl Barang Keperluan


1 Uniform Unit Wajib
2 Baju dan seluar aktiviti Wajib
3 Kasut Wajib
4 Selipar Wajib
5 Alat kelengkapan mandi Wajib
6 Baju tidur Wajib
7 Plastik besar/ kecil Wajib
8 Pinggan dan cawan plastik Jika Perlu
9 Lampu suluh/ bateri Jika Perlu
10 Ubat Peribadi Jika perlu

14.0 BARANG - BARANG YANG DILARANG BAWA KE PERKHEMAHAN


Bil Barang
1 Telefon bimbit
2 Senjata tajam
3 Majalah lucah
4 Barang kemas
5 Rokok
6

11
PENUTUP
Adalah diharapkan dengan pelaksanaan Karnival Perkhemahan Unit Beruniform ini, para
peserta akan dapat menambah pengetahuan dan pengalaman dari segi etika hidup bermasyarakat dan
menjadi seorang warganegara yang mengamalkan cara hidup sihat melalui aktiviti yang dijalankan di
samping mencapai kejayaan yang cemerlang pada keseluruhan aktiviti.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________ _______________________
( JEFFERY BIN WAHID) (ROLAND ANAK ROBERT IMBANG)
Setiausaha Kokurikulum, Penolong Kanan Kokurikulum;
SK Ulu Sungai Siong, Sibu. SK Ulu Sungai Siong, Sibu.

Diluluskan oleh,

___________________
(AZIZEE BIN ALLI AHMAD)
Guru Besar ,
Sk Ulu Sungai Siong, Sibu.

12
13

Anda mungkin juga menyukai